Tuesday, July 27, 2010

Cebisan Hati yang Hilang


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Huh..berat rasanya kali ini untuk menulis..
Sudah lama rasanya jemari ini tidak bertari mengikut rentak melodi hati melontarkan luahan rasa..
Mungkin untuk yang kesekelian kalinya diri ini ingin berkongsi rasa hati sendiri..
Ya..mungkin sedikit lari dari tujuan blog ini..blog umumi..(smbil selam minum ayaq..ngeh3..)

------------------------------------------------------------------------------------------
Saban malam hati nya dirasakan gersang..ya..sepi..mungkin word yang lagi sesuai..em..HILANG..
Terasa kehilangan..tapi tak dapat ditakrifkan bagaimana dan apakah yang menghilang..
Cuma yang dia pasti..diri nya kini hanya seperti zombie yang hidup mengikut rutin tanpa ada apa2 sinergi yang sepatutnya bagi seorang dai'e..

Dia termenung lagi..terkadang menangis sendiri..Ya Allah..terasa berat ujian Mu ini..
Dia sedar..dalam kalangan rakan seperjuangan..dia dipandang tinggi..seorang hafizah keluaran DQ..tapi..dalam hati..hanya Allah yang tahu betapa peritnya diri ini..

Dia menatap helaian kertas peperiksaan yang telah tercatat sejumlah angka di bahagian atsnya..lantas juraian manik jernih menempa lagi dari bibir matanya menuruti fitrah wanitanya..

AArrgghhh.............dia terduduk..dia terasa seperti...TERASING...LOST..n she started thinking of a way if she could run from all of these lifestyle and tiredness...at the very least until her academic's okay..

Akhirnya dia mengalah dengan jeritan serta pekikan hati..namun dia sedar..dirinya tidak diperlukan pun..tetapi dialah yang memerlukannya..maka dia cuba untuk menguatkan hatinya..dia cuba untuk menggagahkan diri..surat2 cinta dari Yang Maha Esa diteliti penuh pengharapan..2:216..2:286..menyentuh sanubarinya yang meronta meminta ihsan..

Tidak!! Dia bukan insan lemah..dia harus bangun..Islam tak memerlukan jundullah yang lembik..dia kini menekadkan hatinya..dia mahu mencari cebisan hatinya yang hilang..dia tidak mahu selamanya terduduk dan hanya meratap..ini bukan sifat orang mukmin..

Akhirnya..satu kem motivasi..di sini..dia cuba mengumpul kekuatan..berada bersama teman-teman seperjuangan dari kampus lamanya..sahabat2 yang nilainya tidak terbanding..tak jemu berkongsi pedoman..ya..itulah yang dia cari..dia tidak mahu pengkritik..tapi dia mahu seseorang yang sudi berkongsi..cuba memahami..

Alhamdulillah..Allah itu Maha Pengasih..
Dia beroleh kekuatan dariNya..
Walau untuk nya beroleh kekuatan itu..
Dia terpaksa merantau di bumi orang menelan masa memakan belanja..
Namun semua itu tidak lagi berharga berbanding nilai secebis hati yang dijumpai..

4 pandangan:

pencari ruh.. said...

mungkin dialah diriku..... :(

terima kasih.... :(

munirah.zulkifli said...

huu...diriku juga

awan said...

~jaddidu iimanakum bizikrillah..

saya t'sungkur..
Allah,sukarnya untuk bangkit kembali..entah ini cubaan untuk kali ke berapa..
kelopak mata ini dipejam rapat2..tubuh dibiarkan lesu tanpa semangt..sengaja dibiarkan begitu..barangkali sudah b'putus asa diri ini..
dalam kegelapan ini,tiba2 ada sentuhan lembut di bahu..ada tangan yg menyentuh..dihulurnya tangan..takut2 huluran itu saya sambut..
ditariknya saya ke satu daerah..daerah yg tidak asing bagi saya..daerah yg pernah saya ditarbiyah..syukur alhamdulillah..dalam kepayahan dan resah gelisah,roh itu datang menghampiri..sedikit demi sedikit meresap ke sanubari..senyuman sudah mmpu saya ukir,kerana saya sudah mmpu berdiri kembali...
itulah gunanya teman..itulah gunanya kenangan..kerana di situ ada kekuatan..

teman se'ruh' said...

cebisan hati yang hilang..satu kisah yang terjadi pd diriku jua...harus dan mesti dicari kembali dan dipulih sepulih2nya..Allah..Allah itu punya banyak rahsia yg kita sendiri xtau apa hikmahnya until we feel it..Allah..Yes!!!Islam xmemerlukan kita malah xrugi pun kalu kita xd..TAPI kita yg perlukan Islam...suatu kepastian yg mana kita akan rugi andai xbersmanya...relate2kan..=)
HATIMU HATIKU JUA...DATS PENTINGNYA TEMAN SEPERJUANGAN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::