Saturday, January 30, 2010
Mizah, welcome home..
sesegar embun pagi..
senyaman udara subuh..
lembut menyapa ke pipi..
ditemani tangisan syahdu seorang hamba..
terasa kekerdilan..
mampukah aku...
--------------------------------------------------------------------------
Sekali lagi kita panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana-Nya..
Kita masih lagi bernyawa sambil membaca blog ni..
Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Februari dah..
Maka, makin ramai lagi la sajabat2 kita yang dah tua..
iyelah..majoriti dah masuk 20 dah taun ni..(kpd y baru 19 tu jangan igt muda sgt yer..)
Jadi, bersempena dengan taun baru ni..smgt pun mstilah baru kan..
yelah..throw away those undesirable things..live new n better life with da same aim jz polish it again so then itll shine throughout da year..ehe..
Em, okay..not so much to be shared actually..
Just a lil story to be told..bedtime story?i wonder..
Yesterday evening,out of a sudden...Hamizah Rahman datang UIA PJ...=)
Dari Jordon..btolak naik flight (xkan kete kot) sorang2..konon2 nak buat big surprise la tu..(wlupon kitorang buat xreti je..hee)..sbb maknye mntk balik..
Shbt2 kita kat jordon skrg tgh cuti 3mggu..Final sem break..actually she didnt want to come bck. sbb nak g jenjalan kt syria. Tapi, panggilan ibu lebih bermakna..betul x..?
Dapat la jugak merasa halawiyat jordon..manis2 belaka..ma'amol...tah ap bnd lg tah.. Besnye dengar crite2 die belajar kat jordon..huu..tapi xsempat nak tgk gambar2 nye..
Em, so sape2 nak borak dgn dy..boleh la kontek dy..dy on no Malaysia..
Well, eventhough it has been 2 yrs since we'd last seen her..but, ukhwah fillah binds by aqidah lays forever insyaAllah..
Wednesday, January 20, 2010
Sunday, January 10, 2010
lelaki itu dan gadis itu
Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya
Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran
Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia
Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.
SEORANG GADIS ITU..
Seorang gadis itu..
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi..cinta untuk dirasa..
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia..
ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia..begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah..
Seorang gadis itu..
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya,
teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya..
bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah..
Seorang gadis itu..
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara..
dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya..
dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya..
Seorang gadis itu..
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari..
dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya..
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini..
perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama..
dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu..
anugerah istimewa kepada dunia
Tuesday, January 5, 2010
RAHSIA AKU EX-DQ...
Kalaulah aku berada di DQ sekarang ni, confirm banat-banat lain dah panggil aku masyi…
kononnyalah…
sebabnya sangat mudah…
aku baru saje habiskan iadah penuh 1-5 juzuk dengan sangkut sebanyak 3 kali sahaja…
Itu pun mereka dah kata masyi…
Walaupun baki lagi 25 juzuk, awal juzuk pun berterbangan…
Awal maqra’ dah lama keluar senarai…
Mudahkan definisi masyi kami?huhu…
Eah, sebelum tu jangan salah sangka…
Bukan semua pelajar DQ seperti aku..
Elok sahaja aku habiskan iadah dengan penuh rasa bahagia lagi berbunga-bunga,
selepas aku tamatkan ulangan dengan kalam yang mulia…
“Sadaqallah hul’azim”…
Datang adik bongsu aku yang berusia 6 tahun terkedek-kedek…
Alongggg…( irama berlagu; tandanya adalah sesuatu yang dia nak minta tu…)
Along sebut apa tadi?
Apa maksudnya tu?
Kenapa kita kena sebut macam tu?
Aku terpempam seketika…
Bukan kerana aku tiada jawapannya…
Tapi, aku mula tersedar sesuatu…
Kalam itu maksudnya, “Benarlah kata-kata Allah yang Maha Mulia”…
Persoalannya, benarkah itu yang aku rasakan sekarang?
Sedang hakikatnya, dari 5 juzuk bacaan tadi, belum tentu 5 ayat pun yang aku faham maknanya…
Astaghfirullah hal’azim…
Mana mungkin aku layak untuk ucapkan begitu…
Bagaimana mahu membenarkan jika aku sendiri tidak faham apakah kebenaran dalam setiap patah yang aku alunkan?
Maafkan aku wahai tuhan…
Aku menjawab soalan adik dengan ala kadar…
Kerana aku sedang mula dihurung dengan rasa seorang hamba…
Bersalah, berdosa dan sebagainya…
Adik yang masih belum mengerti apa-apa…
Rupa-rupanya telah dipilih oleh Allah yang Esa
Menyedarkan aku tentang perkara yang nampak remeh…
Tapi masih ramai para hafiz yang terlepas pandang…
Untuk menutup rasa gelisah ala resah…
Aku cuba sedapkan hati dengan membuka siaran radio IKIM…
Kata orang muzik boleh jadi pengubat jiwa…
Emm, mungkin juga..
Sekali lagi, aku rasa terhina…
Apabila slot tazkirah di radio mengingatkan…
Muslim yang cintakan Tuhan, sekurang-kurangnya perlu khatam bacaan Qurannya sebulan sekali…
1 juzuk sehari..
