Showing posts with label Nutrient Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Nutrient Jiwa. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Motivasi buat huffaz


Salam Ramadhan buat sahabat2 sekalian.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak ke arah perubahan yg lebih baik.
Juga,semoga kita semua terus di beri kekuatan olehNya untuk masih mengekalkan title 'huffaz' yg menuntut tanggungjawab yg besar sama ada kita sedar atau tidak.
Justeru, suka lah saya utk berkongsi sedikit motivasi buat peringatan kita bersama.
Selamat meneruskan ibadah di bulan ramadhan ini. ^_^
di kesempatan ini,
maaf di pinta atas segala salah silap dan ketidaksempurnaan diri.
semoga kita semua sentiasa mendapat redha dan rahmatNya.
InsyaAllah.


Motivasi buat bakal dan para huffaz

Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji’ dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.

1. Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.

2. Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.

3. Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang ‘memiliki’ 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana sendiri.

4. Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.

5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.

6. Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh seorang sahabat r.a : ” Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan duri…”

7. Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu’. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan dan amalan ).

8. Syaitan akan ‘mendampingi’ anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di’peras ugut’ oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz.

9. Maka selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di’benar’kan khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai anda mati.

10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan. Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat ( kisah sahabat r.a ) :

Guru bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab : aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi : bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.



Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang ‘mencari pasal’ untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda ‘mencari pasal’ yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang ‘mencari pasal’ , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.

Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.

Bila malas iadah, beri alasan ‘tak masyi’. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah sayang..

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan ‘laknat’ diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu ‘sakit’. Jangan sedih andai tika anda ‘rebah’ tiada yang membantu, apatah lagi ‘merawat’. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalahUJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta’ala dalam surah Al-Qiyamah : ” Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia..”

13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).


” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”

Salam Maju Jaya Untuk Anda.

Wallahua’lam.

>>Sumber: Sini

Friday, April 22, 2011

Nukilan Cinta untuk Mujahidahku


Nukilan Cinta untuk mujahidahku

Kelmarin aku bertekad
Bahawa perjuangan ini akan sia-sia
Jika kau tidak pernah disampingku
Pada usia aku yang memerlukan
Kelahiran yang akan mewarisi perjuangan ini

Hari ini , masih tidak kita bersama
Sementelah masa yang belum munculnya takdir
Sedangkan aku berusaha sesungguhnya
Sebagaimana ikrarku dihadapan walimu kelmarin

Sebelum hadirnya hari penyatuan
Sepasang daie yang menginfakkan diri untuk berjihad
Ke jalan Tuhan Rabbul Izzati
Menuju ke perbatasan perjuangan yang hakiki

Ingin aku nukilkan ingatan
Agar terpahat kukuh dihati sanubarimu
Mujahidahku

Bilamana engkau memerlukan aku
Tatkala sakit demammu
Janganlah kau mengharapkan aku membelaimu
Seperti anak kecil
Kerana masa juangku tidak menentu

Bilamana anak-anakmu kelaparan
Tatkala engkau tiada sesuatu
Yang dapat aku berikan
Janganlah kau terlalu mengharapkan
Kerana hartaku telah aku infakkan
Kepada perjuangan yang lebih memerlukan

Bilamana engkau inginkan perhiasan
Sebagaimana fitrahmu sebagai seorang wanita
Janganlah kau memarahi aku
Kerana kalung emasmu telah kuberikan
Kepada si fakir yang menuntut haknya sebentar tadi

Bilamana aku keluar ke perbatasan
Janganlah kau merintih dan bersedih
Ucapkanlah kepadaku
Agar janganlah aku pulang kerana mengingati dirimu
Aama ada aku pulang dengan kemenangan
Ataupun syahid gugur di jalan-Nya

Bilamana engkau ingin berlibur
Bersama sanak-sanudara dan teman-teman
Janganlah kau mengandaikan masa itu berada ditanganku
Kerana panggilan jihad itu tiada waktu ketetapan

Bilamana engkau memandang kesenangan dunia
Berhati-harilah dengan tipu daya syaitan
Yang meresap bersama pujuk rayumu kepadaku
Bersedialah nescaya aku tidak mampu lagi
Tinggal bersama-sama dengan dirimu

