Sunday, November 22, 2009
manusia itu pasti diuji.
Salam satu dunia..
Izinkan saya mencoret sedikit perkara yang mungkin bukan pengisian berat.
tapi ia hanyalah coretan biasa..
Membaca post 'Rahmat Ujian' memanggil saya untuk berkata sedikit perihal itu.
Memang kita manusia sudah pasti akan diuji keranaTuhan sayangkan kita..
Jika Tuhan tidak sayangkan kita,pasti Dia tidak akan mengendahkan kita walau sedikitpun.
Renung kembali ke dalam diri.Hayati kembali iman kita.
Adakah cukup untuk meraih Cinta Tuhan..Cukup besar nikmat yg Tuhan diberikan saban waktu..
Udara yang kita hirup percuma ini adakah sudah disyukuri?
maka,lakukanlah sujud syukur itu tiap kali selepas solat fardhumu..
nikmat sihat yang Tuhan telah berikan ini,adakah sudah kita manfaatkan sebaiknya?
maka,beramallah selagi kita punyai daya..
solatlah seawal waktumu,berzikirlah sebanyak denyutan nafasmu,bersedekahlah walau hanya senyumanmu,bertahajudlah selagi kamu punyai waktu,bertafakkurlah andai roh masih bersamamu,renunglah kembali dosa-dosa yang kau lakukan saban waktu.
ingatlah dunia ini hanyalah persinggahan..perjalananmu masih jauh beribu batu..anggaplah hidupmu hanya sekali ini.maka kau akan beramal tanpa ragu..(^^)
Mak saya ada bagitahu,antara amalan mudah untuk memperisaikan diri.:
1.Tiap kali lepas waktu solat fardhu terutamanya subuh dan isyak,bacalah ayatul qursi sebanyak 3 kali..jika malas,sekali sudah mencukupi.niatkan untuk perlindungan diri,rakan-rakan dan family.
2.Tiap kali sebelum tidur,lakukanlah adabnya.iaitu,baca ayat qursi 1x,surah al-kafirun 1x,al-ikhlas 1x,al-falaq 1x serta an-nas 1x.tiupkan dan sapu pada anggota badan 3x.insyaallah terpelihara.
makhluk-makluk ini tidak akan mampu mengganggu manusia tanpa izinNya.Dengan syarat manusia itu beramal mengikut aturan penciptanya.
pointnya disini, kita x perlulah untuk merasa takot atau risau.Hindarkan diri dari dibayangi oleh perkara-perkara yang x sepatotnya..supaya jiwa kita lebih kuat..sama-sama usaha.
Hari ini kelihatan seperti hari yang agak meletihkan.Antara kita kebanyakannya telah tamat berprogram..mungkin esok dan hari seterusnya merupakan cabaran buat pelajar seperti kita..
Saya x nafikan kerja yg banyak.Tutor,Kuiz,Presentation, and what else..
semuanya itu merupakan cabaran untuk kita sebelum pulang ke kampung..(">)
Apabila saya sendiri secara tidak sengaja telah diberi tekanan halus oleh keadaan semasa,maka virus-virus yg jahat itu mulalah menyerang dengan sedikit belas kasihan yang masih berbaki..
Apabila kesihatan tidak begitu mengizinkan,maka manusia itu barulah tahu untuk menginsafi diri serta mensyukuri nikmat..kesakitan itu untuk diampunkan dosa oleh Tuhan..
Maka,berbahagialah..(++)
Apabila kesibukan serta ketidakcukupan masa itu mula menerjah mereka-mereka di alam ini,
Maka dengan bahagianya mereka semua terpaksa dalam rela untuk memberi latihan kepada sel-sel neuron supaya bekerja dengan lebih laju..
Akhirnya,jangan lupa untuk memberi makan seperti vitamin dan sayuran yang mengandungi riboflavin serta pelbagai khasiat yang lain supaya segala harta yang berada didalam otakmu tidak segan silu untuk memberikan khidmat kelas pertama mereka..
selamat mencuba..
Kepada anda semua,selamat berusaha..
