Saturday, February 27, 2010

Mengelamun


Ok..hajat di hati..-update-
Ok..im starting...n i shall start..n im starting..
Huh..am i starting..?
----------------------------------------------------------------------------------------

Tetikus ditekan berkali-kali..
Beberapa folder dibukak..
Untuk kesekian kalinya..
Gambar-gambar yang pernah ditatap, dilihat lagi..

Dulu....

Waa..bagusnye..nampak sopan..
Tengok enfon..huh..'bersih'..
Hati pon bersih..
Masjidnye..waa..sangat bes..ketenangan..
Rugi xmanfaatkan bebetul..
Huu..rase cam suci lagi tyme tu..
Muka bersih je..riang ria g kelas..
Gaduh skit2..
Buat keje pon skit2 jugak..ehe..

Sekarang..

Waa..mantopnye..nampak begaye..(vogue la katakan)
Tengok enfon..huh..'boleh tahan ye kau'..
Hati pon 'berdarah'..
Suraunye..erk..ada ape ye..
Tah..macam xingat je y surau tu xde orang imarahkan..
Huu..rase cam hitam je sekarang nih..
Muka serabot je..kelat gi kelas..
Gaduh skit2..
Buat keje pon skit2 jugak..heh..

.Aku ni dah besar ke rupanya..
.Macam xsedar diri..
.Konon ikan kat laut la sangat..
.Tahke dah mcam ikan masin dah..
.Serius aku konfius..
.Hinanya diri ni..

------------------------------------------------------------
Oit, kau ngelamun ape ag tu..??
Erk..mata terkelip-kelip..

Friday, February 5, 2010

Tawakkal

Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Tuhan sekalian alam.

Yang masih menyayangi kita semua.
Yang masih bermurah hati memberi kita udara.
Yang masih bermurah hati memberi kita nikmat iman dan islam.
Yang masih tidak jemu membantu kita semua.
Dalam mengharungi hidup ini.
Di dunia ini.

Lahirkan rasa kesyukuran itu dalam
setiap tindakan kita,
dalam setiap tutur kata kita,
dalam setiap ibadah kita,
Serta dalam setiap masa dan keadaan.
Ingat Allah selalu.

'Selangkah kita dekat dengan Allah,
Seribu langkah Allah dekat dengan kita'

Moga langkah kita adalah langkah orang-orang yang beriman,
langkah orang-orang yang bersyukur,
langkah orang-orang yang dirahmati Allah,
InsyaAllah..
sama-sama doa.

TAWAKKAL

Keutamaan tawakkal diketahui dengan ayat-ayat dan nasihat-nasihat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal,
jika kamu benar-benar orang yang beriman."
(Al- maidah:23)

"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya."
(At-Thalaq:3)

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal."
(Al-imran:159)

Oleh itu,
dalam fatrah exam ini,
moleklah kita bertawakkal kepada Allah,
selepas usaha dan doa yang tak putus-putus.

Hindarkan bermalas-malasan.
Gunakan kesempatan dan masa yang masih berbaki ni
untuk dapatkan yang terbaik.

Moga Allah bantu kita semua.
InsyaAllah.
amin..

Selamat maju jaya kepada semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::