Tuesday, March 30, 2010

Multaqa Banat

Iqra' Secretariat

Isu : Multaqa banat

Tarikh : 4 April 2010, Ahad.

Tempat : Surau KC Ground Floor

Tentatif:

8.30 pm: Solat isyak berjemaah
9.00pm: Multaqa bermula
10.30pm: Game
11.00pm: Tamat

:: Refreshments are provided ::
:: 10 early birds will get special gift ::

: Diharapkan semua banat dapat hadir
: Sebarang komen atau cadangan untuk pembaikan iqra'
amat dialu-alukan.

* Oleh itu mari bersama-sama memeriahkan multaqa ini.
kerjasama anda semua amatlah dihargai.
hanya Allah saja yang layak menilai.


Ps: Sila informkan kehadiran anda sebelum hari khamis,
2 April kepada Aina. Tq.
(versi wajib bagitaw kehadiran.nak kira untuk refreshments)
(dapat datang bagitaw, xdapat datang pun bagitaw.mesej. :) )


Monday, March 29, 2010

Islam itu indah

bismillah..
sedikit kemenyibokan daripada buku denyut kasih medic..
(">)

'ilmu-ilmu itu bagaikan binatang liar yang mudah lari jika tidak diikat
dengan tali khas iaitu buku catitan.'

>merujuk kepada kata2 Dr. Muslih.(bukan kata2 die)

~sesungguhnya rindu adalah perasaan yang sangat ikhlas muncul dari hati naluri seseorang.Tiada siapa yang merindui seseorang dengan harapan mendapat ganjaran material.

:Saya suka untuk ambil quote yang best2. (">)

Antara perkara yang boleh disimpulkan dalam bidang perubatan medic ni,
>kurangnya sensitiviti umat islam sendiri untuk pastikan ubatan yang digunakan adalah halal.

: Juga dari sudut agama berkenaan solat jamak.

> jamak dan qasar tak sama.
jamak menghimpunkan 2 solat.
qasar pula memendekkan solat.
selalunya apabila bermusafir, kita akan gabungkan kedua-dua ini.
tapi, bila dalam kesusahan kita hanya dibenarkan untuk jamak,bukan qasar.

Keadaan yang dibolehkan jamak menurut mazhab Syafi'i
i-Selain musafir, ialah hujan.(ada syarat2nya)
ii-Sakit
iii-kerana hajat dan kepayahan yang timbul.

Imam nawawi berkata : "Segolongan ulamak besar benarkan jamak dalam keadaan tidak bermusafir kerana keperluan asalkan tidak dijadikan adat yang tetap."

Seperkara lagi yang menjentik minda.

:kamu rela makan KFC,MD,PIZZA HUT?
tak bau darah rakyat palestin dalam tu?
kalau logo sama, brand pun sama, apa lagi?mesti ada kaitan.
Kalau x bayar kat yahudi mesti dah lama kena saman sebab guna brand mereka.
Pengarah KFC sendiri mengaku Jcorp bayar royalti penggunaan jenama kepada yahudi.Keuntungan KFC mencecah billion ringgit.Nilai 6% yang kononnya kecil tu mencecah jutaan ringgit. 1 sen pun sepatutnya kita x rela duit kita sampai kesana.
lainlah kalau dah x de alternatif lain..

Yeah,saya juga meminati part ini.
: Sejak di alam kampus lagi, ujian berbentuk wanita yang menawarkan diri x pernah berhenti menguji.Semuanya ditepis dengan kejelasan matlamat hidup dan prioriti.
Dia hanya akan melamar wanita pilihan apabila didorong oleh petunjuk Allah swt dan restu keluarga.Bukan dorongan nafsu muda yang buta.Kepada Allah jua diserahkan untuk memudahkan jalan apabila tiba saatnya dia bersedia.

Dia juga bertekad untuk mendapatkan 'si dia' dengan cara mulia bukan
dengan cara hina seperti bercinta sebelum kahwin.

Rasulullahn saw bersabda : "Termasuk keberkatan seorang wanita adalah mudah lamarannya, ringan mas kahwinnya dan subur rahimnya" (riwayat Ahmad)

Munirah mungkin lebih tertarik kepada 'Tips2 mencari jodoh' dalam buku ni.
hehe.ye. itu pun bagus..persediaan..