"mintalah pertolongan dengan sabar dan solat...." (^_^)
salam satu cfs..
Thursday, November 19, 2009
MISI JIHAD CINTA
“Sayang, kita dah sampai.”
Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”
Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”
Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”
Suaminya tersenyum.. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat
Muhamadurrasulullah..’.
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
****
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas,
lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai,
dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat
di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu.
Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi
ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Terima kasih.”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang
terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai.
Cantik.. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya diam merendah diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan..”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad
Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..
Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya?
Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat.
Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad
yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini
melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan
di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa
setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”
****
“Bang...”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi
bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan
solehah daripada Safiyyah.”
Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku
sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan
Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau
sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah.
Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas
berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan.
Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
“Ya, abang faham.”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang
dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat
bang..”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat
kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga
nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”
****
Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada
alunan bacaan Al-Quran.
Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan
airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia
kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini.
Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah
sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi
yang terbaik.”
Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita
berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas,
hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang,
Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita
sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah
banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat
syahid.”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat
nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi
isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya,InsyaAllah.”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang
baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan
sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat
bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah
Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”
Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumsalam.”
Uwais membuka pintu khemah.
“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.”
Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”
****
Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka.. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!
Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu
ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah
tersenyum.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.
Monday, November 16, 2009
TP2 BUTA!!!
Menyedari hakikat hidup di dunia bersifat sementara.. Akhirat jua kekal abadi.. Kehidupan selepas mati itu pasti wujud.. Namun, perjalanan kehidupan masih lagi di awang-awangan.. leka, lalai, hidup bergelumang dosa dan noda.. Seolah-olah tak meyakini bahawa kiamat pasti menjelma.. Seolah-olah buta bahawa pengadilan Allah kelak pasti ada.. dan buat-buat lupa wujudkah syurga dan neraka itu???
Buat teman-teman Fillah GENUINE.. Semoga sentiasa dalam naungan rahmat dan tarbiyah Allah selalu..
Teman-teman Fillah..
Tidak salah untuk mengejar keduniaan kerana tidak semua urusan dunia membawa mafsadah kepada kita. Asalkan dilakukan dengan cara yang halal, niat yang betul dan mengikut syariat, pasti urusan itu mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Yahya bin Muaz pernah berkata : “Aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia tetapi aku memerintahkanmu agar meninggalkan dosa-dosa. Meninggalkan dunia adalah keutamaan tetapi meninggalkan dosa adalah kewajipan. Sesungguhnya menegakkan kewajipan adalah lebih penting daripada sebuah keutamaan (yang sifatnya tidak wajib).”
Mungkin teman-teman Fillah aneh dengan mukadimah di atas. Ya, entah mengapa kali ini terasa bagaikan diselubungi rasa takut yang amat sangat. Kali ini terasa amat buntu untuk mengarang artikel. Mungkin dosa-dosa menjadi hijab atas apa yang berlaku sekarang. Astaghfirullahal’azhiim…
Teman-teman fillah..
Sakit telinga apabila dalam kalangan sekeliling membicarakan perihal ‘BUDAK DQ’. Kalau yang elok tu Alhamdulillah.. tapi ini yang tak elok, Masya Allah.. budak dq couple, budak dq ‘pegang tangan’, budak dq ponteng kelas, budak dq slumber dengan brothers/sisters, budak dq dengar lagu keras, budak dq tu, budak dq ni.. pokoknya, pandangan yang buruk dah menempel pada budak dq. Bila fikir balik, kenapa jadi macam ni ye? Sedih giler.
Saya tak nakla bagi sebarang perspektif. Mungkin mereka suuzhon. Kita ni betul. Tapi mungkin juga kita ni salah dan depa tu betul. Kita tak sedar bahawa produk dari ‘bumi barokah’, orang selalu pandang, perhati dan analisis. Andai kita tunjuk contoh yang tak elok. Sekejap je perihal kita tersebar. Kalau nama kita tersebar, bagi saya ok jugak daripada orang mengatakan ‘budak dq teruk’ atau ‘budak dq’ sama je cam aku yang tak hafal quran. Kenapa tempat tu jugak yang dapat nama?
