Friday, September 25, 2009

salam syawal...

in the name of Allah,most graciuos and most merciful,please give us the success we saught in our final examination for semester 1.Please help us and shower us with your love and bestow us your truly guidance.ameen ya rabbal 'alameen....



regards~
cincin emas

Tuesday, September 22, 2009

Jamuan Raya GEN9

Assalamualaikum..

PENGUMUMAN...

Salam LEBARAN.. Buat semua gen9 insyaAllah pada

Jumaat malam (25/09/09) akan diadakan

Malam Raya GEN9. Agenda :

1)makan-makan

2)penyerahan GENUINE dan MUSLIM MANGA


Jadi, untuk lebih meriah semua dijemput hadir dan bawa kuih raya masing-masing.

Mana-mana pihak dan parents yang sudi dan berhajat untuk memberi sponsor untuk hidangan utama boleh kontek:

Nurul Aimi Shamsudin dan Norhani Nabilah Mohamad Shuhaimi.

*Semua gen9 xkire dimana jua dijemput hadir. tempat CFS IIUM. selepas Isyak.

Monday, September 21, 2009

::SALAM AIDILFITRI::


Aidilfitri...
Hari Kemenangan Melawan Hawa Nafsu
Di bulan Ramadhan...

Hari ini...
Aku malu menyambutnya...
Aku malu untuk bergembira...
Kerana hadiah Allah ini...
Untuk hambaNya yang kembali kepada fitrah...
Setelah berhempas pulas dengan godaan dunia dan hawa nafsu...

Aku tak layak menerima hadiah ini Ya Allah...
Kerana diriku masih dipenuhi dengan maksiat...
Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan pada diriku...
Hatiku,mataku,telingaku dan seluruh tubuhku dikotori dengan kemungkaran...

Ya Allah, muliakanlah diri kami dengan Islam...
Terimalah taubat kami...
Didiklah diri kami agar terus dekat pada Mu...

Mungkinkah keinsafan datang...
Selepas perginya Ramadhan...
Moga hubungan kita kekal selamanya...
bukan setakat di DQ sahaja...
Teman dunia dan akhirat...
Maaf atas sebarang kekhilafan...
Salam Lebaran...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

copyrighted@smsRozana+Mujahid

Friday, September 18, 2009

Nah! Ambik Kau

SCENE 1

Tempat kejadian : Visual Room Library level 2 CFS IIUM

Jam : sekitar 4.00pm - 6.00pm

Scene : BTQ class

Perkara : Pembentangan oleh grup budak lelaki



*note-atan bdk sek kbgsaan bese

minah exdq



Atan : Ok klas..haghi ni saya akan bentang tajuk tamadun Islam.

Tengok dah qetaih (handout) hat kami bagi ni?? Ha, baca la dulu..

Dalam qetaih ni ada beberapa kesalahan. Kalau sapa rasa dia tera dengan sekali

tengok pon mesti dah tau..kan..



Minah : Ish..manala kesalahannye ni..kalau aku xjumpe malu gak ni. Sebab tajuk ni basic je ni..

Tapi serius xjumpe. Nampak semua macam betul je.



Atan : Ok. Benarkan hambe stat ye. Bla...bla..bla...

Ha, cube seme tengok kat dalil ayat Al-Quran ni..



Semua pun tengok. Minah lagila tekun tengok. Aik..aisehmen..xde diletaknye la pulak surah and ayat bape. Tibe-tibe..



Atan : Ha, Minah..cuba ko cakap..ni surah ape and ayat bape..



Minah : (gulp..macam nak tecabut anak tekak..) err..erm..huh..



Atan : Nape? ko x ingat ke? Ha? Hmm.. ni surah al-a'raf ayat 126..

Berdasarkan ayat ni...bla..bla..bertepatan dengan hadis ni..bla..bla..betul x Minah?



Minah : Erk..(napela name aku aje asyik disebutnye. Manelah aku nak ingat seme..huh)



SCENE 2

Tempat : sama seperti di atas

Jam : sama

Scene : sama

Perkara : Pembentangan grup Minah



Kebetulan Minah orang last yang bentang. Selepas habis je bentang start lah sesi soal jawab. Maka berderu-derulah orang mengangkat tangan nak tanye. Soalan ditujukan kepada grup yang membentang secara umum. Mane2 ahli boleh jawab.Keadaan masih lagi terkawal. Sampailah..



