Monday, December 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Selamat Hari Raya Aidil Adha semua!!

Thursday, December 4, 2008

YEA!!!Cuti...


Tamat lah sdah peperiksaan akhir semester 2. Kini semua pelajar banat sijil tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung. Namun masih ada juga segelintir yang 'tadhiah'nya tinggi tunggu untuk pulang bersama-sama pelajar diploma seminggu kemudiannya.

O...balik kampung...ooo balik kampung...hati girang..
Perjalanan jauh tak kurasa..kerna hatiku melonjak sana..
Ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata...
Nun menghijau gunung, ladang dan rimba..
Langit nan tinggi bertambah birunya..
Deru angin turut sama berlagu..
Semuanya bagaikan turut gembira..

Riangnya tak terkata bila boleh balik. Iyelah..sudah hampir 3 bulan tak balik (yang selalu je baleik tak termasuk lah ye..). Tapi dalam suka-suka ni kita kena beringat jugak, apa bekalan yang kita bawa pulang ke rumah.

Bekalan yang dimaksudkan bukanlah hanya sekadar buah-buahan atau cenderamata dari KKB malahan lebih lagi. Apakah dengan kepulangan kita kali ini sudah mampu untuk kita menjadi ikon kepada masyarakat luar? Kepada ahli keluarga kita khususnya dan juga orang awam lain umumnya. Kita kadang sering terlupa dengan segala tanggungjawab yang terbeban di bahu kita. Apatah lagi apabila jauh dari bi'ah yang selama ini menjaga setiap perilaku kita.

Firman Allah : "Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh."
[33 : 72]


Masyarakat luar sememangnya amat memandang tinggi terhadap golongan seperti kita walau hanya kita yang tahu situasi sebenarnya. Namun, apabila masyarakat mengangkat tinggi (high expectations) kita haruslah juga cuba sedaya upaya untuk menjadi seperti yang digambarkan walaupun ada sesetengah orang yang akan berbunyi; aku tak nak menjadi HIPOKRIT.

Imam Ghazali pernah berkata; hipokrit itu perlu untuk mengubah diri kita ke arah kebaikan. Jadi sepatutnya tidak timbul isu seperti ini lagi baik bagi banat mahupun banin.


Seterusnya tanggungjawab kita juga jangan diabaikan. Iadah jangan ditinggalkan. Modal jangan tunggu sem depan. Berbakti kepada ibu bapa. Sembahyang awal waktu. Terkadang kesemua amalan yang kita boleh lakukan di kampus terasa amat berat untuk dilakukan. Tapi segalanya tidak mustahil dan di sinilah keberkesanan ukhwah sekali lagi terbukti.

"Berpesan-pesanlah ke arah kebenaran dan berpesan-pesanlah ke arah kesabaran.."
(Al-Asr : 3)


Akhir sekali buat tatapan sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah, teruskanlah serta istiqamahlah dalam segenap amalan yang dilakukan. Selamat bercuti!!

Friday, October 24, 2008

Jalan-jalan!!




18 Oktober 2008, After Zohor..

Di petang yang hening, seramai 11 orang banat bergerak keluar dari bilik masing dengan berbaju raya masing2(jubah la). Kelihatan 2 orang sedang membuat panggilan."Assalamualaikum pakcik,boleh amik banat kat DQ?",dialog biase la kan.So they all pn tunggu la kat pondok dekat susur gajah 2.Tak lame kemudian,datang la Proton Saga Merah XXX XXXX yang menjadi pilihan ramai.Masuk la 5 orang dlm tu."Nak gi mana ni?","Pakcik,gi Taman Damai cik,","Wokey!",maka bergeraklah kereta tersebut ke destinasi impian.

Masuk je simpang Taman Damai tu,kereta yang agak sendat ni terus menuju ke Jalan 12 dan mencari rumah no 3.Perut masing-masing dah berbunyi-bunyi.Almaklum la,ade habuan menunggu.Then,SAMPAI!!"Assalamualaikum!!",xde orang jawab,"Assalamualaikum!!",pun xde orang jawab.Sekali lagi,"Assalamualaikum!!","Waalaikumussalam!",haaa alhamdulillah,bersahut juga akhirnya.Cukup da 3 kali bagi salam.Kalau tak,memang nak balik dah tadi.Pn. Nafisah pun menjemput kami masuk."Waa....sedapnye bauuu..",detik hati kami semua.

