Sunday, March 13, 2011

selamat meneruskan langkah

Bismillah...
ukhwah kita hingga ke syurga insyaallah

Alhamdulillah..dah tamat perjuangan selama 2 tahun di centre for foundation studies IIUM. Buat sahabat-sahabat yang telah dulu pergi ke main camp, tunggulah kedatangan kami ke sana. Anda tidak akan kesunyian lagi.

Hujung minggu ini kita bakal dapat keputusan setelah 2 tahun berhempas pulas.

Doa.Tawakkal.Redha.
[ni je yang boleh buat]

Main camp,
Ramai banat akan ke Kuantan. Yang akan ke Gombak, jangan risau, ramai lagi orang lain yang akan ke sana. Meskipun bukan kami, tapi kami janji, ukhwah kita sampai mati.

Cuti,
Bagi yang tak ambil shortsem, hampir 7 bulan lah cuti nya. Manfaatkanlah cuti ni baik-baik. Sila tingkatkan skil ekonomi rumah tangga anda ya. Majoriti dah 21. Haha..xde kaitan pun. Kita kenalah pandai dalam segenap bidang ilmu. Termasuk yang ni.=)

well then,
ni untuk kita...

Selama ini kumencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Illahi

Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepada Mu Teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan segala - galanya

Kepada Mu Alloh
Kupohon restu-Mu
Agar kita kekal bersatu

Kepada Mu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan esetiaan

Telah kuungkapkan segala - galanya

Itulah tandanya
Kejujuran kita

Kumencari - cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::