Friday, June 26, 2009

Setahun, setahun setengah, atau dua tahun???

Nampaknya sekarang ni tengah kecoh-kecoh....
"Extend ke tak?...."
"Extend ke tak?...."

Macam dah nak muntah dah dengar soalan tu. Hurm...ada yang dah lama memang memikirkan nak extend. Ada yang tengah-tengah. Ada jugak yang memang betul-betul tough nak stay still.

Macam-macam pandangan orang yang dah dengar.
"Baik extend...saya pon yang setaun setengah ni macam nak pengsan. Hu..takot nanti xleh nak catch-up jer. Extend aje la.."

"Xnak la extend. Dahla umo dah tua. Bila plak nak kawin. Dahla medic ni lama.."

"Hurm...tahla..xtau nak buat keputusan apa. Nak nangis dah rasa. Macam mana ni. Nak kena bagi jawapan harini...=(..."

Ni la antara jawapan-jawapan sahabat-sahabatku.

Ramai jugak la yang dengar-dengarnya extend jadi setaun setengah. Tapi apa-apa pun, terpulang kepada diri kita. Kalau kita rasa mampu, so go on. Yang penting, yakin dengan diri sendiri. Yang extend, insyaAllah anda telah membuat keputusan yang terbaik.

Buat yang lain, sama-samala support sahabat-sahabat kita yang tak extend tu. Kalau depa tensyen sangat ka. Tolong la yang mana patut. Dan buat yang berkenaan, STRIVE HARD!! Buat yang terbaik. Jangan main-main. All the best. Mintalah dari Allah.

---------------------------------------------------------
Penjelasan:

Program setahun dikenakan untuk mereka-mereka yang:
-exempted english, exempted arab
-exempted english, level 2 arab
-level 6 english, exempted arab
(ni bagi kos medic,dent,phmcy,biosc,physc,allhs,n nus.bg aed n engne..maaf,kurang jelas)

InsyaAllah selepas ni, akan ada sedikit information tentang sape yang buat setahun, setahun setengah, dan 2 tahun.

Kasih ini...KASIH ABADI..


YA Allah..macam nak kena dur ja aku kali ni..out of 7 questions,i only can answer 4 q..fuhh,mmg sah kena repeat..kalau aku x kena dur,mmg kes aku nih boleh masok rncangan ripley's blieve it or not..

Perasaan?..down tu xyah cakap la sampai petala ke brapa dah..air mata aku ni dah macam empangan maghribi pecah pulak,non stop..

solutionnya??..solat!!..solat la ubat paling mujarab..kat sejadah la nak nangis puas2..Allah yg Maha Pengasih sntiasa bersama aku..ya Allah,Kau campaklah secebis ketenangan dlm hatiku agar aku redha dgn takdirMu..Kau hadirkanlah kpdaku sahabat2 yg akn menguatkanku di saat aku lemah..
...........nway,aku bkannya nak crita bab exm nih...........

Allah yg Maha Pengasih menjwb doa hambaNya dgn plbagai cara..

Time2 sdih mcm 2 la,acu datang bilik..
"Acu..tlg tenangkan hati acik..dari tadi xleh stop nangis..acik xleh jawab exam...sob3x.." Lama dia merenungku..."Acik...kita sbagai hamba..bla..bla..bla..".
nasihat drpda adik-bradik usrahku mmpu mmberi aku ktenangan.

"Alang...tlg la acik..glabah sangat2 nih..cmna nak wat presentation tntang tajuk nih?nak kena speaking plak tu...alang kan debater...gtaw la tips2 cket..."

"Acik da problem la aniq..masalah hati..hu3x..acik dah cuba nk settle,tp acik x kuat...pada pndangn aniq la kan,utk mslh hti ack nh.................bla3x.."

... nak wat benda kurang baik pon kena ada penguatnya jgk....
"Anje,xpe ke kalau kita x wat essay...dah smingu dah tc bg homwork ni..tkot tc ngamok ja...
tapi xpa la..ada geng..hehe...kang kalau ttiba anje rsa nk wat essay ni,infom kat acik taw."