Atan : Maaf. Aku nak tanye Minah. Soalan die camni. *Ape pendapat ko tentang filem-filem tempatan sekarang contoh cam Rempit..dan yang seangkatan dengannya. Kate je pengarah nye moge2 filem ni dapat didik anak2 Melayu jadi lebih baik. Ambik pengajaran. Tapi ape yang kite tengok budak2 Melayu makin pandai plak nak merempit. So??



Minah : (zzaass..huh..gulp!!) Erm..ni pade pandangan saye je la ye..filem2 camni agak kurang patut la. Memang la kite kate tujuan die nak bagi pengajaran. Tapi kesan yang kite lihat adalah sebaliknye. Pape yang kita buat kena pertimbangkan maslahah dan mafsadahnya. Kalau mafsadah lagi banyak so, dont. mengikut hukum *sadduzzarai'.



Atan : So, kalau macam tu, mufti2 patut mengharamkan terus je filem2 macam ni. Tak ke macam tu?????



Tak sempat agi si Minah nak menjawab, kelas terus bising dan kurang terkawal. Nampaknye ramai jugak yang kurang bersetuju. Ramai yang membangkang. Tanda tak puas hati. Ape ke kaitannye plak ngan nak haramkan. Pandai2 sendiri la nak buat ke tak. Lu pikir la baik ke tak. Jangan susah orang lain. Minah dah terketar-ketar..



Minah : (akhirnya memecahkan kebsingan. suasana sepi..) Em..memang la sepatutnya. Tapi kalau kita lihat kondisi kita sekarang macam mana. Takkanla kite ni nak gi cakap plak..hoi, filem ko tak patut. So, sebab tulah kite sedang study sekarang ni. Ambik bidang profesonal. So, besar2 nanti kite la yang perintah negara n boleh corak negara kite untuk jadi negara Islam..(rase cam nak pitam je..semua setuju nampak..alhamdulillah..aku pon xtahu ape yang aku cakapkan ni..ilham dari Allah..main kelua je)



Atan : So, cite2 hantu tu plak camne?



Terus semua jawab. La, pandai2 lah nak ikot ke xnak. yang penting keimanan. Kalau iman kuat kite xla takut nak g bilik air ke ape. Namun, Minah nampak muke Atan cm xpuas ati je.



Minah : Pendapat saye..situasinye same dengan di atas..



Atan mengangguk-angguk setuju. K, terima kasih Minah.



SCENE 3

[semua seperti di atas kecuali perkara : pembentangan kumpulan sape ntah]



Di akhir kelas. Bila tiba sesi soal jawab. Atan mengangkat tangan. Semua pembentang di hadapan dah mengerutkan dahi.



Atan : Boleh tak kali ini saye xnak kumpulan depan je jawab. Saya nak jadikan perbincangan so orang di bawah pun bleh jawab.



Minah terasa seperti Atan mengerling ke arahnye.



Atan : Kalau kita kaji, sekarang ni banyak unsur2 israiliyat. Jadi saya nak tanye lah. *Adakah penciptaan Hawa dari tulang rusuk nabi Adam adalah salah satu unsur israiliyat? Sebabnye kalau kita lihat xdok satu pong dalil2 yang menyebut tentang hal ini. Jadi, harap jelaskan.



Minah tertelan-telan air liur yang kering sebab ekon kuat sangat. Huh, agak mencabar punye soalan.



-----------------------------------------------------------

Jadi, kita sebagai femesnya org panggil dak2 dq..ape perasaan andai kite ditujah soalan2 sedemikian? Bersediakah kita dengan jawapannya? Ni baru sikit. Sekarang ni baru terasa amat rugi mengabaikan kemudahan maktabah kat dq dulu yang penuh dgn sumber2. Jangan lah kita hanya jadi seperti orang2 kebiasaan yang mengambil bidang profesional langsung wujud sekularisme dalam diri secara luar sedar.



Apakah matlamat huffaz teknokrat? Orang2 luar lah boleh dikatakan dahaga dengan pemberian dari orang2 agama walaupun secebis. Terlalu memandang tinggi. Kita jugak, setakat mana kita berusaha mendalami ilmu2 keagamaan dan mengaplikasikannya dalam lingkup ruang kehidupan seharian? Cukupkah sekadar apa yang kita ada? Malulah..malulah..ibn sina..trkenal dengan ilmuwan sains islam yang memang mahir dalam bidang perubatan. tapi bukan terhenti setakat itu shaja, beliau juga mahir dalam beberapa bidang agama yang lain.

