Wednesday, November 11, 2009
Tanda-Tanda Kita Mencintai Allah SWT
Ujian pertama - tidak benci fikiran tentang mati.
Seorang pencinta Allah SWT yang ikhlas akan takut akan kematian sebelum dia menyelesaikan persiapannya untuk ke akhirat, tapi jika dia ikhlas, dia akan rajin membuat persiapan-persiapan itu.
Ujian kedua - rela mengorbankan kehendak demi Allah SWT.
Mesti berpegang teguh kepada apa yang membawanya lebih dekat kepada Allah SWT. Menjauhkan diri dari sebarang yang bisa menjauhkan kita kepada Allah SWT. Kenyataan seorang yang membuat dosa bukanlah bukti dia tidak mencintai Allah SWT sama sekali, tapi tidak mencintai-Nya sepenuh hati.
Berkata Fudhail ‘Iyadh : “Jika seseorang bertanya kepadamu, cintakah engkau kepada Allah SWT?. Maka diamlah kerana jika engkau berkata, ‘saya tidak mencintai-Nya’, maka engkau menjadi kafir dan jika engkau berkata, ‘Ya, saya mencintai-Nya’, padahal perbuatan-perbuatanmu bertentangan dengan itu.”
Ujian ketiga - Zikrullah mesti secara automatik.
Zikrullah segar dalam hati manusia. Dia berterus-terusan mengingati-Nya dan takkan pernah melupakan-Nya walau sesaat.
Ujian keempat – Cintakan Al-Quran.
Jika cintanya benar-benar kuat, dia akan mencintai semua manusia kerana mereka semua hamba-hamba Allah SWT. Malah cintanya meliputi semua makhluk kerana orang yang mencintai seseorang akan mencintai karya-karya ciptaannya.
Ujian kelima – Tamak terhadap uzlah untuk tujuan ibadah.
Sentiasa membayangkan agar dapat berhubungan dengan Allah SWT tanpa halangan. Jika dia lebih suka bercakap-cakap pada waktu siang dan tidur di malam hari daripada uzlah, maka cintanya tak sempurna.
Firman Allah kepada Nabi Daud a.s : “Jangan terlalu dekat dengan manusia, kerana ada dua jenis orang yang menghalangi kehadiran-Ku. Orang-orang yang bernafsu untuk mancari imbalan dan kemudian semangatnya menurun ketika telah mendapatkannya dan orang-orang yang lebih menyukai fikirannya sendiri daripada mengingatkan-Ku. Tanda-tanda ketidakhadiran-Ku adalah bahawa Aku meninggalkannya sendiri.”
Ujian keenam – Berasa ibadah yang dilakukan mudah.
Seorang wali berkata : “Selama 30 tahun saya menjalankan ibadah malam dengan susah payah, tetapi 30 tahun kemudian perkara itu telah menjadi suatu kesenangan bagiku.”
Ujian ketujuh – mencintai orang-orang yang mentaati-Nya dan membenci orang-orang kafir dam orang-orang yang tidak taat.
Nabi Muhammad SAW pernah bertanya kepada Allah SWT : “Ya Allah, siapakah pencinta-pencintaMu?”
Dan jawapan-Nya,
“Orang-orang yang berpegang erat kepada-Ku sebagaimana seorang anak kepada ibunya yang berlindung di dalam peringatan kepada-Ku. Sebagaimana seekor burung mencari naungan pada sarangnya dan akan sangat marah jika melihat perbuatan dosa sebagaimana seekor macan marah yang tidak takut kepada apa pun.”
***Semoga sama-sama kita berusaha ke arah mencapai cinta Ilahi..ameen, insya-Allah..
*srikandi haraki*
Monday, November 9, 2009
BUATMU yang MERINDUI HIDAYAH...
Kumencari….
Puas sudah,
Ku cari kebahagiaan,
Disisi teman-teman,
Ku dapat hanya kelalaian.
Ku cari lagi,
Dihati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Membawa sekeping hati,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di manakah lagi ku harus mencari?,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan.
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang ku perlukan,
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi.
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta Agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dan sinar cahaya iman.
*Srikandi Haraki*
Saturday, November 7, 2009
Selamat Pergi ke Selamat Datang??
>>Dibilang-bilang dengan jari (kalkulator pun boleh)...sudah nak masuk minggu ke-3 kita berada di CFS IIUM ni buat semester ke-2 (bg y berada d UIA la..)
