Sunday, April 12, 2009

ARE YOU READY???!!!


Al- Miqdad bin Aswad dalam ingin menghadapi perang Badar berdiri mewakili Muhajirin dan berkata " Ya Rasulullah, teruskan dengan apa yang Allah perintahkan kepadamu.Demi Allah, kami tidak akan berkata padamu seperti bani Israel berkata pada nabi Musa " Pergilah kamu dan Tuhan kamu, kami duduk dan melihat sahaja." Sebaliknya kami akan berjuang dari arah kananmu, kirimu, di hadapanmu dan di belakangmu ".....



“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”. Menjadi wanita atau muslimah solehah dan sejati amat susah. Amat beruntung bagi mereka yang mendapat ‘title’ tersebut lebih-lebih lagi sebagai wanita muslimah sebab ‘muslimah’ adalah wanita yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah rasul-Nya. Tidak dapat disangkal lagi Rasulullah SAW sebagai manusia pilihan dan penghulu sekelian alam sangat peduli terhadap wanita atau muslimah.


Baginda SAW amat menyayangi muslimah sehingga pernah berpesan dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, “ Tidaklah seorang muslim yang mempunyai dua orang anak perempuan, kemudian dia berbuat baik dalam berhubungan dengan kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam syurga.” Sayang dan kasihnya Rasulullah SAW terhadap kaum Hawa tidak terkira. Beruntungnya bagi mereka yang bergelar perhiasan dunia ini.


Namun, dalam melayari bahtera kehidupan ini, Islam telah mencipta sejarah. Lahirnya ramai pejuang Islam yang bangun menegakkan syiar Islam, bukan sahaja para mujahid bahkan mujahidah turut serta mengerah segala tenaga dan jiwa ke kancah perjuangan. Sebagai contoh Wafa’ binti Idris, Ayat al-Akhras, Dareen Abu Aysheh atau mujahidah-mujahidah terdahulu yang terdapat pada zaman Rasulullah SAW. Inilah dia ‘Bidadari Besi’ ataupun boleh diterjemahkan dengan ‘Iron Woman’ atau ‘Hadidul Mar-ah’. Apakah maksud di sebalik perkataan tersebut???


Apakah anda pernah terfikir ingin menjadi ‘bidadari besi’ sehebat Zainab al-Ghazali? Atau srikandi ulung seperti Nusaibah yang bertempur bersama Rasulullah SAW dalam Perang Uhud? Atau mujahidah seberani Khaulah al-Azwar yang bertindak seperti singa kelaparan membunuh musuh-musuh Islam di medan perang? Atau hanya ingin meraih nama ‘bidadari besi’ tetapi langsung tidak melibatkan diri dalam gerakan Islam dalam mempertahankan maruah agama ini?


Sejarah Jamaah Muslimat yang dipelopori oleh ‘bidadari besi’ sekental dan setabah Zainab al-Ghazali membuktikan bahawa wanita / muslimah mesti terlibat dalam gerakan Islam. Islam dijadikan sebagai dasar dan matlamat kehidupan. Hak-hak wanita dipertahankan sesungguh - sungguhnya. Tidak cukup dengan itu, srikandi ini juga berharap agar dapat melahirkan muslimat sebaris dengan kaum muslimin dalam mempertahankan dan memperjuangkan Islam. Srikandi Zainab al-Ghazali telah membawa ‘anjakan paradigma’ dalam institusi dakwah kerana telah berjaya menyemai roh perjuangan yang hebat ke dalam diri setiap ahli Jamaah Muslimat agar berani mara ke hadapan menjadi pembela agama Allah SWT walaupun perkembangan gerakan ini sentiasa dikecam hebat oleh pemerintah Mesir yang berhati ‘anjing’.


‘Bidadari besi’, muslimah aktif. ‘Bidadari besi’, wanita kuat, tabah dan bersemangat. ‘Bidadari besi’ rindukan syahid, jihad adalah segala-galanya. ‘Bidadari besi’ bermotivasi tinggi. ‘Bidadari besi’ sentiasa melakukan perubahan ke dalam dirinya. ‘Bidadari besi’ memiliki aura yang amat kuat dalam mempengaruhi masyarakat di sekelilingnya. Hakikatnya, ‘bidadari besi’ ini amat hebat kerana dasar al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan hidupnya. Perjuangan dalam menegakkan tiang agama sentiasa tidak diabaikan. Dia sentiasa bergerak aktif dalam melaksanakan nilai-nilai Islam serta berupaya mempengaruhi dan mengajak wanita-wanita lain untuk beramal Islami walaupun hal ehwal lain-rumah tangga, kerjaya juga memerlukan perhatiannya termasuk dirinya sendiri.


