Al- Miqdad bin Aswad dalam ingin menghadapi perang Badar berdiri mewakili Muhajirin dan berkata " Ya Rasulullah, teruskan dengan apa yang Allah perintahkan kepadamu.Demi Allah, kami tidak akan berkata padamu seperti bani Israel berkata pada nabi Musa " Pergilah kamu dan Tuhan kamu, kami duduk dan melihat sahaja." Sebaliknya kami akan berjuang dari arah kananmu, kirimu, di hadapanmu dan di belakangmu ".....
“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”. Menjadi wanita atau muslimah solehah dan sejati amat susah. Amat beruntung bagi mereka yang mendapat ‘title’ tersebut lebih-lebih lagi sebagai wanita muslimah sebab ‘muslimah’ adalah wanita yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah rasul-Nya. Tidak dapat disangkal lagi Rasulullah SAW sebagai manusia pilihan dan penghulu sekelian alam sangat peduli terhadap wanita atau muslimah.
Baginda SAW amat menyayangi muslimah sehingga pernah berpesan dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, “ Tidaklah seorang muslim yang mempunyai dua orang anak perempuan, kemudian dia berbuat baik dalam berhubungan dengan kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam syurga.” Sayang dan kasihnya Rasulullah SAW terhadap kaum Hawa tidak terkira. Beruntungnya bagi mereka yang bergelar perhiasan dunia ini.
Namun, dalam melayari bahtera kehidupan ini, Islam telah mencipta sejarah. Lahirnya ramai pejuang Islam yang bangun menegakkan syiar Islam, bukan sahaja para mujahid bahkan mujahidah turut serta mengerah segala tenaga dan jiwa ke kancah perjuangan. Sebagai contoh Wafa’ binti Idris, Ayat al-Akhras, Dareen Abu Aysheh atau mujahidah-mujahidah terdahulu yang terdapat pada zaman Rasulullah SAW. Inilah dia ‘Bidadari Besi’ ataupun boleh diterjemahkan dengan ‘Iron Woman’ atau ‘Hadidul Mar-ah’. Apakah maksud di sebalik perkataan tersebut???
Apakah anda pernah terfikir ingin menjadi ‘bidadari besi’ sehebat Zainab al-Ghazali? Atau srikandi ulung seperti Nusaibah yang bertempur bersama Rasulullah SAW dalam Perang Uhud? Atau mujahidah seberani Khaulah al-Azwar yang bertindak seperti singa kelaparan membunuh musuh-musuh Islam di medan perang? Atau hanya ingin meraih nama ‘bidadari besi’ tetapi langsung tidak melibatkan diri dalam gerakan Islam dalam mempertahankan maruah agama ini?
Sejarah Jamaah Muslimat yang dipelopori oleh ‘bidadari besi’ sekental dan setabah Zainab al-Ghazali membuktikan bahawa wanita / muslimah mesti terlibat dalam gerakan Islam. Islam dijadikan sebagai dasar dan matlamat kehidupan. Hak-hak wanita dipertahankan sesungguh - sungguhnya. Tidak cukup dengan itu, srikandi ini juga berharap agar dapat melahirkan muslimat sebaris dengan kaum muslimin dalam mempertahankan dan memperjuangkan Islam. Srikandi Zainab al-Ghazali telah membawa ‘anjakan paradigma’ dalam institusi dakwah kerana telah berjaya menyemai roh perjuangan yang hebat ke dalam diri setiap ahli Jamaah Muslimat agar berani mara ke hadapan menjadi pembela agama Allah SWT walaupun perkembangan gerakan ini sentiasa dikecam hebat oleh pemerintah Mesir yang berhati ‘anjing’.
‘Bidadari besi’, muslimah aktif. ‘Bidadari besi’, wanita kuat, tabah dan bersemangat. ‘Bidadari besi’ rindukan syahid, jihad adalah segala-galanya. ‘Bidadari besi’ bermotivasi tinggi. ‘Bidadari besi’ sentiasa melakukan perubahan ke dalam dirinya. ‘Bidadari besi’ memiliki aura yang amat kuat dalam mempengaruhi masyarakat di sekelilingnya. Hakikatnya, ‘bidadari besi’ ini amat hebat kerana dasar al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan hidupnya. Perjuangan dalam menegakkan tiang agama sentiasa tidak diabaikan. Dia sentiasa bergerak aktif dalam melaksanakan nilai-nilai Islam serta berupaya mempengaruhi dan mengajak wanita-wanita lain untuk beramal Islami walaupun hal ehwal lain-rumah tangga, kerjaya juga memerlukan perhatiannya termasuk dirinya sendiri.
‘Bidadari besi’ sangat diperlukan sekarang. Amat diperlukan oleh para pejuang Islam di medan jihad sebagai ‘sayap kiri’ mereka dalam menegakkan syariat Islam yang semakin dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. ‘Bidadari besi’ itu adalah seorang wanita / muslimah yang sanggup menginfakkan dirinya dalam gerakan Islam ini demi agama yang tercinta. Walaupun hanya bertindak sebagai ‘sayap kiri’ di medan perjuangan, namun peranan dan pengaruhnya amat besar dalam masyarakat bahkan kewujudan mereka sudah ada semenjak zaman Rasulullah SAW. Sebagai contoh, puteri Saidina Abu Bakar r.a sentiasa berulang-alik membawa bekalan makanan dan khabar berita mengenai pergerakan orang Quraisy kepadanya dan juga Nabi SAW sewaktu penyembunyian mereka di Gua Tsur. Jika dilihat, apalah sangat peranan Saidatina ‘Aisyah r.a dalam hijraturrasul ini, namun jika difikirkan balik, ia memberikan impak yang besar kepada kelancaran penghijrahan Nabi SAW dan juga penyebaran Islam secara syumul.
Ustaz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon telah menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."
Go, go ‘bidadari besi’!!! Go, go muslimat!!! Dunia sedang tenat!!! Tenat dengan masalah-masalah yang melanda!!! Agamamu diperkosa!!! Ayuh bangun berdiri bersama kaum muslimin!!! Khidmatmu amat diperlukan demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Dirimu yang dianggap sebagai ‘sayap kiri’ perjuangan bagi kaum muslimin merupakan suatu sayap yang amat penting posisinya. Takkan terbang megah burung di udara tanpa mempunyai sepasang sayap yang sempurna dan kuat. Walaupun ‘statement’ tersebut dianggap sebagai analogi namun ia dapat diterima aqal.
Allah SWT juga telah menegaskan di dalam taujihat Quraani-Nya yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." At-Taubah : 71
Memetik pula kata-kata gramatis daripada Mustafa Masyhur sebagai penyuntik semangat wanita-wanita muslimah sekalian :
“Wahai saudariku yang Muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyahkan generasi-generasi, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak mereka dengan peperangan-peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka satu surah dari Al-Quran.
Begitu juga seorang al-ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Dia menggesa suaminya supaya berjihad, bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya. Dia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. Pada masa dulu, seorang wanita Muslimah itu memainkan peranan di medan jihad sebagai pemberi minum tentera-tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadangkala mereka turut menghunuskan senjata seperti yang telah dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud”
SO MUSLIMAH…….
Work for Islamic pride…
Takbir!!!
Mukhlisoh minni,
Srikandi haraki
0 pandangan:
Post a Comment