Thursday, May 13, 2010

beradab dalam berbeza pendapat

Beradab dalam berbeza pendapat

Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok 'agamawan reformis' atau digelar juga 'progresif' yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut 'pembaikan' (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat.

Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform sama ada 'minda tajdid', atau mengemudi 'bahtera itu dan ini' dengan pelbagai slogan pula seperti 'kembali kepada al-Quran dan Sunnah', atau 'mengikut amalan generasi Salaf' dan seumpamanya.

Apa yang ingin digambarkan oleh kelompok 'mujaddid palsu' ini ialah selama ini amalan masyarakat kita kononnya tidak mengikut al-Quran dan Sunnah; nenek moyang dan ibu bapa kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya; masyarakat kita banyak melakukan amalan bidaah sesat, bahkan turut mempertikaikan mengikut mazhab kerana katanya di zaman Nabi SAW dulu tiada mazhab lalu kenapa kita harus mengikut mazhab hari ini.

Tiada salah untuk melakukan pembaharuan malah ia dituntut apabila masyarakat menjadi semakin jauh dari amalan murni Islam yang sebenar lalu mencampur-adukkan dengan amalan khurafat dan bidaah sesat. Bahkan ada hadis dari Abu Hurayrah r.a., yang menyebut bahawa Allah akan membangkitkan setiap seratus tahun untuk ummah ini orang yang memperbaharui agamanya. (Sunan Abu Dawud)

Namun apa yang mengecewakan ialah apabila golongan-golongan ini bukannya 'memperbaharui' agama daripada perkara-perkara khurafat dan bidaah sesat, sebaliknya membongkar perkara-perkara khilafiyyah yang telah disepakati para ulama silam sejak ratusan tahun lalu untuk bersetuju berbeza pendapat (agree to disagree).

Kesan pembongkaran itu hanyalah menimbulkan keresahan dan keraguan di kalangan masyarakat sehingga membawa kepada perpecahan sesama sendiri.

Perkara-perkara khilafiyyah yang wujud dalam amalan mazhab-mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah seperti membaca qunut Subuh, keadaan jari telunjuk ketika tasyahhud perlu digerakkan atau tidak, berdoa beramai-ramai selepas sembahyang, dan seumpamanya tidak mungkin dapat diselesaikan hari ini jika dahulu pun tidak mampu diselesaikan oleh alim-ulama yang ratusan kali ganda lebih hebat daripada ulama-ulama hari ini dan lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan generasi Salaf.

Menyedari hakikat bahawa perbezaan pendapat para ulama itu tidak dapat dielakkan khususnya dalam hal-hal ranting yang terperinci dalam ibadat, maka para ulama usul telah merumuskan bahawa "kebenaran dalam perkara ranting (furuk) itu berbilang-bilang." Ia suatu hakikat bahawa kebenaran dalam perkara bersifat 'cabang-cabang' Islam ini tidak mampu untuk diseragamkan menjadi satu walaupun ribuan ulama telah mencubanya sejak sekian lama.

Lalu selama kita mengikuti pandangan majoriti ulama (al-sawad al-a'zam) iaitu para imam mazhab empat dari kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah, maka insya-Allah kita berada di atas landasan dan jalan yang benar.

Renunglah nasihat para ulama silam dalam mengambil sikap beradab apabila menangani perbezaan pendapat dengan menekuni karya-karya mereka yang banyak berhubung denganadabul ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat). Imam al-Shatibi r.a. sendiri sebagai contoh menulis: Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi'en dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain. (al-I'tisom 2/191)

Selain tidak beradab dalam menangani perbezaan pendapat, golongan reformis agama ini juga mendakwa bahawa Islam yang sebenar ialah dengan mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bukannya mengikut mazhab.

Bunyinya menarik dan benar tetapi sebenarnya penuh dengan kebatilan dan kepalsuan seperti mana yang sering diungkapkan "kalimatul haq yuridu biha al-batil".

Mereka secara tidak langsung menyeru masyarakat menjadi 'bebas mazhab' (al-la madhabiyyah) suatu aliran yang dianggap 'bidaah' paling bahaya yang menentang syariat Islam seperti mana ungkapan Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam kitabnya al-la Madhhabiyya Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu al-Shari'at al-Islamiyyah (Bebas Mazhab Bid'ah Paling Bahaya Menyalahi Syariat Islam).

Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal dunia 795H/1393M) telah lama menentang aliran ini menerusi kitabnya Radd 'ala man Ittaba'a Ghayr al-Madhahib al-Arba'ah (Sanggahan Terhadap Mereka Yang Tidak Mengikut Mazhab Empat).