>>Walaupun baru..dah banyak kisah suka-duka yang berlalu (boleh buat novel ni..)
Sebenarnya untuk kali ini, saje je nak bagitau...
ade seorang sahabiah kita telah meninggalkan kami dan mengikut si dia..(**ini bukan main-main)
-Pada tanggal 4hb November 2009 telah sahlah Atikah Alias..bertukar kos dari Biological Science kepada AED..menemani Noor Farthihah yang sebelumnya sendiri..Chayok2!!
-Juga buat sahabiah kita yang sem ini merupakan sem terakhir mereka...buat yang terbaik!!
*Norhayati - engineering
*Nurul Aimi - allied health science
*Noor Fathihah - AED
*'Aishah Jauhara - ekonomi
Semoga tetap dalam perjuangan menuntut ilmu dan tabah..
Wednesday, November 4, 2009
Mari bertahajud!!
Salam alaik..
Diharap sihat jasmani dan rohani..(“>).
Saat ini saya ingin untuk berkongsi dengan anda sedikit intipati daripada terjemahan kitab ‘Mukashafah Al Qulub’, atau dikenali sebagai ‘Penenang Jiwa’ tulisan Imam Al-Ghazali..insyaallah jika diizinkan,saya akan tulis secara berkala mengikut tajuk yang sesuai..doakan..
Bismillah..Selamat membaca..(“,)
Pada kali ini saya agak tertarik untuk memperkatakan berkenaan KEUTAMAAN SOLAT MALAM atau lebih dikenali sebagai ‘qiamulail’..
Apabila sebut ‘qiam’, saya lebih suka merujuk kepada ‘solat tahajud’ walaupun saya tahu ianya bukanlah itu semata-mata.. ‘qiam’ untuk membaca Al-Quran juga bagus.. ‘qiam’ untuk study juga baik..macam-macam lah..tapi Fadhilat solat tahujud ini memang banyak..x percaya? Silalah cuba.. emm berapa ramai antara kita yang boleh istiqamah buat tahujud? Mereka yang mampu, memang tergolong dalam orang-orang yang beruntung..
Allah AzzaWa Jalla berfirman:
“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau solat di malam hari, kurang dari dua pertiga malam.” (Al-Muzammil : 20)
“Sesungguhnya beribadah pada malam, lebih tepat dalam hati dan lebih lurus bacaannya. (Al-Muzammil : 6)
Rasulullah saw bersabda:
“Sewaktu salah seorang kamu tidur, di perbaringanmu syaitan mengikatkan tiga ikatan. Pada malam yang panjang, hendaklah kamu bangun. Jika telah bangun dan berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika berwudhuk, lepaslah satu ikatan lagi. Jika kemudian apabila solat, lepaslah satu ikatan lagi. Sehingga apabila kau bangun di waktu pagi dengan penuh semangat dan berjiwa lapang. Jika tidak, maka jiwamu sempit dan malas.”
Dalam hadis Nabi saw, bahawa seorang lelaki tidur sepanjang malam sampai pagi. Lalu Nabi saw bersabda: “Syaitan telah menutup telinga lelaki itu.”
Rasulullah saw bersabda :
“Solat dua rakaat di tengah malam, adalah lebih baik bagi seorang hamba daripada dunia seisinya. Jika ia tidak memberatkan umatku.tentu aku mewajibkan keatas mereka sembahyang malam.”
yang ini saya sangat suka..mungin agak berat untuk bangun malam..bagi sayalah..anda mungkin tidak..tapi hadis ini seharusnya dan semestinya telah memberi satu ‘Boost’ yang besar kepada kita dan memberi kekuatan untuk cuba beristiqamah mengerjakan Tahajud..kerana apa? Kerana ‘dunia dan seisinya’..keyword itu amatlah berharga..sebab kitapun tahu dunia ini adalah perhiasan..apa yang kita ada hari ini hanyalah sedikit..kita selalu berangan-angan untuk mempunyai segala-galanya diatas dunia ini,mahu jadi hebat,mahu kaya, mahu berjaya,mahu bahagia, maksud saya kita punya keinginan..jadi,apabila mahukan dunia ini, cukuplah hanya dengan menunaikan solat malam dua rakaat..apabila bangun untuk bertahujud, saya selalu membayangkan dunia ini saya yang punya..