Teman-teman Fillah,
Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata : “Tuntutlah pertanggungjawab dari dirimu sebelum dituntut pertanggungjawabanmu.” Bererti, pandanglah diri dengan penuh waspada, dengan pandangan mata hati kita bersama akal yang waras diiringi iman dan taqwa. Orang yang bijak adalah mereka menyedari dan memahami bahawa mereka datang ke dunia ini adalah untuk menyelenggarakan lalu-lintas rohaniah. Mereka sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan berusaha meninggalkan keburukan. Semua tahukan lagu ‘Kehidupan’?? - gunakan kesempatan untuk kebaikan,sebelum segalanya terlepas dari genggaman.
Saya terpaku apabila terbaca sebuah buku yang menceritakan bahawa di hari kebangkitan nanti, kita akan mendapati seluruh jam-jam hidup kita sewaktu di dunia disenaraikan seperti satu baris almari perbendaharaan. Salah satu pintu akan terbuka dan bercahaya(menunjukkan saat dihabiskan dengan kebaikan) dan terbuka satu lagi tetapi gelap gelita, tanpa cahaya tapi bau busuk(saat dihabiskan dengan berbuat maksiat). Pintu yang seterusnya terbuka, tapi kosong. Tiada cahaya dan tidak gelap. Ini menunjukkan saat yang diberi tidak dimanfaatkan untuk melakukan sama ada kebaikan atau maksiat. Pada waktu inilah, penyesalan yang tak terhingga tapi nasi sudah jadi bubur.
Para wali telah berkata : “Sekalipun Allah akan mengampuni kamu yang mensia-siakan kehidupan, kamu takkan dapat mencapai tahap orang soleh dan pasti menyesali kerugian. Justeru, awasilah dengan ketat lidah kamu, mata kamu dan segenap anggota kerana masing-masing mungkin menjadi pintu gerbang menuju neraka. Ucapkanlah pada badan kamu, “Jika engkau memberontak, aku akan menghukummu” kerana meskipun badan itu keras dan degil, ia mampu menerima perintah dan dapat dijinakkan dengan keprihatinan.”
Sebab itulah, muhasabah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kira kita ni siapa,perdana menteri ke, menteri besar ke, doctor ke, arkitek ke, pelajar ke, presiden persatuan ke, anak dato’ ke, anak petani ke.. tak ada beza, kerana semua itu hanyalah tipu daya dunia semata-mata. Last-last, masuk kubur sama-sama dan ditimbang atas Mizan Allah Taala juga. Muhasabah penting. Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar, beliau amat menekankan 3 aspek – JIHAD, QIAM, MUHASABAH.
Berbalik kepada tujuan sebenar artikel ini. Saya sukacita ingin melontarkan persoalan pokok kepada segala virus, kanser, penyakit (atau sewaktu dengannya) yang menular dalam kelompok yang saya amat respect ini, “What is the main reason that contributes to these bad problems(mazmumah)? (maaf kalau broken English,xpandai).
· Apakah kerana terpengaruh dengan kawan-kawan lain?
· Apakah kerana ‘aku bukan budak DQ lagi’?
· Apakah kerana merasakan diri sudah cukup hebat? So tak payahlah ko mandai-mandai nak tegur or tarbiyah aku!!!
· Apakah kerana pendidikan Negara ni disekularkan? So, salah kerajaanlah ni!!
· Apakah kerana ‘negative mindsetting’?
· Atau ?? Mungkin teman-teman fillah ada hujah yang kukuh.
Setelah saya meneliti kepada kondisi yang melanda GENUINE(khususnya) dan seluruh umat Islam(umumnya). Boleh tak kalau saya kata kita tertinggal, hilang, samar-samar atau tiada langsung elemen “KHAUF” dalam diri???
Teman-teman Fillah,
Jika ditanya pasal takut, majoriti menyatakan aku takut tonton citer hantu, aku takut fail exam, aku takut miskin, aku takut ditimpa musibah atau lain-lain lagi. Akan tetapi amat sedikit yang mengaitkan rasa khauf/takut kepada Allah SWT.