Pada pendapat along,utk persoalan golongn yg wajib diperangi ni mcm mna?..acik still blur2...
tadi dah tanya ayong...ayong kata......bla5x.."

Dari sekecil-kecil prkara smpai sebesar-besar perkara,semuanya aku kongsi dgn sahabat2ku,mrangkap adik-bradk usrah..
Inilah topik yg ingin aku bawakan kali ini.Walaupun ukwah sering dibincangkan,namun topik ini tetap menjadi topik yg diulang-ulang kerana semua orang pernah dan sedang merasai manis dan pahitnya ukhwahh..

Ukhwah bukanlah 1 hubungn yg boleh diklasifikasikan sbgai biasa kalau kita lihat dri sudut yg sbnar..ternyata ia mrupakan hubungn yg luar biasa krna ia boleh mmbuatkan kita rasa happy,sedih,teruja,tenang,resah,menjadi pmbakar semangt dan sbagainya..

Ukhwah sememangya indah,namun jangan kerana ukhwah,kita semakin jauh drpd Allah.Kalau kita terlalu bergantung kpda sahabat,jgn smpai pergntungn tersebut melebihi pergntungn kita kpda yg menganugerahkan hubungn tersebut..

Kita perlu pandai memilih sahabat..mudah2an,sahabat yg kita pilih ini akn mendekatkan lagi diri kita kpda Allah..Sentiasalah bermuhasabah..atas dasar apa kita berukhwah..Adakah kita menjadikan ukhwah kita sbagai 1 generator mnuju Yang Esa?...Jika niat kita berukhwah untuk mendapat keredhaan Allah maka kita dan sahabat akan sentiasa mndekatkan diri kpada Allah...

"Ada 7 golongn yg akn dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya, 2 lelaki yg berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya"
Moga-moga kita tergolong dalam golongn tersebut....


Golongan yg bersahabat kerana Allah ini akan sentiasa dlm ketenangan kerana mereka cinta-mencintai atas dasar akidah...doa2 untuk kesejahteraan sahabat sering dilafazkan tanpa mengharapkan balasan dan bicara2 nasihat yg menenangkan sentiasa diberi tanpa dipinta....

Rasulullah sendiri mempunyai sahabat2 berperibadi unggul seperti Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Usman,Saidina Ali,Bilal bin Rabah,Abdurrahman bin Auf dan lain2...Baginda turut hidup bersahabat..Masakan kita yg serba kekurangan boleh hidup tanpa sahabat?...Logiknya,manusia perlukan sahabat dlm melayari khidupan. Tanpa sahabat kita lemah..Tanpa sahabat terasa kaki mudah patah..Tanpa sahabat longlailah langkah dan tanpa sahabat kita seringkali rebah..

Menyusur kembali sirah perjuangan Raulullah SAW..
Pernah suatu hari,Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar keluar pada waktu tgh hari kerana kelaparan yg teramat sngat....Kemudian mereka terserempak dengan Rasulullah.Mereka bertanya kenapakah Rasulullah berada di tengah2 matahari panas ini?...
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Apa yg menyebabkan kamu keluar rumah,itulah yg menyebabkan aku berada di sini"

Hidup kita mmg akan terasa kuat andai kata punya shbt sebegini.....
Sama2 merasai kesusahan..sntiasa disisi ketika ditimpa ujian...sama2 bersengkang mata mnyiapkan tugasan(keja apa ek smpai x tdo?hahaha)..sama2 menangis krana gagal imtihan(hehe)..
Pokoknya,ada sahabat yg memahami di sisi,hidup kita terasa terisi...sama2 saling mengasihi,utk mencapai kasih Ilahi..

