Tuesday, June 15, 2010

Jemputan berhalaqah

Assalamualaikum.

Kepada banat gen9 dan gen10 yang dikasihi,

Sukacitanya anda semua dijemput untuk bersama-sama mengikuti Ta'alim.


*sila rujuk butir-butir dibawah.


Perkara : Halaqah Ta'alim

Kitab : Muntakhab Ahadith, disusun oleh
Hadzrat Maulana Muhammad Saad Al-Kandahlawi

Tempat : Surau Kc Level 7

Masa : Sejurus selepas solat isyak setiap hari (insyaallah)

Tempoh : 20 minit

Pembaca : Bebas


Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk mendengar hadith-hadith Nabi,
anda bolehlah meluangkan sedikit masa untuk duduk bersama-sama.

Kepada Allah jua disandarkan segala urusan.


Dari Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda s.a.w. bersabda :

Seorang mukmin sekali-kali tidak akan merasai kenyang daripada kebaikan (ilmu).
Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya (sehinggalah maut menemuinya)
dan tempatnya ialah didalam syurga. (HR Tirmizi) (Hadis Hasan Ngariib)

Dari Abdullah Ibn Masood r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah s.w.t keatas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.
(HR Bazzar, Tabrani) (Majmuk Zawaid 1:327)

Monday, May 24, 2010

Jadi seperti SUMAYYAH

Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh.
Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah sehingga tidak ada kabilah yang dapat membela, menolak dan mencegah kezaliman atas dirinya, karena dia hidup sebatang kara.
Posisinya menjadi sulit dibawah naungan aturan yang berlaku pada masa Jahiliyah.Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum.
Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Huzaifah. Dia akhirnya dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini. Beliau hidup bersamanya dalam suasana yang tenteram.
Tidak berselang lama dari pernikahan tersebut, merekapun dikaruniai dua orang anak, yaitu ‘Ammar dan UbaidullahTatkala ‘Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Maka berfikirlah ‘Ammar bin Yasir sebagaimana yang difikirkan oleh penduduk Mekkah, sehingga kesungguhan beliau di dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk Dienul Islam.
‘Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lezatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya.Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulai sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk pertama kalinya.Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, karena ‘Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir menyikapinya dengan menentang dan memusuhi mereka.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari dien mereka. Mereka memaksa dengan cara menyeret mereka ke padang pasir tatkala cuaca sangat panas dan menyengat.
Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan diatas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad….Ahad…., beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang diucapkan juga oleh Yasir, ‘Ammar dan Bilal.Suatu ketika Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah tersiksa secara kejam, maka beliau menengadahkan tangannya ke langit dan berseru :"Bersabarlah keluarga Yasir karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga"Sumayyah mendengar seruan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bertambah tegar dan optimis dengan kewibawaan imannya. Dia mengulang-ulang dengan berani: "Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar".
Sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang sepele dalam rangka memperjuangkan aqidahnya. Di hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para Thaghut yang zhalim, yang mana mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya sekalipun hanya satu langkah semut.Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya.
Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kesuksesan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.Tatkala para Thaghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah maka musuh Allah, Abu jahal melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkannya sangkur yang berada dalam genggamannya ke tubuhnya. Maka terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan bersih.
Dan beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh yang baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, yang mana beliau telah mengerahkan segala apa yang beliau miliki, dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Rabb-nya. "Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan".
Kami banat GEN9 yang sukakan SIRAH!
Lepas ni kalau adik2 tanya pasal SIRAH,kami mesti cerita sungguh-sungguh!
Kan.. Kan.. Kan?
Hebatnya Sumayyah.
Keimanannya. Perjuangannya. Tauhidnya. Ketaqwaannya.
Hebatnya Yassir.
Kekuatannya. Ketaatannya. Kefahamannya.
Namun,
aku bukan Sumayyah untuk mendambakan seorang Yassir.
Aku bukan Sumayyah mendambakan anak seperti 'Ammar.
Tapi aku adalah pejuang AGAMA.
Bakal meneruskan perjuangan Sumayyah dan Yassir.
Bakal terus melahirkan penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah.
Itulah kami.
Banat GEN9.
~ahhaa,sori. my first post since dapat invitation jadik penulis kat blog hebat ni.
TAQWA

Friday, May 14, 2010

Kau dan Aku..kini berbeza..




Warkah dari Gombak..

Sahabat..

duniaku kini tiada ceria hilang entah ke mana...
detik2 yang ku lalui penuh duri...

Terkapai-kapai. Namun,kena redah jugak. Dari PJ, berpindah ke Gombak. Kehidupan mesti diteruskan walaupun tanpa adik-beradik dan sahabat-sahabat tersayang.. =(..Nanti pun, korang ramai terbang ke Timur jugak kan...(bukan Timur Tengah ek..)huhu...

Life kat Gombak of course amat berbeza berbanding kat PJ or Nilai...lagi2la amat berbeza dengan DQ..hehe..ada orang cakap,kalu kat PJ dah rasa mencabar, kat main campus lagila...kalu persediaan nak p matrik 2x ganda...kena ganda lagi 3 kalu nak p maincamp..tp ni kat Gombakla..maybe kat Kuantan Campus,islamic sket coz pelajar2 dy pun ulat buku & thiqoh2 sume kan...??=)

Tempat baru..rumet baru..kawan baru..kos baru..life baru..alhamdulillah..macam mana pun kena bersyukur atas apa yang dikurniakan..Kewangan pun mencabar..huh..Life is not easy..Inilah dunia realiti..Kena hadapi..Jangan kecikkan skop pemikiran & dakwah...