4 muka setiap kali lepas solat…
Jika mereka yang tidak pernah menghafal pun mampu lakukan, di mana letaknya kedudukanku wahai tuhan?
Aku lalai dengan pujian manusia…
Konon-kononnya kalau hafiz bacaannya mesti sempurna…
Setiap detiknya bersama Al-Quran tercinta…
Hanya Allah yang Mahu tahu betapa aibnya aku…
½ Al-Quran sekali sebulan pun belum tentu…
Alasannya ringkas, sibuk dengan urusan dunia…
Tutor, kuiz, assignment, study circle…
Jawapannya pun sebenarnya mudah…
Kalau tak cinta memang semuanya akan jadi susah…
Mujurlah Allah itu Maha Penyayang…
Dikabulkan doa antara 2 sujudku ketika sembahyang…
“Tuhanku, ampunkan aku, rahmati aku, tutupkan aibku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, tunjuki aku, maafkanlah aku dan kasihanilah aku…”
Kalaulah semua tahu aibku ini…
Adakah mereka masih mahu meninggikan darjat kami?
Belum lagi disoal sejauh mana penghayatan dan amalan kami…
Baru bacaan, ingatan dan kefahaman sudah tersangkut teruk begini…
Aku mohon ampun padamu Ilahi…
Andai aku menjadi fitnah kepada Islam yang suci…
Dan terima kasih kerana masih memelihara aibku ini…
ZIKR
14.12.09
10.08PM
Friday, January 1, 2010
IFTHOR BANAT GEN9
Tempat : surau KC level 7
Tarikh : 10 Muharram 1431
Moderator : Hayati & Muna (credit for them=>)
So, pada tarikh seperti di atas a.k.a 28 Dis 09..
Ifthor yang dirancang last2 minit alhamdulillah dapat dilaksanakan..
Walaupun xde la aktiviti yang menarik sangat sebab xramai yang dapat datang sebab ade keje masing2 kan..tapi kire oke la..dapat jugakla lepas rindu kat beberapa kerat yang ada..
Majlis diserikan lagi dengan ade kopok leko n kek coklat..waa..sedap tuu..(rugi sape xdatang).
Seramai (ke sesikit..) 20 orang yang datang..
Afiqah yang tengah kalut-kalut ke meeting pun datang menjengah muka..
Tentang duit saham pun timbul jugak..
Kata Liyana "uh..oh..duit saham RM8 sorang masih ade ngn yana.."
So duit tu... 'masuk tabung IQRaC je' kata Sima..ehe..
So setelah dibuat bancian ade yang kata nak masuk tabung Gen9 Banat je..
So bolehla buat rehlah ke..jamuan ke pape..
Tapi kalau ada sesapa yang xnak boleh dibawa berbincang lagi..
So..moga ikatan ukhwah kita berkekalan insyaAllah..
::Ikhwan GEN9::
-
Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati - Assalamualaikum Bismillah wal Hamdulillah Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin berdamping dan didampingi oleh orang lain. An...9 years ago
-
Uniknya Roti Bagel Dan Sandwich Di Daratan Indochina - Di Laos, marak dijumpai pedagang sandwich dengan cabai merah atau rawit. Sandwich jenis ini biasanya dijumpai di penjuru sudut di kota Laos. Tetapi yang p...11 years ago
-
10 Tips to Study Better and Remember Easily - *Building an Understanding* Learning is a process similar to building a house. You aren’t fed the complete picture. Limitations on communication prevent t...12 years ago
-
Bedah Tokoh- Uwais Al-Qarni - BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH... *Uwais al-qarni* Yaman, bumi bertuah tempat kau berpijak, Mengharung suka dan duka dunia, Walaupun kau sering dihina, Ak...12 years ago
-
Projek Kristianisasi Malaysia - This is a sensational topic as of lately. My responses to it might be disliked by some. But these are just my opinion when I was asked about this issue. Yo...12 years ago
-
Terima Kasih Al-Azhar ! - Dalam kederasan air sungai yang mengalir,kelihatan beberapa sosok tubuh kecil sedang berhempas pulas melawan arus deras tersebut.Perlawanan mereka seolah-o...12 years ago
-
Talian penghubung - *Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.(7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya k...12 years ago
-
-
Pengumuman Berpindah... - Assalamualaykum..Blog ini sudah lagi tidak aktif....sila klik alamat baru di bawah...http://drfahmiaa.blogspot.com13 years ago
-
TAHUN PENUH CABARAN - Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberi kesempatan dan ruang waktu untuk meng"update" blog yg sudah lama bersawang ini.Agak kecewa apabila melihat bl...14 years ago
-
Permulaan... - Salam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Emm, rasenye da hampir enam bulan saye x mengepostkan sesuatu ke blog. Bukan ape, ba...14 years ago
-
assignment - ARTIST : JANSEN CHOW Jansen was born in Kuantan, Pahang, Malaysia in 1970 and his talent was already evident when he won first prize in the ‘Beautiful Mal...14 years ago
-
-
-
-
-