Helai demi helai diselak, saya tertarik pada satu warkah.

'Catatan daripada seorang ibu yang keguguran'

Sangat menyentuh hati.luahan hati seorang yang mahu dan bakal bergelar ibu.
tetapi, takdir Allah mengatasi segalanya.
Keguguran kali pertama amat menguji memandangkan ia anak pertama selepas 5 tahun berkahwin.Alhamdulillah dia ada suami yang memahami , memberi semangat dan motivasi tentang ketentuan Allah.

Keguguran kali ke-2 dia hadapi dengan senyuman.(wah.hebat ibu ni)

'aku seakan-akan dapat mendengar bisikan anakku saban waktu'

: Wahai ibu yang kucintai,
Terima kasih kerana bersusah payah cuba melahirkanku. .........
Walaupun harapanmu musnah untuk memilikiku didunia, namun kau akan beruntung di negeri akhirat sana.Tersenyumlah duhai ibuku.Anakmu ini sedang ternanti-nanti kehadiranmu dan juga ayah untuk bertemu ditaman Syurga.....(panjang lagi nih..)

Tertarik juga part Dr. Muslih bertugas di wad kanak2.

> kanak2 comel, periang tapi down syndrome. Pada mata Dr. Muslih,
ciri2 down sindrome ini x mencacatkannya bahkan memuliakannya.


Hatinya berkata : "engkau adalah penghuni Syurga.engkau sangat beruntung
kerana tidak akan dihisab di akhirat kelak."

Juga dapat dilihat bagaimana ibubapa memenuhi masa lapang anak2 mereka di wad.

: mama, boringlah duduk sini.
: tak apa. Sekarang juga mama suruh abah bawa TV ya.
: yahoo! adik nak tengok AF peringkat akhir.

ayah dia datang bawa TV mudah alih yang kecil.

: abah tahu, adik x nak terlepas AF.Esok boleh tengok tom-tom bak pulak.

anaknya melonjak riang.

> adakah ini didikan yang diberikan oleh ibubapa dirumah sejak kecil?
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Kebanyakan ibubapa pula hanya biarkan anak2 mereka kosong tanpa pengisian.

Walaubagaimanapun, ibubapa yang mempunyai kesedaran mendidik mempunyai pelbagai kreativiti untuk didik anak2 yang sedang sakit.

Tertarik dengan pesakit Cina yang sedang buat latihan matematik dan english.
mereka baru berusia 3-4 tahun.Kelihatan ibubapa mereka begitu gigih membawa buku2 tersebut untuk mengisi masa anak2 mereka di wad.Mungkin pengisian itu jugalah yang biasa diasuh dan dididik oleh mereka dirumah.

: ini aset negara.

Lebih tertarik dengan cara seorang ibu yang mengisi masa anaknya.Diajar membaca al-quran dan diberi bahan bacaan berbentuk kisah2 nabi dalam versi kanak2.

:anaknya pasti akan menjadi penyinar kepada agama kelak.

Dia mengimpikan anak2 yang menjadi pejuang2 agama.(yep.sape x nak kan? ^^)

Setiap bayi yang diperiksa, Dr. Muslih tidak ketinggalan untuk membaca serangkap doa.

"Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman ilmu agama dan ajarkanlah kepadanya ilmu takwil."
(riwayat ibnu abbas)

Doa inilah yang dibaca oleh Rasulullah saw kepada Ibnu Abbas sejak
beliau masih bayi sambil Baginda mengusap kepalanya.

berkat doa yang dibaca oleh Rasulullah inilah Ibnu Abbas kemudian menjadi seorang yang amat
pintar dan paling hebat dalam mentafsir ayat2 al-quran selepas kewafatan Rasulullah saw.

habis..

islam itu indah..

ini saya bukan nak tulis balik buku..
tapi nak summarize perkara yang dirasakan bermanfaat dan boleh dikongsikan..
kepada mereka yang dah selamat baca, tahniah!

kepada yang belum,,x perlu kot beli.
hehe. pinjam aje. konfem ramai yang dah ade.