Urmm… Mesti dah masyi kan surah al-Baqarah???=) Allah telah berfirman dalam ayat 40 : “Dan kepada Aku (Allah) sahaja hendaklah kamu berasa gerun dan takut, bukan kepada sesuatu yang lain.”
Abu Sulaiman al-Darini juga pernah berkata : “Asal segala kebaikan di dunia dan di akhirat ialah takutkan Allah. Dan mana-mana hati yang tiada rasa takut padanya, maka itu adalah hati yang rosak.”
Umat Nabi Muhammad SAW pada akhir zaman globalisasi ini jika dibandingkan dengan zaman sewaktu Islam mula ditegakkan amat jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi. Berabad-abad sudah mereka meninggalkan kita. Tapi kita masih bercerita perihal mereka – Rasulullah, para sahabat, tabii’ tabi’iin. Kenapa? Kerana personaliti mereka yang amat mengenal Sang Pencipta!! Zuhud dalam kehidupan, dan kesuburan khauf dalam diri mereka seperti Khalifah Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz, Abu Hurairah, Abdullah Mas’ud, Abu Ubaidah, Rasulullah SAW sendiri dan ramai lagi.
Imam Ahmad pernah meriwayatkan : “Ada 3 jenis zuhud. Pertama, zuhud orang awam iaitu meninggalkan perkara yang haram. Kedua, zuhud orang yang terpilih iaitu meninggalkan perkara yang halal yang tidak berguna. Ketiga, zuhud orang bijaksana iaitu meninggalkan hal-hal yang menyibukkan seorang hamba sehingga melupakan Allah.” Kita yang mana, teman-teman Fillah??? Umat terdahulu hebat. Khauf mereka mengatasi segalanya.
Teman-teman Fillah,
Berdasarkan kalimah khauf itu sendiri, jika diaplikasikan, saya kira takkan ada sebarang kerosakan dan keburukan di muka bumi ini. Khauf bermaksud takut akan Allah SWT dan gerun akan kebesaran Allah SWT serta takut akan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Menyorot kehidupan kita seharian, perasan tak, kita banyak berharap(rajak) agar Allah mengabulkan segala permintaan kita? Kita mahu Allah dengar rintihan hati kita. Tapi, kita jarang/kadang-kadang menggembirakan Allah. Kalau diikutkan, Allah banyak bersabar dengan kerenah kita yang melanggar syariat-Nya dan melakukan apa yang dimurkai-Nya. Seolah-olah perasaan khauf sudah hilang. Konsep ‘khauf’ dan ‘rajak’ tak dapat dipisahkan dan kita hendaklah berada antara kedua-duanya. Adalah lebih selamat melebihkan ‘khauf’ kerana dengan itu kita akan takut untuk melakukan maksiat. Walaupun begitu, jangan sampai terabai tanggungjawab dunia kerana ‘dunia adalah ladang untuk akhirat’.
Daripada rasa ‘khauf’, maka akan lahirlah rasa cintakan Allah SWT melebihi segalanya. Apakah tanda-tanda kita mencintai Allah??? Tunggu episode seterusnya!!!
Secara konklusinya, saya amat mengharapkan agar teman-teman Fillah suburkan kembali kasih fitrah yang saya kira sudah pudar. Suburkan kembali sesama insan di sekeliling kita yang dapat membantu kita bukan membantut, agar ia subur dan berbunga. Menyerikan taman kehidupan kita sekarang ini(bagi saya) amat lesu dan layu. Buang semua kepentingan diri demi menuju cita mendamba redha Ilahi. Suburkan rasa ‘Khauf’ dalam diri agar hidup sentiasa diwaspadai. Sebagai perantau musafir kehidupan ini, bekalan dalam mengharungi hidup harus dicari. Jangan tunggu sampai orang beri. Kalau takde yang nak bagi, gersanglah hati kita nanti. Tandus ilmu, tarbiyah, dan panduan menongkah arus kehidupan. Bila hati dah kosong, tanda hati kita mati.
