Monday, January 3, 2011

Oh 2011...

Bismillahirrahmanirrahim...
Menjengah ke tahun baru...
Pelbagai emosi yang menerjah...
Dah tua dah kita semua...majoriti 21 sudah..n ada jugak yang baru mencecah 20...juga tak dilupakan yang naik 22.
Tidak kiralah berapa angka kita di belakang tapi kita masih lagi memegang janji yang sama.

KLCC selepas bunga api habis [010111 : 0015]
Tahun baru kali ini di Malaysia masih seperti sebelum-sebelumnya. Dipenuhi jahiliyah yang nyata. Syaitan yang betopengkan manusia. Tambah pula pada tahun ini, hari Jumaat diisytiharkan cuti atas kemenangan bola oleh pasukan Malaysia melawan Indonesia. Jumaat cuti, pada sebelah malamnya pula bunga api. Lagi lah anak muda suka berpesta.

Malam tahun baru kali ini, seperti mana juga tahun-tahun berikutnya, masalah sosial tidak juga berkurang malah makin bertambah. Seperti digalakkan oleh pemerintah yang menganjurkan program-program sebegini. KLCC sesak dengan manusia. Dari pelbagai peringkar umur dan bangsa. Tapi sayang, pemuda-pemudi Melayu Islam tetap mendominasi.

Masyarakat seperti sudah rosak. Hanya berpaksikan nafsu. Jika beginilah halnya kita, maka bagaimanalah nantinya negara. Kita sekarang sangat-sangat berada di zon selesa. Hanya memikirkan makan pakai kita. Kita hampir lupa kita punya masyarakat di luar sana yang menuntut peringatan dari kita.

Maka seharusnya kita lebih bersedia. Lebih memikirkan hal-hal yang lebih besar begini dari memfokuskan kepada hal remeh-temeh yang tidak membawa apa-apa manfaat sekalipun. Tapi sekarang mahasiswa Islam sendiri makin ramai yang telah terkena sihir ghazwatul fikr. Sihir ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kerana serangannya sangat lah halus. Dan jika kita terus leka dan lalai begini, tidak mustahil kita akan selamanya berada dalam jerat musyrikin laknatullah.

Antara contoh serangan pemikiran yang kian menular, sekularisme yang kadang-kadang kurang disedari oleh kita. Hanya mengambil sebahagian tapi meninggalkan sebahagian. Hanya mengambil pusing soal akademik tetapi melupakan sementara soal negara. Atas alasan masih belajar. Wajarkah? Sama-sama fikir-fikirkan.

_ISLAM.KAMI.BERSAMAMU.MAHASISWA.PEDULI.ISU.SEMASA_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::