Friday, August 28, 2009

Aarrghh!!! Adakah aku yang lemah?

Harapan Ramadhan
Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


---------------------------------------------------------

Aku rasa hampir setiap kali aku dengar lagu ni, mesti manik-manik jernih akan membasahi kelopak mataku. Entahlah..seolah-olah ada satu gelojak perasaan..

Malam Ramadhan :

Berokobar-kobar semangat. Karbon-karbon halus mula membentuk huruf atas sehelai kertas kajang.

TARGET :
#tadarus sehari sejuzuk
#qiyamullai setiap hari
#solat dhuha
#bla...bla...

berapa banyak azam yang aku buat pun entah dah tak terkira. aku kembali termenung. sampai lah ke hari ini aku rasa pencapaianku tidak lah setara mana. masih banyak lagi yang tak tertunai. azam hanya tinggal azam atas sekeping kertas. konon budak hafal quran..tapi hampeh!!

------------------------------------------------------------------------------

Hari pertama aku masuk ke sekolah ni, aku terkedu. memang bukan aku seorang dan bukan kali pertama. tapi entahlah. ada kelainan yang kurasa. walaupun aku tahu hanya untuk masa yang sekejap. sekolah ni hanya mengambil orang-orang yang betul-betul mahu. syaratnya teramat lah mudah. hanya bersaksi beberapa perkara sudah layak. senang gle kot walaupun sekolah ni adalah sekolah yang terhebat selama yang aku tahu. peraturan sekolah ni..lain dari yang lain. kami hanya diberi makan waktu malam. siang tak dibenarkan. fuh! waktu-waktu lain aktiviti bebas. bes gle kot. tak disekat langsung. namun, sekolah ni dipegang oleh yang betul-betul Maha Melihat. so, takut jugak nak buat bende pun. banyak poster-poster tawaran sekeliling sekolah. poster baca quran, qiyamullail, zikir...dan sebagainya. elaun diberi kepada sapa yang berbuat baik. lagi banyak buat baik lagi banyak dapat. tapi tu pon bergantung kepada syarat-syarat yang mesti dipatuhi la. n syarat tu boleh dipenuhi oleh sesiapa je.

mula-mula mungkin agak susah bagiku untuk adapt dengan suasana ni. walaupun rasanya kali ini bukanlah kali pertama. dah banyak kali dah sebenarnya aku masuk n keluar sekolah nie. tapi TAK PERNAH CEMERLANG. so, kali ni aku ingat nak jadi student cemerlang. aku cuba untuk ikut semua peraturan yang ada. serta ambik semua tawaran serta competition yang dianjurkan. menambahkan kredit diri. moga-moga diterima lah oleh Principle.

tak lama selepas tu aku dilantik menjadi prefect. huh, berat gak la rasa. aku dan beberapa orang rakan prefect ku mengambil peluang ni untuk mengajak sahabat-sehabat lain untuk join skali dengan kami menghidupkan suasana sekolah ni dengan memberi sepenuh partisipasi dalam setiap program yang dianjurkan. fuh......hari-hariku terasa sungguh berat. mahu aje menangis rase. tapi kugagahkan juga hati dan perasaan serta kuat kan diri.

hampir setiap hari kami menyeru student-student lain...hayya bil qiyam...lets join us reciting quran...hidupkan sunnah nabi..apa lagi???macam-macam..
tapi terkadang hati jahatku menghasut..kenapa susah sangat? apa yang aku buat tak kena? aku rasa aku dah bagi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugasku ini. aku dah buat sungguh-sungguh..

sedang aku menghisab diri sendiri, tiba-tiba aku disergah..

Hoi!!kau ingat kau tu dah bagus sangat ke?dok ajak orang buat baik sana sini? tapi hati kau sendiri tu kotor!! kau buat tu sebab ape?sebab nak orang ikot je? nak orang nampak yang kau tu buat keje??ha??!!tapi kau sendiri? kau buat ke x? ajak orang beriye iye..hayya bil qiyam..KAU SENDIRI???? brape juzuk kau bace sehari? konon nak berjuang..prefect..kau sedar diri lah sket..cakap berdegar-degar tapi buatnye indah khabar dari rupa..jangan la nak bangga sangat kalau cuma kau tu stakat hebat berfikrah haraki, berjasad jundi tapi FAIL jiwa yang sufi. fikir-fikirkan balik.

