Sunday, April 12, 2009

MALULAH SEPERTI SEMALU...



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,Fatimah r.a terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah r.a mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah r.a terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :

Pertama,

Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua,

Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga,

Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali,

Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Semoga kita dapat menjadi muslimah yang hidup dalam kesedaran dan sentiasa rindukan tarbiyah agar diri sentiasa terjaga. Ameen, insya-Allah.


mukhlisoh minni : srikandi haraki

1 pandangan:

uda asilah said...

banyak 'ibar n hikmah yg akan diperoleh sekiranya kita melihat n menilai sst dengan mata hati...sekadar cedok kata2 Sheikh Sa'id Hawwa dalam buku Ma'rifatullah sewaktu membincangkan cara2 mendapat Ma'rifatullah, ialah konsep sinergi pemikiran n zikir berdasarkan surah Ali- Imran: 190-191..Wallahua'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::