Friday, March 5, 2010

Hikmah Solat Dhuha

Solat Dhuha.

Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar.

Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hingga menjadikan manusia hidup

di dalam kesenangan dan kemewahan.



Justru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan

menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah.

Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.


Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:


1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.


2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama. Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah. Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan sholat sunatnya sebanyak dua atau empat, delapan dan dua belas rakaat, meskipun sholat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.


Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”


Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.


Khasiat dan Fadilat


Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.


Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.


Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”


Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”


Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)


Doa Selepas Solat Dhuha

Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu
Dan keagungan itu adalah keagungan-Mu
Dan keindahan itu adalah keindahan-Mu
Dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu

Ya Allah,
Jika memang rizkiku masih di atas langit,
Maka turunkanlah ia,
Jika masih di dalam bumi,
Maka keluarkanlah ia,
Jika masih sukar,
Maka mudahkanlah ia,
Jika (ternyata) haram,
Maka sucikanlah ia,
Jika masih jauh,
maka dekatkanlah ia

Berkat waktu dhuha-Mu,
Keagungan-Mu,
Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,
Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.
Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.


Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:


“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani)

Wednesday, March 3, 2010

Ayam Goreng Minyak Masak..?



Alkisahnya bermula....

-Areh, tolong Nor goreng 'ayang'..kekgi ma maroh..

-kekgi sket deh..nok denga lagu jap..bakpo mu dok gorengnya?

-ouk aloh..gi jap..aku banyok keje ag nok wak..

-tau takot minyak 'ngecik'!!!op?..op?..haha..nok jadi bini ganola..

-tau takpo..=)



em..last2,aku wat sendiri..em..memang jauh jarak aku ngan kuali semasa nak letak ayam..huhu..bismillahitawakkaltu’alallah...........



-Areh!!meh jap...tolong nor balik2 ‘ayang’..

-nakotla kakok aku ‘sore’ ni..

-sedap mu ngate kat ku....=(



Then,dia gi sambung dengor lagu dia..tinggalla aku sorang2 kat dapur..berperang ngan minyak panas..Hanya Tuhan Yang Tahu...

And last...siapla ayam goreng(goreng je pun,bukan masak sambal merah..dah bangga diri..=p)

tapi............

mama suh goreng ikan pulak....OH NO!!!!tunggu mama balik kejela..goreng ngan ma..(yeke??)....=)


MORAL


##CARILAH POTENSI DIRI..kayu pengukur seseorang individu dalam menampakkan dirinya seorang ciri2 insan yang unggul,positif dan berjaya dalam tugasan dan prestasinya..

>>>Nor sepatutnya yakin dan berfikiran positif bahawa dia mampu dan boleh menggoreng ayam tanpa bantuan adiknya,Areh(berlagak pandai)


##SHIFT YOUR PARADIGM..cara kita melihat sesuatu, pandangan kita, kerangka rujukan atau kepercayaan kita..

>>>Sepatutnya nor melihat ke depan; cane nak goreng ayam tanpa bantuan orang lain dan dia harus cari alternatif cane nak atasi takut minyak..=)


##KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN!!!! :)


PARADIGMA -> TINDAKAN -> HASIL

(susahya..xblh buat la) (hangat2 tahi aym..biase2 je) (biase2 je..tkt maqbul blh la..)




HAPUSKAN KITARAN TEWAS..CETUSKAN POTENSI SEBENAR DIRI KITA.. SEMUA ORANG BERHAK UNTUK BERJAYA. AYUH!!! TUNTUT HAK ANDA ITU!!!




PARADIGMA -> TINDAKAN -> HASIL

(senangla..mudah je) (usaha semaksima mungkin) Alhamdulillah..mumtaz


srikandi haraki


Monday, March 1, 2010

Kalau benar cintakan Allah

Kalau benar cintakan Allah.

