Saturday, December 25, 2010

semurah nasi lemak..?

bismillahirrahmanirrahim..

situasi : dalam bas pulang ke rumah

alkisahnya video pun dipasanglah..dan sebelum movie tu tertayang..ade la gambar trailer dulu. trailer Cuti-Cuti Cinta yang telah pun ditayangkan di pawagam 21 Oktober lalu. Sampai je 1 part ni mulut saye laju je "bodoh"! Nasib pelahan je.

Filem-filem Melayu sekarang dah hilang kewibawaan. Takde akhlak langsung. Untuk perhatian, akhlak ye. Bukan moral. Ape beza akhlak dengan moral? Akhlak disandarkan dengan syariat Islam.

Motif yang tak membina pemikiran langsung. Usah digembar-gemburkanlah dengan modal insan jika begini caranya. Mencampurkan antara yang hak dan batil sedangkan Islam tu tertegak dengan runtuhnya kebatilan [2:42].

Banyak sekarang kalau tengok, isu cinta diketengahkan. Seolah-olah hanya itu yang negara mahu lahirkan. Masyarakat yang berpimikiran jahil berturutkan nafsu. Kanak-kanak sekolah rendah pun dah diajarkan bercinta. Diajar untuk bernafsu. So, remaja sekolah menengah??? Diajar ke Sekolah Harapan lah..maka boleh la bukak lagi banyak sekolah harapan sebagai penyelesaian.

Filem mencerminkan bangsa. Saya ambik contoh 1 filem yang tak la terbaru sangat ni. Cuti-cuti Cinta. Sangat-sangat la.........................pada part yang Farid Kamil dengan Nora di pantai..



"mak kau lahir kan kau kat reban ayam ke?"
"tengok tu..nasi lemak 50 sen"

Wow, semurah 50 sen je. Oke..benda ini lah yang nak diajarkan kepada anak bangsa. Pheewwiitt...Sangat lah tak bermoral. Oke, xbermoral apatah lagi berakhlak. Jauh panggang dari api la. Ape ke hal la nak judge2 anak dara orang punya badan. Bahasa yang menggambarkan jiwa bangsa. Keruntuhan bahasa melambangkan keruntuhan bangsa. Yang sememangnya meruntuhkan agama.

Oke la, kalau tengok motif die, nak ketengahkan perbezaan darjat..kalau dah jodoh tu tak ke mane. Tapi, matlamat tetap tak menghalalkan cara. [maza yakni].Banyak je lagi cara lain boleh tunjuk. Tak de salah pun kalau betul2 ikut garis panduan Islam. Acuan Islam [al-baqarah : 138]

Masyarakat Melayu Islam makin mundur dengan pemikiran-pemikiran begini. Yahudi sedang seronok umpannya mengena. Halatuju negara makin terumbang-ambing. Islam di puncak penghinaan. Banyak je cerita-cerita yang mengarut. Sakit hati rasa. Tambah menyedihkan bila ada rakan-rakan kita yang terpengaruh. Tak merasa apa-apa malahan berasa suka dengan cerita-cerita sebegini. Ayuh mahasiswa, bangkitlah! Dan sedarkan rakan-rakan anda yang hampir hanyut dengan tipudaya [3:104,110]

_ISLAM KAMI BERSAMAMU.MAHASISWA PEDULI ISU SEMASA_

7 pandangan:

haway mutasawwil said...

akhir zaman

munirah.zulkifli said...

dah xterbendung....lagi sayang kalau orang2 yang faham seolah olah tak mengerti...

_REMAJA HARI INI PEMIMPIN MASA DEPAN_

Emerald said...

post yg memberi kesedaran, tahniah.kupasan yg menarik. :)
cantik wrna hijau blkg ni.nmpak segar-bugar.berseri sekali.hehe.
btw mun, chat box dah 'hilang'lah. payah dah nk merapu lepas ni.
n lagu ni sedap lah.kekalkan eh.
=thumbs up= like.:D

Anonymous said...

tapi tajuk tu nampak pelik..erk.
~segan . :)

aniq said...

aina : chatbox ade la...tgk kat atas skali kanan...ade je..............

anon : tajuk kene capub..haha

halimatonsaadiah said...

adoyai..nasi lemak jugak dapat nama...T_T

~tumpang lalu
~tumpang baca..

munirah.zulkifli said...

bukan senang nak jentik kesedaran dalam seseorang..bukan semua orang nampak apa yang sepatutnya kita nampak..maka berusahalah dari segenap penjuru..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::