Kita perlu faham bahawa apabila disebut 'mengikut mazhab' bukanlah bermakna taksub kepada pandangan akali para Imam-Imam mazhab, kerana pandangan mereka itu juga sebenarnya didasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan mazhab itu sendiri bukanlah pandangan sosok tubuh seorang individu atau Imam mazhab semata-mata.

Mengikut mazhab Shafie bukan bermaksud mengikut pandangan Imam Shafie seorang diri sahaja, tetapi ia melibatkan sekumpulan para alima ulama yang mengikut kaedah mengistinbatkan hukum berdasarkan kaedah dan kriteria Imam Shafie.

Adalah tidak benar seperti apa yang cuba dimomokkan oleh kelompok agamawan reformis ini bahawa mengikut mazhab itu seolah-olahnya tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Terlalu dangkal jika kita berfikiran begitu dan terlalu hina kita meletakkan taraf keilmuan para imam-imam kita dan ulama mazhab yang menghabiskan usia menjadi penyuluh kegelapan umat dengan menelaah al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab saban waktu tanpa jemu.

Hidup mereka dipenuhi dengan ilmu dan pengajian sehingga ada ulama silam yang walaupun ketika sedang makan masih tetap menelaah kitab-kitab, sedangkan hidup kita penuh dengan bersenang-lenang dan berseronok-seronok.

Adalah amat mengecewakan apabila kita dapati ungkapan-ungkapan menghina para ulama silam dan dilontarkan bersahaja tanpa rasa bersalah bahkan dengan cukup biadab sekali sama ada dalam tulisan di dada-dada akhbar mahupun pada ceramah-ceramah.

Ini bukanlah bermaksud mengatakan bahawa para ulama itu maksum dan tidak melakukan kesalahan, tetapi pendekatan menghina itu tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi oleh golongan agamawan sendiri.

Kesimpulannya, kelemahan para ulama bukanlah untuk didedahkan kepada masyarakat umum apatah lagi untuk dijadikan bahan ditertawakan kerana tiada sekelumit manfaat pun yang diperolehi dengan pendedahan sebegitu melainkan 'mengajar' masyarakat bersikap biadap terhadap para ulama silam.

Kita harus ingat bahawa kita juga ulama dan apabila kita 'mengajar' masyarakat awam biadap terhadap para alim-ulama silam dan tidak menghormati mereka, kita jangan terkejut jika masyarakat juga akan bersikap biadap terhadap kita selaku ulama suatu hari kelak'.

Oleh NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD

Penulis ialah Felo Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia.



Saturday, May 8, 2010

WINDOWS 7

Soalan Lazim Windows 7

1. Kenapa sistem operasi baru Microsoft itu dipanggil Windows 7?
Microsoft menggunakan sistem penomboran dalaman dan sistem operasi Windows seterusnya adalah 7 menurut turutan.

2. Bila Windows 7 dilancarkan?
Windows 7 telah dilancarkan pada 22hb Oktober 2009.

3. Adakah terdapat versi beta atau RC (release candidate) yang boleh dimuat turun?
Tempoh ujian untuk Windows 7 telah berakhir. Dapatkan sahaja versi penuh.

4. Berapa edisi Windows 7 telah dilancarkan?
Microsoft telah melancarkan 6 edisi Windows 7. Edisi yang boleh didapati adalah :
i. Windows 7 OEM
ii. Windows 7 Starter
iii. Windows 7 Home Premium
iv. Windows 7 Professional
v. Windows 7 Ultimate
vi. Windows 7 Enterprise

6. Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam edisi Windows 7?
Setiap edisi Windows 7 didatangkan dengan set ciri tertentu. Secara amnya edisi Windows 7 yang lebih mahal atau tinggi mempunyai ciri-ciri tambahan yang berbeza berbanding dengan edisi yang kurang mahal contohnya Edisi Profesional lebih banyak

7. Kenapa Windows 7?
Banyak diperkatakan kenapa ia dinamakan Windows 7. Kenapa 7 dan tidak 8? Berikut adalah turutan yang diperkatakan dalam beberapa tapak web di ruang siber.
i. Windows 1 (Windows 1)
ii. Windows 2 (Windows 2)
iii. Windows 3 (Windows 3, Windows NT)
iv. Windows 4 (Windows 95, Windows 98, Windows 98 SE, Windows ME)
v. Windows 5 (Windows 2000, Windows XP)
vi. Windows 6 (Windows Vista)
vii. Windows 7 (Windows 7)

Windows 7 dikatakan sebagai lancaran yang logikal selepas Windows Vista dan yang ketujuh dalam keluarga Windows dan sebab itulah 7 dipilih untuk sistem operasi itu. Windows 7 adalah kemajuan ketara dan evolusi dalam sistem operasi pengguna. Ia merupakan usaha penting dalam rekabentuk, kejuruteraan dan inovasi. Windows 7 adalah komitmen untuk memastikan keserasian aplikasi untuk para pengguna.

http://www.karangkraf.com.my/E-Majalah/MajalahPC/default.asp?categories=MPC5

Thursday, May 6, 2010

Lesen L....


