Friday, July 24, 2009

Input and Output

Input ataupun kadar masuk. Secara asasnya, output ataupun kadar keluar akan selari dengan kadar masuk. Namun, pelbagai alat telah dicipta untuk meningkatkan output. Jadi, kadar output seharusnya lebih tinggi berbanding input atau jika tidak bermakna terdapat sedikit kecacatan kepada bahan.

Begitu juga kita yang dikatakan sebagai produk DQ. Banyak input yang telah dimasukkan kedalam diri kita. Dari awal melangkahkan kaki sehingga ke saat2 terakhir kita berada di bumi barakah tersebut. Jika dilihat, terlalu banyak benda yang kita dapat yang jika tiada pengaplikasi maka segalanya bolehlah dimasukkan dalam kategori sia-sia. Tidak kiralah sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar perkara.

Masalah seringnya dilihat dari sudut banat kerana menjadi agak pasif untuk berdakwah. Apabila disebut berdakwah bukanlah bermakna perlu masuk dalam satu agensi ataupun menjadi ahli DnT baru buat kerja-kerja untuk berdakwah. Bukan juga bermakna berdiri di tengah khalayak memberi 'talk'. Tapi fahamlah makna da'a itu sendiri. Masalah yang timbul mungkin kerana banat ramainya masih belum dapat mengatasi perasaan 'takut' ataupun 'malu' yang menebal. Jadi, hal ini menyebabkan input yang diterima berkadar songsang dengan kadar output yang dilakukan.

Jika dilihat budak DQ membawa jumlah yang agak ramai. Namun, produktiviti yang bergerak aktif hanyalah beberapa. Ataupun mungkin sebahagian dari kita masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkahnya. Ada yang menjadikan alasan.."yelah..sekelas dengan budak-budak DQ jugak". Pada pandangan saya ini tak boleh dijadikan alasan. Kelas BI rasanya bercampur aje dengan yang lain. Soalnya NAK ke TAK NAK. Tu je. Bagi sesiapa yang bijak menggunakan peluang takkan menunggu sesaat pon.

Kalau nak dikatakan takkan aku sorang je..habis ke mana pergi budak2 DQ yang lain. Percayalah..anda tidak keseorangan. Bacalah buku mustafa mayhur ke. Tentang marhalah dakwah fardiah. yup,diri yang bercakap ini pun sedang dalam proses pembaikan..jadi,kita sama sahaja.xde sesape yang lebih baik dari sesape.kalau anda tidak mahu rasa menyesal,bermulalah dari sekarang. Tingkatkan output biar selari dengan input yang diperoleh. Ringan-ringan kan skit mulut untuk beramah mesra dengan orang lain. Bina hubungan. Aktifkan dirimu. Ye,memang kat CFS ni,tumpu stadi lagi baik setengah orang cakap. Tapi seolah-olah kita mengenepikan yang lain. biar seimbang semua.baru lah dikatakan pelajar yang berjaya.

Jadi,jangan tunggu lagi. Mulakan sekarang. Wahai da'ie, bangunlah!dan pikullah amanat ini di atas pundakmu!

KEK BATIK????

BAHAN-BAHAN :

  • Biskut Marie yang biasa (1 pek)
  • Serbuk koko (sket je)
  • Milo bungkus kecil
  • Susu pekat (setin)
CARA-CARA :
  • Pecahkan biskut Marie kecik-kecik dalam bekaih
  • Tuang serbuk koko buang setengah cawan campoq ngan milo
  • Boh susu pekat sampai jadi likat, kacau sampai sebati dalam cawan tu
  • Tuang coklat + susu pekat dalam biskut Marie yang dah pecah-pecah
  • Kacau sampai rata, biaq sejuk dan beberapa jam
  • Toppingkan kek tu ngan coklat tadi. Jangan guna untuk tuang dalam biskut sampai habis. Nanti xdak untuk topping.
Dah..sedia untuk dimakan. Cuba la buat kat hostel. Jadi ataupun tak. Mungkin jadi mungkin tak. Kalau tak jadi,nak nasihat pakar tanya je memana ex perwakilan dulu.hehe..