‘Bidadari besi’ sangat diperlukan sekarang. Amat diperlukan oleh para pejuang Islam di medan jihad sebagai ‘sayap kiri’ mereka dalam menegakkan syariat Islam yang semakin dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. ‘Bidadari besi’ itu adalah seorang wanita / muslimah yang sanggup menginfakkan dirinya dalam gerakan Islam ini demi agama yang tercinta. Walaupun hanya bertindak sebagai ‘sayap kiri’ di medan perjuangan, namun peranan dan pengaruhnya amat besar dalam masyarakat bahkan kewujudan mereka sudah ada semenjak zaman Rasulullah SAW. Sebagai contoh, puteri Saidina Abu Bakar r.a sentiasa berulang-alik membawa bekalan makanan dan khabar berita mengenai pergerakan orang Quraisy kepadanya dan juga Nabi SAW sewaktu penyembunyian mereka di Gua Tsur. Jika dilihat, apalah sangat peranan Saidatina ‘Aisyah r.a dalam hijraturrasul ini, namun jika difikirkan balik, ia memberikan impak yang besar kepada kelancaran penghijrahan Nabi SAW dan juga penyebaran Islam secara syumul.


Ustaz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon telah menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."


Go, go ‘bidadari besi’!!! Go, go muslimat!!! Dunia sedang tenat!!! Tenat dengan masalah-masalah yang melanda!!! Agamamu diperkosa!!! Ayuh bangun berdiri bersama kaum muslimin!!! Khidmatmu amat diperlukan demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Dirimu yang dianggap sebagai ‘sayap kiri’ perjuangan bagi kaum muslimin merupakan suatu sayap yang amat penting posisinya. Takkan terbang megah burung di udara tanpa mempunyai sepasang sayap yang sempurna dan kuat. Walaupun ‘statement’ tersebut dianggap sebagai analogi namun ia dapat diterima aqal.




Allah SWT juga telah menegaskan di dalam taujihat Quraani-Nya yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." At-Taubah : 71


Memetik pula kata-kata gramatis daripada Mustafa Masyhur sebagai penyuntik semangat wanita-wanita muslimah sekalian :


“Wahai saudariku yang Muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyahkan generasi-generasi, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak mereka dengan peperangan-peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka satu surah dari Al-Quran.


Begitu juga seorang al-ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Dia menggesa suaminya supaya berjihad, bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya. Dia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. Pada masa dulu, seorang wanita Muslimah itu memainkan peranan di medan jihad sebagai pemberi minum tentera-tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadangkala mereka turut menghunuskan senjata seperti yang telah dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud”


SO MUSLIMAH…….



ARE YOU READY NOW???!!!

Work for Islamic pride…

Takbir!!!

Mukhlisoh minni,

Srikandi haraki

Thursday, March 12, 2009

Ayuh MUSLIMAT!!!!


Bicara kata drpd seorang muslimat kpd semua yg bergelar muslimat.
sudah trbuktikah hakikat ungkapan wanita sayap kiri perjuangn?
benarkah kita sayap kiri perjuangn jika kita sekadar melakuan kerja2 teknikal di sebalik tabir,mengharapkan muslimin dalam segala urusan,gagal utk menjadi srikandi yg berdikari,.bukan membantu mencepatkan gerak kerja,sebaliknya melambatkan kerana sering b'tuhankan emosi...

belum tibakah masanya lagi utk kita menjadi srikandi seperti Saidatina Aisyah yg menjadi sumber rujukan ilmu para sahabat..bkn sekadar ilmuan,bahkan pencetus evolusi apabila telah memimpin sepasukan tentera utk menyerang Saidina Ali...

bilakah saatnya akan lahir srikandi berjiwa tegar seperti Sumayyah dlm mmpertahankan akidah bertuhankan yg Esa.
siapakah yg akn mengulangi episod2 perjuangn dan penderitaan Zainab al-Ghazali dlm menegakkan Islam..

muslimat perlu sedar..

bangunlah drpd mimpi yg panjang...yg sudah tersedar,kejutkan akhwat sperjuangn yg lain..jgn terlalu manjakan diri sendiri..kita perlu tegas..perlu tangkas dan cergas...namun dlm ketegasan ada kelembutan...dlm ketangkasan ada femininnya...
mari kita melihat permslhn yg berlaku di sekeliling kita..

penyakit sosial dlm kalangn masyarakat kita semakin bernanah..
cthnya di sekeliling kita..ana hampir menitiskan air mata acapkali ana ke bandar;midvalley...sakitnya mata melihat gelagat anak remaja sebaya ana...pegang sana sini,peluk cium x kira tempat,pakaian yg menjolok mata,muzik yg nth pape.....mengucap panjang ana..ana dan sahabat sekadar melihat..nk ditegur x terlafaz di mulut,hanya sekadar meniti dan membenci di hati..kiranya selemah2 iman la kami ni...ishk3x...