Huh...huh...huh...aku berpeluh..rasa tersirat darah..panas..aku terkesima..mungkin ini yang aku kurang selama ini. ya, aku akui..dalam melaksanakan tugasku sebagai prefect aku terkadang mengambil enteng terhadap taklifat diri sendiri. relation ku dengan Principle juga tidak lagi sebagus hari-hari pertama aku masuk ke sekolah ini. semakin lama aku semakin jauh..sedangkan aku terlupa tanpa Principle aku tidak bermakna kangsung dalam dunia ni. tapi aku sering terlupa..aku tidak mahu GAGAL lagi dalam pengajianku di sekolah Ramadhan buat kali ini. aku sering menangis akan kesilapanku tapi usaha yang aku buat untuk memperbaikinya..hampeh..adakah aku yang lemah???

Tidaakkkkk!!!!!!aku masih ada Principel yang Maha Pengampun.. Ya Allah...ampunkan lah hamba-Mu yang sering melupakan-Mu...bantulah diri ini yang terlalu kontang tanpa cinta dan perhatian dari-Mu..

Friday, August 21, 2009

Dah bertunang??Bile?

Biar betol..ish..xkan plak kot..
budak-budak lagi kami nie..x matured lagi pun..

So,what's ur opinion?
Waa...em..xdinafikan kan..cerita kita banat banyaknya cerita yang sama...
bukanla critanya sama..tapi topiknya serupa..other gender..well..fitrah kan..
tapi..rasanya semua mamklum..dikatakan wanita solehah itu pabila di bibirnya x meniti...

Tapi, selalunya kita tewas dengan nafsu sendiri. Jika difikirkan seorang huffaz berbuat demikian..huh..bolehkah dikatakan "nak buat macam mana..dah memang fitrah.."?
fikir2 kan la sendiri..

Yup, rasanya semua dah besar dah kan..yela..19 tahun dah..even ada gak beberapa 18.tapi sama jela kire tue..so, mesti ada antara kita yang dah memikirkan masa depan..

Tapi, watch out! jaga diri anda..from my opinion it is ok 4 anybody to have something but just then take care of your muamalat thing and also your heart..
Masalah hati adalah BARAH kepada jentera-jentera Islam..Janganlah kita menjadi salah seorang perencatnya..Mahukah kita digelar huffaz Quran yang merencatkan agama??Sanggupkah kita nanti berdepan mizan Allah?Yela, kita juga manusia normal..punya perasaan..fitrah semula jadi untuk merasa dan terasa...suka dan tak suka..tapi semua ada batas-batasnya..

Jangan sampai kita nampak baik apa perbuatan buruk yang dilakukan. Rasanya semua faham kot macam mana. Even this looks like small thing but give bad impact inside actually..

Main tarik tali juga teramatlah bahaya..coz boleh ganggu study sometimes..memang kene kuat gle..so, dinasihatkan kepada semua yang rasa ada masalah, untuk settlekan masalah anda tapi dengan cara yang betul. JIHAD lah sebaik-baiknya..

Jagalah hati anda dari virus hati..install iman..muraqabatullah..zikrullah..tilawatul quran..penuhkan hati dengan mahabbatullah..hentikan yang tak patut..

Suburkan bi'ah solehah dalam diri anda..rasanya semua dah masyi tentang kisah sultan muhammad al-fateh..

1+2=3??

1+2=3???
betulke 1+2=3??ape pndgn korang?ha..korang sume kan cekap math..
yeke tu?

first impression "Woi!mestila btol.x blaja math ke?"

