Saturday, November 20, 2010

Selagi diri berharga

Manusia sememangnya perlukan perhatian dan penghargaan.Inilah bekalan rasa yang diberikan oleh Dia Yang Maha Esa dalam naluri setiap manusia.

Perlunya jiwa manusia kepada perhatian dan penghargaan bolehlah diumpamakan perlunya jasad kepada makanan.

Namun, realitinya dalam hidup ini ia tidak begitu.kita berada dalam belantara kehidupan yang dihuni oleh manusia

–manusia yang bersikap sebaliknya.

Penghargaan dan perhatian yang diharapkan tak semudah itu akan diperolehi.Sememangnya manusia punyai sikap yang payah untuk menghargai orang lain.Untuk berterima kasih kepada orang yang berjasa kepadanya pun kadang-kadang payah dilakukan.

“Jika mengharap terima kasih manusia maka menghunilah diplanet lain.”

Ini yang diungkapkan oleh Dale Carnegie.

Benar! Planet bumi ini didominasi oleh manusia yang sememangnya tidak reti untuk bersyukur.

Justeru, jika kita tidak dihargai dalam hidup ini, ingatlah ia bukan bencana yang terbesar.ia bukan petaka yang menenggelamkan kita ke lubuk kekecewaan dan penyeksaan.

Namun, ingatlah! Bencana yang sebenarnya ialah apabila kita tidak berharga lagi.Siang dan malam yang dilalui adalah pergiliran masa yang tidak membawa erti apa-apa.Sesungguhnya inilah petaka yang sebenarnya yang perlu diawasi dan dihindari.

Berikut adalah faktor yang menjadikan manusia berharga hidupnya.Dengan memilikinya maka bernilailah keberadaannya di atas muka bumi ini.Tanpanya bererti tidak bermaknalah anugerah nafas dan usia buat dirinya.

Ilmu

Asas kecemerlangan dan kejayaan adalah ilmu.Pakej kecemerlangan dunia dan akhirat didasari oleh kecemerlangan ilmu.

Ingatlah! Mati jasad kerana tiada roh, mati roh kerana tiada ilmu. Ertinya manusia tanpa ilmu hakikatnya telah mati sebenarnya.

Imam syafie menyarankan supaya disolatkan kepada orang begini dengan solat empat kali takbir.Solat jenazah!

Iman

Iman adalah mutiara.Bahkan lebih berharga daripada segala perhiasan dan harta didunia.Dengan imanlah yang akan memandu manusia kearah jalan kebaikan.

Bahkan dengan imanlah yang akan menyelamatkan manusia di akhirat.

Tanpa iman, manusia akan melalui kehidupan ini bagai haiwan yang falsafah hidupnya semata-mata untuk memenuhi tuntutan perut dan syahwatnya semata-mata.

Akhlak mulia

Akhlak umpama bunga yang cantik.manusia akan tertawan hatinya kepada orang yang berakhlak mulia.

Bahkan nilaian Allah terhadap hambaNya juga pada penanda aras akhlak yang mulia.Syurga yang tersangat indah adalah disediakan untuk manusia yang pekertinya baik.

Sesungguhnya tanpa akhlak, hidup didunia ini akan penuh dengan kekejaman,dendam kesumat, pergaduhan,peperangan dan seluruh koleksi yang bermaksud kebinasaan dan kehancuran.

Harta

“Mulianya didunia dengan harta, mulianya diakhirat dengan amal soleh.”

Ini ungkapan Saidina Umar Al-Khattab.

Memang benar kata-kata tersebut.

Dengan harta manusia dipandang mulia.Ada sebuah syair arab yang bermaksud

“Aku lihat semua orang pergi pada orang yang ada emas dan orang yang tidak ada emas semua orang akan lari meninggalkannya.”

Justeru, milikilah harta kerana ia adalah saranan dalam agama.

Cuma jangan tersasar niat dan matlamat.Jangan tersalah dalam menggunakannya.Jadikanlah harta sebagai pelaburan terbaik untuk dividen akhirat kelak.

Dengan harta manusia akan dipandang orang.Dengan sifat dermawan daripada orang yang berharta akan dimuliakan pula oleh Allah.

Demikianlah empat perkara yang paling yang mesti dimiliki.

Dengannya akan berhargalah diri kita dalam kehidupan ini.

Sungguh! jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi.

*sekadar perkongsian.dipetik dari tulisan:

-Ustaz Rujhan Mohamed Razali.Perunding motivasi.Kiffah motivation & Training-

--mungkin boleh juga dikongsi bersama filem ni.---

ada mesej yang pengarah filem ni nak sampaikan.

cuma bergantung pada pemahaman tiap orang.mungkin berbeza.

(cerita lama, cuma saya perlukan sedikit analisis,jika dapat dikongsi)

youtube

3 pandangan:

tajnur said...

Assalamualaikum
Saya tertarik dgn en3 `selagi dir berharga` nukilan Ustaz Rujhan. Biarlah saya kongsikan sedikit perbincangan ini. Mmg benar salah satunya yg menyumbangkan kita adalah harta. Tanpa harta, byk perkara tidak dpt dilakukan seperti yg terdapat dlm Surah AlFath:20 وَعَدَكُمُ ٱللَّهُ مَغَانِمَ ڪَثِيرَةً۬ تَأۡخُذُونَہَا فَعَجَّلَ لَكُمۡ هَـٰذِهِۦ وَكَفَّ أَيۡدِىَ ٱلنَّاسِ عَنكُمۡ Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang dapat kamu ambil, maka disegerakan-Nya harta rampasan ini untukmu [3] dan Dia menahan tangan manusia dari [membinasakan]mu [agar kamu mensyukuri-Nya]
Apabila Rasulullah saw berhirah ke Madinah, dgn harta dan wang yg ada telah mengadakan Sistem hak milik awam, sistem hak milik kerajaan dan sistem hak milik persendirian selama 10 tahun lamanya barulah lengkapnya Daulah Islamiah. Tanpa wang, kekufuran dan kepincangan akan berlaku dan Allah SWT menggelarkan mereka sebagai pendusta agama spt terdapat dlm Surah ALMaun:1-3 أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣)Tahukah kamu [orang] yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang menghardik anak yatim, (2) dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Wallahualam

Emerald said...

perkongsian yg baik.thanx. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::