Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap
Saya andaikan ramai yang sudah membaca pantun di atas. Patutkah begini? Merosakkan tata keindahan serta kesenian bahasa ibonda kita. Jika dilihat pada bait-bait di atas, menunjukkan bahawa masyarakat kita terutamanya remaja sudah tidak ada lagi sensitiviti terhadap bahasa sendiri. Mereka hanya memikirkan mengenai keseronokan serta apa yang diturut oleh nafsu.
Sedangkan bahasa melambangkan bangsa itu sendiri. Dan kebanyakan yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah bangsa ialah bangsa itu sendiri. Sepertimana yang telah dipaparkan kepada kita kisah keruntuhan Khilafah Islamiyah yang disebabkan oleh faktor dalaman.
Jika dilihat remaja kini yang hanya berfoya-foya melayan keinginan remaja masing-masing, apatah lagi yang akan berlaku pada tonggak kepimpinan negara pada masa hadapan. "Pemuda hari ini ialah pemimpin akan datang". Jadi andai fenomena ini makin berleluasa maka akan runtuhlah pemimpin dan juga Islam akan datang.
Saiyidina Umar pernah berkata, beliau tidak gentar akan musuh tetapi lebih gentar akan dosa yang dilakukan oleh para tenteranya. Kaum Yahudi juga ada memotretkan secebis pengakuan, "Kami tidak gentar pada orang Islam sekarang. Tapi kami gentar seandainya pada solat Subuh itu jemaahnya sama seperti jemaah pada solat Jumaat." Tapi, di manakah boleh kita jumpa jemaah solat Subuh seramai itu di masjid-masjid di Malaysia ini? Malah masjid-masjid kini semakin sepi yang hanya diimarahkan ketika bulan Ramadhan dan waktu-waktu tertentu.
Maka, dengan ini, kita sendiri sudah boleh menilai sejauh mana kekuatan kita. Biarpun bilangan orang Islam di Malaysia ini ramai, tetapi andai yang masih boleh diguna pakai tak seimbang dengan jumlah, vektornya tetap tak mencapai tahap kekuatan.
0 pandangan:
Post a Comment