Insyaalah apabila kita meletakkan keyakinan begitu maka secara otomatiknya kita tidaklah terlalu taksub kepada dunia dan hidup dengan sekadarnya..atau lebih tepat lagi mensyukuri nikmat Allah yang diperolehi selama ini disamping berusaha memajukan diri..x kan nak tunggu emas datang bergolek..
Dalam hadis sahih, dari Jabir r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
“Ada waktu di sebahagian malam apabila seseorang memohon, pasti Allah akan mengabulkannya.”
Rasulullah saw bersabda:
“Wahai Abu Hurairah, inginkah engkau mendapatkan rahmat Allah ketika hidup dan mati, dikuburkan dan dibangkitkan? Bangunlah di tengah malam dan solatlah! Bukankah engkau inginkan redha Tuhanmu, wahai Abu Hurairah? Solatlah dirumahmu, maka nur rumahmu di langit seperti cahaya bintang bagi penghuni bumi.”
Rasulullah saw bersabda:
“Hendaklah engkau beribadah malam. Itulah kebiasaan orang-orang soleh sebelumnya qiamullail itu mendekatkan diri kepada Allah swt, menghapuskan dosa, menghilangkan penyakit dari jasad dan menghindarkan dosa.”
Rasulullah saw bersabda:
“Seseorang setelah solat malam, kemudian tertidur, maka pahala solat ditulis untuknya sebagai sedekah baginya.”
Rasulullah saw bersabda kepada Abu Zar, “Bila engkau hendak pergi, perlukah engkau bawa bekalan?” Abu Zar menjawab, “Ya.” Baginda bersabda, “Bagaimana engkau menempuh jalan Kiamat? Tidakkah engkau ingin wahai Abu Zar, aku ceritakan sesuatu yang bermanfaat bagimu pada hari itu?” Abu Zar menjawab, “Ya.” Rasulullah saw bersabda:
“Puasalah di hari yang amat panas untuk hari kebangkitan. Solatlah dua rakaat di kegelapan malam untuk keganasan kubur. Dan berhajilah untuk hal-hal yang amat agung. Bersedekahlah kepada orang miskin atau dengan kalimat yang benar yang engkau katakan atau pula dengan tidak mengatakan kalimat buruk.”
Dan Rasulullah saw bersabda :
“Allah mengasihi lelaki yang bangun tengah malam lalu solat dan membangunkan isterinya. Jika dia menolak, jirus air ke mukanya.”
Juga Rasulullah saw bersabda:
“ Siapa bangun malam lalu membangunkan isterinya dan solat dua rakaat, Allah menuliskan keduanya termasuk orang yang banyak berzikir kepada Allah.”
yang ini untuk yang dah berkahwinlah.Tapi kalau nak hafal awal-awal pun bagus jugak..harap x lupe.(^_^)
Sabda Nabi saw lagi:
“Yang paling utama setelah solat maktubah, adalah solat malam.”
Dikatakan Imam Bukhari seringkali mengutarakan dua bait syair ini :
Raihlah dalam kelonggaranmu keutamaan rukuk.
Sesungguhnya maut itu tiba-tiba saja.
Betapa banyak engkau lihat orang sihat.
Tanpa diduga jiwa melayang juga.
Sekian, terima kasih..
Sila ambil mana yang bermanfaat ..Kalau salah sila betulkan..
Monday, November 2, 2009
TIKET BALIK PERCUMA!!!...cepat2..

Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet Bumi
Maklumat Tentang Perjalanan
Tempoh Berlepas : Kehidupan Dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika didatangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat Perjalanan
Dituju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalh hendaklah dirujuk kepada para ulama' dan cendekiawan.
Barang yang Dibenarkan
1) 5 meter kain kafan
2) Kapas putih secukupnya
3) Muatan lain yang dibenarkan :
- amal soleh
- sedekah jariah
- anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapa
- ilmu yang bermanfaat
#Barang lain yang ditegah adalah tanggungjawab penumpang.
Barangsiapa yang tidak mematuhi akan diseksa.
Saat dan Waktu Berlepas
Semua penumpang sudah mempunyai tiket, passport, atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
DIULANG...
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti yang tidak perllu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang kami menulis notis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Kahfi.
"Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TuhanNya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik. Janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu"






