Menyedari hakikat hidup di dunia bersifat sementara.. Akhirat jua kekal abadi.. Kehidupan selepas mati itu pasti wujud.. Namun, perjalanan kehidupan masih lagi di awang-awangan.. leka, lalai, hidup bergelumang dosa dan noda.. Seolah-olah tak meyakini bahawa kiamat pasti menjelma.. Seolah-olah buta bahawa pengadilan Allah kelak pasti ada.. dan buat-buat lupa wujudkah syurga dan neraka itu???
Buat teman-teman Fillah GENUINE.. Semoga sentiasa dalam naungan rahmat dan tarbiyah Allah selalu..
Teman-teman Fillah..
Tidak salah untuk mengejar keduniaan kerana tidak semua urusan dunia membawa mafsadah kepada kita. Asalkan dilakukan dengan cara yang halal, niat yang betul dan mengikut syariat, pasti urusan itu mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Yahya bin Muaz pernah berkata : “Aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia tetapi aku memerintahkanmu agar meninggalkan dosa-dosa. Meninggalkan dunia adalah keutamaan tetapi meninggalkan dosa adalah kewajipan. Sesungguhnya menegakkan kewajipan adalah lebih penting daripada sebuah keutamaan (yang sifatnya tidak wajib).”
Mungkin teman-teman Fillah aneh dengan mukadimah di atas. Ya, entah mengapa kali ini terasa bagaikan diselubungi rasa takut yang amat sangat. Kali ini terasa amat buntu untuk mengarang artikel. Mungkin dosa-dosa menjadi hijab atas apa yang berlaku sekarang. Astaghfirullahal’azhiim…
Teman-teman fillah..
Sakit telinga apabila dalam kalangan sekeliling membicarakan perihal ‘BUDAK DQ’. Kalau yang elok tu Alhamdulillah.. tapi ini yang tak elok, Masya Allah.. budak dq couple, budak dq ‘pegang tangan’, budak dq ponteng kelas, budak dq slumber dengan brothers/sisters, budak dq dengar lagu keras, budak dq tu, budak dq ni.. pokoknya, pandangan yang buruk dah menempel pada budak dq. Bila fikir balik, kenapa jadi macam ni ye? Sedih giler.
Saya tak nakla bagi sebarang perspektif. Mungkin mereka suuzhon. Kita ni betul. Tapi mungkin juga kita ni salah dan depa tu betul. Kita tak sedar bahawa produk dari ‘bumi barokah’, orang selalu pandang, perhati dan analisis. Andai kita tunjuk contoh yang tak elok. Sekejap je perihal kita tersebar. Kalau nama kita tersebar, bagi saya ok jugak daripada orang mengatakan ‘budak dq teruk’ atau ‘budak dq’ sama je cam aku yang tak hafal quran. Kenapa tempat tu jugak yang dapat nama?
Teman-teman Fillah,
Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata : “Tuntutlah pertanggungjawab dari dirimu sebelum dituntut pertanggungjawabanmu.” Bererti, pandanglah diri dengan penuh waspada, dengan pandangan mata hati kita bersama akal yang waras diiringi iman dan taqwa. Orang yang bijak adalah mereka menyedari dan memahami bahawa mereka datang ke dunia ini adalah untuk menyelenggarakan lalu-lintas rohaniah. Mereka sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan berusaha meninggalkan keburukan. Semua tahukan lagu ‘Kehidupan’?? - gunakan kesempatan untuk kebaikan,sebelum segalanya terlepas dari genggaman.
Saya terpaku apabila terbaca sebuah buku yang menceritakan bahawa di hari kebangkitan nanti, kita akan mendapati seluruh jam-jam hidup kita sewaktu di dunia disenaraikan seperti satu baris almari perbendaharaan. Salah satu pintu akan terbuka dan bercahaya(menunjukkan saat dihabiskan dengan kebaikan) dan terbuka satu lagi tetapi gelap gelita, tanpa cahaya tapi bau busuk(saat dihabiskan dengan berbuat maksiat). Pintu yang seterusnya terbuka, tapi kosong. Tiada cahaya dan tidak gelap. Ini menunjukkan saat yang diberi tidak dimanfaatkan untuk melakukan sama ada kebaikan atau maksiat. Pada waktu inilah, penyesalan yang tak terhingga tapi nasi sudah jadi bubur.
