Tak percaya??
Jom survey...
Lani kalau tengok..dah makin ramai yang ada blog sendiri. Kalau difokuskan kepada budak gen9 sendiri pun dah makin bertambah. Antaranya miss are-da kita..miss pqah..hehe..banin pun dah makin ramai pakat buat blog..mr.fahmi...mr.azam..tah sesapa g tah..
Masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Cara yang tersendiri. Adress yang tersendiri. Tujuan yang tersendiri. Even my 14 year-old sis also have her own blog. Huh..budak-budak zaman sekarang. (boleh la kalau nak tengok.header yang dia design sendiri pakai photoshop. speaking english lagi tu. ada gak lukisan2 anime yang dlukis sendiri d uploadkan..hehe..ni dah lari topik ni).
K, kembali kepada topik asal. Apa ye, em..gila blog..
Kalau kita tengok, kita sendiri boleh buat klasifikasi..blog2 itu jenis yang macam mana. Contoh; blog IQRaC..blog rasmi..blog gen9..blog separa rasmi...blog banat gen9..blog..err..entah..
So, apa sebenarnya yang ada dengan blog ni? Kenapa mahu ada blog?
Saya amat positiv jika ditanya, salah satu jawapan selain dari mencari keredhaan Allah..
mesti sebagai SALAH SATU WASILAH DAKWAH..(kalau salah betulkan..)
Jadi, untuk berdakwah..memerlukan senjata yang cukup..dakwah juga boleh dikategorikan sebagai salah satu perjuangan. Jadi (note : x elok u mnggunakan kata hubung y sama berulang-ulang kali), apa kah anda ada membuat penelitian senjata yang bagaimana untuk dibawa? Bagi tukang masak senjatanya sudip dan belanga. Bagi tukang kebun sodok dan cangkul. Bagi blogger?? otak? ke ILMU?? skill?
Bagi saya..untuk mengahsilkan blog yang mencapai matlamat..
#perlu tengok kepada sapa sasaran yang kita target..
#selaraskan dengan gaya bahasa cara penyampaian yang ingin disampaikan..
#isi yang ingin diketengahkan..
mungkin nampak biasa. kerna menggunakan ayat2 y biasa.hm..jom kita selam sket lagi.
Apa rukun dakwah?
-Maudhu' (subjek/isi)
-Dai'e (blogger)
-Mad'u (sasaran)
-Uslub (method/gaya penyampaian)
So, keempat-empat rukun ni mestilah diaplikasikan sekaligus. Dalam konteks kita sekarang 'dakwah siber' la katakan...ye ke??
Setiap post yang kita nak letak..kita mesti tahu kenapa kita letak. Apa manfaat yang orang boleh dapat. Cntoh kita cerita tentang perjalanan kita keliling sogo or chowkit road..so,apa manfaat orang lain boleh dapat..
Kita pulak sebagai orang yang bertanggungjawab untuk setiap post mestilah mengambil kira tentang apa yang nak kita sampaikan. Mesti ada motif tertentu. Tidak kisah apa pun asalkan yang bermanfaat.
So, apa yang kita nak sampaikan mestilah kena pada sasarannya. Analogi, takkanlah kita nak menjual buku UPSR kepada pelajar STPM? Kena sesuai. Dan mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa. Kena pandai 'tackle' suasana dan bermain dengan kata-kata.
Dan yang paling menarik..metodologi kita menyampaikan. Kena lah sesuai dengan sasaran (mad'u) yang kita sasarkan berdasarkan objektif (maudhu') yang kita letakkan. Penggunaan bahasa, kata ganti nama dan sebagainya memainkan peranan.
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik (yang engkau serukan itu dengan cara yang baik..)" AN-NAHL : 125
Bukan sahaja keilmuan tentang Islam yang menjadi tajuk dakwah, keilmuan dan kemampuan menyampaikan kepada manusia itulah yang dinamakan uslub dakwah yang dibicarakan oleh pengajian Fiqh Dakwah.
Ada 4 sumber uslub dakwah yang boleh kita ambil 'ibrah (teladan):
-Al-Quran
-As-Sunnah
-Sirah
-Pengalaman
--------------------------------------------
ana - nta
aku - kau
saya - awk
penggunaan bahasa...
sasaran...
suka / tidak suka / biasa...
human system...
(fikir-fikirkan..)
Jadi, sampai masa ini...apa yang telah kita sumbangkan dan apakah manfaat yang dapat diperoleh? apakah tujuan kita dan tercapaikah maksud yang ingin disampaiakan? sama-samalah kita fikirkan dan buat perubahan ke arah yang lebih baik. Kita sudah punya kemudahan..
2 pandangan:
salam..ni nk komen sket..he..blog iqrac mmg rasmi..he..blog gen 9 separa rasmi..he..asal2nya rasmi..tp ntah sapa tah yg jdkan dy dh x rasmi...hehe...blog tu blh dikatakan cam di monopoli oleh banin..he...ustaz2..so..kpd banat2...ustazah2...hehe...especially yg kt jordan n mesir tuh..jemput la pakat2 daftarkan diri jd blogger..he...
banat!!!usaha lagi!!!hehe...ana rindu ayat tu..kt uia dh x leh dgr dah..sape2...tlg jerit ayat tu kuat2 kt uia eh nanti....he...
eh2....sejak bla plak tukaq jd banat,usaha lagi..tebalik kot..
BANIN!!usaha lagi..br btoi..
tp BANAT!!usaha lagi pon apa salahnya..
boleh ja nk dgq..nnt kita buat pengumuman kat stp mahallah...hehe..
blog gen9 tu mmg smua bnn y konker..sbnqnya ana pn d invite u jd admin ke mende tah.tp maleh..biaq la bnn jg..
Post a Comment