Tuesday, March 23, 2010

Aki mencari erti tamadun

Aki berjalan tanpa selipar. Dia berjengkit-jengkit menahan panas. Jalan tar dari kejauhan seperti berasap-asap. Aki terus berjalan tanpa mengendahkan pandangan orang sekeliling. Bagi dirinya, pandangan sebegitu sudah begitu lazim dengan dirinya.


Kata orang, dia seperti rusa masuk kampung. Aki tidak faham mengapa dia dilabel sebegitu rupa. Dia bukannya bertanduk cantik seperti rusa. Sedangkan berjalan ke pekan sudah dilabel bermacam-macam, apakan daya dia mahu ke bandar. Adakah dia kelihatan begitu pelik tanpa selipar buatan penjajah?


Aki benci Jepun. Sejak awal hidupnya dulu, masa dilahirkan lagi dia diterap supaya membenci Jepun. Kerana Jepun sejarah keluarganya berakhir di hutan, seperti sekarang. Kerana Jepun yang jahat dan suka menyerang orang kampung, atuknya dan orang kampung berlari ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri. Kesannya hari ini dia dipandang pelik oleh orang-orang bandar yang mengganggap diri mereka bertamadun. Kadang-kadang Aki mahu ketawa sendiri, bertamadunkah kalau pakaianpun seperti tidak cukup kain?


Aki pernah dengar ceramah dari ustaz di rumah Tok Batin tempoh hari. Itupun sempena program yang dianjurkan oleh kumpulan terpelajar yang menyedari betapa agama Islam itu indah dan perlu disebarkan. Mahasiswa dan mahasiswi kata mereka." Kami ada wawasan memartabatkan agama."


Aki teringat kata Ustaz yang memberi ceramah tempoh hari, " Sebagai orang Islam, kita perlu menutup aurat. Islam agama yang mulia, memartabatkan maruah hambanya terutama wanita. Wanita adalah fitnah dunia, kerana itu wanita dijaga dengan lebih rapi supaya terlepas dari segala fitnah." kata ustaz itu dengan penuh kesungguhan.


Kata ustaz lagi, sejak zaman nabi Adam dan Hawa lagi, Islam telahpun menunjukkan kepada manusia tentang menjaga maruah dan memuliakan diri sendiri. Islam sedari awal telahpun mengajarkan manusia tentang tamadun. Aki terlupa dari ayat mana dan surah apa, tetapi Ustaz ada menyatakan bahawa di dalam al-Quran tertulis dengan jelas sewaktu kedua-dua nabi Adam dan Hawa memakan buah Khuldi, maka sejurus itu Allah menurunkan perintah agar kedua-duanya turun ke Bumi. Pada ketika itu, Adam dan Hawa hanya tinggal sehelai sepinggang tanpa seurat benangpun dibadan dan kerana itu keduanya menutup aurat masing-masing menggunakan daun. Bukankah itulah yang dinamakan tamadun? Penciptaan ke arah sesuatu yang lebih baik. Menutup aurat itu, kata ustaz samalah mencipta pakaian.


Bukankah perbuatan mencipta itu adalah tamadun? Tapi zaman sekarang Aki lihat definisi tamadun sudahpun berubah. Asal sahaja tamadun semua orang memandang Barat, sedangkan kata Ustaz asalnya dari Islam. Aki yakin dan masih jelas lagi diingatannya ceramah dari ustaz tersebut. Ini kerana, Ustaz tersebut sangat pandai bercerita. Aki suka sebab kadang-kadang Ustaz berlawak sehingga jemaah yang mendengarpun turut ketawa. Malah kata Ustaz, Rasullullah sendiri suka bergurau, namun sebagai umat Islam, setiap tingkah dan perlakuan perlulah di lakukan secara bersederhana.


"Hoi, jalan berkaki ayam ingat ini hutan ke?" sergahan dari seseorang membuatkan Aki terkejut. Aki memandang datangnya suara itu. Lelaki berbaju kemeja sedang memandangnya dengan wajah yang tidak senang. Aki cuma tersenyum, dalam hati dia cuba bawa bersabar. Dia tahu, sabar itu sebahagian daripada Iman. Sebagai umat Islam, Aki mahu merasai nikmat Iman itu walaupun berjalanannya sebagai Muallaf masih baru.