So,apa yang nak dikatakan di sini..samala dengan diri kita. Manusia..apa jua keadaan sekalipun akkan tetap kembali kepada fitrah semula jadi. Perasan ber'Tuhan'. Cintakan kebaikan dan kedamaian.

*Manusia + normalities = fitrah

Tapi ada juga yang terserong. Salah perkiraan mungkin.

-----------------------------------------------------------------

Tak dapat dinafikan..saat kembali ke DQ..satu perasaan yang amat lain. Ana yakin sahabat-sahabat jugak berperasaan sedemikian.Semua rasa ada. Rindu segala ketenangan, bi'ah dan tarbiyah di bumi barakah tu. Yep, sudah semestinya...yang paling menyentuh hati ialah bila mengenangkan nak konvo. Dapat sijil. Tapi, tu hanya sijil dunia yang certain tempat x valid pon sijil tu. Tapi, sijil akhirat macam mana? Bila terfikirkan, sekali menghafaz al-Quran, dah tertulis satu title dan TANGGUNGJAWAB...penjaga kalamullah..fuh..

"dan ada satu golongan dari kamu yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..."

"..tidakkah kamu mentadabbur ayat2 Quran.."

"Amat besar kemurkaan Allah bagi mereka yang tak melakukan apa yang merek katakan"

Terasa kering tekak memikirkan.

Sahabat-sahabat...kita bukan lagi orang biasa seperti dulu. Perangai kita, pemikiran kita serta tingkah laku kita. Cuba untuk mentadabbur AQ..jangan hanya jadi penghafaz yang tidak tahu kandungannya..

so...........................................

Tanggal 6 Ogos, satu bas budak DQ p balek DQ dr UIA PJ..waa..macam rombongan tu.ada gak hat pi sendiri..macam kami.nek tren pkul 9.sampai dalam pkul 11 kot kat DQ..bes jugak sebab lama dah tak merayap malam2 cam tu.

Excitednya semua bila kembali ke tempat yang penuh ketengan. Seperti terjumpa kembali dengan hati yang lama ditinggalkan.BI'AH dq..TASEK dq..pakcik misai dq..semualah..rasa macam balek ke kampung halaman (hyperbola ja)..

Expo kali ni besar-besaran. Menteri sport pun dijemput. Tempat yang pertama mestila gerai IQRaC..Yo IQRaC!! Memang besarlah katakan. Bukak sampai kul dblas gitu. Siang plak ada macam games..tapi untuk banat terhad jala..xleh la main paintball..

TAHNIAH kepada mumtazin sekalian..Adibah Parman; the best banat...diikuti fathy and aishah jauhara..

kepada yang lain pon tahniah diucapkan sebab berjaya mengkhatamkan AQ..

Saturday, August 1, 2009

Lesson from my LOVER.........

[Hanyalah rekaan semata-mata. Takde kena mengena dengan yang telah mati]

.......
Aku termenung sejenak. Sungguh sukar untukku membuat keputusan. Walaupun aku sudah tahu akan aulawiyatnya, tapi amat sukar untukku melawan kehendak hati. Hmm...
Setelah hampir beberapa minit menatap wajahnya yang sungguh-sungguh mengharapkan aku supaya bersamanya petang ini, aku menggagahkan hati.

Berlari-lari anak aku menuju ke bas UIA berdekatan dengan padang. Hush, jauh jugak dari mahallah aku. Dengan tujuan untuk mengirimkan salinan kad pengenalan dan duit. Tapi surat tak buat la pulak. Yela, keputusan untuk tidak pergi baru dibuat beberapa minit lepas dan jam pula sudah menunjukkan angka 12.30. Setelah mengirimkan barang-barang yang perlu kepada sahabatku di luar bas, aku terus melangkah pulang ke mahallah dengan hati yang penuh sayu. Hmm..tapi xpela, "wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin". InsyaAllah ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Lagipun, aulawiyatku di sini. [Ke ada yang ingat aku ke PC Fair??hehe]

----------------------------------------------------------------------
Sesampai aku di bilik, aku tersenyum melihat dia. Sudah penat menungguku mungkin. Maaf ye lambat, bukanku sengaja. Selepas mengisi perut, aku pun terus melaksanakan tugasku. Banner..due date; hari ini. Huh, bukan senang tu.
(Sebenarnya ni bukan cerita utama yang nak diceritakan...)