Urmm..nak citer apa ya??Gombak??Biah??Study??Mahallah??huhu..ni Mun punya pasalla ni..=P..

Takde apa pun sal Gombak ni..korang datang,taula macam mana Gombak ni..bes ada..xbes pun ada..biasa kita dengar,kat maincampus ni sosial sket..tp tu sume berbalik kepada diri kita..kita nak pilih yang mana??..ada je golongan yang cenderung ke arah pengislahan diri..kalu kita doa banyak2 agar tak hanyut,pandai cari teman yang membantu..inshaAllah kita takkan tersasar jauh..=)

Benar orang cakap,hidup ni kena ada matlamat..vision & mission..tp matlamat tak menghalalkan cara..=) kita je yang berhak nak buat apa kat diri kita..asalkan tak bercanggah dengan garis panduan Islam sudah..

kamu kuliyyah apa??”..

QS”

QS???Quran Sunnah??”

x..Quantity Surveying..under KAED”

really??wow..”

yup..knp?”

xdelah..agak terkejut..ingatkan IRK”

oh..kamu pikir org yg bertudung labuh ni..future dy ustazah jela..?xboleh amik kos lain??”

i guess so..”

we’ll see...bla..bla...bla..”

KAED ni kos paling glamour jugakla kat Gombak..orang pandang tinggi..department paling lawa..pandai design..student femes..n student paling sosial...ini 1st impression orang terhadap budak KAED..setiap kos ada tagline dia..macam2 lgla..

Pernah sembang dgn kakak2 KAED yg *ok..kira sharing moment la..dyorang slalu pesan..BE YOURSELF!!duk dalam KAED kena kuat..kena kuat..kena kuat..jgn patah semangat..ada masalah citer..(T_T)..korang bleh bayangkan kot KAED ni macam mana..huhu..kakak2 ni sume dah rasa mcm mana kena smash ngan lecturer..it’s about personality..i mean tudung labuh..kalu kat Gombak..dy panggil tudung helikopter..biasanya perempuanla yang byk kena..lelaki nak tegur apa..??kalu dy xckp dy ni budak DQ,org pun xkan taukan??personaliti pun biasa2 je..lelaki mana pakai tudung..

Dipendekkan cerita..Gombak best!! Mcm2 bleh tengok..bleh tau..Kalu xbest,dah lama keluar..(“_’)V

Kena pandai cari kekuatan..kalu kita asyik nak duk dlm zon selesa cam kat DQ or mana2 tempat selesa..xbestla hidup ni..xbyk pengalaman..kurang pgtahuan..

Paling penting, buat korang yang huffaz ni..yg ada ilmu agama..kena sebarkan walaupun sepotong ayat..ramai yang dahagakan ilmu2 yang korang ada..

Duk kat maincampus,kena pandai jaga diri..lebih-lebih lagi mcm aku yang xbrape kuat sangat..duk dekat sbulan,macam2 dah menimpa..(org yg tau..taula..(T_T)..yang penting..PERSIAPKAN DIRI,BANYAKKAN BERDOA,KENA RAPAT DGN ALLAH etc..korang lebih tau dr aku..Cuma nak share quote yang menjadi teman sepanjang aku hidup ni..boleh rujuk dalam Ma dza Ya’ni...

JANGAN SESEORANG DARI KAMU MENJADI ORANG YANG TIDAK PUNYA PENDIRIAN DENGAN BERKATA, “AKU BERSAMA ORANG RAMAI, JIKA SEKIRANYA MEREKA BERBUAT BAIK AKU PUN BERBUAT BAIK, JIKA MEREKA BERBUAT JAHAT, AKUPUN TURUT SERTA.........TETAPI HENDAKLAH KAMU MENETAPKAN PENDIRIAN KAMU, MAKA SEKIRANYA MANUSIA BERBUAT BAIK, MAKA HENDAKLAH KAMU BUAT BAIK, TETAPI JIKA MEREKA BERBUAT JAHAT, MAKA HENDAKLAH KAMU MENJAUHKAN DIRI DARI BERBUAT JAHAT”-RIWAYAT TIRMIDZI.

Apa-apapun...wish u ol da best!!! Forget u NOT.. Kenangan indah bersama korang tetap segar di ingatan.. buat uda Aimi yg bakal ke Kuantan Julai ni,gudlak!! Dan jugak anjang hayati,adik jau ke Gombak..gudlak3!! yg bakal berlepas selepas itu pun, gudlak3!!! =) BTW,no shbt2 sume byk hilang.. henset lemas dlm tuuut...

KALAU HASSAN AL-BANNA ADALAH KISAH PERJUANGAN

KALAU BILAL BIN RABAH ADALAH KISAH KEHAMBAAN

KALAU RABIATUL ADAWIYAH ADALAH KISAH KESUFIAN

KITA SEMUA ADALAH KISAH PERSAHABATAN..

BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH...

Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal kemas simpulannya hingga terpilih di JannahNya..

Salam Perjuangan...

-noor fathihah fatin jaffri-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::