Tuesday, January 5, 2010

RAHSIA AKU EX-DQ...

Kalaulah aku berada di DQ sekarang ni, confirm banat-banat lain dah panggil aku masyi…

kononnyalah…

sebabnya sangat mudah…

aku baru saje habiskan iadah penuh 1-5 juzuk dengan sangkut sebanyak 3 kali sahaja…

Itu pun mereka dah kata masyi…

Walaupun baki lagi 25 juzuk, awal juzuk pun berterbangan…

Awal maqra’ dah lama keluar senarai…

Mudahkan definisi masyi kami?huhu…

Eah, sebelum tu jangan salah sangka…

Bukan semua pelajar DQ seperti aku..

Elok sahaja aku habiskan iadah dengan penuh rasa bahagia lagi berbunga-bunga,

selepas aku tamatkan ulangan dengan kalam yang mulia…

“Sadaqallah hul’azim”…

Datang adik bongsu aku yang berusia 6 tahun terkedek-kedek…

Alongggg…( irama berlagu; tandanya adalah sesuatu yang dia nak minta tu…)

Along sebut apa tadi?

Apa maksudnya tu?

Kenapa kita kena sebut macam tu?

Aku terpempam seketika…

Bukan kerana aku tiada jawapannya…

Tapi, aku mula tersedar sesuatu…

Kalam itu maksudnya, “Benarlah kata-kata Allah yang Maha Mulia”…

Persoalannya, benarkah itu yang aku rasakan sekarang?

Sedang hakikatnya, dari 5 juzuk bacaan tadi, belum tentu 5 ayat pun yang aku faham maknanya…

Astaghfirullah hal’azim…

Mana mungkin aku layak untuk ucapkan begitu…

Bagaimana mahu membenarkan jika aku sendiri tidak faham apakah kebenaran dalam setiap patah yang aku alunkan?

Maafkan aku wahai tuhan…

Aku menjawab soalan adik dengan ala kadar…

Kerana aku sedang mula dihurung dengan rasa seorang hamba…

Bersalah, berdosa dan sebagainya…

Adik yang masih belum mengerti apa-apa…

Rupa-rupanya telah dipilih oleh Allah yang Esa

Menyedarkan aku tentang perkara yang nampak remeh…

Tapi masih ramai para hafiz yang terlepas pandang…

Untuk menutup rasa gelisah ala resah…

Aku cuba sedapkan hati dengan membuka siaran radio IKIM…

Kata orang muzik boleh jadi pengubat jiwa…

Emm, mungkin juga..

Sekali lagi, aku rasa terhina…

Apabila slot tazkirah di radio mengingatkan…

Muslim yang cintakan Tuhan, sekurang-kurangnya perlu khatam bacaan Qurannya sebulan sekali…

1 juzuk sehari..

4 muka setiap kali lepas solat…

Jika mereka yang tidak pernah menghafal pun mampu lakukan, di mana letaknya kedudukanku wahai tuhan?

Aku lalai dengan pujian manusia…

Konon-kononnya kalau hafiz bacaannya mesti sempurna…

Setiap detiknya bersama Al-Quran tercinta…

Hanya Allah yang Mahu tahu betapa aibnya aku…

½ Al-Quran sekali sebulan pun belum tentu…

Alasannya ringkas, sibuk dengan urusan dunia…

Tutor, kuiz, assignment, study circle…

Jawapannya pun sebenarnya mudah…

Kalau tak cinta memang semuanya akan jadi susah…

Mujurlah Allah itu Maha Penyayang…

Dikabulkan doa antara 2 sujudku ketika sembahyang…

“Tuhanku, ampunkan aku, rahmati aku, tutupkan aibku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, tunjuki aku, maafkanlah aku dan kasihanilah aku…”

Kalaulah semua tahu aibku ini…

Adakah mereka masih mahu meninggikan darjat kami?

Belum lagi disoal sejauh mana penghayatan dan amalan kami…

Baru bacaan, ingatan dan kefahaman sudah tersangkut teruk begini…

Aku mohon ampun padamu Ilahi…

Andai aku menjadi fitnah kepada Islam yang suci…

Dan terima kasih kerana masih memelihara aibku ini…

ZIKR

14.12.09

10.08PM

1 pandangan:

man jadda said...

1st: 4 muka stiap kali solat, sama ada sebeleum @ selepas..

2nd: Baca 1 juzuk straight waktu pagi(lbih kurang 30 minit je).. Kalu stiap pagi luangkan 30 minit baca al-Quran, lepas waktu solat seterusnya dan masa terluang bleh dgunakan utk ngulang dengan bahagianya..

It's in ur hands..

Wa nafsin wa ma sawwaaha..

Fa man ya'mal mitsqala zarratin, khairan yarah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::