"sebab apa la ntunna dok p tempat macam tu?..maksiat2...bknnya ntunna mmpu nk tegur pon..."..

kdg2 persoalan begini ditanya ssame shbt...jwpannya mudah ja..kdg2 kita perlu keluar dr kepompong/zon yg selesa utk melihat sendiri betapa sakitnya masyarakat kita sekarang..kita perlu melihat sendiri fenomena2 yg berlaku agar kita sedar betapa perlunya kita bangkit utk berdakwah...(DQ=zon selesa)..

cth lain...ketika di pudurya..sewatu menunggu bus utk bertolak..berkerut dahi ana melihat gelagat sepasang kekasih...seorang isteri menyalami suaminya utk mendapat keredhaan...alhamdulillah,rahmah sakinah mahabbah la hubungn itu..TAPI...jika pasangn kekasih saling menyalami,menghadiahkan ciuman dan pelukan,tidak merelakan pemergian,air mata bercucuran...astaghfirullah..mengucap panjang ana...
masyarakat kita sedang nazak...ini baru mslh sosial..

Ayuh muslimat!!...bangkitlah....bnyak masalah di hadapan,bnyak perkara perlu diselesaikan...jgn mengharapkan kaum muslimin utk menggalas semua bebanan..kita perlu mengmbleng tenaga..kongsi cdngn2 dan idea..lontarkan hujah2...semua aktivis muslimat perlu bergerak agar seiring dengan keberjayaan idealisma dan kepemimpinan muslimin...

tertarik dengan saranan helwani gamis(nm baru..SIGMA)..pada masa ini penguasaan MP3(multimedia,penulisan,peka isu,pidato) sangat-sangat penting bagi aktivis gerakan terutamanya kepada mahasiswi..walaupun tidak mampu menguasai kesemua empat elemen ini, sekurang-kurangnya salah satu daripadanya dapat kita kuasai dengan baik...

Mengambil semangat dari kenyataan "sharpen the saw" Abraham Lincoln yang diberikan 9 jam untuk menebang pokok-pokok, dan beliau menggunakan 6 jam pertama hanya untuk mengasah kapaknya.
manfaatkn segala kelebihan..persiapkan diri dgn kemahiran...perlu kuat utk ke medan..

Zaman wanita terperuk di dapur sudah berlalu, kini tangan yang menghayun buaian itu telah banyak menggegarkan dunia. Malah di sebalik kejayaan seseorang itu, baik seorang anak atau pun suami, berdiri di belakangnya seorang wanita yang menjadi pendorong kejayaannya itu.

Akhir kalam...salam perjuangn buat sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian...sahabat2 putera dan puteri.."biarlah kita hilang sahabat kerana perjuangn..jangan hilang sahabat seperjuangn..moga saat kemenangan Islam kita masih istiqmh disisiNya...
TAKBIR!

Nukilan : Hazwani Khamaruddin

Tuesday, March 10, 2009

PROFIL PERIBADI MUSLIM

Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah saw yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang amat penting adalah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur'an dan sunnah adalah pribadi yang shaleh, peribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya terwarnai oleh nilai-nilai yang datang dari Allah Swt.

Persepsi masyarakat tentang pribadi muslim memang berbeda-beda, bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah, padahal itu hanyalah salah satu aspek yang harus ada pada peribadi seorang muslim. Oleh karena itu standard peribadi muslim yang berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah merupakan sesuatu yangwajib dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim.

Bila disederhanakan, sekurang-kurangnya ada sepuluh profil atau ciri khas yang mesti ada pada peribadi seseorang muslim.

1. Salimul Aqidah

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang sepatutnya ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya:

'Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162).


Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da'wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah.

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: 'shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.' Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.


3. Matinul Khuluq.

Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.


Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw ditutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman yang artinya: 'Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi.

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya.

Oleh karena itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sering sakit. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah saw bersabda yang artinya: 'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri

Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur'an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: 'pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.' Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan.' Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir (QS 2:219).


Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Dapat kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu.
Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah: “samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatul Linafsihi.


Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatul linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu.

Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).


7. Harishun Ala Waqtihi.

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.


Allah swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan: 'Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.' Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi.

Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, rehat sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.


8. Munazhzhamun fi Syuunihi.

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya.


Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya penerusan dan berilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun Alal Kasbi.


Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan kekuasaan (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan bilakala seseorang memiliki kekuasaan, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Kareitu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umrah, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur'an maupun hadits dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.

Dalam kaitan menciptakan kekuasaan inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.


10. Nafi'un Lighoirihi.

Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima agar dapat bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peranan yang baik dalam masyarakatnya.


Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).
Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan hadits, sesuatu yang perlu kita renungkan pada diri kita masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::