Mungkinkah kita terlalu memandang remeh mengania hal ini? xka memalukan?

-----------------------------------------------------------------------
jom sama-sama kita selami balik...
*israiliyat-apakah disebaliknya?apakah jawapan kepada persoalan penciptaan hawa?
*filem2 sekarang-apakah hayatnya?resolusi?
*sadduzzarai'-bukak balik buku syariah..hukum2 usul fiqh y xdspkti

Wednesday, September 16, 2009

Pakat-pakat lani GILA...

Pakat-pakat lani GILA..BLOG.

Tak percaya??
Jom survey...

Lani kalau tengok..dah makin ramai yang ada blog sendiri. Kalau difokuskan kepada budak gen9 sendiri pun dah makin bertambah. Antaranya miss are-da kita..miss pqah..hehe..banin pun dah makin ramai pakat buat blog..mr.fahmi...mr.azam..tah sesapa g tah..

Masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Cara yang tersendiri. Adress yang tersendiri. Tujuan yang tersendiri. Even my 14 year-old sis also have her own blog. Huh..budak-budak zaman sekarang. (boleh la kalau nak tengok.header yang dia design sendiri pakai photoshop. speaking english lagi tu. ada gak lukisan2 anime yang dlukis sendiri d uploadkan..hehe..ni dah lari topik ni).


K, kembali kepada topik asal. Apa ye, em..gila blog..

Kalau kita tengok, kita sendiri boleh buat klasifikasi..blog2 itu jenis yang macam mana. Contoh; blog IQRaC..blog rasmi..blog gen9..blog separa rasmi...blog banat gen9..blog..err..entah..

So, apa sebenarnya yang ada dengan blog ni? Kenapa mahu ada blog?

Saya amat positiv jika ditanya, salah satu jawapan selain dari mencari keredhaan Allah..

mesti sebagai SALAH SATU WASILAH DAKWAH..(kalau salah betulkan..)

Jadi, untuk berdakwah..memerlukan senjata yang cukup..dakwah juga boleh dikategorikan sebagai salah satu perjuangan. Jadi (note : x elok u mnggunakan kata hubung y sama berulang-ulang kali), apa kah anda ada membuat penelitian senjata yang bagaimana untuk dibawa? Bagi tukang masak senjatanya sudip dan belanga. Bagi tukang kebun sodok dan cangkul. Bagi blogger?? otak? ke ILMU?? skill?


Bagi saya..untuk mengahsilkan blog yang mencapai matlamat..

#perlu tengok kepada sapa sasaran yang kita target..
#selaraskan dengan gaya bahasa cara penyampaian yang ingin disampaikan..
#isi yang ingin diketengahkan..

mungkin nampak biasa. kerna menggunakan ayat2 y biasa.hm..jom kita selam sket lagi.

Apa rukun dakwah?
-Maudhu' (subjek/isi)
-Dai'e (blogger)
-Mad'u (sasaran)
-Uslub (method/gaya penyampaian)

So, keempat-empat rukun ni mestilah diaplikasikan sekaligus. Dalam konteks kita sekarang 'dakwah siber' la katakan...ye ke??

Setiap post yang kita nak letak..kita mesti tahu kenapa kita letak. Apa manfaat yang orang boleh dapat. Cntoh kita cerita tentang perjalanan kita keliling sogo or chowkit road..so,apa manfaat orang lain boleh dapat..

Kita pulak sebagai orang yang bertanggungjawab untuk setiap post mestilah mengambil kira tentang apa yang nak kita sampaikan. Mesti ada motif tertentu. Tidak kisah apa pun asalkan yang bermanfaat.

So, apa yang kita nak sampaikan mestilah kena pada sasarannya. Analogi, takkanlah kita nak menjual buku UPSR kepada pelajar STPM? Kena sesuai. Dan mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa. Kena pandai 'tackle' suasana dan bermain dengan kata-kata.

Dan yang paling menarik..metodologi kita menyampaikan. Kena lah sesuai dengan sasaran (mad'u) yang kita sasarkan berdasarkan objektif (maudhu') yang kita letakkan. Penggunaan bahasa, kata ganti nama dan sebagainya memainkan peranan.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik (yang engkau serukan itu dengan cara yang baik..)" AN-NAHL : 125

Bukan sahaja keilmuan tentang Islam yang menjadi tajuk dakwah, keilmuan dan kemampuan menyampaikan kepada manusia itulah yang dinamakan uslub dakwah yang dibicarakan oleh pengajian Fiqh Dakwah.

