Input ataupun kadar masuk. Secara asasnya, output ataupun kadar keluar akan selari dengan kadar masuk. Namun, pelbagai alat telah dicipta untuk meningkatkan output. Jadi, kadar output seharusnya lebih tinggi berbanding input atau jika tidak bermakna terdapat sedikit kecacatan kepada bahan.
Begitu juga kita yang dikatakan sebagai produk DQ. Banyak input yang telah dimasukkan kedalam diri kita. Dari awal melangkahkan kaki sehingga ke saat2 terakhir kita berada di bumi barakah tersebut. Jika dilihat, terlalu banyak benda yang kita dapat yang jika tiada pengaplikasi maka segalanya bolehlah dimasukkan dalam kategori sia-sia. Tidak kiralah sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar perkara.
Masalah seringnya dilihat dari sudut banat kerana menjadi agak pasif untuk berdakwah. Apabila disebut berdakwah bukanlah bermakna perlu masuk dalam satu agensi ataupun menjadi ahli DnT baru buat kerja-kerja untuk berdakwah. Bukan juga bermakna berdiri di tengah khalayak memberi 'talk'. Tapi fahamlah makna da'a itu sendiri. Masalah yang timbul mungkin kerana banat ramainya masih belum dapat mengatasi perasaan 'takut' ataupun 'malu' yang menebal. Jadi, hal ini menyebabkan input yang diterima berkadar songsang dengan kadar output yang dilakukan.
Jika dilihat budak DQ membawa jumlah yang agak ramai. Namun, produktiviti yang bergerak aktif hanyalah beberapa. Ataupun mungkin sebahagian dari kita masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkahnya. Ada yang menjadikan alasan.."yelah..sekelas dengan budak-budak DQ jugak". Pada pandangan saya ini tak boleh dijadikan alasan. Kelas BI rasanya bercampur aje dengan yang lain. Soalnya NAK ke TAK NAK. Tu je. Bagi sesiapa yang bijak menggunakan peluang takkan menunggu sesaat pon.
Kalau nak dikatakan takkan aku sorang je..habis ke mana pergi budak2 DQ yang lain. Percayalah..anda tidak keseorangan. Bacalah buku mustafa mayhur ke. Tentang marhalah dakwah fardiah. yup,diri yang bercakap ini pun sedang dalam proses pembaikan..jadi,kita sama sahaja.xde sesape yang lebih baik dari sesape.kalau anda tidak mahu rasa menyesal,bermulalah dari sekarang. Tingkatkan output biar selari dengan input yang diperoleh. Ringan-ringan kan skit mulut untuk beramah mesra dengan orang lain. Bina hubungan. Aktifkan dirimu. Ye,memang kat CFS ni,tumpu stadi lagi baik setengah orang cakap. Tapi seolah-olah kita mengenepikan yang lain. biar seimbang semua.baru lah dikatakan pelajar yang berjaya.
Jadi,jangan tunggu lagi. Mulakan sekarang. Wahai da'ie, bangunlah!dan pikullah amanat ini di atas pundakmu!
Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati
-
Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah
Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin
berdamping dan didampingi oleh orang lain. An...
9 years ago
1 pandangan:
nak atau tak nak..terserah atas diri orang tu..benda nie memang perkara biasa bagi lepasan dq di cfs..
apa yg ukht lihat baru sikit..lama2 nt bru ukht dpt lihat budak Dq nie mcm mn..
apa2 pun..semoga ukht berjaya dlm kehidpuan dunia n akhirat
Post a Comment