Hari ini adalah hari terakhir sebelum aku melangkahkan kaki untuk pulang bercuti semester selama sebulan. Hati ini cukup hiba dalam gembira kerana terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat yang kusayangi di kampus.
Tibanya kami di stesen bas, aku tersenyum kecil tatkala melihat orang ramai yang melihat seakan-akan 'zombie' terhadap kami. Mungkin kerana kami berhijab penuh. Iyelah, jubah dan tudung labuh.
--Baru seminggu bercuti, aku sudah terasa kehilangan. Kerinduan terhadap sahabat-sahabat mula menggigit jiwaku. Dan, pada suatu hari, ketika aku keluar ke pekan untuk membeli sedikit barang keperluan, aku berdoa dengan penuh harapan agar Allah izinkan aku terjumpa salah seorang daripada sahabatku di tengah kesibukan kota.
Dalam sedang aku berfikir, tiba-tiba aku ternampak satu kelibat seperti yang pernah aku nampak. Jantungku berdegup kencang. Aku cuba mengekori, namun apabila sampai berdekatan dengan kelibat tersebut, aku termangu sendiri. Terasa terhenti segala urat nadi. Memang betullah kelibat tersebut ialah salah seorang sahabatku di kampus. Tapi Masya-Allah..Dengan tudungnya yang seperti keukarangan inci untuk menutup yang sepatutnya. Serta seluar yang dipinjam dari makhluk Allah yang ghaib, bajunya yang nampak seperti telah dikenakan 'shrinker'. Tanpa disedari, air mataku menitik sambil mulut berbicara istighfar. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh :
Tidaklah dikata di sini saya terlalu jumud sehingga tidak dapat menerima orang-orang perempuan (yang telah faham agama) memakai seluar dan sebagainya. Sedangkan Islam sendiri tidak memberatkan dan asalkan pakaian yang dipakai menutup aurat menurut syarat. Adalah tidak menjadi kesalahan untuk berseluar longgar, berblaus labuh dan besar, juga bertudung tiga segi asalkan tidak menampakkan tubuh. Yang menjadi kesalahan andai sarung kaki tidak dipakai.
Namun, jika kita menilai, antara 2 jam yang kedua-duanya berharga katakan RM300 serta bentuk dan jenama yang sama. Tetapi yang bezanya cuma salah satu diletakkan dalam bekas berlapikkan baldu, walaupun kualiti keduanya sama, harganya juga sama, tapi sudah tentulah kita lebih menginginkan yang berlapikkan baldu itu. Analogi ini bolehlah kita sama-sama berfikir dan menilai akan diri kita. Bagaimana pakaian kita ketika di kampus dan juga di luar.
"Hasanatul Abrar Sayyiatul Muqorrabin"
Namun, kita mesti ingat "KITA BOLEH SYADID TAPI JANGAN JUMUD, KITA BOLEH TERBUKA TAPI JANGAN HANYUT". (Us. Azan Safar - HAFAZ 08)
0 pandangan:
Post a Comment