Monday, December 7, 2009

Kenangan yang Tercipta~

Dedikasi khas buat KD2 Hari Ukhwah Persijilan 2009
dan
Semua GEN9...

Satu taklifat menyatukan kita,
Beberapa hari berkhidmat kerana kerja,
Pening, penat, sama-sama kita rasa,
Itulah pengorbanan untuk hari keluarga.

Kesibukan mengajar kita menghargai masa,
Seharian tak makan pun kita tak terasa,
Semoga Allah memberkati usaha kita,
Itu kata semangat yang kau kata.

Marah dan geram perkara biasa,
Demi kesempurnaan program kelolaan kita,
Pelbagai masalah buat kita hampir putus asa,
Itulah asam garam bila bekerja.

Duduk berbincang satu meja,
Berbeza pendapat itu lumrah manusia,
Alhamdulillah syukur kepada-Nya,
Tak susah untuk kita sepakat kata.

Seterusnya sumbang khidmat dan kerjasama,
Ustaz, ustazah gelaran ganti nama,
Masalah hati harus dijaga,
Meskipun kadang-kadang tertinggi suara,
Kadang-kadang tertajam pandangan mata,
Kadang-kadang terlafaz perkataan tak sedap di telinga.

Bukan sengaja,
Masing-masing penat tak terkata,
Kalau marah pun tak lama,
Kata 'sorry' cepat-cepat dipinta,
Kelembutan hati itulah tanda.

Kehulu kehilir memastikan semuanya sempurna,
Masuk rehat di bilik pun xleh lama,
Ada saja panggilan perlukan kita,
Bangun gagahkan kaki walau sakit kepala.

Dari Zohor sampai Asar di Dewan Muktamar bersama-sama,
Solat Asar diimamkan Azmi si ketua programmer,
Mohon pada Allah berjalan lancar semuanya,
Laporan unit perhubungan mengejutkan kita,
Ramai VIP xleh mai ada masyaqqah katanya.

Aisyah dan Mahidin tunggu arahan kita,
ET si timbalan pengarah bagai nak pecah kepala,
Sedikit bercelaru, otak pun blurr,
Si pengarah naik angin, si protokol pun sama.

Aku pandang mereka terpinga-pinga,
Call si ketua programmer, tolonglah hamba,
Tapi sayang, dia pun turut sama,
Marahkan hamba yang hanya bertanya.

Benda kecik jadi besar rupanya,
Bertegang lidah setel jugak akhirnya,
Terketar-ketar jiwa hamba,
Bertikam lidah dengan tiga jejaka,
Bukhari, Hayyi, Azmi itulah mereka.

Si teknikal, ana nak red carpet dan bunga,
Emielia garu-garu kepala,
Terus contact ridhwan si ketua,
Senangnya bertitah seperti raja.

Hamba cuma nak majlis sempurna,
Ingatkan boleh tenang balik asrama,
Rupanya masalah timbul dari unit multimedia,
Nadiatul dan Harris kena marah kat programmer,
Sabarlah demi membaiki kesilapan bersama.

Si unit cenderahati pun kurang sempurna,
Wirdah dan Uqbah dan tension nampaknya,
Mereka dah cuba sedaya upaya,
Tapi masalah timbul juga.

Itulah pentingnya sistem follow up dijaga,
Sape yang susah kalau bukakn programmer,
Hayyi dan Aimi bincang protokol sampai sakit kepala,
Begitu begini selesailah semua.

Hanya tunggu majlis nak bermula,
Takut juga andai tertimpa bencana,
Hati ini tak henti-henti berdoa.

Us. Syaabani datang sebelum majlis bermula,
Kesian si programmer peningg kepala,
Si pengarah belum nampak muka,
Macam mana si programmer tak sakit kepala,
Sabarlah ustaz, ana pun taktau nak buat apa.

Nak tolong pon taktau macam mana,
Ustaz resah gelisah, ana pun gundah gelana,
Si timbalan pengarah pun dah hilang punca,
Si unit protokol geleng-geleng kepala,
Si unit sukaneka pandang takde makna.

Pandang ke tempat banin sorang pun xde,
KD2 program je yang dok buat keje,
Hai ustaz programmer, mana banin2 kita?
Apa mereka kepenatan dengan sukaneka?

Bukan marah, ana cuma bertanya,
10 malam majlis bermula,
Us Syaabani masuk diiringi "tawassalna".

Banin2 segak berbaju melayu lambang agama,
abnat2 ayu berjubah seikhlas hati bergaya,
Semua tersenyum bila tercalon nama,
Tapi sayang pemenangya sorang saja.

Persembahan silat halwa mata,
Persembahan dikir bvarat halwa telinga,
Dikir barat ada kelainannya,
Si unit persembahan tahniah untuknya.

Tengok di pentas terkejutnya hamba,
Si protokol berdikir bersama si programmer,
Akhirnya majlis tiba ke kemuncaknya.

Abdullah Hafidz juara banin kita,
Banat pula disandang oleh Siti Aishah Jauhara,
Itulah tokoh "Huffaz Teknokrat" kita,
Yang lain pun hebat2 belaka,
Tapi nasib undian tak menyebelahi anda.

Nasi beriayani santapan istimewa,
Naik pening unit persegaran menguruskannya,
Amanina dan Naim pun sakit kepala,
Kadang2 termarah tu tak sengaja.

Buakn sengaja buat korang sakit jiwa,
Agar2 buatan banin dessert kita,
Si programmer tak lalu makan nampaknya,
Maklumlah dah 2 hari tak makan sempurna,
Boleh jadi gastrik tahap kritikal agaknya.

