Mukhlisoh minni : Srikandi Haraki
Hatiku terpanggil untuk memberikan khidmat terakhir dalam blog kelab tersayang sebelum meneruskan perjuangan di tempat lain. Entah masuk atau tak isi-isi Tafsir Fii Zilaalil Quran yang kubaca selepas Maghrib tadi kerana DQ dan kenangan tiba-tiba menghiasi lembaran-lembaran tafsir tersebut. Kuatnya aura DQ. Isk…isk…isk…
Ehem!!! Tu ‘commercial break’ je!!! Tapi apa yang inginku kongsikan bersama pembaca blog ini ialah mengenai satu kalimah yang tak pendek dan tak panjang, tapi sedan-sedan je – RAMA-RAMA. Rama-rama ??? Ya, rama-rama.. Rama-rama berbeza dengan kupu-kupu. Rama-rama rupanya cantik, menarik, tertarik dan da boom!!! Mata yang memandangnya pasti teruja dengan makhluk ciptaan Allah SWT ini dan ingin menangkapnya. Dipegang dan ditilik corak pada badan rama-rama tersebut. Akhirnya, hilanglah sedikit demi sedikit warna yang menghiasi corak badannya pada jari-jemari si pemegangnya. Rama-rama tersebut dilepaskan, terbanglah ia bebas di udara, namun tiada siapa yang ingin memegangnya lagi seperti dulu, sewaktu dia mula-mula menjadi rama-rama yang cantik. Kesiannya kat rama-rama. Takde sape dah yang nak kat dia. Nilainya sudah hilang hanya kerana sentuhan pada corak badannya.. Tapi, rama-rama tersebut tak bunuh diri. Dia berjuang ber’uzlah’ mencari kekuatan dan bina hidup baru. Dia menjadikan segala yang telah berlaku pada dirinya sebagai pengajaran buatnya. Dia yakin perubahan bakal berlaku dalam hidupnya selepas ini. Ya, satu transformasi bakal berlaku padaku! Em, begitulah hikayat seekor rama-rama yang indah pada mulanya, akhirnya keindahannya hanya tinggal kenangan untuk selama-lamanya..
“Cahya, pernoh dop pikir nok jadi budok puang yang lagu mane besor kekgi?”, Syakirah bertanya padaku.
“Eh, mestilaa.. Ana nok jadi wanita solehah, muslimah sejati, zaujah berimang, macang tokoh-tokoh dulu. Bukang macang sekarang! Sakit pale bile mikir mula. Bla..bla..bla...”
Kenapa tiba-tiba ada dialog ni?? Tadi pasal rama-rama, ni pulak pasal wanita!! Apa ni??? Nilah apa yang ana nak bincang dan taukidkan sebenarnya. Rama-rama dan wanita. Satu frasa yang cukup sinonim. Rama-rama cantik, begitu juga wanita. Wanita cantik bahkan digelar perhiasan dunia dan penyeri dunia lagi. Mata-mata yang memandang wanita pasti tertarik dengannya walaupun ada wanita yang hitam legam kulitnya, senget hidungnya, sipit matanya, besar saiz badannya dan seumpama dengannya. Wanita yang berkulit cerah, gebu pipinya, berlesung pipit, bertahi lalat di bawah bibirnya, ikal mayang rambutnya sudah pasti lagi menggiurkan jejaka-jejaka apatah lagi wanita yang terasa dirinya banyak kekurangan pun masih ada lelaki yang ingin padanya. Namun, kecantikan yang macam mana diukur oleh wanita pada zaman sekarang sehingga sanggup menggadaikan maruah, kononnya demi kekasih yang tercinta, membeli alat-alat kosmetik yang mahal dan membuat rawatan kecantikan sehingga melanggar syariat dan batasan hukum?? Alangkah sempitnya aqal wanita yang tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kerana kecantikan yang menguasai diri, agama ditinggalkan dan diletakkan di belakang. Kerana kecantikan, auratnya didedahkan di sana sini, menutup aurat tapi bertelanjang, berkepit dengan jantan. Yelaa, kan cantik. Maka, keterlanjuran berlaku. Rela tubuhnya dijamahi oleh lelaki yang bernafsu binatang padahal segalanya bermula daripada dirinya sendiri. Tiada sifat malu. Setelah terlanjur, barulah nak menyesal. Menyalahkan orang itu dan ini. Akhirnya, hidup merana dan menyesal seumur hidup. Harga pada diri wanita tersebut tidak lagi mahal. Macam rama-rama tadi, keindahannya sudah hilang hanya kerana sentuhan pada badannya. Kalau wanita tersebut tidak kuat, sudah pasti perkara di luar dugaan akan dilakukannya. Sebagai contoh, bunuh diri, buang ‘anak’ malah ada juga yang menjadi lebih teruk. Nasi sudah menjadi bubur. Nilai rama-rama terletak pada warna dan corak badannya tetapi harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi suaminya nanti. Takde dah istilah ‘wanita solehah’ tapi ‘hantu solehah’.
Sabda Rasulullah SAW, “Seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan-syaitan akan memandangnya.”- hadis riwayat Tirmidzi.