Macam mana nak suburkan rasa ‘khauf’??? Tak lain tak bukan, kenal diri kita ni siapa. Hanyalah seorang hamba Allah SWT. Datang daripada-Nya. Pulang kepada-Nya juga nanti. Tapi dalam keadaan yang bagaimanakah nak berhadapan dengan Allah SWT?? Tepuk dada, Tanya iman.
Sebagai penutup, saya amat berharap agar sama-samalah kita berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau kat DQ dulu kita selalu dengar ayat ni, “kalau bukan kita, siapa lagi?kalau bukan sekarang, bila lagi?kalau bukan di sini, kat mana lagi?” so, do you think you can change??? Say, insya-Allah and take an action from now!!! THAT’S WHY MY POST ENTITLED TP2 BUTA.. meaning - This Post’s 2 Bring U To Allah.. bukan TP2 buta.. tapi ntahla, tanyala dia sendiri dia buta atau tak.. semoga hidup sentiasa mendapat bimbingan dari Allah SWT..ameen..=)
-insanbiasa-
Thursday, November 12, 2009
Tanda-Tanda Kita Mencintai Allah SWT
Ujian pertama - tidak benci fikiran tentang mati.
Seorang pencinta Allah SWT yang ikhlas akan takut akan kematian sebelum dia menyelesaikan persiapannya untuk ke akhirat, tapi jika dia ikhlas, dia akan rajin membuat persiapan-persiapan itu.
Ujian kedua - rela mengorbankan kehendak demi Allah SWT.
Mesti berpegang teguh kepada apa yang membawanya lebih dekat kepada Allah SWT. Menjauhkan diri dari sebarang yang bisa menjauhkan kita kepada Allah SWT. Kenyataan seorang yang membuat dosa bukanlah bukti dia tidak mencintai Allah SWT sama sekali, tapi tidak mencintai-Nya sepenuh hati.
Berkata Fudhail ‘Iyadh : “Jika seseorang bertanya kepadamu, cintakah engkau kepada Allah SWT?. Maka diamlah kerana jika engkau berkata, ‘saya tidak mencintai-Nya’, maka engkau menjadi kafir dan jika engkau berkata, ‘Ya, saya mencintai-Nya’, padahal perbuatan-perbuatanmu bertentangan dengan itu.”
Ujian ketiga - Zikrullah mesti secara automatik.
Zikrullah segar dalam hati manusia. Dia berterus-terusan mengingati-Nya dan takkan pernah melupakan-Nya walau sesaat.
Ujian keempat – Cintakan Al-Quran.
Jika cintanya benar-benar kuat, dia akan mencintai semua manusia kerana mereka semua hamba-hamba Allah SWT. Malah cintanya meliputi semua makhluk kerana orang yang mencintai seseorang akan mencintai karya-karya ciptaannya.
Ujian kelima – Tamak terhadap uzlah untuk tujuan ibadah.
Sentiasa membayangkan agar dapat berhubungan dengan Allah SWT tanpa halangan. Jika dia lebih suka bercakap-cakap pada waktu siang dan tidur di malam hari daripada uzlah, maka cintanya tak sempurna.
Firman Allah kepada Nabi Daud a.s : “Jangan terlalu dekat dengan manusia, kerana ada dua jenis orang yang menghalangi kehadiran-Ku. Orang-orang yang bernafsu untuk mancari imbalan dan kemudian semangatnya menurun ketika telah mendapatkannya dan orang-orang yang lebih menyukai fikirannya sendiri daripada mengingatkan-Ku. Tanda-tanda ketidakhadiran-Ku adalah bahawa Aku meninggalkannya sendiri.”
Ujian keenam – Berasa ibadah yang dilakukan mudah.
Seorang wali berkata : “Selama 30 tahun saya menjalankan ibadah malam dengan susah payah, tetapi 30 tahun kemudian perkara itu telah menjadi suatu kesenangan bagiku.”
Ujian ketujuh – mencintai orang-orang yang mentaati-Nya dan membenci orang-orang kafir dam orang-orang yang tidak taat.