Oke..lesen..ada apa dengan lesen?? Yeah..bagi sahabt2 ku y sedang rilek2 bercuti sekarang masing2 pegi untuk mengambil lesen..lesen kete..moto..

Tapi mule2 tu agak boring jugak la..kena ikut kelas teori berjam-jam..
Huh..tapi itulah procedure nya..yelah..kalau xde kelas teori ni..macam mane nak bawak kete nanti..jumpe signboard ke hape..nganga...

So..cukup pasal lesen L...

Kita tuka konsep kepada..em..subjek fizik ke..chem ke..bio ke..apa pesamaan dyorg ni eh?

Yeah..yang samanya semua ada kelas teori (lecture) dan praktikal (lab)..
Sebelum masuk lab tu..kita semua mesti dah hadam dulu dengan teorinya dalam buku..
Kalau tak alamatnya..memang nganga la..xboleh nak perform..
Betul x??

Jadi..setakat ini...adakah anda bersama saya bahawa teori itu penting?
Teori yang kita baca..perlu kita fahami..baru boleh amal..dan jugak..kena banyak baca..
Kalau nak exam..punyalah kita ke library..
Nak pinjam dari sumber yang berlainan..untuk..??

Yes..meningkatkan kefahaman..menambahkan pengetahuan..
Untuk digunakan dalam kelas praktikal..dan jugak yang paling penting untuk di aplikasi kefahaman bila tiba masa yang diperlukan..

So, rasanya sudah dapat dikonklusikan..secara praktikalnya..seseorang takkan mampu untuk mengendalikan sesuatu dengan sempurna tanpa adanya teori yang betul2 mantap dan kukuh..
Sebelum terjun ke medan praktikal..

Namun, apa yang diperhatikan sekarang, tanpa kita sedari sebenarnya masih ramai antara kita yang (termasuk yang berlatarbelakangkan dq, sekolah agama) masih dicengkam SEKULARISME penjajah yang amat kuat. Mungkin juga otak kita dah agak berkarat untuk meikirkan perkara ini secara lebih.

Awal-awal tadi telah pun kita persetujui bahawa teori itu amatlah penting dalam menyediakan kita untuk bertarung di medan yang sebenar apabila tiba masanya. Saya ingin mengambil contoh orang Yahudi. Mereka sedari umur kecil sudah diajarkan untuk membenci Islam. Jadi benda ini sudah sebati dalam diri mereka apabila dewasa dan mereka mempunyai tekad untuk menghancurkan Islam dengan segenap cara. Mereka dicorak pemikiran dengan ingin menjadi pemimpin supaya matlamat mereka tercapai apabila mereka dapat memimpin dunia seperti yag telah pun dan sedang berlaku sekarang. Walaupun mungkin sesetengah mereka mungkin tidak dapat mencapainya, tetapi usaha ke arah itu begitu jitu sekali.

Jika nak dibandingkan dengan kita yang sudah hidup hampir dua dekad ini, kita hanyalah menjadi pembuntut ideologi sekularisme Yahudi dalam keadaan yang halus dan tidak kita sedari. Buku-buku agama, haraki hanya dibaca waktu usrah. Tak dijadikan bacaan wajib setiap hari sebagaimana wajibnya kita menonton perlawanan bola, drama Korea dan mengulangkaji akademik.

Adapun yang membaca kerana merupakan subjek di kampus. Ke manakah hilangnya entiti keperibadian sebagai seorang yang kononnya di mulut mahu menegakkan Islam jika tidak ada persediaan dari sekarang.

Tidaklah dikatakan di sini, sekarang kita mula mengumpul dan membaca sekarang juga ia akan membuahkan hasil. Tetapi ia juga seoalah-olah pepohon bunga yang ditanam, hari-hari dibaja dan disiram, diberi secukup zat agar ia dapat berbunga dengan mekar sekali tika tiba waktunya.

Kita bukan lagi mahu melahirkan generasi burung kakak tua yang hanya lantang bersuara tapi tiada isinya..tapi kita perlu berusaha untuk melahirkan generasi pewaris para nabi. Ya, usahanya bukanlah sejam mahupun dua tapi memakan masa bertahun. Jika tidak kita mulakan sekarang, bila lagi.

Adakah kita hanya ingin meneruskan tradisi SEKULARISME Yahudi tanpa segan silu??
Mulakanlah langkah anda. Budayakan pembacaan dan perbincangan ilmiah dari sekarang demi masa depan Islam..demi generasi Islam pada masa hadapan. Semua terletak atas tangan kita. Antara mahu dan tidak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::