Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
---------------------------------------------------------
Aku rasa hampir setiap kali aku dengar lagu ni, mesti manik-manik jernih akan membasahi kelopak mataku. Entahlah..seolah-olah ada satu gelojak perasaan..
Malam Ramadhan :
Berokobar-kobar semangat. Karbon-karbon halus mula membentuk huruf atas sehelai kertas kajang.
TARGET :
#tadarus sehari sejuzuk
#qiyamullai setiap hari
#solat dhuha
#bla...bla...
berapa banyak azam yang aku buat pun entah dah tak terkira. aku kembali termenung. sampai lah ke hari ini aku rasa pencapaianku tidak lah setara mana. masih banyak lagi yang tak tertunai. azam hanya tinggal azam atas sekeping kertas. konon budak hafal quran..tapi hampeh!!
------------------------------------------------------------------------------
Hari pertama aku masuk ke sekolah ni, aku terkedu. memang bukan aku seorang dan bukan kali pertama. tapi entahlah. ada kelainan yang kurasa. walaupun aku tahu hanya untuk masa yang sekejap. sekolah ni hanya mengambil orang-orang yang betul-betul mahu. syaratnya teramat lah mudah. hanya bersaksi beberapa perkara sudah layak. senang gle kot walaupun sekolah ni adalah sekolah yang terhebat selama yang aku tahu. peraturan sekolah ni..lain dari yang lain. kami hanya diberi makan waktu malam. siang tak dibenarkan. fuh! waktu-waktu lain aktiviti bebas. bes gle kot. tak disekat langsung. namun, sekolah ni dipegang oleh yang betul-betul Maha Melihat. so, takut jugak nak buat bende pun. banyak poster-poster tawaran sekeliling sekolah. poster baca quran, qiyamullail, zikir...dan sebagainya. elaun diberi kepada sapa yang berbuat baik. lagi banyak buat baik lagi banyak dapat. tapi tu pon bergantung kepada syarat-syarat yang mesti dipatuhi la. n syarat tu boleh dipenuhi oleh sesiapa je.
mula-mula mungkin agak susah bagiku untuk adapt dengan suasana ni. walaupun rasanya kali ini bukanlah kali pertama. dah banyak kali dah sebenarnya aku masuk n keluar sekolah nie. tapi TAK PERNAH CEMERLANG. so, kali ni aku ingat nak jadi student cemerlang. aku cuba untuk ikut semua peraturan yang ada. serta ambik semua tawaran serta competition yang dianjurkan. menambahkan kredit diri. moga-moga diterima lah oleh Principle.
tak lama selepas tu aku dilantik menjadi prefect. huh, berat gak la rasa. aku dan beberapa orang rakan prefect ku mengambil peluang ni untuk mengajak sahabat-sehabat lain untuk join skali dengan kami menghidupkan suasana sekolah ni dengan memberi sepenuh partisipasi dalam setiap program yang dianjurkan. fuh......hari-hariku terasa sungguh berat. mahu aje menangis rase. tapi kugagahkan juga hati dan perasaan serta kuat kan diri.
hampir setiap hari kami menyeru student-student lain...hayya bil qiyam...lets join us reciting quran...hidupkan sunnah nabi..apa lagi???macam-macam..
tapi terkadang hati jahatku menghasut..kenapa susah sangat? apa yang aku buat tak kena? aku rasa aku dah bagi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugasku ini. aku dah buat sungguh-sungguh..
sedang aku menghisab diri sendiri, tiba-tiba aku disergah..
Hoi!!kau ingat kau tu dah bagus sangat ke?dok ajak orang buat baik sana sini? tapi hati kau sendiri tu kotor!! kau buat tu sebab ape?sebab nak orang ikot je? nak orang nampak yang kau tu buat keje??ha??!!tapi kau sendiri? kau buat ke x? ajak orang beriye iye..hayya bil qiyam..KAU SENDIRI???? brape juzuk kau bace sehari? konon nak berjuang..prefect..kau sedar diri lah sket..cakap berdegar-degar tapi buatnye indah khabar dari rupa..jangan la nak bangga sangat kalau cuma kau tu stakat hebat berfikrah haraki, berjasad jundi tapi FAIL jiwa yang sufi. fikir-fikirkan balik.
Huh...huh...huh...aku berpeluh..rasa tersirat darah..panas..aku terkesima..mungkin ini yang aku kurang selama ini. ya, aku akui..dalam melaksanakan tugasku sebagai prefect aku terkadang mengambil enteng terhadap taklifat diri sendiri. relation ku dengan Principle juga tidak lagi sebagus hari-hari pertama aku masuk ke sekolah ini. semakin lama aku semakin jauh..sedangkan aku terlupa tanpa Principle aku tidak bermakna kangsung dalam dunia ni. tapi aku sering terlupa..aku tidak mahu GAGAL lagi dalam pengajianku di sekolah Ramadhan buat kali ini. aku sering menangis akan kesilapanku tapi usaha yang aku buat untuk memperbaikinya..hampeh..adakah aku yang lemah???
Tidaakkkkk!!!!!!aku masih ada Principel yang Maha Pengampun.. Ya Allah...ampunkan lah hamba-Mu yang sering melupakan-Mu...bantulah diri ini yang terlalu kontang tanpa cinta dan perhatian dari-Mu..
0 pandangan:
Post a Comment