"Itulah masalahnya kalau hidup duduk dalam hutan. Setiap benda nak ikut perangai haiwan! Tak bertamadun langsung." Lelaki itu menyambung kata. Entah apa yang dia tidak puas hatipun, Aki tidak tahu.


Aki masih tersenyum sambil memandang perempuan yang sedang berkepit dengan lelaki itu. Lelaki itu merangkul mesra pinggang wanita itu. Sesekali tangan nakal itu menjalar ke bahagian yang tidak sepatutnya. Dalam hati, Aki tertanya-tanya sendiri, bukankah menghampiri zina itu berdosa besar? Bukankah perbuatan zina itu haram kerana lagaknya seperti haiwan yang tidak mengenal adik-abang, ayah-anak, saudara-mara, sepapat dan sesusu.


Islam agama syumul, agama yang mengajarkan tentang ketulenan keturunan. Bertamadunkah begitu? Berpelukan dan bergaul mesra tanpa ikatan, menghampiri selangkah lagi ke arah dosa besar. Aki beristighfar sendiri.


Aki masuk ke dalam sebuah kedai. Aki membelek-belek barang-barang yang perlu dibelinya. Tiba-tiba seorang lelaki separuh baya mendekati peti ais. Tin beer di ambil lalu tanpa malu menghampiri kaunter dan membayarnya. Si penjual memberi tin tersebut dengan senyum gembira.


Aki terpana seketika, kedua-dua mereka berbangsa Melayu dan kemungkinan bangsa Melayu di Negara ini beragama Islam adalah melebihi sembilan puluh peratus. Bukankah selain peminum arak, ada tujuh lagi golongan yang tidak akan mencium bau-bauan syurga? Jika tidak silap salah satu dari tujuh golongan tersebut adalah penjual dan penghidang arak. Lalu mengapakah kedua-duanya masih lagi tersenyum? Tambah menyedihkan, perempuan yang berdiri di kaunter pembayaran itu siap memakai tudung, manis menutup aurat. Jahilkah dia seperti dirinya yang tinggal di hutan?


Lagi satu, Aki asyik juga tertanya-tanya, tidak takutkah lelaki itu disebat dikhalayak? Sementara fikirannya mencari jawapan, Aki melangkah ke kaunter pembayaran sambil memeluk semua barang-barang yang telah dipilihnya tadi.

“Assalamualaikum Kak, nak tanya boleh?” soal Aki.

“Apa dia?” kata wanita itu, kali ini tidak ada senyum juga tanpa jawapan salam. Aki tersenyum kelat. Bukankah yang member isalam itu sunat manakala yang menjawab salam itu wajib?


“Abang tadi tu beli air apa ye?” soal Aki sekali lagi bernada ingin tahu sedangkan dia sebenarnya Cuma mahukan kepastian.


Perempuan itu tergelak. “Dia beli beer, ada kat sana. Kalau nak ambillah! Jawabnya tanpa sebarang rasa tidak senang atau luar biasa.


“Tak naklah, Arak bukanke haram?” soal Aki lagi.


“ Zaman moden dan bertamadun macam sekarang, apa yang nak hairan sangat? Biasalah macam tu. Minum jangan sampai ketagih, apa salahnya. Jangan sampai hilang pertimbangan. Arak tu asalnya haram sebab memabukkan. Selagi minum tak mendatangkan mabuk, apa salahnya?” jawab perempuan itu secara bersahaja. Aki mengangguk tapi dalam hati dia sangat tidak bersetuju.


Dia teringat kisah pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Pada ketika itu, arak adalah minuman ruji bagi mereka tetapi setelah Allah menurunkan wahyu mengatakan meminum arak hukumnya haram, maka dengan serta merta mereka berhenti minum. Bukankah panggilan Allah itu punya musabab yang besar? Walau bagaimanapun, pada golongan yang tidak mampu menahan hawa nafsu dari meminum arak, mereka ini dikurung di dalam penjara bagi tujuan mengubati ketagihan.