Tengah duk duduk-duduk sambil tengok bakal PM(??) berucap kat TV sambil duk layan A&A (Amirul n Anisah),datang lagi satu trip.Ha,meriah sikit nampak ramai tetamu.So,kami pun duk borak-borak dengan Ustaz Taufik dan isteri serta anak-anak mereka.Macam-macam kerenah budak kecik 2 orang tu.Kerenah tetamu yang 11 orang tu pun same jugak.Antara yang menjadi santapan kami nasi himpit atau nama lainnye "nasi kampit",mee kari dan kuih-kuih 'jari'(bak kate ustaz la).Pergh,memang sedap.2 3 kali tambah.Tak sia-sia tak makan tengahari tadi (",) .

Makan-makan jugak,tapi kita kena ingat tujuan utamanya adalah untuk merapatkan ukhuwah dengan pensyarah,di samping kita memenuhi jemputan ustaz kita.Nak pulak penasihat kelab kita yang banyak mencurahkan tenaga dan idea untuk memastikan gerak kerja kelab kita berjalan lancar.Bukannya kita datang untuk makan semata-mata.Di samping itu,dapat jugak kita mengenali dengan lebih rapat family ustaz kita ni.Alhamdulillah,ada juga ahli sem yang join.Bukan perwakilan sahaja yang kena pergi ye.Ahli sem pun sangatlah digalakkan untuk merapatkan hubungan dengan ustaz kita ni.Amalan ziarah-menziarahi ni amatlah dituntut dalam kalangan umat Islam.Apatah lagi dengan guru kita sendiri.

So,lepas ni,mailah kita rajin-rajin pi umah Ustaz.Tapi biarlah kena dengan waktu ye (",)v

Monday, October 20, 2008

BERSUKA RIA DI HARI RAYA

RABU,15 Sept 2008 - Surau Asrama Banat

Pada hari tersebut satu sambutan hari raya telah diadakan yang bertemakan "Bersuka Ria di Hari Raya".

Pelbagai hidangan telah disediakan yang diimport dari pelbagai negeri di serata tanah air serta lemang KKB yang enak dan juga air oren buatan TP2 kita.

Antara aktiviti yang menarik ialah persembahan nasyid oleh kumpulan yang dijemput khas dari warga banat sem2 serta sketsa oleh para perwakilan banat yang mempamerkan segala bakat yang terendam lagi mencuit hati.

Sesi fotografi serta sampaikan pesan aidilfitri oleh "deejay" yang menghangatkan lagi suasana
yang hujan kedinginan. Selepas iu, semua ahli sem banat beramai-ramai pergi ke DM untuk menjamu makan malam.


Dalam kita uka ria, namun ada juga motif yang ingin disampaikan. Syawal amat sinonim dengan bulan kemaafan. Ingatkah lagi kita dengan ayat Allah?

Firman Allah S.W.T : "...dan bermaaf-maafanlah antara kamu. Tidakkah kamu suka Allah mengampuni kamu?.." (AN-NUUR : 22)


Juga pelbagai maksud yang tersirat dalam sketsa yang dilakonkan yang mengandungi pengajaran serta peringatan buat diri kita yang senantiasa dalam kealpaan kerana telah menjadi lumrah manusia yang juga berasal dari perkataan "nasiya" iaitu lupa.


......Ala bizikrillahi thatma'innul qulub.....


Juga dikesempatan ini ingin ana ingatkan sahabat-sahabiah sekalian terutama barisan perwakilan agar dapat terus 'maintain' kan gerak kerja anda walaupun kita sekarang berada di ambang pepriksaan kerana gerak kerja ISLAM tidak ada ada waktu berehatnya. Lakukan dengan ikhlas di samping pandai membahagikan masa.

"Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu.."

Salam juang dari ana..

Monday, October 13, 2008

Haru..haru..

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.

pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.


Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.


Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

# Sekali baca,memang lawak rasa.Tak berhenti gelak.Tapi cuba kalau kita nampak kejadian ni berlaku depan mata,masyaAllah..terkedu rasanya.Inilah gambaran para pemuda harapan bangsa kita sekarang.Dalam mengejar kemajuan teknologi dan sebagainya,masih ada lagi jahil dalam ilmu agama walaupun yang asas(yang dah belajar masa tadika lagi).Haru juga rasa hati ni.So,kita yang belajar agama ni,apatah lagi bergelar penghafal al-Quran,ingatlah bahawasanya sahabat-sahabat kita di luar sana amat memerlukan bimbingan kita dan kita menjadi contoh kepada mereka #

" ASLIH NAFSAK , WAD'U GHAIRAK "

Exam Freak!!



