28 Disember 08 telah mengubah sejarah hidup sebagai junior. Kini kitalah senior yang bakal menjadi tauladan buat adik-adik gen10 yang baru melangkahkan kaki. Pelbagai rasa di hati ini yang tak dapat nak di erti.
Iyelah, bila dah jadi senior mestila jadi tempat rjukan. Biarpun ada ramai lagi kakak-kakak atas, tapi selalunya pelajar sijil ni lebih rapat dengan pelajar sijil jugak. Dengan thaqafahnya yang menghampiri paras bahaya. Macam manalah nak jadi teladan. Tapi, bukan hendak dikata, batch adik-adik kali ini lebih mantap dari kita. So, kepada adik-adik, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk menjadi generasi IQRaC yang terhebat dalam sejarah DQ.
Minggu Haluan Siswa ni la yang bakal memberi persepsi pertama kepada generasi baru yang masih belum mengerti erti kehidupan di sini. Sehabisnya Haluan Siswa terus ke Mafatih. Kalau kita dulu ada juga berhenti seminggu. Takla terkejut terus. Tapi apa pun semua untuk tarbiyah. Teringat kata-kata kak fesi kumpulan ana semasa ribat dulu "bersedia untuk ditarbiyah". So, kalau kita fikir semua adalah tarbiyah untuk mendidik diri kita, kita akan dapat menerima apa yang diberi dengan tenang dan rela.
Kalau disebut tentang tarbiyah ni, ada yang bermacam-macam pendapat. Kadang-kadang sampai bertelagah. Tapi, jika kita fikir-fikir dan renung-renung semula sebenarnya uslub tarbiyah ni memang ada pelbagai dan kita tidak boleh menolak sebahagian dan menerima sebahagian. Kesemua uslub adalah penting. Contoh uslub yang digunakan semasa mafatih 09/10 ataupun bagi kita ribat 08/09, dengan cara ini dapat mengetuk hati-hati yang keras serta menjadi satu pelonjak anjakan paradigma dalam diri untuk merubah kepada seseorang yang lebih mantap pada masa akan datang.
Jadi, tidak kira bagaimana caranya andai kita meletakkan diri kita untuk menerima tarbiyah insyaAllah kita akan dapat melalui semuanya dengan mudah. Jadi, marilah kita sama-sama fikir-fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk Ynag penting boleh membawa kebaikan kepada Islam itu sendiri.
0 pandangan:
Post a Comment