Nabi Muhammad SAW pernah bertanya kepada Allah SWT : “Ya Allah, siapakah pencinta-pencintaMu?”
Dan jawapan-Nya,
“Orang-orang yang berpegang erat kepada-Ku sebagaimana seorang anak kepada ibunya yang berlindung di dalam peringatan kepada-Ku. Sebagaimana seekor burung mencari naungan pada sarangnya dan akan sangat marah jika melihat perbuatan dosa sebagaimana seekor macan marah yang tidak takut kepada apa pun.”
***Semoga sama-sama kita berusaha ke arah mencapai cinta Ilahi..ameen, insya-Allah..
*srikandi haraki*
Monday, November 9, 2009
BUATMU yang MERINDUI HIDAYAH...
Kumencari….
Puas sudah,
Ku cari kebahagiaan,
Disisi teman-teman,
Ku dapat hanya kelalaian.
Ku cari lagi,
Dihati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Membawa sekeping hati,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di manakah lagi ku harus mencari?,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan.
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang ku perlukan,
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi.
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta Agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dan sinar cahaya iman.
*Srikandi Haraki*
Sunday, November 8, 2009
Selamat Pergi ke Selamat Datang??
>>Dibilang-bilang dengan jari (kalkulator pun boleh)...sudah nak masuk minggu ke-3 kita berada di CFS IIUM ni buat semester ke-2 (bg y berada d UIA la..)
>>Walaupun baru..dah banyak kisah suka-duka yang berlalu (boleh buat novel ni..)
Sebenarnya untuk kali ini, saje je nak bagitau...
ade seorang sahabiah kita telah meninggalkan kami dan mengikut si dia..(**ini bukan main-main)
-Pada tanggal 4hb November 2009 telah sahlah Atikah Alias..bertukar kos dari Biological Science kepada AED..menemani Noor Farthihah yang sebelumnya sendiri..Chayok2!!
-Juga buat sahabiah kita yang sem ini merupakan sem terakhir mereka...buat yang terbaik!!
*Norhayati - engineering
*Nurul Aimi - allied health science
*Noor Fathihah - AED
*'Aishah Jauhara - ekonomi
Semoga tetap dalam perjuangan menuntut ilmu dan tabah..
Wednesday, November 4, 2009
Mari bertahajud!!
Salam alaik..
Diharap sihat jasmani dan rohani..(“>).
Saat ini saya ingin untuk berkongsi dengan anda sedikit intipati daripada terjemahan kitab ‘Mukashafah Al Qulub’, atau dikenali sebagai ‘Penenang Jiwa’ tulisan Imam Al-Ghazali..insyaallah jika diizinkan,saya akan tulis secara berkala mengikut tajuk yang sesuai..doakan..
Bismillah..Selamat membaca..(“,)
Pada kali ini saya agak tertarik untuk memperkatakan berkenaan KEUTAMAAN SOLAT MALAM atau lebih dikenali sebagai ‘qiamulail’..
Apabila sebut ‘qiam’, saya lebih suka merujuk kepada ‘solat tahajud’ walaupun saya tahu ianya bukanlah itu semata-mata.. ‘qiam’ untuk membaca Al-Quran juga bagus.. ‘qiam’ untuk study juga baik..macam-macam lah..tapi Fadhilat solat tahujud ini memang banyak..x percaya? Silalah cuba.. emm berapa ramai antara kita yang boleh istiqamah buat tahujud? Mereka yang mampu, memang tergolong dalam orang-orang yang beruntung..
Allah AzzaWa Jalla berfirman:
“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau solat di malam hari, kurang dari dua pertiga malam.” (Al-Muzammil : 20)
“Sesungguhnya beribadah pada malam, lebih tepat dalam hati dan lebih lurus bacaannya. (Al-Muzammil : 6)
Rasulullah saw bersabda:
“Sewaktu salah seorang kamu tidur, di perbaringanmu syaitan mengikatkan tiga ikatan. Pada malam yang panjang, hendaklah kamu bangun. Jika telah bangun dan berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika berwudhuk, lepaslah satu ikatan lagi. Jika kemudian apabila solat, lepaslah satu ikatan lagi. Sehingga apabila kau bangun di waktu pagi dengan penuh semangat dan berjiwa lapang. Jika tidak, maka jiwamu sempit dan malas.”