Untuk itu,

Wahai mujahidahku
Tatkala engkau berasa lemah dan sakit
Akulah yang akan menggendongmu
Sehingga engkau pulih dan segar

Tatkala engkau lapar dan dahaga
Akulah yang akan mencicip rezeki
Di Bumi Allah ini

Tatkala keperluan waris-warisku
Akulah yang akan memerah keringat
Berusaha dengan penuh Yakin
Akan janji-janji Yang Maha Pemurah dan Pengasih

Tatkala Allah memberikan masa lapang
Ukhwah & Mahabbah sanak-saudara
Lebih aku utamakan dari masa rehatku

Tatkala engkau ingin berhias
Akulah satu-satunya insan yang bertuah
Kerana hanya aku sahaja yang layak menikmatinya

Mujahidahku

Tatkala aku tergelincir
Akibat Muslihat dunia
Engkaulah yang berhak
menarikku ke landasan yang benar.

Untuk itu

Mujahidahku

Engkaulah yang akan memimpin bidadari
Tatkala Allah membayar maharmu
yang tidak dijanjikan di dunia yang fana

Permudahkanlah Ya allah
Engkaulah Ya Allah yang mempermudahkan sesuatu
Kerana Kami makhluk yang hina sebagai hamba
Menurut perintah-Mu , Meninggalkan larangan-Mu

Permudahkanlah Ya allah
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Artikel Asal : Ibnu Rahman
Sumber Asal :http://u-jam.blogspot.com/2011/04/nukilan-cinta-untuk-mujahidahku.html

Saturday, December 25, 2010

semurah nasi lemak..?

bismillahirrahmanirrahim..

situasi : dalam bas pulang ke rumah

alkisahnya video pun dipasanglah..dan sebelum movie tu tertayang..ade la gambar trailer dulu. trailer Cuti-Cuti Cinta yang telah pun ditayangkan di pawagam 21 Oktober lalu. Sampai je 1 part ni mulut saye laju je "bodoh"! Nasib pelahan je.

Filem-filem Melayu sekarang dah hilang kewibawaan. Takde akhlak langsung. Untuk perhatian, akhlak ye. Bukan moral. Ape beza akhlak dengan moral? Akhlak disandarkan dengan syariat Islam.

Motif yang tak membina pemikiran langsung. Usah digembar-gemburkanlah dengan modal insan jika begini caranya. Mencampurkan antara yang hak dan batil sedangkan Islam tu tertegak dengan runtuhnya kebatilan [2:42].

Banyak sekarang kalau tengok, isu cinta diketengahkan. Seolah-olah hanya itu yang negara mahu lahirkan. Masyarakat yang berpimikiran jahil berturutkan nafsu. Kanak-kanak sekolah rendah pun dah diajarkan bercinta. Diajar untuk bernafsu. So, remaja sekolah menengah??? Diajar ke Sekolah Harapan lah..maka boleh la bukak lagi banyak sekolah harapan sebagai penyelesaian.

Filem mencerminkan bangsa. Saya ambik contoh 1 filem yang tak la terbaru sangat ni. Cuti-cuti Cinta. Sangat-sangat la.........................pada part yang Farid Kamil dengan Nora di pantai..



"mak kau lahir kan kau kat reban ayam ke?"
"tengok tu..nasi lemak 50 sen"

Wow, semurah 50 sen je. Oke..benda ini lah yang nak diajarkan kepada anak bangsa. Pheewwiitt...Sangat lah tak bermoral. Oke, xbermoral apatah lagi berakhlak. Jauh panggang dari api la. Ape ke hal la nak judge2 anak dara orang punya badan. Bahasa yang menggambarkan jiwa bangsa. Keruntuhan bahasa melambangkan keruntuhan bangsa. Yang sememangnya meruntuhkan agama.

