Monday, December 27, 2010

replika bernyawa...


bismillahirrahmanirrahim..

"Wajib berlaku reformasi dalam semua hal kehidupan bagi menjayakan transformasi dalam sistem pendidikan demi agama dan negara, tegas Pengerusi Sekretariat Majlis Ulama Asia Tenggara (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin."-Harakahdaily

Sistem pendidikan jika diimbas memang ternyata banyak yang tidak betul-betul mengikut acuan Islam [al-baqarah:138]. Sekularisme sangat-sangat berleluasa.

O, hello..we already knew that sis! You don't have to tel us dat okay.

Ouh, how arrogant we are. Please brothers, sisters. Kalau you all sedar me also dont want to make this post. Bukankah fitrah manusia pelupa..?Dan peringatan itu amat perlu untuk menjadi mukmin berjaya..[adz-zariyat:55]

Kita hanya sibuk membincangkan isu sekularisme itu dan ini segala bagai. Tapi pernahkah kita cuba mencari jalan bagaimana untuk mengatasinya di peringkat kita? Dess...cakap saja takde guna la. Baik tak usah cakap. Membazir air liur [as-saff:2].

Bagi student-student CFS IIUM PJ, jika kita lihat, ada tindakan yang cuba diusahakan untuk mengatasi fenomena ini. Salah satunya ialah dengan pemberian tazkirah di setiap permulaan kelas. Maka, nah..wahai insan-insan yang mengaku penegak kalimah tauhid. Jalan dah terbentang. Sebenarnya tak perlu untuk menunggu pun. Kita yang ada kesedaran ini boleh untuk meggerakkannya sendiri. Tapi, sedarkah kita?

Mahu diharapkan siapa lagi? Malulah diri sendiri jika pemegang kalimah Allah di dada masih menolak aku-engkau. Jadi mahu diharapkan siapa lagi? Dalam isu ini banat usah mengharapkan banin jika tidak mahu rasa terkilan. Takut menjadi seolah-olah pungguk rindukan bulan. Banin? Take it as a challenge. Banat? Antunna pun sama saja. Takde beza. Takde diskriminasi. Kata sayap depan lah. Belakang lah. So, sama-sama gerak.

Yes, EASIER SAID THAN DONE la sis! [9:42] Sebab itu kita perlu kan sokongan dan kekuatan dari semua. Jadikan ini sebagai tanggungjawab kita semua. Apa fungsi berdirinya sekretariat IQRA' jika tiada sumbangan? Mohon maaf andai keterlaluan. Kita ramai. Bergerak ramai-ramai. Bukan seorang. Dakwah itu secara beramai-ramai. [3:104] Make a plan. Atur strategi. Ambik semua peluang yang terbentang. Sebarkan kefahaman agama yang kita ada. Sayangilah saudara seagama kita. Kita hari ini bukan lagi mahu membina ukhuwah, tapi nak menegakkan daulah!*(quote dari musyirah yang pernah mengatakan ini pada saya ketika mana saya beralasan untuk ke usrah)

Tegakkan Islam dari penjuru kita. At the very least we have our bakti here. Kumpulkan semangat anda. Kitalah remaja agen pengubah. Mahasiswa perlu ubah corak pemikiran. Kita tidak hidup menongkat langit. Dakwah tiada henti [3:110] So, tiada salah jika kita jadi pemula. Usah berasa malu, usah berasa gentar. Ini jalan kita. Kerja ini bukan kerja saya, bukan juga mereka, tapi kerja kita.

Diri ini yang bercakap sudah tentu bakal diuji dahulu. Maka bantulah saya juga agar tidak lari dari apa yang saya perkatakan [as-saff:3]. Saya hanyalah insan jahil yang mahu melihat reformasi bersama. Moga ini menjadi penguat semangat saya dan awak. Bukan hanya pandai menasihati tapi melupakan diri sendiri [2:44].

_ISLAM KAMI BERSAMAMU.REMAJA HARI INI PEMIMPIN MASA AKAN DATANG_

2 pandangan:

Emerald said...

erm,a bit direct.:)same2 islah diri i.allah.(">)

munirah.zulkifli said...

direct...???huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::