Kalau tidak silap, Aki pernah terbaca kisah tentang seorang sahabat yang sangat kuat meminum arak dikurung di penjara. Satu hari berlakunya panggilan jihad yang mengajak untuk berperang. Lelaki ini memohon kepada Khalifah Umar Al-Khatab untuk turut serta berperang. Pada ketika itu, ada penjaga penjara adalah seorang wanita. Dalam nada berseloroh, wanita ini bergurau dengan mengatakan bahawa si sahabat ini mahu keluar meminum arak. Lelaki ini bersumpah dengan nama Allah bahawa niatnya sekadar ingin turut serta berperang. Akhirnya dia dibenarkan ikut serta. Bila berakhirnya perang, lelaki itu pulang semula ke penjara seperti yang dijanjikan dengan kerelaannya.


Aki tidak bermaksud menyuruh lelaki yang membeli beer itu supaya terus meminum arak. Tidak, ia haram di sisi agama Islam. Namun jika sudah sampai tahap ketagihan yang luar biasa, Aki rasa tidak salah jika lelaki itu cuba berjihad menjauhi diri dari membeli arak. Sekurang-kurangnya bukan dari tempat terbuka seperti ini. Namun, diam-diam Aki terpaksa bersetuju, kalau tidak ada pembekal maka tidak akan adalah membeli. Perlukah dia menyalahkan pihak pembekal yang menyediakan stok minuman keras? Aki terdiam, tidak berani mahu bersuara. Dia takut silap-silap hari bulan pendapatnya di salah anggap sebagai menentang Negara. Diam-diam dia takut diseret ke ISA.


Setelah selesai urusannya membeli barang-barang dari senarai yang dibawanya bersama tadi, Aki sudah mahu pulang. Beg-beg plastik yang banyak itu dijinjitnya dalam keadaan kepenatan. Aki terpaksa menunggu bas kena bas adalah satu-satunya medium untuk dia pulang ke kawasan terpencil seperti tempat tinggalnya. Namun setelah sejam menanti, bas yang dinanti masih belum tiba. Dalam hati Aki berasa sangat geram. Wajah Pak Mat pemandu bus terbayang-bayang di matanya.


Aki geram, tidak tahukah mereka betapa berharganya masa? Bukankah dalam Islam sendiri meminta umatnya menghargai masa dengan menyuruh solat awal waktu? Islam sangat indah, mengajarkan setiap dari umatnya segala kebaikan. Tapi mengapa tidak diikuti? Setengah jam selepas itu baru Pak Mat sampai, itupun sambil menghisap cerut.


Aki menutup hidung. Dia tidak mahu menghidu asap dari cerut itu. Dia tidak mahu mati kerana menjadi mangsa perokok kelas kedua. Sekali lagi, Aki berasa tidak puas hati. Islam melarang umatnya membunuh diri kerana nyawa itu adalah milik Allah. Lalu mengapakah masih ada yang berani secara terang menjadi pembunuh? Bukankah porokok berpotensi menjadi pembunuh kepada diri sendiri dan orang lain? Aki buntu. Dia hilang mencari nilai kemanusiaan dalam norma masyarakat.


Aki melepas lelah. Seharian berada di pekan buat hatinya tidak tenteram. Beginikah masyarakat bertamadun yang selalu di dengarnya? Jika benar dia lebih rela terperuk dalam hutan, kawasan terpencil yang aman walaupun tanpa sebarang pembangunan.


Segala janji mahu membangunkan kawasan perkampungannya sememangnya acapkali manis dibibir sahaja, namun bagi Aki lebih baik begitu. Dia lebih senang mendengar cakap-cakap kosong ahli politik yang memancing undi dari menjadi mangsa pembangunan tamadun. Jika inilah yang digelar tamadun, Aki rela hidup dalam kegelapan tanpa sebarang pembangunan dan teknologi. Biarkan dia dan orang-orang kampungnya sahaja yang berjihad dan berjuang mengekalkan tradisi.


Di simpang menghala ke kampungnya, Aki turun dari bas berjalan kaki ayam sambil menjinjit barang-barang yang dibeli di pekan tadi. Aki serik, dia seboleh mungkin tidak mahu ke Bandar lagi!


Sekian..

.aina.

~guna id izzati untuk mengepost.


Ps : Cerita ini dipetik...harap x kena saman..kalo x,,sadaqallah.


: jgn lupa dapatkan buku Hlovate >Versus..memang bez! sold out.

x tipu..Worth..ada mesej yang ingin penulis sampaikan.(^_^)

(mesej dakwah yang x begitu direct semestinya..)