---------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak kerja ku ini. Nak pengsan rasa. Dadaku sudah mula sesak. Kurang rehat gamaknya. Dah beberapa malam tidur tak menentu (bukan soalannya,dah tak pandai manage masa sapa suruh). Jam sudah hampir 5 petang. Namun, ini bukanlah pengakhirnya..
"Mun, malam kite sambung lagi kul dua belas ea. Malam ni kite turun bilik awak lagi. Buat buletin pulak."

Huh, aku hanya tersenyum. Tapi, takpe. Aku tahu, ini juga merupakan salah satu metod yang berkesan untuk menyampaikan dakwah. Mungkin bidangku berbeza tapi matlamat sama.
(Masih bukan cerita yang ingin diceritakan...)

--------------------------------------------------------------------
Jam 4.50 petang. Kedua-dua rumetku baru pulang dari jalan-jalan. OU tue... Kami bertiga bersiap untuk berjemaah Asar bersama. Sedang berdiri (qiyam), tiba-tiba rakanku berkata,
"Wei, rasa tak sedap la wei." -B
"Kau ni kenape? Ape masalah kau?" -C
"Tahla, tapi aku rase xselesa la solat kat sini" -B
"Aik, kenapa? So?" -Aku
"Jom kita solat kat surau la ea.." -B
"Tapi dah pukul 5 dah la. Dah xde orang dah." -Aku
"A'a..tak pe la..Kita jemaah 3 je. Tapi kat surau."
"Oke.." -C + Aku


Selepas solat, aku termenung sebentar. Memikirkan insiden sebentar tadi yang benar-benar menyentuh hariku. Walaupun rakanku itu baru pulang dari bandar dan jam juga sudah menunjukkan pukul 5 petang (maksudnya dah xde jemaah dah kat surau), tapi dia tetap nak solat kat surau. Aku rasa malu sendiri. Sedangkan sepatutnya aku yang menjadi contoh. Yelah, kalau nak diikutkan dua-dua orang rumetku itu keduanya bukan berlatarbelakngkan sekolah agama. Hanya sekolah harian biasa.

Rasa nak menitik air mataku. Ya Allah, terima kasih ya Allah. Engkau telah menegurku dengan cara yang paling halus sekali. Engkau masih sayangkan hambaMu yang semakin hari semakin lalai kepadaMu. Hanya lidah yang lantang melonarkan kata-kata nasihat, tapi hati dan anggota tidak menurut. Aku rasa hina di depanMu. Aku bersyukur ya Allah, mengurniakan kepadaku wasilah 2 orang rumetku ini yang bisa menegurku tika aku terleka.

Terus kepalaku ligat memutarkan ayat Allah yang menegur hambaNya :
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu tidak melakukan apa yang kamu katakan? Sunnguh besarlah kemurkaan Allah jika kamu mengatakan tapi tidak melakukan."
[As-Sof : 2-3]

Terus aku mula bermonolog sendirian. Aku teringatkan sahabiah-sahabiah banat gen9. Macam mana ya mereka..Kami ramai. Tapi skala vektornya macam mana? Kalau kami sendiri yang tidak memulakan bagaimana orang lain nak ikut.

Aku teringatkan cerita Sultan Muhammad Al-Fatih..tabarakallah..kagum.
Aku menilai diriku. Bagai langit dan bumi.

Kadang-kadang rasa teruk sangat diri ni. Banyak je azam yang dibuat. Tapi hanya beberapa je yang terlaksana. Banyak je janji-janji yang taknak buat, tapi separuh masih tidak ditinggalkan.

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu Oh Ya Allah,

Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...
Oh Tuhan

Oh Tuhan kuharapkan..
Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan
Kau terimalah taubatku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::