Sebutlah nama Allah banyak-banyak.Allah berfirman dlm Al-Fath : 9
"Supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan agamaNya,
kepadaNya pada waktu pagi dan petang."
Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualitiyang tinggi.
Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan.
Semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNya
dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan segala hukum-hakamNya, itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun, apabila Allah dilupakan, umatnya akan kurang menyebut namaNya lagi. Ketika itulah hati-hati pun akan lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya.
Akibatnya hukum-hakmNya diabaikan dalam tindakan dan perbuatan.
Apabila ini terjadi, jangan ditangisi jika Allah 'lupakan' kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa.
Ornag yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingatiNya denagn lidah, hati dan perbuatan.
Menjadi seorang muslim sahaja,(bukan muttaqin) tidak melayakkn kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya. Siapakah kita? Muttaqin atau hanya Muslim?

TAKAZA
Takaza bukan Yakuza.
Takaza bermaksud seruan Jihad.Usaha untuk bantu agama Allah.
Jihad datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya bermain mata pedang dihadapan musuh Allah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
'Fitnah akan mendatangi hati manusia dari arah depan dan belakang seperti anyaman tikar yang bercantum antra satu dengan yang lain.Jadi, jika ada hati yang menerima mana2 fitnah, maka 1 titik hitam akan melekat dihatinya. Dan hati yang tidak menerima fitnah, 1 titik putih akan melekat dihatinya, sehinggalah akan wujud 2 jenis hati.

1-Hati yang putih seperti batu marmar yang tidak akan dimudharatkan oleh mana2 fitnah sekalipun selagimana tegaknya bumi dan langit. (kerana kekuatan imannya, tidak ada fitnah yang mampu memberi kesan kepadanya)

2- Hati yang hitam yang tak mungkin mampu bertahan. x mungkin tersisa lagi didalamnya perasaan bencikan dosa dan tidak tertinggal lagi cahaya iman .dan kerana itu dia tidak lagi mengaggap yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk.
Dan dia hanya bertindak mengikut hawa nafsunya yang sudah mendiami hatinya. (HR:Muslim)

BESARNYA CINTA NABI KEPADA UMATNYA.

Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Aku dan kamu diumpamakan sabagai seorang yang telah menyalakn api .lalu rama-rama dan kelkatu jatuh keatasnya dan dia menjauhkannya daripada api itu.Aku memegang pinggang2 kamu dan menyelamatkan kamu daripada api neraka, akan tetapi kemu terlepas dari tanganku.Yakni terus berjatuhan kedalam api neraka. (HR:Muslim)

Lihat, betapa perasaan belas kasihan dan keinginan yang keterlaluan yang ada dalam diri Rasululah s.a.w untuk menyelamatkan umat baginda dari api neraka.(nawawi)
Kita, dimanakah usaha kita?

Diceritakan juga peribadi nabi s.a.w,
kerana umatnya berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun, Baginda selalu diam dan x akan berbicara jika x perlu.
(HR:Tirmizi)

Ketika anak-anak panah kabilah Thaqif telah memusnahkan umat islam,
para sahabat telah meminta nabi mendoakan keburukan terhadap mereka.
Baginda s.a.w bersabda : Ya Allah! berilah hidayah kepada kabilah Thaqif.

Rasulullah s.a.w seringkali menadah tangan dan berdoa : Ya Allah! umatku! umatku! umatku! dan menangis kerana mengenangkan umatnya dan apa yang akan terjadi kepada mereka diakhirat nanti. Nabi berkata :
"Aku hanya akan berpuas hati bila tidak ada seorang pun dari umatku yang tinggal didalam neraka."

Pernah nabi dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang2 musyrik. Maka nabi telah bersabda :
'Aku tidak diutus sebagai pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat.'
(HR: Muslim)

Dari 'Amr bin Auf r.a menukilkan sabdaan baginda s.a.w bahawa:
"Agama pada mulanya adalah satu perkara yang asing (dagang), kelak tidak lama lagi ia akan menjadi kembali asing seperti mula dahulu kerana itu berita gembira bagi orang2 islam kerana agama mereka dianggap sebagai terasing. Mereka itulah orang2 yang membetulakn jalanKu yang telah dirosakkan oleh orang2 selepasKu."
(HR:Tirmizi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::