Cara penyampaian yang kreatif..tapi mungkin minat tiap orang berbeza.

Saya juz recommend kan..anda berhak menilai..


Monday, March 15, 2010

Yesterday vs Today


SEMALAM


PAGI

-bangun tido/solat subuh

-makan pagi/sambung tido


PETANG

-makan tghari/solat zohor

-tonton TV/solat Asar/main bola


MALAM

-solat maghrib/ngaji@ngulang 2muka

-solat Isya’/makan malam

-on9 memanjang(facebooking,ym etc..)

-tido


HARI NI


PAGI

-qiam/solat subuh bjemaah/ngaji@ngulang

-makan pagi/riadhah

-tolong mak ayah buat keje rumah/join program

(or do sumthin’ beneficial)


PETANG

-makan tghari/qailulah/solat zohor bjemaah

-tonton TV/baca buku

-solat Asar bjemaah/riadhah


MALAM

-solat Maghrib dan Isya’ bjemaah/ngaji@ngulang 1/2juzuk

-ajar adik2 belajar

-on9 benda2 berfaedah(yg kurang berfaedah sket2 je)

-muhasabah diri,then tido awal


Wahai jiwa-jiwa sekalian,


Setiap malam,sebelum merebahkan diri,sebelum melelapkan mata,sebelum diri diulit mimpi,bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri, “Adakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini? Adakah sudah meningkat amalan solehku pada hari ini?”


Flashback kotak fikiran kita. Imbas kembali gerak langkah kita sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Jika amalan hari ini lebih baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tak kira sama ada amal itu berkaitan dengan urusan hablumminallah ataupun hablumminannaas.


“Tafakurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya denga pelbagai persoalan tentang dosa-dosanya pada siang hari.”-Imam Syafie


Saidina Umar al-Khattab selalu berpesan sewaktu pemerintahan beliau dahulu agar menekankan 3 aspek dalam kehidupan iaitu QIAM,JIHAD,MUHASABAH.


Sentiasalah paut hati kepada Allah kerana fitrah kejadian manusia tak lari daripada hidup ber’Tuhan’. Dialah satu-satunya Tuhan kita. Kepada-Nya kita berserah, memohon, bertawakal. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan-Nya yang sememangnya tak dapat dinilai dengan jari kita pun. Macam mana tanda kita bersyukur?? Antaranya, beribadahlah kepada-Nya sehabis baik..“wain ta’udduu ni’matallahilaa tuhsuuhaa..”


AYUH!!! DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH TUHAN KITA...

srikandi haraki

Monday, March 8, 2010

Dah berpunya..?



INFO TIP USAHA MENCARI JODOH BAGI BANAT...

Ya, banat juga perlu berusaha. Tapi, bagaimana caranya?

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang brmutu tggi dr segi agma dn akhlaknya mmpnyai prmntaan trtggi d dunia dn d akhrat. Apbla ssuai msnya dn tepat orgnya, serahkanlah 'kesediaan hati' anda u dirisik dn d pinang dgn jln y syarak.

2. Berusaha mngwal diri spy jgn gedik, mudah mnyerah dn mudah melayan krn kaum wnta sbgini biasanya snang u dmiliki oleh llaki y tdk berakhlak shj. Biasanya wnta y sng miliki (hny dgn sdikit godaan sms, call, puji-pujian dn lain2), snang pula u dpersiakan.

3. Brkwn dgn rakan2 sejantina y solehah. Jodoh anda mgkn d kalangan abg mereka, saudara mereka dn sbgainya y soleh2 jga. Jelaskan niat bhw itu bkn mtlamat tp wasilah smata-mata.

4. Jka anda trpkat kpd agma dn akhlak seorg llaki dn anda ingn memulakan, plihlah cara mllui org tgh y soleh. Jgn mngntr hasrat trus kpdnya krn ia blh mnjatuhkan martabat dn kemuliaan 'malu' anda d matanya.
5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara y mncarikan u anda.