Para wali telah berkata : “Sekalipun Allah akan mengampuni kamu yang mensia-siakan kehidupan, kamu takkan dapat mencapai tahap orang soleh dan pasti menyesali kerugian. Justeru, awasilah dengan ketat lidah kamu, mata kamu dan segenap anggota kerana masing-masing mungkin menjadi pintu gerbang menuju neraka. Ucapkanlah pada badan kamu, “Jika engkau memberontak, aku akan menghukummu” kerana meskipun badan itu keras dan degil, ia mampu menerima perintah dan dapat dijinakkan dengan keprihatinan.”
Sebab itulah, muhasabah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kira kita ni siapa,perdana menteri ke, menteri besar ke, doctor ke, arkitek ke, pelajar ke, presiden persatuan ke, anak dato’ ke, anak petani ke.. tak ada beza, kerana semua itu hanyalah tipu daya dunia semata-mata. Last-last, masuk kubur sama-sama dan ditimbang atas Mizan Allah Taala juga. Muhasabah penting. Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar, beliau amat menekankan 3 aspek – JIHAD, QIAM, MUHASABAH.
Berbalik kepada tujuan sebenar artikel ini. Saya sukacita ingin melontarkan persoalan pokok kepada segala virus, kanser, penyakit (atau sewaktu dengannya) yang menular dalam kelompok yang saya amat respect ini, “What is the main reason that contributes to these bad problems(mazmumah)? (maaf kalau broken English,xpandai).
· Apakah kerana terpengaruh dengan kawan-kawan lain?
· Apakah kerana ‘aku bukan budak DQ lagi’?
· Apakah kerana merasakan diri sudah cukup hebat? So tak payahlah ko mandai-mandai nak tegur or tarbiyah aku!!!
· Apakah kerana pendidikan Negara ni disekularkan? So, salah kerajaanlah ni!!
· Apakah kerana ‘negative mindsetting’?
· Atau ?? Mungkin teman-teman fillah ada hujah yang kukuh.
Setelah saya meneliti kepada kondisi yang melanda GENUINE(khususnya) dan seluruh umat Islam(umumnya). Boleh tak kalau saya kata kita tertinggal, hilang, samar-samar atau tiada langsung elemen “KHAUF” dalam diri???
Teman-teman Fillah,
Jika ditanya pasal takut, majoriti menyatakan aku takut tonton citer hantu, aku takut fail exam, aku takut miskin, aku takut ditimpa musibah atau lain-lain lagi. Akan tetapi amat sedikit yang mengaitkan rasa khauf/takut kepada Allah SWT.
Urmm… Mesti dah masyi kan surah al-Baqarah???=) Allah telah berfirman dalam ayat 40 : “Dan kepada Aku (Allah) sahaja hendaklah kamu berasa gerun dan takut, bukan kepada sesuatu yang lain.”
Abu Sulaiman al-Darini juga pernah berkata : “Asal segala kebaikan di dunia dan di akhirat ialah takutkan Allah. Dan mana-mana hati yang tiada rasa takut padanya, maka itu adalah hati yang rosak.”
Umat Nabi Muhammad SAW pada akhir zaman globalisasi ini jika dibandingkan dengan zaman sewaktu Islam mula ditegakkan amat jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi. Berabad-abad sudah mereka meninggalkan kita. Tapi kita masih bercerita perihal mereka – Rasulullah, para sahabat, tabii’ tabi’iin. Kenapa? Kerana personaliti mereka yang amat mengenal Sang Pencipta!! Zuhud dalam kehidupan, dan kesuburan khauf dalam diri mereka seperti Khalifah Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz, Abu Hurairah, Abdullah Mas’ud, Abu Ubaidah, Rasulullah SAW sendiri dan ramai lagi.