24 / 11 / 2008 - Peperiksaan Semester 2 PERSIJILAN


Kepada semua pelajar semester 2 persijilan, sekarang bukanlah lagi waktu untuk bersuka-suka memandangkan tarikh keramat ujian dunia kecil yang bakal tiba yang akan memnentukan keberadaan kita di bumi barakah DQ ini.


Kepada sahabat-sahabiah yang msih belum habis muqarrar teruskan usaha anda kerana masih belum terlambat.


Dan kepada yang sudah habis, teruskan 'iadah di samping TIDAK MENINGGALKAN sahabat-sahabiah lain yang masih terkejar-kejar menghabiskan muqarrar. Di sinilah ukhwah anda diuji, sama ada pentingkan diri atau mahu sama-sama berdiri.


Semoga berjaya dalam perjuangan. Teruskan usaha. Masih tidak terlambat kepada sesiapa yang benar-benar bergantung kepada Allah.


"Fa iza 'azamta fatawakkal 'ala Allah"

Thursday, October 9, 2008

Ukhwah Retorika

Waa..banyaknya baju yang belum dibasuh. Huh, petang ni ada mesyuarat. Malam ni ada program ringkas. Esok nak kena keluar buat kerja di luar. Aarrgghh..tensyennya macam ni.

Selalu saja begini. Bukanlah aku mengharapkan sangat orang terlebih mengambil berat. Tapi, mana perginya yang katanya ukhwah?? Tiba-tiba aku rasa menyampah dengan idea yang berdegar-degar.

"Kita mesti menolong sahabat-sahabat kita. Sayang sahabat-sahabat seperti mereka adik-beradik kita. Tolong tanpa diminta. Itulah kekuatan ukhwah."

Aarrgghh..aku sudah jemu dengan mainan ayat-ayat begini. Semua ini hanyalah tipu semata-mata. Adakah ukhwah sehingga orang sanggup membasuh baju kita?

Di setiap program tarbiyah yang aku jalani, sering saja disebut.."ukhwah! ukhwah! ukhwah!". Tapi, aku rasa ukhwah ni hanya retorik semata-mata. Hanya disebut berdentum-dentum ketika ada perjumpaan. Dikupas ber'ela-ela' ketika dalam usrah. Dibentang pelbagai cara untuk meningkatkan ukhwah. tapi apa yang aku nampak hanyalah omokan kebohongan.

Sedang aku termangu sendiri di ruang maktabah sambil menyaiapkan kerja yang masih belum selesai, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar menandakan mesej yang baru masuk. Apabila sudah membaca mesej itu hatiku tersentak. Mesej tu datangnya dari salah seorang sahabatku bertanyakan tentang kain baju yang belum dibasuh. Katanya dia mahu menolong untuk membasuh baju-baju tersebut.

Aku menjadi seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Kerana terkejut aku terlupa untuk membalas mesej tersebut dan setelah selesai kerjaku aku pun bergegas pulang ke asrama. Masuk bilik tidak kelihatan lagi raga bajuku yang tidak berbasuh.

Aku pergi menjenguk dalam bilik basuh dan ternyata sahabatku itu sedang membasuh pakainku dengan tangannya. Aku menjadi terharu. Hatiku tersentuh. Sejak itu, pandanganku terhadap ukhwah berubah. Ukhwah ini bukanlah hanya untuk hebat diperkatakan. Tetapi adalah satu benda yang abstrak untuk dipratikkan. Andai tidak, ukhwah hanyalah satu retorika yang tiada sudahnya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Tidak beriman antara kamu selagi sahabatnya tidak dikasihi sebagaiman dia mengasihi dirinya."

Apabila ukhwah itu dipraktikkan baru terasa segala kemanisan yang selalu kita dengarkan. Masalah akan terasa ringan, segala kerja akan terasa mudah. Namun, untuk mempratikkannya bukan mudah. Apatah lagi untuk menjadi sehebat ukhwah kaum muhajirin dan ansar. Ukhwah itu sebenarnya indah andai kita pandai menghargai nilai sebuah ukhwah.

Wednesday, October 8, 2008

Subhanallah...







KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta."

Surah
Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB :

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman."

Surah Ali Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Surah Ali Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."

Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat 129
n.Lagi bagus kalau kita dapat menghayati maksudnya sekali.Hakikatnya,al-Quran merupakan satu sumber kekuatan bagi kita.
Ayuh!Jadikan al-Qura
n teman rapat kita!