Hatiku KERING macam SPONGEBOB

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, Ahlamdulilah, Allahhu Akbar...dan sebagainya beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam..., ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang rendah tentang kepentingan berzikir dan mengabaikannya begitu sahaja..

Wa'lahualam [sumber dari husnazahri ex-maahadian90]

So, wahai orang-orang yang menghafaz kalamullah..kalian adalah antara orang yang mengaku dekat dengan Allah..tapi kalau secara praktiknye xde pon amalan zikir..xlekat pon..hanya pandai berteori..xde guna..

Bila sedih ataupon xtenteram je..ala bizikrillah tathmainnul qulub...
senang je keluar ayat..bla senang macam mana plak?scan hati kita..dah berhabok dah pe..
ambiklah beberapa saat...dari hati yang dalam..'astaghfirullahal azim..' lepaskan segala..

meditasilah walau hanya sebentar...hati juga perlu kepada makanan..basahkan ia selalu dengan zikir kepada Allah...
-W-

Jubah vs Baju Kurung

Hmm...
Mungkin benda dah lapuk..
Tapi tetap tak salah untuk diperkatakan..
Mungkin time baru-baru masuk UIA isu ni agak hangat diperkatakan..
Yelah..mane tidaknye..tak pernah tengok banat-banat pakai selain dari jubah kat DQ..
Tapi kat sini,hah,macam-macam corak + warna ada..
So,rasa teruja pon ada..tapi PERAK + JAKUN pon lagi banyak..
Yang pakai tshet ngan seluar pon ada..tudung pelbagai bidang almaklumlah..

Em,ana pon tidaklah nak dikata berjubah setiap masa..
Lagi pon kita sedia maklum batas aurat kita setakat mana..
Cumanya kita ni kenalah beza sikit..takkan dah kata boleh tu nak ambil seringan-ringan cara.betul tak?

Bukan menyuruh ataupun memaksa untuk berjubah sepanjang masa,ape orang kata...'ikut time' lah beb. Bab2 berpakaian ni rasanya banat2 xde masalah kot.[Kot-phrase yang agak bahaya bagi orang utara coz xtahu maksud sebenar] Mungkin juga selalu mendengar word "aku adalah aku". Aku taknak jadi hipokrit. So,go on. No one will interrupt. But, do BEWARE. Jangan lah dah rasa macam tu, so boleh buat apa yang korang suka. Ingat,orang tetap pandang. Kalau bab lain ana xkesah sangat. Tapi ade jugak insan yang tengoknya tudung tue agak pendek berbanding yang lain.No hal ja pakai bidang 60. Silang ka helang ka ikot suka lah..tapi yang xtahannya kalau dah pendek plek ja pon..Huish..

Em,tu yang pertama..yang keduanya bila bab tak pakai handsock. Adus..kalau kat DQ asal program je WAJIB pakai HS (handsock). So,mentang-mentangla sekarang dah xde dah..mcam tu?Em,rasenye korang pon paham kot sebab ape kena pakai. Kalau baju carf siap butang tu xpe la lagi. Ni,dah la tebukak..angkat sket nampak..waa...gebunye..putihnye...em..tapi mungkin korang xkesah kan?Entahlah..ana sayang sahabat-sahabat ana. Kalau boleh nak jaga semua. Simple je pon bab aurat nie.Korang lagi expert..ye tak?so, tunjuk la yang terbaik. Orang biase (habis kite ni luar biase ke?ngaku je la...) pon boleh xlekang HS tu. So?

Bab2 ni sensitif..banin pon ade kate.."jangan menghukum ikut nafsu" ...Kalau nak pakai tshet ke ape ke,tepulangla..it's not a big deal (tambah2 time GPDP terpaksa pakai plak tu..adeyh)..tapi berpada-pada la..tudung pon..sebab orang pandang..ex-dq..waa..em..yang lain tu,pandai-pandaila sendiri..semua dah beso.. Ada jugak yang kata ubah cara berpakaian sebab nak berdakwah. Adakah dengan berjubah xboleh berdakwah?? Ana rasa boleh je kot. Tapi, kepelbagaian kita dalam pemakaian juga memainkan peranan. Biar nampak flexible. Orang tengok pon kata oo...nak tutup aurat pon boleh bergaya. Tapi,dakwah tu kena seiring lah..Jangan cakap je banyak..oo..saya pakai ini untuk..bla3..tapi praktiknye xde..berat tue.