Oke la, kalau tengok motif die, nak ketengahkan perbezaan darjat..kalau dah jodoh tu tak ke mane. Tapi, matlamat tetap tak menghalalkan cara. [maza yakni].Banyak je lagi cara lain boleh tunjuk. Tak de salah pun kalau betul2 ikut garis panduan Islam. Acuan Islam [al-baqarah : 138]

Masyarakat Melayu Islam makin mundur dengan pemikiran-pemikiran begini. Yahudi sedang seronok umpannya mengena. Halatuju negara makin terumbang-ambing. Islam di puncak penghinaan. Banyak je cerita-cerita yang mengarut. Sakit hati rasa. Tambah menyedihkan bila ada rakan-rakan kita yang terpengaruh. Tak merasa apa-apa malahan berasa suka dengan cerita-cerita sebegini. Ayuh mahasiswa, bangkitlah! Dan sedarkan rakan-rakan anda yang hampir hanyut dengan tipudaya [3:104,110]

_ISLAM KAMI BERSAMAMU.MAHASISWA PEDULI ISU SEMASA_

Saturday, November 20, 2010

Aidil Adha dan HIKMAH..?

Bismillahirrahmanirrahim...

Maaf kerana terlalu lama membiarkan blog ini tidak di "
update".

sibuk mungkin...mungkin hanya alasan...
Alhamdulillah limpah suci nikmat-Nya kita sekali lagi dapat merasai nikmat raya haji ataupun AIDILADHA buat kesekian kalinya. Ya, sungguh sinonim dengan kita aidil adha..berkenaan dengan korban. Yang saban tahun mengajak kita mengimbau kembali sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang sangat tinggi keimanan dan kepatuhan mereka kepada Allah.

Rasanya semua dah well-known about the history of nabiyyuna...so i don't want to waste my time recalling and retyping those stories here as you guys also could find it elsewhere to read. Jadi apa yang nak saya ngarutkan kat sini eh???

Jeez guys,

Me here are called to share with you one thing that me also just got it recently from my reading of one of my 'siblings' blog. A nice one. REALLY. No JOKE. Tapi saya akan olah lah mengikut gaya bahasa saya sendiri dan nada bahasa saya sendiri serta kefahaman saya sendiri yang insyaallah tidak akan selekoh jauh dari maksud yang ingin disampaikan.

Em, dan juga tidaklah melencong jauh dengan makna kedatangan aidiladha kali ini. Oke, kalau kita tengoklah kan..eh, bukan tengok..fikir-fikirkan..secara teorinya memang boleh diceritakan tentang pengorbanan itu dan ini. Tetapi secara praktikalnya DI MANA???

Ya, saya memang seorang yang sangat suka bercakap tenatng praktikal. Sebab bagi saya kalau sesuatu itu tiada praktikalnya..maka..TAK YAH CAKAP BESAQ laa weyh!! Tapi, macam mana nak praktikalkan itu? Bukankah PAYAH? Yes, memang payah. Sebab payah tu lah namanya pengorbanan.

Jadi apa yang kita boleh korbankan?? Ehem2..ramai dah tu nampaknya dah ada jawapan masing2..Yes, korbankanlah apa sahaja yang ada pada diri kita. Duit....infaq kan..lagi??? Em, tenaga..gi tolong buat keje2 amal..angkat2 barang..eh?? Lagi..???? Em, masa...ye tak ye kan..kalau dah buat keje tu mesti la korban masa kan..ape daa..Lagi..? Yes, korban DIRI..

Err...tapi saye tak nak mati lagi..eh..yeke..hm..oke..so dah sampai point saya..korban kan diri..bagaimanakah?? Angkat M16..and..SHOOT..bang3!!..[spek mata 3d nya dibukak.rupanya game semata.heh]. Lagi camne?? Oke, orang kate STADI laa..kite kan mahasiswa...oke..ye2..RELEVAN..Tapi, cukup ke STUDY je weyh!!! [perhatian : aku bukan robot hanya untuk studi]

So....????? Ya, saya telah membuat satu konklusi..yang mungkin agak radikal [asalkan tak kene tahan lagi oleh sesape]..iaitu join mana2 program tarbiyah. Ikut usrah, tamrin2...Em, bunyi ke'kolot'an sangatkah TAMRIN itu??

