Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Meneladani Salahudin Al-Ayubi..

Salam alaik..kepada sume sahabat,


Taniah diucapkan kepada yg cemerlang. yg kurang bernasib baik macm saya harap dapat terima dengan redha..he2

pape pun, apa yg kita dapat tu adalah rezeki..try to appreciate it..

sem 2 dah semakin hampir..jadi harapnya kita semua dapat buat yg lebih baik pada sem ni dan memberi sepenuh tumpuan pada target masing-masing k..

walaupun ada yg agak kecewa mcm saya, =p. namun jangan putus asa lah..you had try your best..jdi lepas ni, cube lagi.. Tak dek istilah kalah dalam perjuangan..ingat tu! saya juga anda!

cayok2 lah..masih ada masa ok..(">)


Oleh itu, disini izinkan saya berkongsi dengan anda semua 1 kisah pahlawan islam yg x asing lagi..

iaitu Salahudin Al-Ayubi..

saya bukan nak cerita sejarah semata-mata dan bagi anda baca supaya mengantok.kemudian tido...

Tetapi saya mahu anda juga saya untuk mengambil semangat dan meneladani kehebatan beliau dalam usahanya meninggikan islam..mungkin ia juga boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat diri untuk menuju ke gerbang buku sedikit masa lagi..juga gerbang Smac..hehe.(bkn gerbg perkhwinan ye,jgn slah paham.=p)


Bismillah..Selamat membaca..(",)


Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit(Iraq) pada tahun 543H atau 1138M..Ayahnya,Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan.Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera bernama Najmuddin Ayyub(ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera.


Sejak kecil Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya,Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama.Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak lain kerana tiada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur suatu hari nanti.


Salahudin dibesarkan seperti pemuda Kurdis yang lain. Apabila meningkat dewasa,beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo. Kemudian beliau diarahkan berpindah ke Mesir walaupun pada mulanya beliau menerima perintah itu dengan hati yang berat kerana hatinya kebih mencintai Kota Aleppo. Walau bagaimanapun, selepas berada di Mesir, bintangnya bersinar terang.


Menurut Shaddad, seorang ahli sejarah Arab, “Sebaik sahaja Salahudin berpindah ke Mesir, dunia keseronokan telah luput dari hatinya. Dia berpaling dari keseronokan dunia lalu memilih hidup dengan penuh pengabdian kepada Allah.”

Menurut Lane-poole pula, “Selepas berpindah ke mesir, Salahudin mula menyusun hidupnya dengan lebih ketat. Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada hidup bersenang-lenang kepada hidup yang serba sederhana, serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada suatu tujuan yang besar, iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis.”


Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cintakan agama islam. Beliau bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian. Demi tujuan itu, beliau bercita-cita memperkuatkan angkatan tentera islam.

Impian itu tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat lalu Salahudin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir.Bintangnya terus bersinar. Beberapa tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir. Bagi menguatkan pemerintahannya, beliau menyatukan Mesir, Syria, hijaz dan Yaman di bawah satu pemerintahan.


Ibnu Shaddad, seorang ahli sejarah islam menulis, “ Kerana terbakar dengan semangat memerangi tentera Salib, jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad, beliau meninggalkan rumah kediaman dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera.”


Seterusnya Ibnu Shaddad menulis, “Di medan perang, salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka.”

Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb Julai1187.Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 rejab 583 Hijrah.


Selepas berjaya menawan kota Jurusalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera Salib, Salahudin Ayubi kembali ke Damsyik. Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari Mesir hingga ke Yaman dan namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis daripada tentera Salib namun dia tetap memilih hidup yang sederhana.

Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit. Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar, 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.


Sekian..

Ok dah habis..terima kasih kerana membaca..Oleh itu,jadilah seperti beliau..same-same lah kita..

Monday, October 12, 2009

Nasihat Rasulullah saw kepada Hazrat Abu Zar r.a.

1- “Bertaqwalah kerana ia merupakan asas dan tunjang segala perkara.”

2- “Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca al-Quran dan berzikrullah,kerana membaca al-Quran menjadi nur di dunia ini dan bekalan untuk akhirat.”

3- “Elakkanlah diri daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah akan hilang seri.”

4- “Teruskan jihad kerana jihad adalah ‘rohbaniah’ umatku.”(rohbaniah-memutuskan hubungan keduniaan dan hidup hanya untuk Allah)

5- “Bergaullah dengan orang miskin dan fakir,jadikanlah mereka sahabatmu dan duduklah bersama-sama mereka.”

6- “Lihatlah orang yang rendah daripada kamu(supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu),dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu,jika tidak mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.”

7- “Hendakalh melihat kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu daripada mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri terlibat dengan perkara itu.Untuk sabitkan kamu bersalah sudah memadai dengan kamu mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan keaiban itu terdapat pada dirimu sendiri,walaupun kamu tidak menyedari keaiban itu.Kamu akan bersalah juga jika kamu menunding jari kearah keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri melakukan keaiban itu.”

Setelah itu Rasulullah saw menepuk dada Hazrat Abu Zar dengan tangannya lalu bersabda, “Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang menyamai perancangan yang baik dan tidak ada takwa yang menyamai meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan tidak ada kemuliaan yang dapat menandingi akhlak yang mulia.

Hazrat Abu Zar bertanya: “Apakah yang terkandung dalam suhuf-suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a.s? “

Rasulullah saw menjawab, “Suhuf-suhuf itu mengandungi peribahasa(nasihat), misalnya. ‘Wahai raja yang berkuasa dan bongkak, Aku tidak mengutuskan kamu hanya untuk mengumpulkn harta.Aku mengutuskan kamu untuk menghalang aduan orang yang teraniaya daripada sampai kepadaKu.kamu hendaklah menyelesaiakn aduan itu terlebih dahulu kerana Aku tidak menolak aduan orang yang dizalimi,walaupun dia seorang yang kafir.

‘Awasilah doa orang yang dizalimi kerana antara doa itu dengan Allah tidak ada tabir.’

‘Juga disebutkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang waras untuk membahagiakn masanya kepada 3 bahagian.

1-Sebahagian untuk beribadat kepada Allah.

2-sebahagian untuk bermuhasabah dengan merenungkan sebanyak mana amalan baik yang telah dilakukannya dan sebanyak mana amalan buruk yang telah dilakukannya.

3-Sebahagian lagi adalah untuk mencari nafkah yang halal.

Mustahak juga untuk orang yang berakal untuk menjaga masanya, sentiasa berfikir untuk memperbaiki keadaannya dan menjaga lidahnya daripada percakapan yang sia-sia serta tidak berfaedah. Sesiapa yang sentiasa bermuhasabah terhadap percakapannya, nescaya lidahnya akan kurang mengeluarkan perkataan yang tidak berfaedah.Seseorang yang berakal janganlah bersafar melainkan untuk 3 tujuan, iaitu

1-untuk mencari bekalan bagi kehidupannya di akhirat.

2- untuk mencari nafkah.

3-untuk mencari kerehatan yang diharuskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::