Wednesday, November 4, 2009

Mari bertahajud!!

Salam alaik..

Diharap sihat jasmani dan rohani..(“>).

Saat ini saya ingin untuk berkongsi dengan anda sedikit intipati daripada terjemahan kitab ‘Mukashafah Al Qulub’, atau dikenali sebagai ‘Penenang Jiwa’ tulisan Imam Al-Ghazali..insyaallah jika diizinkan,saya akan tulis secara berkala mengikut tajuk yang sesuai..doakan..

Bismillah..Selamat membaca..(“,)


Pada kali ini saya agak tertarik untuk memperkatakan berkenaan KEUTAMAAN SOLAT MALAM atau lebih dikenali sebagai ‘qiamulail’..

Apabila sebut ‘qiam’, saya lebih suka merujuk kepada ‘solat tahajud’ walaupun saya tahu ianya bukanlah itu semata-mata.. ‘qiam’ untuk membaca Al-Quran juga bagus.. ‘qiam’ untuk study juga baik..macam-macam lah..tapi Fadhilat solat tahujud ini memang banyak..x percaya? Silalah cuba.. emm berapa ramai antara kita yang boleh istiqamah buat tahujud? Mereka yang mampu, memang tergolong dalam orang-orang yang beruntung..


Allah AzzaWa Jalla berfirman:

Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau solat di malam hari, kurang dari dua pertiga malam.” (Al-Muzammil : 20)

Sesungguhnya beribadah pada malam, lebih tepat dalam hati dan lebih lurus bacaannya. (Al-Muzammil : 6)


Rasulullah saw bersabda:

Sewaktu salah seorang kamu tidur, di perbaringanmu syaitan mengikatkan tiga ikatan. Pada malam yang panjang, hendaklah kamu bangun. Jika telah bangun dan berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika berwudhuk, lepaslah satu ikatan lagi. Jika kemudian apabila solat, lepaslah satu ikatan lagi. Sehingga apabila kau bangun di waktu pagi dengan penuh semangat dan berjiwa lapang. Jika tidak, maka jiwamu sempit dan malas.”

Dalam hadis Nabi saw, bahawa seorang lelaki tidur sepanjang malam sampai pagi. Lalu Nabi saw bersabda: “Syaitan telah menutup telinga lelaki itu.”


Rasulullah saw bersabda :

Solat dua rakaat di tengah malam, adalah lebih baik bagi seorang hamba daripada dunia seisinya. Jika ia tidak memberatkan umatku.tentu aku mewajibkan keatas mereka sembahyang malam.”

yang ini saya sangat suka..mungin agak berat untuk bangun malam..bagi sayalah..anda mungkin tidak..tapi hadis ini seharusnya dan semestinya telah memberi satu ‘Boost’ yang besar kepada kita dan memberi kekuatan untuk cuba beristiqamah mengerjakan Tahajud..kerana apa? Kerana ‘dunia dan seisinya’..keyword itu amatlah berharga..sebab kitapun tahu dunia ini adalah perhiasan..apa yang kita ada hari ini hanyalah sedikit..kita selalu berangan-angan untuk mempunyai segala-galanya diatas dunia ini,mahu jadi hebat,mahu kaya, mahu berjaya,mahu bahagia, maksud saya kita punya keinginan..jadi,apabila mahukan dunia ini, cukuplah hanya dengan menunaikan solat malam dua rakaat..apabila bangun untuk bertahujud, saya selalu membayangkan dunia ini saya yang punya..

Insyaalah apabila kita meletakkan keyakinan begitu maka secara otomatiknya kita tidaklah terlalu taksub kepada dunia dan hidup dengan sekadarnya..atau lebih tepat lagi mensyukuri nikmat Allah yang diperolehi selama ini disamping berusaha memajukan diri..x kan nak tunggu emas datang bergolek..


Dalam hadis sahih, dari Jabir r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

Ada waktu di sebahagian malam apabila seseorang memohon, pasti Allah akan mengabulkannya.”

Rasulullah saw bersabda:

Wahai Abu Hurairah, inginkah engkau mendapatkan rahmat Allah ketika hidup dan mati, dikuburkan dan dibangkitkan? Bangunlah di tengah malam dan solatlah! Bukankah engkau inginkan redha Tuhanmu, wahai Abu Hurairah? Solatlah dirumahmu, maka nur rumahmu di langit seperti cahaya bintang bagi penghuni bumi.”


Rasulullah saw bersabda:

Hendaklah engkau beribadah malam. Itulah kebiasaan orang-orang soleh sebelumnya qiamullail itu mendekatkan diri kepada Allah swt, menghapuskan dosa, menghilangkan penyakit dari jasad dan menghindarkan dosa.”

Rasulullah saw bersabda:

Seseorang setelah solat malam, kemudian tertidur, maka pahala solat ditulis untuknya sebagai sedekah baginya.”

Rasulullah saw bersabda kepada Abu Zar, “Bila engkau hendak pergi, perlukah engkau bawa bekalan?” Abu Zar menjawab, “Ya.” Baginda bersabda, “Bagaimana engkau menempuh jalan Kiamat? Tidakkah engkau ingin wahai Abu Zar, aku ceritakan sesuatu yang bermanfaat bagimu pada hari itu?” Abu Zar menjawab, “Ya.” Rasulullah saw bersabda:

Puasalah di hari yang amat panas untuk hari kebangkitan. Solatlah dua rakaat di kegelapan malam untuk keganasan kubur. Dan berhajilah untuk hal-hal yang amat agung. Bersedekahlah kepada orang miskin atau dengan kalimat yang benar yang engkau katakan atau pula dengan tidak mengatakan kalimat buruk.”


Dan Rasulullah saw bersabda :

Allah mengasihi lelaki yang bangun tengah malam lalu solat dan membangunkan isterinya. Jika dia menolak, jirus air ke mukanya.”

Juga Rasulullah saw bersabda:

Siapa bangun malam lalu membangunkan isterinya dan solat dua rakaat, Allah menuliskan keduanya termasuk orang yang banyak berzikir kepada Allah.”

yang ini untuk yang dah berkahwinlah.Tapi kalau nak hafal awal-awal pun bagus jugak..harap x lupe.(^_^)

Sabda Nabi saw lagi:

Yang paling utama setelah solat maktubah, adalah solat malam.”


Dikatakan Imam Bukhari seringkali mengutarakan dua bait syair ini :

Raihlah dalam kelonggaranmu keutamaan rukuk.

Sesungguhnya maut itu tiba-tiba saja.

Betapa banyak engkau lihat orang sihat.

Tanpa diduga jiwa melayang juga.


Sekian, terima kasih..

Sila ambil mana yang bermanfaat ..Kalau salah sila betulkan..

0 pandangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::