Ada 4 sumber uslub dakwah yang boleh kita ambil 'ibrah (teladan):
-Al-Quran
-As-Sunnah
-Sirah
-Pengalaman

--------------------------------------------

ana - nta

aku - kau

saya - awk

penggunaan bahasa...

sasaran...

suka / tidak suka / biasa...
human system...

(fikir-fikirkan..)

Jadi, sampai masa ini...apa yang telah kita sumbangkan dan apakah manfaat yang dapat diperoleh? apakah tujuan kita dan tercapaikah maksud yang ingin disampaiakan? sama-samalah kita fikirkan dan buat perubahan ke arah yang lebih baik. Kita sudah punya kemudahan..

Salam Juang




Sudah dua hari mereka pergi..






Buat sahabiah sekalian,bagi yang masih tidak tahu lagi,dua rakan kita,Ummu Habibah dan Siti Nur Hidayah telah pun berangkat ke Mesir pada hari Isnin (140909) jam 1130 waktu Malaysia. hehe..




Under Quran Medic. Dua-dua ambik medic. Bakal doktor yang hafizah insyaAllah..


Sedih jugak la..tapi pape pon...selamat buat keduanya. Selamat menempuh alam baru di tempat baru dengan matlamat yang sama.




Kami di sini sentiasa mendoakan angah dan alang.




#Nordalila Ghazali juga akan fly pada 24hb Sept. ni jam 3.00 pagi.


-Kepada sesape yang nak g antar dialu-alukan. Dalila insyaAllah akan berada di KLIA jam 5.00ptg 23hb Sept. (Rabu).

Sunday, September 6, 2009

Warkah buat Air Batu Campor....

Hari orientasi..

Menggeletar kot..nak kena cakap kat depan la plak. mana la aku reti. hampeh tol..ceh! habis je sesi kali ini, semua peserta mendapat feedback dari peserta sendiri tentang persembahan yang telah dilakukan. aku membelek satu persatu kertas ditanganku..fuh..plek2 jugak penilaian dyorang ni..ada gak yang kata aku ni poyo..adeyh~

sesi malam..semua peserta dikejutkan secara tiba-tiba.jam 2 pagi kot kalau tak silap. tiba-tiba namaku dipanggil bersama beberapa orang rakanku. aku terkejut..laa..takkan la nak torture orang malam-malan buta cam ni..ni yang menyampah ni..tapi..erk..sangkaan ku jauh meleset sekali. rupa-rupanya kami-kami yang tetiba terpanggil menjadi model kat depan adalah disebabkan tak de sorang pun yang menulis nama kami sebagai best friend dalam borang pendaftaran. huhu.....nak nagis rase..bukan nak...memang nangis pon..

namun, selepas minggu orientasi ni, kami semua yang menjadi peserta memang dah menjadi amat rapat..dah jadi satu geng dah pon..

setelah setahun berlalau----------------------------------------------

akhirnya kami semua bakal melangkahkan kaki ke alam pengajian yang lebih mencabar. mungkin grup kami takkan serapat dulu. yela..full dengan assignment lagi..dan macam-macam lah..kelas pun dah tak sama. nak jumpa memang susah gle la cakap. walaupon camtu, aku tetap harap yang persahabatan kitorang akan tetap seperti dulu.

ditakdirkan aku ada sedikit masalah sebelum kemasukan ku ke kampus. semua ahli geng aku dah masuk dulu. so, hari fes aku sampai salah sorang datang sambut aku..huhu..bes kot dapat jumpe balik..

tapi selepas beberapa minggu kat sini..aku rasa lain..aku dah rasa tak berapa seronok. aku rasa jauh dari geng-geng aku. sedangkan dulu kami memang rapat gle ah..sama-sama lompat pagar..pekena pak guard..lari senyap-senyap..tapi sekarang..entahla..

ada je beberapa orang geng aku yang sekelas skali.tapi aku rasa amat jauh dengan diorang. entahlah..kami bercakap pon tak even sekelas..aku plek..KENAPA???!!!!! apa salah aku? tapi xpala..disebabkan aku sayang diorang so aku buat derk je..mungkin dah xde pape nak cakap kot..walaupun hatiku sedikit pedih.

hari demi hari berlalu..aku semakin rasa keseorangan..aku cuba atasi..tapi..yela..aku pon manusia gak..bertitis dah air mataku meleleh..tapi aku rase cam xde tempat nak ngadu..dari pemerhatian aku..aku nampak cam diorang semua still rapat gle cam dulu..bes ja gelak2..tapi aku...fuh..hm..