Dalam hadis Nabi saw, bahawa seorang lelaki tidur sepanjang malam sampai pagi. Lalu Nabi saw bersabda: “Syaitan telah menutup telinga lelaki itu.”
Rasulullah saw bersabda :
“Solat dua rakaat di tengah malam, adalah lebih baik bagi seorang hamba daripada dunia seisinya. Jika ia tidak memberatkan umatku.tentu aku mewajibkan keatas mereka sembahyang malam.”
yang ini saya sangat suka..mungin agak berat untuk bangun malam..bagi sayalah..anda mungkin tidak..tapi hadis ini seharusnya dan semestinya telah memberi satu ‘Boost’ yang besar kepada kita dan memberi kekuatan untuk cuba beristiqamah mengerjakan Tahajud..kerana apa? Kerana ‘dunia dan seisinya’..keyword itu amatlah berharga..sebab kitapun tahu dunia ini adalah perhiasan..apa yang kita ada hari ini hanyalah sedikit..kita selalu berangan-angan untuk mempunyai segala-galanya diatas dunia ini,mahu jadi hebat,mahu kaya, mahu berjaya,mahu bahagia, maksud saya kita punya keinginan..jadi,apabila mahukan dunia ini, cukuplah hanya dengan menunaikan solat malam dua rakaat..apabila bangun untuk bertahujud, saya selalu membayangkan dunia ini saya yang punya..
Insyaalah apabila kita meletakkan keyakinan begitu maka secara otomatiknya kita tidaklah terlalu taksub kepada dunia dan hidup dengan sekadarnya..atau lebih tepat lagi mensyukuri nikmat Allah yang diperolehi selama ini disamping berusaha memajukan diri..x kan nak tunggu emas datang bergolek..
Dalam hadis sahih, dari Jabir r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
“Ada waktu di sebahagian malam apabila seseorang memohon, pasti Allah akan mengabulkannya.”
Rasulullah saw bersabda:
“Wahai Abu Hurairah, inginkah engkau mendapatkan rahmat Allah ketika hidup dan mati, dikuburkan dan dibangkitkan? Bangunlah di tengah malam dan solatlah! Bukankah engkau inginkan redha Tuhanmu, wahai Abu Hurairah? Solatlah dirumahmu, maka nur rumahmu di langit seperti cahaya bintang bagi penghuni bumi.”
Rasulullah saw bersabda:
“Hendaklah engkau beribadah malam. Itulah kebiasaan orang-orang soleh sebelumnya qiamullail itu mendekatkan diri kepada Allah swt, menghapuskan dosa, menghilangkan penyakit dari jasad dan menghindarkan dosa.”
Rasulullah saw bersabda:
“Seseorang setelah solat malam, kemudian tertidur, maka pahala solat ditulis untuknya sebagai sedekah baginya.”
Rasulullah saw bersabda kepada Abu Zar, “Bila engkau hendak pergi, perlukah engkau bawa bekalan?” Abu Zar menjawab, “Ya.” Baginda bersabda, “Bagaimana engkau menempuh jalan Kiamat? Tidakkah engkau ingin wahai Abu Zar, aku ceritakan sesuatu yang bermanfaat bagimu pada hari itu?” Abu Zar menjawab, “Ya.” Rasulullah saw bersabda:
“Puasalah di hari yang amat panas untuk hari kebangkitan. Solatlah dua rakaat di kegelapan malam untuk keganasan kubur. Dan berhajilah untuk hal-hal yang amat agung. Bersedekahlah kepada orang miskin atau dengan kalimat yang benar yang engkau katakan atau pula dengan tidak mengatakan kalimat buruk.”
Dan Rasulullah saw bersabda :
“Allah mengasihi lelaki yang bangun tengah malam lalu solat dan membangunkan isterinya. Jika dia menolak, jirus air ke mukanya.”