Pernah 1 ketika sorg sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kpda seorang shbatnya yg lain...Rasulullah pun bertanya semula..,apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya?.....
Sahabat itu menjawab dia belum berbuat demikian...Lantas Rasulullah pun berkata "Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya"

Istimewa buat sahabat2 seperjuangn ana d dq..
syukran kathir d atas ukhwah yg x ternilai ini...ukhwah yg ana dpt d dq adlh yg teristimewa...moga kasih kita semua hingga ke syurga..

Special ddcation 2 ol my siblings....
memiliki kalian adlh amat bermakna buat diri ini...moga2,kita tergolong menjadi insan2 yg hatinya rindu pada kebenaran dlm mengatur langkah meniti kehidupan mencari redha tuhan....
Amiiin......uhibbuki fillah..andai terpisah..moga bertemu di jannah..


-Hazwani Khamarudin- ACHIK.....

Wednesday, June 24, 2009

Result?????


Rasanya semua sudah sedia malum bahawa keputusan periksa untuk untuk Persijilan Tahfiz dah pun keluar. Semua dah tengok ke belum? Ada ditampalkan kat board unit rekod. Pada mulanya ana ada la jugak angan-angan nak postkan semua result korang kat sini...tapi nanti kantoi pulak..hehe..


Em, rasanya ramai yang dah tau dah kot result masing-masing. Bagi yang IMTIAZ tu TAHNIAH!!! diucapkan. Moga ini menjadi satu platform untuk antunna meneruskan perjuangan sebagai hamalatul quran...(Bila korang nak belanja kitorang??)


Bagi yang kurang tu plak, anggapla semuanya datang dari Allah. Kemasyian AQ bukan terletak atas sijil dunia tetapi letaknya dalam qalbi. Jangan jadikan ia sebagai batu penghalang tapi jadikanlah sebagai batu loncatan. Yang dah berlalu tetapkan berlalu. La tahzan..Mana tahu, masa mendatang mungkin antunna lebih mantap AQ dari yang lain.


Konklusinya, AQ wajib jaga sepanjang hayat. Kelas tasmi' pon dah stat kat cfs uia pj nie. Jadi, gi jangan dok gi.


Friday, June 19, 2009

Jom POSTING!!!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Di sini ada satu pengumuman..
Sila baca baik-baik..
[macam kenal je...tapi di mana ya??]

Perhatian kepada semua sahabiah GEN9...
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi author blog ni..maksudnya nak sama-sama post2 apa2 dalam ni secara suka-suki...

Bolehlah bagi nama anda dan emel anda kepada saya: [Munirah] di hotline no.: [014-tekan2 xdapat]..mesej la ye..

Terutama diharap sangat partisipasi dari antunna yang memang rajin online dan suka ja merapu dalam imternet ni.

K, terima kasih..

-MP3-

I'ADAHISME

Assalamualaikum..

Buat semua sahabat-sahabat seperjuangan..

Sedikit coretan buat kali ini. Mungkin entri kali ini agak santai kot. (Eh, rasa cam sama je sebelum ni pon)

Pada suatu malam yang indah lagi cantik..Subhanallah...
[Bermadah la plak..]
.........................................

Pernah dengar tajuk tu? I'ADAHISME..ya, kalau dulu kat DQ word tu slalu ja kita dengar kan. (Aii..macam-macam la DQ ni kan..Tambah '-isme' baru la plak. Maklumlah, pakat-pakat cekap BM semua..) Tambah-tambah bila nak dekat ngan exam. Yala...sapa yang tak nak imtiaz..

So, macam mana plak sekarang? Masing-masing dah membawa haluan sendiri. Dah macam susah nak dengar dah word tu. Rasa macam rindu pon ada gak. Kalau dulu kat DQ word tu macam 'label'....dapat maksud ana?

Kalau diamat-amati, masa sekaranglah yang sebenar-benarnya menguji setakat mana AQ kita. Setakat mana 'excellent' nya kita. Sejauh mana kita berusaha untuk menjaganya. Bak kata ustaz Jihadi waktu Haluan Siswa dulu, "I'adah sampai MATI". Masih terngiang-ngiang sampai sekarang.

