Kalu bincang bab makan mesti no 1..mana tidaknya, sumber tenaga..
tp xnaklah komen banyak2 sal makan ni coz kita ada dietitian to be, inshaAllah..MISS AIMI..hehe =)
Di sini digariskan adab ketika di meja makan yang pernah dianjurkan oleh Baginda SAW:
1) Mengucap Basmalah sebelum makan & minum
Menyebut nama Allah sebelum makan berfungsi untuk mencegah syaitan dari ikut sama berkongsi dan menikmati makanan tersebut.
2) Mengucap Hamdalah setelah selesai
Imam Ahmad berkata, " Jika dalam satu makanan terkumpul 4 hal, maka makanan tersebut adalah sempurna. 4 hal tersebut adalah menyebut nama Allah saat mulai makan, memuji Allah di akhir makan, banyaknya orang yang turut makan dan berasal dari sumber yang halal. "
3) Makan & minum menggunakan tangan kanan
Dari Jabir bin Abdillah ra, sabda Rasulullah SAW ,"Janganlah kalian makan dengan tangan kiri kerana syaitan itu juga makan dengan tangan kiri." (HR Muslim)
Dari Umar ra, Rasulullah SAW bersabda, "Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, maka dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan tangan kiri." (HR Muslim)
4) Makan dengan menggunakan 3 Jari tangan kanan
Di antara petunjuk Nabi SAW adalah makan dengan menggunakan 3 jari dan menjilat jari2 tersebut sesudah makan.
Dari Ka'ab bin Malik dari bapanya beliau mengatakan, " Rasulullah SAW itu makan dengan menggunakan 3 jari dan menjilat jari2 tersebut sebelum dibersihkan." (HR Muslim)
Berkenaan dengan hadis ini Ibnu Utsaimin mengatakan, " Dianjurkan untuk makan dengan 3 jari, iaitu jari tengah, telunjuk dan ibu jari, kerana hal tersebut menunjukkan tidak rakus dan ketawadhu'an. Akan tetapi hal ini berlaku untuk makanan yang boleh dimakan dengan menggunakan 3 jari. Adapun makanan yang tidak boleh makan dengan 3 jari, maka dibolehkan lebih daripada 3 jari tersebut. Misalnya nasi. Namun, makanan yang boleh dimakan dengan 3 jari, maka hendaknya dengan 3 jari kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW." (Syarah Riyadhussolihiin Juz VII hal 243)
Adapun banyak lagi adab-adab ketika makan yang telah kita pelajari dan ketahui seperti kurangkan bercakap ketika makan, tidak merungut mengenai makanan, kedudukan ketika makan dan macam2 lagi..
Apa yangpenting adalah, tahu, faham, amal, sebar...=)
Mencari yang sunnah itulah yang diberkati..
0 pandangan:
Post a Comment