Thursday, July 16, 2009

MA'ATTAUFIQ WANNAJAAH!!!!

"Dan apabila mereka bertanyakan tentang-Ku (Muhammad), katakan kepada mereka sesungguhnya Aku dekat dengan mereka. Aku kabulkan doa mereka yang berdoa pada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar beroleh kebenaran)."-Surah al-Baqarah:186







IJTAHID + DOA + TAWAKAL = NAJAH


"SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN
DENGAN JAYANYA
BUAT SEMUA
SAHABIAH GEN 9"



Monday, July 13, 2009

THE MAKING OF...

Ehem..ehem..gambo ape la plak ni ye..plek gok..ha..kalau nak tahu..ni adelah gambo eitorial board banat in making..guna adobe photoshop..

jutaan terima kasih la buat empunya laptop ye..sanggup bagi pinjam..amat bermakna..
sekarang ni pakat-pakat dok tanya.."mun..siap tak gi majalah??"..adeyh..
jadi..kepada semua sahabiah..sabar lah ye..time konvo nanti insyaAllah dapat..dan paling cun punyelah...

tetibe je rasa cam nak tukar ict le plak..

Sunday, July 12, 2009

Seperti yang dijanjikan...

Jom kita lihat!!!

TWO years programme :

=>Fathy Nabila Najla (medic)
=>Nadiatul Husna (medic)
=>Nur Syakirah (pharmacy)
=>Faizah (pharmacy)
=>Adibah (pharmacy)
=>Aisyah Humaira (dentistry)
=>Farah 'Aqilah (dentistry)
=>Ameerah (dentistry)
=>Nurul Husna (allied health sc)
=>Hajar (allied health sc)
=>Adawiyah (allied health sc)
=>Muna Adila (nursing)
=>Sarah (nursing)
=>Noraini Mardhiyah (bio sc)
=>Noor Atiqah (bio sc)

ONE and a HALF years programme :

=>Norhani Nabilah (medic)
=>Siti Khadijah (medic)
=>Liyana (medic)
=>Nurul Nadiah (medic)
=>Siti Aisyah (medic)
=>Nur Afiqah (pharmacy)
=>Norhajariah (pharmacy)
=>Nurul Fathiah (pharmacy)
=>Nurul Bahiah (dentistry)
=>Hanisah (dentistry)
=>Siti Zakirah (dentistry)
=>Adlina (allied health sc)
=>Nurul Aina (allied health sc)
=>Nurul Emielia (allied health sc)
=>Nor Izzati Azwa (phy sc)
=>Noor Aishikin (english)
=>Nur Faezza (arabic)

ONE year programme :

=>Wan Qurrotu Aini (medic)
=>Nor Amanina Yusra (medic)
=>Munirah (medic)
=>Musyirah (medic)
=>Nurul Aimi (allied health sc)
=>Nursima (phy sc)
=>Norhayati (engineering)
=>Zainab Aqilah (IRK)
=>Siti 'Aishah Jauhara (economics)
=>Noor Fathihah Fatin (architechture)

So, ini adalah semua g9 yang ade kat pj. Bagi sesape y namenye tesalah, bolehla inform. Sesape y xde name juga boleh inform. Blajar rajin-rajin. Iadah biar seiring.
Wallahua'lam

Tuesday, July 7, 2009

Inilah Kemunculannya....

Inilah dia pemimpin-pemimpin yang diharapkan bakal merubah arus di CFS...