6. Jka anda d risik scra lgsg oleh seorg llaki dn anda mmg mnyenangi agma dn akhlaknya srta brkyakinan dy blh brubah mjadi lbh baik, mntalah dy mrisik dgn cra y lbh mulia iaitu dgn trus mlbatkn ibu bapa, bkn hny bdua-duaan ntra anda dn dia. Igt, cara y mggnakn org tngah dn mnjauhi ftnah itu adlh cara y dlakukan oleh Rasulullah S.A.W.

dipetik dari :
Novel 'Denyut Kasih Medik'
oleh : Dr. Farhan Hadi bin Mohd Taib

Friday, March 5, 2010

Hikmah Solat Dhuha

Solat Dhuha.

Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar.

Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hingga menjadikan manusia hidup

di dalam kesenangan dan kemewahan.



Justru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan

menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah.

Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.


Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:


1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.


2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama. Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah. Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan sholat sunatnya sebanyak dua atau empat, delapan dan dua belas rakaat, meskipun sholat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.


Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”


Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.


Khasiat dan Fadilat


Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.


Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.


Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”


Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”


Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)


Doa Selepas Solat Dhuha

Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu
Dan keagungan itu adalah keagungan-Mu
Dan keindahan itu adalah keindahan-Mu
Dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu

Ya Allah,
Jika memang rizkiku masih di atas langit,
Maka turunkanlah ia,
Jika masih di dalam bumi,
Maka keluarkanlah ia,
Jika masih sukar,
Maka mudahkanlah ia,
Jika (ternyata) haram,
Maka sucikanlah ia,
Jika masih jauh,
maka dekatkanlah ia

Berkat waktu dhuha-Mu,
Keagungan-Mu,
Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,
Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.
Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.


Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:


“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani)

Wednesday, March 3, 2010

Ayam Goreng Minyak Masak..?



Alkisahnya bermula....

-Areh, tolong Nor goreng 'ayang'..kekgi ma maroh..

-kekgi sket deh..nok denga lagu jap..bakpo mu dok gorengnya?

-ouk aloh..gi jap..aku banyok keje ag nok wak..

-tau takot minyak 'ngecik'!!!op?..op?..haha..nok jadi bini ganola..

-tau takpo..=)



em..last2,aku wat sendiri..em..memang jauh jarak aku ngan kuali semasa nak letak ayam..huhu..bismillahitawakkaltu’alallah...........



-Areh!!meh jap...tolong nor balik2 ‘ayang’..

-nakotla kakok aku ‘sore’ ni..

-sedap mu ngate kat ku....=(



Then,dia gi sambung dengor lagu dia..tinggalla aku sorang2 kat dapur..berperang ngan minyak panas..Hanya Tuhan Yang Tahu...

And last...siapla ayam goreng(goreng je pun,bukan masak sambal merah..dah bangga diri..=p)

tapi............

mama suh goreng ikan pulak....OH NO!!!!tunggu mama balik kejela..goreng ngan ma..(yeke??)....=)


MORAL


##CARILAH POTENSI DIRI..kayu pengukur seseorang individu dalam menampakkan dirinya seorang ciri2 insan yang unggul,positif dan berjaya dalam tugasan dan prestasinya..

>>>Nor sepatutnya yakin dan berfikiran positif bahawa dia mampu dan boleh menggoreng ayam tanpa bantuan adiknya,Areh(berlagak pandai)


##SHIFT YOUR PARADIGM..cara kita melihat sesuatu, pandangan kita, kerangka rujukan atau kepercayaan kita..

>>>Sepatutnya nor melihat ke depan; cane nak goreng ayam tanpa bantuan orang lain dan dia harus cari alternatif cane nak atasi takut minyak..=)


##KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN!!!! :)


PARADIGMA -> TINDAKAN -> HASIL

(susahya..xblh buat la) (hangat2 tahi aym..biase2 je) (biase2 je..tkt maqbul blh la..)




HAPUSKAN KITARAN TEWAS..CETUSKAN POTENSI SEBENAR DIRI KITA.. SEMUA ORANG BERHAK UNTUK BERJAYA. AYUH!!! TUNTUT HAK ANDA ITU!!!




PARADIGMA -> TINDAKAN -> HASIL

(senangla..mudah je) (usaha semaksima mungkin) Alhamdulillah..mumtaz


srikandi haraki


Monday, March 1, 2010

Kalau benar cintakan Allah

Kalau benar cintakan Allah.