Tuesday, October 7, 2008

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri diuacapkan buat semua sahabat-sahabiah seperjuangan. Diharap setelah kita menjalani pentarbiyahan dalam Universiti Ramadhan kali ini bakal menjadikan kita graduan 'abid yang cemerlang pada 11 bulan yang mendatang.

Jangan hanya pabila Ramadhan sahaja amalan kita meningkat. Dengan pelbagai amalan sunatnya, tak dilupakakan juga qiyamullail yang berterusan, namun sepatutnya ia harus dikekalkan sepanjang hayat malah mempertingkatkan lagi usaha.

Sekali lagi janganlah kita menjadi hamba Ramadhan tetapi jadilah kita hamba Allah. Kerana Allah jua yang menjadikan Ramadhan itu. Andai kita berebut untuk beramal hanya pada bulan Ramadhan untuk mengejar pahala dan ganjaran, sepatutnya kita mestilah beringat bahawa apa yang perlu dikejar hanyalah KEREDHAAN ALLAH semata-mata. Disamping Allah memberi ganjaran atas apa yang dilakukan.

-SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN-
-KULLU 'AAMIN WA ANTUM BIKHAIR-

Monday, October 6, 2008

JUMUDKAH AKU??


Hari ini adalah hari terakhir sebelum aku melangkahkan kaki untuk pulang bercuti semester selama sebulan. Hati ini cukup hiba dalam gembira kerana terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat yang kusayangi di kampus.


Tibanya kami di stesen bas, aku tersenyum kecil tatkala melihat orang ramai yang melihat seakan-akan 'zombie' terhadap kami. Mungkin kerana kami berhijab penuh. Iyelah, jubah dan tudung labuh.



--Baru seminggu bercuti, aku sudah terasa kehilangan. Kerinduan terhadap sahabat-sahabat mula menggigit jiwaku. Dan, pada suatu hari, ketika aku keluar ke pekan untuk membeli sedikit barang keperluan, aku berdoa dengan penuh harapan agar Allah izinkan aku terjumpa salah seorang daripada sahabatku di tengah kesibukan kota.



Dalam sedang aku berfikir, tiba-tiba aku ternampak satu kelibat seperti yang pernah aku nampak. Jantungku berdegup kencang. Aku cuba mengekori, namun apabila sampai berdekatan dengan kelibat tersebut, aku termangu sendiri. Terasa terhenti segala urat nadi. Memang betullah kelibat tersebut ialah salah seorang sahabatku di kampus. Tapi Masya-Allah..Dengan tudungnya yang seperti keukarangan inci untuk menutup yang sepatutnya. Serta seluar yang dipinjam dari makhluk Allah yang ghaib, bajunya yang nampak seperti telah dikenakan 'shrinker'. Tanpa disedari, air mataku menitik sambil mulut berbicara istighfar. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh :



Qala Ta'ala : "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..." (34:31)

Tidaklah dikata di sini saya terlalu jumud sehingga tidak dapat menerima orang-orang perempuan (yang telah faham agama) memakai seluar dan sebagainya. Sedangkan Islam sendiri tidak memberatkan dan asalkan pakaian yang dipakai menutup aurat menurut syarat. Adalah tidak menjadi kesalahan untuk berseluar longgar, berblaus labuh dan besar, juga bertudung tiga segi asalkan tidak menampakkan tubuh. Yang menjadi kesalahan andai sarung kaki tidak dipakai.




Namun, jika kita menilai, antara 2 jam yang kedua-duanya berharga katakan RM300 serta bentuk dan jenama yang sama. Tetapi yang bezanya cuma salah satu diletakkan dalam bekas berlapikkan baldu, walaupun kualiti keduanya sama, harganya juga sama, tapi sudah tentulah kita lebih menginginkan yang berlapikkan baldu itu. Analogi ini bolehlah kita sama-sama berfikir dan menilai akan diri kita. Bagaimana pakaian kita ketika di kampus dan juga di luar.



"Hasanatul Abrar Sayyiatul Muqorrabin"

Namun, kita mesti ingat "KITA BOLEH SYADID TAPI JANGAN JUMUD, KITA BOLEH TERBUKA TAPI JANGAN HANYUT". (Us. Azan Safar - HAFAZ 08)

Sunday, October 5, 2008

Erm...



Saf-Saf PERWAKILAN banat IQRaC.


-Menguji tahap ukhwah anda..
-Jika ada antara anda yang tidak perasan ketiadaan T.S/U maka diharapkan agar anda men'top-up'kan tahap ukhwah anda dan daya pengecaman anda.

Firman Allah : "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ULIL AMRI di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
(4:59)

Yang Sering Kita Lupa...