Em, tapi benarlah seperti yang slalu orang kata, cakap senang la wei..buat tu susah. Tambah-tambah sekarang ni dengan banyak subjek. Waktu penuh sampai ke petang. Tapi semua tu tak mustahil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betul tak? Betul3x....

Jadi, salah satu jalannya, buat bebudak cfs..nanti bila klas AQ dah stat, jangan la ngelat plak. Buat yang lain yang tak bersama kat cfs, carilah jalan..berusahalah untuk menjaga AQ anda. Serta berusahalah untuk mentadabburnya dan mengamalkannya. Buat la jadual. Tetapkan waktu. Dan yang penting, paksa diri=).


So, kawan-kawan...sama-samalah kita ingat-mengingati satu sama lain..jangan lupa 'iadah............................

Watch Out!!!!

3 pagi tak tido lagi
duk sibuk 'update' blog ni
tuk sahabiah2 yang disayangi
jom tengok apa citer dalam ni!!!

huhuhu....

selamat belajorla dalam bidang masing2........
ada yang kat PJ, ada yang kat Nilai, USIM,IKMAS dan ada jugak yang akan 'fly' ke Mesir hujung tahun ni, insya-Allah...

urmmm...
bidang pengajian pun dah tak sama..kalau dulu, sama-sama amik bidang tahfiz..
sekarang lak, medik, gigi, obat, enjin, misi, fizik, bio, allied, ekon, base arab, base omputih, pelan, dan tak lupa jugak bakal pewaris ulamak.....lainnnn...isk..isk..


BAKAL TOBIBAH

-Norhani Nabilah
-Fathy Nabila Najla
-Nadiatul Husna
-Siti Khadijah
-Wan Qurrotu Aini
-Nor Amanina Yusra
-Liyana Arsani
-Nurul Nadiah
-Munirah Zulkifli
-Musyirah Amaran
-Siti Aisyah
-Nordalila (Mesir)
-Siti Nur Hidayah (Mesir)
-Ummu Habibah (Mesir)
-Siti Noor Liyana (USIM)

BAKAL 'OBATTAR'

-Nur Afiqah
-Nur Syakirah
-Norhajariah
-Faizah Shamsul Arifin
-Nurul Fathiah
-Adibah Parman


BAKAL 'GIGI'

-Aisyah Humaira'
-Nurul Bahiah
-Farah 'Aqilah
-Hanisah Sopian
-Siti Zakirah
-Ameerah Rosli






BAKAL 'MATA'//'TELINGA'/'DIET'/'X-RAY'

-Nurul Aimi
-Nurul Husna
-Nur Fadiah
-Hajar Sharipudin
-Adlina Zainal Abidin
-Adawiyah Ahmad
-Nurul Aina
-Nurul Emielia




BAKAL 'MISI'

-Muna 'Adila
-Sarah Sharipudin

BAKAL 'PAKAR EKONOMI'

-Siti 'Aishah Jauhara

BAKAL 'ENJIN'

-Norhayati

BAKAL 'PELAN'

-Noor Fathihah Fatin

BAKAL 'ARABIAN'

-Nur Faezza

BAKAL 'OMPUTIH'

-Noor Asyikin


BAKAL 'USTAZAH'

-Zainab 'Aqilah
-Hidayatul Sa'adiah(IKMAS)

BAKAL 'BIOLOGIST'

-Noor Atiqah
-Hazwani
-Noraini Mardhiyah
-Wirdah
-Atikah Alias

BAKAL 'PHYSICIST'

-Nor Izzati Azwa
-Nursima


So, ol da bestla deh!!!! Belajor sungguh-sungguh!!! Jangan main-main!!!
Haa, Quran dah hafal kan??? So, jange lupo ngule jugok!!!!

Nanti bila dah berjaya sume (insya-Allah), akan diadakan satu meeting tergempar untuk kita tubuh "Macam-macam ada .co"...
Salam juang!!!