Sebutlah nama Allah banyak-banyak.Allah berfirman dlm Al-Fath : 9
"Supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan agamaNya,
kepadaNya pada waktu pagi dan petang."
Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualitiyang tinggi.
Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan.
Semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNya
dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan segala hukum-hakamNya, itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun, apabila Allah dilupakan, umatnya akan kurang menyebut namaNya lagi. Ketika itulah hati-hati pun akan lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya.
Akibatnya hukum-hakmNya diabaikan dalam tindakan dan perbuatan.
Apabila ini terjadi, jangan ditangisi jika Allah 'lupakan' kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa.
Ornag yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingatiNya denagn lidah, hati dan perbuatan.
Menjadi seorang muslim sahaja,(bukan muttaqin) tidak melayakkn kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya. Siapakah kita? Muttaqin atau hanya Muslim?

TAKAZA
Takaza bukan Yakuza.
Takaza bermaksud seruan Jihad.Usaha untuk bantu agama Allah.
Jihad datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya bermain mata pedang dihadapan musuh Allah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
'Fitnah akan mendatangi hati manusia dari arah depan dan belakang seperti anyaman tikar yang bercantum antra satu dengan yang lain.Jadi, jika ada hati yang menerima mana2 fitnah, maka 1 titik hitam akan melekat dihatinya. Dan hati yang tidak menerima fitnah, 1 titik putih akan melekat dihatinya, sehinggalah akan wujud 2 jenis hati.

1-Hati yang putih seperti batu marmar yang tidak akan dimudharatkan oleh mana2 fitnah sekalipun selagimana tegaknya bumi dan langit. (kerana kekuatan imannya, tidak ada fitnah yang mampu memberi kesan kepadanya)

2- Hati yang hitam yang tak mungkin mampu bertahan. x mungkin tersisa lagi didalamnya perasaan bencikan dosa dan tidak tertinggal lagi cahaya iman .dan kerana itu dia tidak lagi mengaggap yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk.
Dan dia hanya bertindak mengikut hawa nafsunya yang sudah mendiami hatinya. (HR:Muslim)

BESARNYA CINTA NABI KEPADA UMATNYA.

Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Aku dan kamu diumpamakan sabagai seorang yang telah menyalakn api .lalu rama-rama dan kelkatu jatuh keatasnya dan dia menjauhkannya daripada api itu.Aku memegang pinggang2 kamu dan menyelamatkan kamu daripada api neraka, akan tetapi kemu terlepas dari tanganku.Yakni terus berjatuhan kedalam api neraka. (HR:Muslim)

Lihat, betapa perasaan belas kasihan dan keinginan yang keterlaluan yang ada dalam diri Rasululah s.a.w untuk menyelamatkan umat baginda dari api neraka.(nawawi)
Kita, dimanakah usaha kita?

Diceritakan juga peribadi nabi s.a.w,
kerana umatnya berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun, Baginda selalu diam dan x akan berbicara jika x perlu.
(HR:Tirmizi)

Ketika anak-anak panah kabilah Thaqif telah memusnahkan umat islam,
para sahabat telah meminta nabi mendoakan keburukan terhadap mereka.
Baginda s.a.w bersabda : Ya Allah! berilah hidayah kepada kabilah Thaqif.

Rasulullah s.a.w seringkali menadah tangan dan berdoa : Ya Allah! umatku! umatku! umatku! dan menangis kerana mengenangkan umatnya dan apa yang akan terjadi kepada mereka diakhirat nanti. Nabi berkata :
"Aku hanya akan berpuas hati bila tidak ada seorang pun dari umatku yang tinggal didalam neraka."

Pernah nabi dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang2 musyrik. Maka nabi telah bersabda :
'Aku tidak diutus sebagai pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat.'
(HR: Muslim)

Dari 'Amr bin Auf r.a menukilkan sabdaan baginda s.a.w bahawa:
"Agama pada mulanya adalah satu perkara yang asing (dagang), kelak tidak lama lagi ia akan menjadi kembali asing seperti mula dahulu kerana itu berita gembira bagi orang2 islam kerana agama mereka dianggap sebagai terasing. Mereka itulah orang2 yang membetulakn jalanKu yang telah dirosakkan oleh orang2 selepasKu."
(HR:Tirmizi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::