Banin banat kepenatan semuanya,
Pagi tadi seharian enjoy bersukaneka,
KD2 lagi penat tok sah kata,
Dah seminngu kurang tido, rehat dan segala,
Iadah Quran pun tergendala.

Sehari berukhwah selamanya bermahabbah itulah tema,
Semoga kenangan diabadikan selamanya,
Dewan Mukatamr saksi kemesraan kita,
Padang main DQ bukti ukhwwah terbina,
Sematkan ia seindah kenangan kita.....

Tulus Ikhlas dari jiwa,
-TAQWA-

Saturday, December 5, 2009

menjelang exam

Simfoni siang...

Bismillah.

Apabila para-para jadual peperiksaan itu mula menerjah,
maka segala urat nadi dan lmph-lmph yang terpasang siap di dalam badan menjadi begitu 'baik'.
ketakutan yang dirasai bukanlah satu pilihan.
atom-atom yang diluar bumi mahupun didalamnya kelihatan seperti bakal bakal merembeskan fluid-fluid yang dirasakan perlu disaat segala taburan statistik itu mula memunculkan ketinggiannya.

Dikala graf-graf polynomial serta verb-verb tense yang menganggu mengganggu perjalanan itu telah dikemaskini dengan baik, maka asymptote-asymptote serta logarithma-logarithma yang mengganggu fikiran itu telah diselesaikan melalui aplikasi konsep condition of equilibrium di atas centre of graviti.

Apabila work done itu tidak sama dengan force yang diberikan, maka kinetic energy itu harus ditheoremkan.
Kegelisahan itu bukan jalan penyelesaian.
Tetapi, konsep velocity with constant acceleration harus juga diambil kira supaya scalar dan vectornya kelihatan sama walaupun significant figuresnya jauh berbeza.

Maka mukmin itu jiwanya tenang serta ketenangan itu datangnya dari Ilahi.

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (48:4)

48:4 Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,


Sebagaimana educated islam terdahulu berjuang demi mengkaji kebesaran Tuhan,
maka, seharusnya anak-anak dizaman serba serbi teknologi ini lebih mampu untuk menggunakan segala momentum dan impulse walau terkadang collision itu mengganggu fikiran.
Tetapi, oleh kerana anak-anak ini punyai gravititional energy ditambah dengan power daripada pelbagai principle, maka seharusnya work done itu serta lain-lain aplikasi mencapai objektifnya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (3:200)

3:200 Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.


Salam perjuangan
.

Friday, December 4, 2009

Ya Allah...Aku berlindung dari yang menyesatkan........

Salam..
Alhamdulillah, dgn izin Allah,Allah mengilhamkan kpd ana untuk menulis untuk semua pembaca yg insyaAllah dirahmati Allah..
Sekadar perkongsian mengenai terjemahan surah Al-Qiyamah..Ya Allah,menitis air mata tatkala membaca terjemahan ini...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
  1. Aku bersumpah dgn hari Kiamat.
  2. dan aku brsumpah demi jiwa yang selalu menyesali(dirinya sendiri).
  3. Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
  4. (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.
  5. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus.
  6. Dia bertanya, "Kapankah hari Kiamat itu?"
  7. Maka apabila mata terbeliak (ketakutan),
  8. dan bulan pun telah hilang cahayanya,
  9. lalu matahari dan bulan dikumpulkan,
  10. pada hari itu manusia berkata, "Ke mana tempat lari?"
  11. Tidak! Tidak ada tempat berlindung!
  12. Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu.
  13. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
  14. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri,
  15. dan meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.
  16. Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya.
  17. Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.
  18. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
  19. Kemudian sesungguhnya Kami yang akan menjelaskannya.
  20. Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia,
  21. dan mengabaikan (kehidupan) akhirat.
  22. Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.
  23. Memandang Tuhannya.
  24. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram,
  25. Mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang sangat dahsyat.
  26. Tidak! Apabila (nyawa) sampai ke kerongkongan,
  27. dan dikatakan (kepadanya), "Siapa yang dapat menyembuhkan?"
  28. dan dia yakin bahwa itulah waktu perpisahan (dengan dunia),
  29. dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan),
  30. Kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau.
  31. Kerana dia (dahulu) tidak mahu membenarkan (Al-Quran dan Rasul) dan tidak mahu melaksanakan solat.
  32. Tetapi justeru dia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran),
  33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya, dengan sombong.
  34. CELAKALAH KAMU! MAKA CELAKALAH!
  35. SEKALI LAGI, CELAKALAH KAMU(MANUSIA)! MAKA CELAKALAH!
  36. Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja(tanpa bertanggungjawab)?
  37. Bukankah dia mulanya hanya setitis mani yang ditumpahkannya(ke dalam rahim),
  38. Kemudian (mani itu) menjadi sesuatu yang melekat, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya,
  39. Lalu Dia menjadikan darinya sepasang lelaki dan perempuan.
  40. Bukankah (Allah yang buat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?
MAKA BENARLAH SEMUA AYAT2 ALLAH..

Sama-sama muhasabah, lbh2 lg kta sbg huffaz..Jangan pula Allah menempelak golongan huffaz kerana kelalaian kita..
Ya Allah, ampunkan dosa hamba2Mu yang hina ini, jauhkn kami dr azabMu, jadikan Al-Quran pembela di hari kiamat nanti,jangan pula mnjadi pengkhianat kpd kami..
Ingatlah semua, kita smua akn mati, tapi x thu bila je, siapkn diri kita dgn ilmu,iman,amal dan yg paling pnting sntiasa memohon kpd Yang Maha Esa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::