Ingatan buat diri ini dan semua..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). .

Kita sudah acapkali diingatkan tentang 5 perkara ini. Malah mungkin ada antara kita yang boleh dikatakan 'masyi' dengan pesanan di atas. Tetapi, sejauh manakah keberkesanan dan praktisi yang kita lakukan? Adakah hanya sekadar menanam tebu di bibir menjadi pemanis bicara tatkala dipinta menjadi muzakkir?

Sedangkan kita sendiri sudah sedia maklum tentang perkara-perkara ini.

Allah telah berbicara : "Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia kembali melalui jalannya yang sesat seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Beitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (10:12)

Firman Allah lagi : "Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh..." (4:78)

Jika kita fikir-fikirkan, kita bukanlah mahluk yang hidup mahu menongkat langit. Setiap detik yang berlalu menandakan semakin meningkatnya usia kita. Dan hari semalam tidak mungkin akan berulang.

"Masa seperti pedang, jika kita tidak memotongnya maka is akan memotong kita" (Hukama')
"Kewajipan lebih banyak dari masa" (Imam Hassan al-Banna)

Tonggak masa depan negara adalah bergantung kepada pemuda pada hari ini.

Dan ingatlah bahawa semua yang ada di muka bumi ini milik Allah Pencipta segala pencipta hatta perasaan serta sehelai rambut, apatah lagi segunnung kesenangan anugerah-Nya...

KISAH EMPAT ISTERI



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Saturday, October 4, 2008

Patutkah Begini??

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap


Saya andaikan ramai yang sudah membaca pantun di atas. Patutkah begini? Merosakkan tata keindahan serta kesenian bahasa ibonda kita. Jika dilihat pada bait-bait di atas, menunjukkan bahawa masyarakat kita terutamanya remaja sudah tidak ada lagi sensitiviti terhadap bahasa sendiri. Mereka hanya memikirkan mengenai keseronokan serta apa yang diturut oleh nafsu.

Sedangkan bahasa melambangkan bangsa itu sendiri. Dan kebanyakan yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah bangsa ialah bangsa itu sendiri. Sepertimana yang telah dipaparkan kepada kita kisah keruntuhan Khilafah Islamiyah yang disebabkan oleh faktor dalaman.

Jika dilihat remaja kini yang hanya berfoya-foya melayan keinginan remaja masing-masing, apatah lagi yang akan berlaku pada tonggak kepimpinan negara pada masa hadapan. "Pemuda hari ini ialah pemimpin akan datang". Jadi andai fenomena ini makin berleluasa maka akan runtuhlah pemimpin dan juga Islam akan datang.


Saiyidina Umar pernah berkata, beliau tidak gentar akan musuh tetapi lebih gentar akan dosa yang dilakukan oleh para tenteranya. Kaum Yahudi juga ada memotretkan secebis pengakuan, "Kami tidak gentar pada orang Islam sekarang. Tapi kami gentar seandainya pada solat Subuh itu jemaahnya sama seperti jemaah pada solat Jumaat." Tapi, di manakah boleh kita jumpa jemaah solat Subuh seramai itu di masjid-masjid di Malaysia ini? Malah masjid-masjid kini semakin sepi yang hanya diimarahkan ketika bulan Ramadhan dan waktu-waktu tertentu.

Maka, dengan ini, kita sendiri sudah boleh menilai sejauh mana kekuatan kita. Biarpun bilangan orang Islam di Malaysia ini ramai, tetapi andai yang masih boleh diguna pakai tak seimbang dengan jumlah, vektornya tetap tak mencapai tahap kekuatan.

"Hanyalah yang memakmurkan masjid-msjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, serta tidak takut kepada sesiapa pun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(9:18)

Seuntai Bicara

Buat pertama kalinya jari saya bertari atas keyboard menukilkan suara hati untuk ditatap oleh pencinta dunia siber. Diharapkan agar dengan wadah ini dapat menjadikan dakwah Islam setapak ke hadapan walaupun hanya bersuara melalui alam maya.

"Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."


Jadi kepada kita yang mengambil berat akan ayat ini akan berasa terpanggil untuk menyampaikan apa yang ada di benak fikiran walaupun secebis.

Andai ada yang saya tersalah bicara ataupun melampaui batasan diharapkan agar sahabat-sahabat sekalian dapat bersama-sama memberi pandangan.

"Pepatah mengatakan : berkata benarlah walaupun ianya pahit."


Segala yang dilakukan tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan. Sekian saja untuk pertama kalinya dari saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::