Juga Rasulullah saw bersabda:
“ Siapa bangun malam lalu membangunkan isterinya dan solat dua rakaat, Allah menuliskan keduanya termasuk orang yang banyak berzikir kepada Allah.”
yang ini untuk yang dah berkahwinlah.Tapi kalau nak hafal awal-awal pun bagus jugak..harap x lupe.(^_^)
Sabda Nabi saw lagi:
“Yang paling utama setelah solat maktubah, adalah solat malam.”
Dikatakan Imam Bukhari seringkali mengutarakan dua bait syair ini :
Raihlah dalam kelonggaranmu keutamaan rukuk.
Sesungguhnya maut itu tiba-tiba saja.
Betapa banyak engkau lihat orang sihat.
Tanpa diduga jiwa melayang juga.
Sekian, terima kasih..
Sila ambil mana yang bermanfaat ..Kalau salah sila betulkan..
Monday, November 2, 2009
TIKET BALIK PERCUMA!!!...cepat2..
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet Bumi
Maklumat Tentang Perjalanan
Tempoh Berlepas : Kehidupan Dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika didatangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat Perjalanan
Dituju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalh hendaklah dirujuk kepada para ulama' dan cendekiawan.
Barang yang Dibenarkan
1) 5 meter kain kafan
2) Kapas putih secukupnya
3) Muatan lain yang dibenarkan :
- amal soleh
- sedekah jariah
- anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapa
- ilmu yang bermanfaat
#Barang lain yang ditegah adalah tanggungjawab penumpang.
Barangsiapa yang tidak mematuhi akan diseksa.
Saat dan Waktu Berlepas
Semua penumpang sudah mempunyai tiket, passport, atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
DIULANG...
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti yang tidak perllu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang kami menulis notis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Kahfi.
"Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TuhanNya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik. Janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu"
::Ikhwan GEN9::
-
Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati - Assalamualaikum Bismillah wal Hamdulillah Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin berdamping dan didampingi oleh orang lain. An...9 years ago
-
Uniknya Roti Bagel Dan Sandwich Di Daratan Indochina - Di Laos, marak dijumpai pedagang sandwich dengan cabai merah atau rawit. Sandwich jenis ini biasanya dijumpai di penjuru sudut di kota Laos. Tetapi yang p...11 years ago
-
10 Tips to Study Better and Remember Easily - *Building an Understanding* Learning is a process similar to building a house. You aren’t fed the complete picture. Limitations on communication prevent t...11 years ago
-
Bedah Tokoh- Uwais Al-Qarni - BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH... *Uwais al-qarni* Yaman, bumi bertuah tempat kau berpijak, Mengharung suka dan duka dunia, Walaupun kau sering dihina, Ak...11 years ago
-
Projek Kristianisasi Malaysia - This is a sensational topic as of lately. My responses to it might be disliked by some. But these are just my opinion when I was asked about this issue. Yo...12 years ago
-
Terima Kasih Al-Azhar ! - Dalam kederasan air sungai yang mengalir,kelihatan beberapa sosok tubuh kecil sedang berhempas pulas melawan arus deras tersebut.Perlawanan mereka seolah-o...12 years ago
-
Talian penghubung - *Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.(7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya k...12 years ago
-
-
Pengumuman Berpindah... - Assalamualaykum..Blog ini sudah lagi tidak aktif....sila klik alamat baru di bawah...http://drfahmiaa.blogspot.com13 years ago
-
TAHUN PENUH CABARAN - Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberi kesempatan dan ruang waktu untuk meng"update" blog yg sudah lama bersawang ini.Agak kecewa apabila melihat bl...13 years ago
-
Permulaan... - Salam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Emm, rasenye da hampir enam bulan saye x mengepostkan sesuatu ke blog. Bukan ape, ba...14 years ago
-
assignment - ARTIST : JANSEN CHOW Jansen was born in Kuantan, Pahang, Malaysia in 1970 and his talent was already evident when he won first prize in the ‘Beautiful Mal...14 years ago
-
-
-
-
-