aku kembali menyelak buku-buku yang aku ada. aku cuba mencari semangat..akhirnya aku dapat mengatasi sedikit demi sedikit..lama-kelamaan aku dah boleh menerima. yup, tak semestinya kami perlu rapat dengan gelak ketawa kerana nilai persahabatan itu kerana aqidah. aku hanya berlapang dada.serendah rendah tahap ukhuwwah walau pun itulah yang paling sukar untuk dilakukan. so..sekarang aku rasa semakin bahagia. aku mendapat ramai lagi geng baru. tapi tak bermakna aku lupakan diorang sebab diorang tetap yang teristimewa. huh, tapi aku akui dalam proses tu..waa..hanya Tuhan yang tahu..

semakin lama aku semakin sibuk dengan pelbagai tugasan. nak balance kan dengan study lagi, society lagi..macam2 lagi la...
tak dinafikan jugak..tiapkali aku jumpa dengan geng aku yang dulu aku semacam tak tego diorang..buat muka krem..tapi sebenarnya bukannye ada pape pon..dah aku rasa aku memang jenis muka slenge cam ni..dari dulu lagi kot..tapi kadang2 aku rasa besalah gak..ah..tapi lantaklah..takkan diorang tak kenal lagi aku memang jenis ni..takkan diorang nak terasa plak..

kadang-kadang ade gak kami terserempak kat memane..tapi muka aku memang masam gile ah..ye ah..tengah sedih..tensyen kot..tapi takkanla aku nak crite kat geng2 aku dulu..susah kot nak jumpe..so muke jela yang boleh aku tayang...lagi sayu bila aku nampak diorang cam selalu je besama n boleh begantung sesama diorang..tapi xpe..aku tau aku kena kuat...aku xkesah semua tu sebab aku tau nilai persahabatan kerana aqidah..so aku tak kesah=)...sebab aku sayangkan korang n aku pon tau korang sayangkan aku..haha

tapi, aku jadi semakin tak selesa bila kadang2 ade je dapat sms dari beberapa orang geng aku dulu..kalau mesej sal persahabatan2 bese2 tu xpe gak..ni mesej cam "andai persahabatan kita tidak seperti dulu" la.."walaupon kita tidak lagi bersama"..n kalau jumpak mesti kate..lamanya tak jumpak..tah pape tah..aku tetiba ja jadi hangat..ye ah..aku tau la kenyataan kita tak slalu jumpak pon..tapi tak yah la doki zahirkan camtu..lagi la aku rasa jauh. buat bese dah ah..bukannye persahabatan tu kena jumpak slalu. n sal mesej tu plak..korang dah tak nak rapat dengan aku ag ke?pergh!!huh..tapi xpela..sabo je la..

n tetibe satu hari tu aku dapat satu mesej yang memang hilang kan kesabaran aku sepenuhnya..
memang aku menangis gle2 jugak ah..

'korang ni nape hah? aku ingat korang berlapang dada ngan aku. bukannya aku aku nak larikan diri dari korang. bukannye aku terasa dengan korang. tak de pape pon. aku bese je. rasanya semua maklum, masing2 sebok..xsempat nak beramah mesra. even kadang2 time korang terserempak dengan aku muka aku cam plek pon..korang bukan tahu ape masalh aku..korang tak pernah tahu pon..korang tak pernah tahu masalah apa aku ada..pape aku kena kuat sendiri..korang ade korang2..so sepatutnya korang kene lagi kuat..aarrghh!! tapi kenapa macam ni?? kenapa korang plak yang rasa aku macam2? sedangkan aku xde pape pon. aku cuma harap sangat yang korang berlapang dada..sebab aku tahu ukhuwwah kerana aqidah. bukan kena jumpa setiap hari bukan kena sembang setiap hari bukan kena senyum setiap hari. asalkan dalam hati ikatan masih ada..tolonglah...'

hm..aku hanya bermonolog sendirian..
tapi alhamdulillah...konflik2 ni dah makin kurang. aku harap geng aku pon same..kita adalah kita..yang lepas biar lepas..yang mendatang buat yang terbaik...dan hargai waktu sekarang..
ukhuwwah kerana aqidah..

aku tersenyum sendirian..teringat time2 kami same2 makan air batu campor kat gerai mamak kat sekitar KL dulu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::