Imam Ahmad pernah meriwayatkan : “Ada 3 jenis zuhud. Pertama, zuhud orang awam iaitu meninggalkan perkara yang haram. Kedua, zuhud orang yang terpilih iaitu meninggalkan perkara yang halal yang tidak berguna. Ketiga, zuhud orang bijaksana iaitu meninggalkan hal-hal yang menyibukkan seorang hamba sehingga melupakan Allah.” Kita yang mana, teman-teman Fillah??? Umat terdahulu hebat. Khauf mereka mengatasi segalanya.
Teman-teman Fillah,
Berdasarkan kalimah khauf itu sendiri, jika diaplikasikan, saya kira takkan ada sebarang kerosakan dan keburukan di muka bumi ini. Khauf bermaksud takut akan Allah SWT dan gerun akan kebesaran Allah SWT serta takut akan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Menyorot kehidupan kita seharian, perasan tak, kita banyak berharap(rajak) agar Allah mengabulkan segala permintaan kita? Kita mahu Allah dengar rintihan hati kita. Tapi, kita jarang/kadang-kadang menggembirakan Allah. Kalau diikutkan, Allah banyak bersabar dengan kerenah kita yang melanggar syariat-Nya dan melakukan apa yang dimurkai-Nya. Seolah-olah perasaan khauf sudah hilang. Konsep ‘khauf’ dan ‘rajak’ tak dapat dipisahkan dan kita hendaklah berada antara kedua-duanya. Adalah lebih selamat melebihkan ‘khauf’ kerana dengan itu kita akan takut untuk melakukan maksiat. Walaupun begitu, jangan sampai terabai tanggungjawab dunia kerana ‘dunia adalah ladang untuk akhirat’.
Daripada rasa ‘khauf’, maka akan lahirlah rasa cintakan Allah SWT melebihi segalanya. Apakah tanda-tanda kita mencintai Allah??? Tunggu episode seterusnya!!!
Secara konklusinya, saya amat mengharapkan agar teman-teman Fillah suburkan kembali kasih fitrah yang saya kira sudah pudar. Suburkan kembali sesama insan di sekeliling kita yang dapat membantu kita bukan membantut, agar ia subur dan berbunga. Menyerikan taman kehidupan kita sekarang ini(bagi saya) amat lesu dan layu. Buang semua kepentingan diri demi menuju cita mendamba redha Ilahi. Suburkan rasa ‘Khauf’ dalam diri agar hidup sentiasa diwaspadai. Sebagai perantau musafir kehidupan ini, bekalan dalam mengharungi hidup harus dicari. Jangan tunggu sampai orang beri. Kalau takde yang nak bagi, gersanglah hati kita nanti. Tandus ilmu, tarbiyah, dan panduan menongkah arus kehidupan. Bila hati dah kosong, tanda hati kita mati.
Macam mana nak suburkan rasa ‘khauf’??? Tak lain tak bukan, kenal diri kita ni siapa. Hanyalah seorang hamba Allah SWT. Datang daripada-Nya. Pulang kepada-Nya juga nanti. Tapi dalam keadaan yang bagaimanakah nak berhadapan dengan Allah SWT?? Tepuk dada, Tanya iman.
Sebagai penutup, saya amat berharap agar sama-samalah kita berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau kat DQ dulu kita selalu dengar ayat ni, “kalau bukan kita, siapa lagi?kalau bukan sekarang, bila lagi?kalau bukan di sini, kat mana lagi?” so, do you think you can change??? Say, insya-Allah and take an action from now!!! THAT’S WHY MY POST ENTITLED TP2 BUTA.. meaning - This Post’s 2 Bring U To Allah.. bukan TP2 buta.. tapi ntahla, tanyala dia sendiri dia buta atau tak.. semoga hidup sentiasa mendapat bimbingan dari Allah SWT..ameen..=)
-insanbiasa-
0 pandangan:
Post a Comment