FSCC :
-> Liyana Bt Arsani (Discipline & Welfare)

MRC(Mahallah Representative Council) :
-> Syakirah Bt Akyan (Dakwah & Training)
-> Nur Afiqah Bt Ibrahim Mohd Yunos (Sports & Recreation)

FRC(Facilitator Representative Committe)
-> Norhayati Bt Ghazali (Vice Secretary)
-> Siti Khadijah Bt Abas (Welfare)

MEDCY(Medical Science Student Society)
-> Nurfathiah Bt Mohd Radzi (Academic & Training)
-> Nurul Husna Bt Kamarudin (Publication & Information)

BAR Student Society
-> Nurfaezza Bt Mohamad (Vice President)

Hisbah Committe
-> Nurul Bahiah Bt Nor Shakiman (Treasurer)
-> Nor Izzati Azwa Bt Yahya (Dakwah & Training)
-> Noor Fathihah Fatin Bt Jaffri (Dakwah & Training)
-> Muna 'Adila Bt Che Rime (Asst Publication & Information)
-> Nurul Aimi Bt Shamsuddin (Dakwah & Training)
-> Noor Atiqah Bt Abd Razak (Asst Dakwah & Training)
-> Musyirah Bt Amaran (Asst Dakwah & Training)

Facilitator(Naqibah)
-> Noor Atiqah Bt Abd Razak
-> Norhayati Bt Ghazali
-> Nur Afiqah Bt Ibrahim Mohd Yunos
-> Liyana Bt Arsani
-> Nor Izzati Azwa Bt Yahya
-> Musyirah Bt Amaran
-> Ameerah Bt Rosli
-> Adibah Bt Parman
-> Nurul Husna Bt Kamaruddin
-> Muna 'Adila Bt Che Rime

Semoga antunna dapat melaksanakan taklifat yang diberikan sebaik mungkin..
Kakak-kakak,Adik-adik..doakan kami agar dikuatkan hati menghadapi mehnah dan tribulasi di bumi CFS ni..

p/s: PERHATIAN kepada Gen9,sesiapa yang namanya tak display kat sini,bolehlah inform ye..



Monday, July 6, 2009

Tertunggu-tunggu??

Yeah...nantikan kemunculannya...
Sinar baru ex-DQ IQRaC 08/09...
Membawa arus perubahan...
Memancarkan sinar pentarbiyahan...

Tunggu..jangan tak tunggu..
Lawatilah selalu blog ni untuk mengetahui siapakah yang memegang tampuk pimpinan di UIA sama ada PJ atau pun Nilai...

Bakal di isi tak lama lagi...

Barakallahu fiikum..

Sunday, July 5, 2009

Doa kami sentiasa bersamamu

Tempat : Kawasan kafe Zainab College
Masa : Hampir Asar
Hari : Tak pasti sama ada Selasa atau Rabu

"Huh...penat deyh..sehari suntuk hari ni kelas..dari kul 8 pagi sampai 4 petang. Mau nak pengsan je rasenye..huhuhu~"

Tengah-tengah je syok-syok melayan perasaan sambil berjalan girang nak beli makanan kat kafe tiba-tiba poket bajuku bergetar. Zzzz...Zzzz...

"Adus..ape plak ni..tah sakit ape la poket nie buat hal. Tak pelah..asalkan beli makanan dulu. Tak tipu, perutku ini dah berirama syahdu dah."

Selepas membeli makanan dan mendapatkan tempat duduk bersama 3orang sahabat lain, aku teringat akan mesej yang belum kubaca. Lantas aku terus mencapai telefon bimbitku dalam poket dan membuka mesej yang tertera.

..........................Mataku membulat. Tekakku terasa kering. Aku terpana.....................

"Assalamualaikum wak sahabat-sahabat sekalian..first sekali nak mintak maaf coz bagitau lambat..insyaAllah hari Jumaat / Sabtu ni hari terakhir Fadiah kat UIA..insyaAllah Fadiah sambung belajar kat maktab..em, kalau Fadiah ada hutang kat korang ke, bagitau ye..mintak je..maaf banyak-banyak kat semua kalau ada wak sakit hati n ape-ape je..;-)"

-Nur Fadiah Ab Rahim-

..............................................................................................

Huh...terkejut jugak..tapi biasela tu..benda normal.
So, hanya doa kami semua kami iringkan. Semoga Fadiah berjaya dalam apa yang Fadiah buat. Bakal cikgu la selepas ni. Eh,eh..silap pulak...bakal ustazah...

Fadiah akan ke Maktab di Bangi. Rajin-rajinla kirimkan berita selepas ni ye.
Salam sayang dari kami semua GEN9 banat..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::