Sape tak setuju tamrin itu salah satu cara mengorbankan diri?? Angkat..err..ape2 je la. Kenapa saya kata macam ni? Sebabnya bila kite pergi ke program2 tarbiyah, jiwa kita akan terisi. Keimanan kita akan di'BOOST' ke tahap maksima. Ruh kita akan dicas. Tapi ya, kita memang sangat2 perlu menyediakan diri kita. Untuk menerima segala apa yang ada dalam program tarbiyah itu. Program tarbiyah yang ingin saya dekatkan di sini bukanlah seperti mana-mana program santai kebiasaan yang banyak di mana-mana. Kenapa? Sebab program-program seperti itu banyak. Santai aja...

Tapi yang ingin dimaksudkan ialah program tarbiyah yang lebih 'syadid' penekanannya. Ya, syadid..long time no use ey..macam RIBATH kat DQ. Mungkin ada yang berpendapat, pendekatan sebegitu KURANG SESUAI. Sebabnya tak ramai yang boleh menerima. Nanti akan ada yang memberontak. Ya, sebab itulah saya katakan di sini kita perlu mempersiapkan diri kita dahulu.

Soalnya di sini bukanlah syadid itu. Tetapi HIKMAH itu. Ramai antara kita yang menganggap tak perlu nya syadid andai santai itu sudah cukup. Tapi sekali lagi soalnya di sini bukanlah syadid tetapi HIKMAH. Penekanan yang berhikmah bukanlah bermaksud perlu mengikut kehendak dan tuntutan hati kita. Tetapi penakanan yang HIKMAH ialah yang dapat memberi kesan kepada kita bukan hanya dalam jangka masa pendek. Tapi jangka masa yang panjang. Jangka masa yang panjang itu yang kita mahu.

Saya amat optimis, kalau sesuatu program syadid yang dikenakan kita akan ingat buat satu tempoh yang lama. Di situ lah terletaknya hikmah. Untuk menyedarkan diri yang sedang terlena. Yang memerlukan satu kejutan yang menampar. Supaya keimanan benar-benar bergetar dan getarannya akan lambat untuk berhenti. Syadid di sini bukan hanya tertakluk dengan suasana mahupun kondisi. Ramai yang tidak setuju untuk pendekatan marah-marah..penggunaan aku-kau. Termasuk juga diri ini suatu ketika dahulu.


Tapi diri ini kemudiannya disedarkan dengan kalimah ini iaitu HIKMAH. Jika marah itu lebih dapat menggetarkan hati dan iman buat jangka masa yang lama, maka itulah HIKMAH yang diperlukan. Jika penggunaan aku-kau itu dapat melunakkan hati yang ego serta dapat mengimbau dan merasai praktikal betapa peritnya nanti untuk menyebarkan kalimah tauhid, maka di situlah HIKMAH itu berdiri.


HIKMAH itu adalah barang yang hilang dari diri muslim. Jadi kita seharusnya mencari dan terus mencari. Menyediakan diri kita untuk apa-apa sahaja tarbiyah. Sama ada secara langsung mahupun tidak. Jadi, jika kita dimarahi pun jangan mudah melenting. Mungkin terselit HIKMAH di situ. Tarbiyah in-direct dari Allah. Tak payah tunggu program2. Bila mana kita dah berniat mahu berkorban diri, maka kita perlu bersedia segenap penjuru. Dan menyediakan hati itu sesuatu yang sangat sukar.
Maka, berkorbanlah. Dalam konteks merelakan segenap tarbiyah di samping menyelam hikmah. BERLAPANG DADA lah..

"..bersedia ditarbiyah untuk mentarbiyah.."

Sunday, September 5, 2010

Tido...


Bismillah.....

Hm..mungkin orang akan kata entry ni tak masuk tema lahh....yela..memandangkan sekarang ni..betemakan lailatulqadr dan aidilfitri..sepatutnya..tapi not salah what..

tidur..yaa...apa yang ada dengan tidur??tidur ada banyak jenis...ada tidur sunat..tidur makruh..tidur harus..[carilah sendiri ea...]

so..kat sini..saya nak menyeru la..semua sahabah2 gen9 khususnya dan semua sahabat2 yang lain..untuk TAK TIDUR SELEPAS SUBUH..hehe..

