Saturday, August 1, 2009

Lesson from my LOVER.........

[Hanyalah rekaan semata-mata. Takde kena mengena dengan yang telah mati]

.......
Aku termenung sejenak. Sungguh sukar untukku membuat keputusan. Walaupun aku sudah tahu akan aulawiyatnya, tapi amat sukar untukku melawan kehendak hati. Hmm...
Setelah hampir beberapa minit menatap wajahnya yang sungguh-sungguh mengharapkan aku supaya bersamanya petang ini, aku menggagahkan hati.

Berlari-lari anak aku menuju ke bas UIA berdekatan dengan padang. Hush, jauh jugak dari mahallah aku. Dengan tujuan untuk mengirimkan salinan kad pengenalan dan duit. Tapi surat tak buat la pulak. Yela, keputusan untuk tidak pergi baru dibuat beberapa minit lepas dan jam pula sudah menunjukkan angka 12.30. Setelah mengirimkan barang-barang yang perlu kepada sahabatku di luar bas, aku terus melangkah pulang ke mahallah dengan hati yang penuh sayu. Hmm..tapi xpela, "wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin". InsyaAllah ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Lagipun, aulawiyatku di sini. [Ke ada yang ingat aku ke PC Fair??hehe]

----------------------------------------------------------------------
Sesampai aku di bilik, aku tersenyum melihat dia. Sudah penat menungguku mungkin. Maaf ye lambat, bukanku sengaja. Selepas mengisi perut, aku pun terus melaksanakan tugasku. Banner..due date; hari ini. Huh, bukan senang tu.
(Sebenarnya ni bukan cerita utama yang nak diceritakan...)

---------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak kerja ku ini. Nak pengsan rasa. Dadaku sudah mula sesak. Kurang rehat gamaknya. Dah beberapa malam tidur tak menentu (bukan soalannya,dah tak pandai manage masa sapa suruh). Jam sudah hampir 5 petang. Namun, ini bukanlah pengakhirnya..
"Mun, malam kite sambung lagi kul dua belas ea. Malam ni kite turun bilik awak lagi. Buat buletin pulak."

Huh, aku hanya tersenyum. Tapi, takpe. Aku tahu, ini juga merupakan salah satu metod yang berkesan untuk menyampaikan dakwah. Mungkin bidangku berbeza tapi matlamat sama.
(Masih bukan cerita yang ingin diceritakan...)

--------------------------------------------------------------------
Jam 4.50 petang. Kedua-dua rumetku baru pulang dari jalan-jalan. OU tue... Kami bertiga bersiap untuk berjemaah Asar bersama. Sedang berdiri (qiyam), tiba-tiba rakanku berkata,
"Wei, rasa tak sedap la wei." -B
"Kau ni kenape? Ape masalah kau?" -C
"Tahla, tapi aku rase xselesa la solat kat sini" -B
"Aik, kenapa? So?" -Aku
"Jom kita solat kat surau la ea.." -B
"Tapi dah pukul 5 dah la. Dah xde orang dah." -Aku
"A'a..tak pe la..Kita jemaah 3 je. Tapi kat surau."
"Oke.." -C + Aku


Selepas solat, aku termenung sebentar. Memikirkan insiden sebentar tadi yang benar-benar menyentuh hariku. Walaupun rakanku itu baru pulang dari bandar dan jam juga sudah menunjukkan pukul 5 petang (maksudnya dah xde jemaah dah kat surau), tapi dia tetap nak solat kat surau. Aku rasa malu sendiri. Sedangkan sepatutnya aku yang menjadi contoh. Yelah, kalau nak diikutkan dua-dua orang rumetku itu keduanya bukan berlatarbelakngkan sekolah agama. Hanya sekolah harian biasa.

Rasa nak menitik air mataku. Ya Allah, terima kasih ya Allah. Engkau telah menegurku dengan cara yang paling halus sekali. Engkau masih sayangkan hambaMu yang semakin hari semakin lalai kepadaMu. Hanya lidah yang lantang melonarkan kata-kata nasihat, tapi hati dan anggota tidak menurut. Aku rasa hina di depanMu. Aku bersyukur ya Allah, mengurniakan kepadaku wasilah 2 orang rumetku ini yang bisa menegurku tika aku terleka.

Terus kepalaku ligat memutarkan ayat Allah yang menegur hambaNya :
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu tidak melakukan apa yang kamu katakan? Sunnguh besarlah kemurkaan Allah jika kamu mengatakan tapi tidak melakukan."
[As-Sof : 2-3]

Terus aku mula bermonolog sendirian. Aku teringatkan sahabiah-sahabiah banat gen9. Macam mana ya mereka..Kami ramai. Tapi skala vektornya macam mana? Kalau kami sendiri yang tidak memulakan bagaimana orang lain nak ikut.

Aku teringatkan cerita Sultan Muhammad Al-Fatih..tabarakallah..kagum.
Aku menilai diriku. Bagai langit dan bumi.

Kadang-kadang rasa teruk sangat diri ni. Banyak je azam yang dibuat. Tapi hanya beberapa je yang terlaksana. Banyak je janji-janji yang taknak buat, tapi separuh masih tidak ditinggalkan.

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu Oh Ya Allah,

Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...
Oh Tuhan

Oh Tuhan kuharapkan..
Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan
Kau terimalah taubatku..

0 pandangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::