Dalam surah Al-Ahzaab, ayat 59 pula yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah, Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Begitu indah dan beruntungnya wanita sehingga dalam al-Quran dan hadis pun diceritakan tentangnya, amaran serta nasihat agar melindungi dirinya sendiri. Wahyu-wahyu diturunkan kepada kita sebagai bekalan dalam mengharungi onak duri dalam hidup yang amat mencabar iman ini. Kenapa sampai macam tu sekali? Yelaa, semua yang ada pada wanita kan boleh bawak fitnah. Senyumannya, lirikan matanya, titisan air matanya dan kelunakan suaranya serta seluruh yang terdapat pada dirinya membawa kepada fitnah. Sebab tulah, wanita ‘keno jago sngorti diri dio ni. Doh comey, nok kato guano lagi?’.
Duhai insan yang bergelar wanita,
Kecantikan itu tidak terletak pada rupa-parasmu tetapi akhlakmu yang murni. Kalau dinilai pada wajah, suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman juga. Akan tetapi, kalau memiliki akhlak yang mulia, ia akan kekal sampai kita mati bahkan dikenang-kenang lagi kerana akhlak tidak berusia. Justeru, hiasilah peribadimu dengan akhlak-akhlak yang sopan yang telah diajar oleh Baginda SAW. Peliharalah maruahmu dengan sebaiknya. Tutupilah tubuhmu dengan pakaian yang menutup aurat dan tidak bertelanjang. Contohilah keperibadian yang telah ditonjolkan oleh srikandi-srikandi Islam pada zaman Rasulullah SAW terdahulu - Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah, Saidatina ‘Aisyah dan seumpama dengannya. Cari dan ambilllah ‘role model’ yang benar-benar dapat membantumu berhijrah ke arah kebaikan bukan semakin mendekatkan dirimu dengan kemurkaanNya. Kamu kan dikurniakan aqal. Gunakanlahnya sebaik mungkin. Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah mengangkat martabat kita sebagai golongan wanita suatu masa dahulu. Apakah kita sudah lupa pengorbanan Baginda SAW ketika wanita diseksa dengan kejam, dijadikan bahan memuaskan nafsu lelaki dan ditanam hidup-hidup??? Sanggupkah kita mem’punah’kan pengorbanan Baginda SAW itu??? Atau ingin kembali kepada zaman tersebut??? Peliharalah kehormatan diri. Tak sayang ke kat maruah kita??? Kehormatan kita bukan untuk digadai begitu sahaja. Didik dan tarbiyahkanlah diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat agar dirimu sentiasa bersedia mendepani sebarang mehnah dan tribulasi dunia ni di samping mendekatkan dirimu kepada Sang Pencipta. Fikirlah…
Muhasabah diri, hiasi peribadi. Terciptanya kita di dunia ini bukan sekadar penyeri dunia bahkan sebagai pembawa imej agama Islam. Jangan kerana teruknya kita sehingga mencemarkan kesucian agama yang telah diturunkan Allah SWT. Cukuplah masalah-masalah yang sedang melanda Islam ini, jangan ditambah lagi. Berusahalah menjadi wanita harapan Rasulullah SAW, wanita yang benar-benar solehah, muslimah sejati, zaujah beriman, srikandi Islam yang kuat jihadnya dalam mempertahankan kesucian agama dan tabah menghadapi segala ujian. Berusahalah menjadi wanita yang dapat memberi sumbangan kepada agama Islam dan berperanan kepada ummah. Siapa sangka ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’!!! Menjadi wanita yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara insya-Allah akan mendapat ganjaran dariNya tetapi kalau menjadi wanita perosak, bala dan dosa yang kita dapat. So, nak yang mana???
Bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai perempuan, wanita, muslimah, gadis, banat etc. Wanita amat banyak kelebihannya. Menjadi wanita yang benar-benar solehah adalah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh, lebih baik daripada 70 orang wali dan juga 70 orang lelaki soleh. Jadilah wanita yang anggun, yang pandai menjaga maruah diri, santun akhlaknya, positif pemikirannya, berpandangan jauh, berkeyakinan tinggi, lembut tapi tegas, pergaulannya terjaga, malu menjadi pengikat diri dan kuat pegangan agamanya. Be professional!!! Jangan berbangga dengan kecantikan yang dimiliki. Jangan juga bersedih jika dilahirkan kurang cantik. Cantik bukan terletak pada luaran tetapi dalaman. Usah berduka cita dengan kekurangan diri kerana masih ada lagi insan yang lebih malang daripada kita..
Oh muslimah!!!
You are a symbol of true Islam,
You represent muslims from near and far,
You are a sign For the world to read,
You symbolize what our nation really needs,
Peace, Kindness, Inner Strength, and Faith…
Seindah hiasan adalah wanita solehah. Jangan dirisau atau dikhuatiri akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana dan kuat hubungannya dengan Allah SWT tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya. Seeloknya, tampallah dirimu yang masih kurang dengan iman dan taqwa serta ibadah kepada Allah SWT. Tidak salah untuk kita memperbaiki diri kearah yang lebih baik.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzaab, ayat 71 : “ Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan rasulNya, maka ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Dan yakinlah dengan janjiNya dalam surah an-Nuur, ayat 26 : “ Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan–perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).
Kegagahan seorang perempuan berdiri di atas keteguhan iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna seorang perempuan.. Bersyukurlah atas apa yang ada. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, dan jadilah wanita yang membanggakan semua orang. Jadilah seorang wanita/isteri yang membantu membajai perjuangan Islam yang didokong oleh lelaki/suami, akan tetapi janganlah menjadi seorang wanita/isteri yang membantutkan perjuangan Islam. Wa na’uzubillah.
“PROUD TO BE A GOOD MUSLIMAH!!!”
0 pandangan:
Post a Comment