Ini adalah satu cabaran..berat tak bunyinya??alalaa...senang je pon kan cabarannya tuh..ta la susah mane..idak gitu?

Macam yang semua tahu, tidur lepas subuh adalah tidak elok kerana pagi2 merupakan pintu rezeki..kita pulak pegi tidur..kalau kat DQ kita boleh besengkang mata iadah..maka kenapa tidak sekarang pon?? manfaatkanlah waktu pagi2 macam ni untuk iadah..1 juzuk..hehe..buatla sistem pairing..kan bagus..kita buat jadual kelas kita sendiri..pairing and tasmik dgn partner kita..sejam pon acila..

Stadi di awal pagi juga amtlah bagus untuk ingatan..buktinya???? anda sendiri pon boleh kasi...apa yang perlu hanyalah azam yang kuat...

Teringat saya pada satu pesanan salah sorang adik-beradik saya..
"Jangan ingat kamu kuat kalau bangun subuh pon lambat...kekuatan azam boleh mengalahkan jasad yang lemah"...

Jom kita huffazul quran membudayakan apa yang sepatutnya dibudayakan..semua terletak atas diri anda..carilah sahabat yang dapat mengubah anda...

di sini ada beberapa tips2 yang mungkin boleh dicuba sahabat2..yang dikutip dari2 post2 fb orang=)
1)lepas subuh terus mandi
2)jangan naik atas katil
3)besenam ringan
4)main game
5)online
6)kacau orang yang tidur
7)bla..bla..bla..

yang lain tu rasa2 semua boleh bagi pendapat masing2 kot...macam2 ja yang boleh dibuat...
so..renung2 kan dan selamat beramal..

Monday, August 2, 2010

Hawa......


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ada Empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim ( Isteri Firaun ), Maryam binti Imran ( Bonda Isa Al-Masih ), Khadijah binti Khuwailid ( isteri Rasulullah ), dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri Kesayangan Rasulullah ).

( Riwayat Bukhari ).


Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun, yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah symbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menaggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan dibahu Rasulullah.

Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita misali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.

"Dimana pula tempat kita di sisi Allah?"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin kita tidak seperti wanita-wanita hebat ini dan juga wanita-wanita terdahulu.. namun kita boleh berusaha ke arah itu.. dengan apa?? Ilmu & Amal.. Tidak dapat dipisahkan lagi 2 elemen ini, diserikan lagi dengan elemen taqwa, sabar, tabah, syukur..

Menjadi sebaik-baik wanita kata seorang ustaz amat mudah.. senang masuk syurga.. KUNCINYA???? TAAT SUAMI & MENJAGA KEBAJIKANNYA SUNGGUH2..

“Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.” -hadith

Namun, sejarah wanita terdahulu banyak dikaitkan dengan isu jihad.. sebagai contoh Nusaibah, Kabsyah bintu Rafi’, Aisyah Abu Bakar, Zinnirah dan banyak lagi..tidak ketinggalan juga dengan wanita hebat dan sufi seperti Rabiatul Adawiyah.

Oleh itu, di samping kita berusaha mensolehahkan diri kita (InshaAllah), marilah sama-sama kita menghebatkan diri kita dengan menjadi sayap kiri kepada kaum muslimin di medan perjuangan. Siapa sangka tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia!!! Amatlah tidak rugi andai kita dapat berbakti sedikit untuk Islam walaupun.. Tidakkah ANDA WANITA SEKALIAN ingin menjadi ISTERI PERKASA???yang sentiasa berada di sisi lelaki/suami dalam meniupkan ruh jihad untuk ISLAM..

“Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).”-hadith

Teringat dengan satu pesanan ringkas yang diterima :

“Jadilah kamu seorang wanita/isteri yang sentiasa membantu lelaki/suami dalam perjuangan, akan tetapi janganlah kamu menjadi seorang wanita/isteri yang membantutkan perjuangan lelaki/suamimu.”



Perjuangan kita masih belum selesai!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::