***mintak maaf andai ada yang tersalah letak kos atau tak disebut namanya..kalau ada bgtaula ea...ok..Wallahu a'lam..

Semarak Perjuangan...



Saudara! Kau merdeka di balik alam baru
Saudara! Kau merdeka dari belenggu itu
Kalau betul kau berpegang pada Tuhanmu
Apa helah makhluk tidak berbekas padamu

Saudara! Kan musuh tentera zalim tak menentu
Akan muncul di alam ini satu fajar baru
Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu
Lihat, nun fajar baru menari-nari menujumu
Saudara! Darah badanku membeku mati
Tidak mengalir kerana ikatan abadi
Dia kan membawa sembahan ke lelangit tinggi
Bertakhta medali di syurga nan abadi.

Saudara! Kau tangisi atas pemergianku
Tersiram khusyuk di kuburanku
Mereka nyalakan lilin dari mayatku
Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya
Saudara!Jika kutidur, jumpa kekasih
Raudhah Tuhanku telah tersedia dan isi
Burung-burungnya berkepak silih
Berada di Taman Firdaus

Saudara! Ikutilah kalian jejakku ini
Puak demi puak, angkatan baru susuli
Meskipun aku mati, tapi mati suci
Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi
Ku membela nama Tuhan dan agama
Dengan yakin atas sunnah, ku jalan selamanya
Entah demi kemenangan di merata dunia
Entah untuk mendapat balasan dari anbiya'.

Petikan : Sajak Assyahid Syed Qutb sebelum dihukum gantung


Berderau darah mengalir dalam tubuh apabila membaca apa yang tersirat dalam sajak tersebut. Terfikir diminda adakah hati kita bergetar seperti ini saat membaca kalimah Quran yang suci???

Rupa-rupanya, diam tak diam, kita semua dah khatam 30 juzuk al-Quran.
Apa yang kita dapat ea, selepas setahun setengah kita berjuang???

Of coursela banyak yang kita dapat. Kita belajar tentang ukhuwah. Dakwah. Perjuangan. Banyak lagilaa. Tapi persoalannya, sebanyak mana kita amalkan semua tu???

Semua persoalan ini bergantung kepada diri kita sendiri.
Lebih-lebih lagi, bila kita masuk alam baru. Di bumi barokah CFS (insya-Allah).


Rasanya, tak terlambat untuk mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' buat Banat Gen 9
ke dunia realiti yang sudah semestinya penuh mehnah dan tribulasi yang menanti di hadapan.
Dunia yang memerlukan kita untuk merealisasikan ayat-ayat suci yang kita sudah hafal di Bumi Darul Quran.

Firman Allah SWT :
"Kamu umat Islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh kepada makruf, dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman tentulah lebih baik bagi mereka. di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkannya adalah orang-orang yang fasik"
(Surah Al-Imran:3:110)

Perbincangan utama adakah kite mahu menyahut seruan ALLAH untuk menjadi umat Islam yang terbaik???? Jawapannya : tepuk dada tanya iman.......=)

Apapun, ana cukup yakin dan optimis, sahabiah-sahabiah ana mampu menggalas amanah dakwah dan membawa imej yang baik sebagai 'hamalatul Quran'.

TAKBIR!!

ikhlas daripada kami : nailah al-farafishah & zinnirah..

da bersih daaa.....

Alhamdulillah,akhirnya jari-jemariku bergerak jugak......
aku mencapai kain buruk......
lalu aku terus menuju ke destinasiku....
aku tidak menghiraukan caci-maki orang-orang di sekelilingku....
ada yang kutuk...ada yang bagi semangat...
malah ada jugak yang buat tak tahu je.....
ye laaaaa I'M JUZ A CLEANER!!!!!!!!
takde sape nak hirau aku....
nak buat macam mane.....
nie la putaran kehidupan aku sbg seorang pencuci...

"Mengharungi samudera kehidupan,
Kita ibarat para pengembara,
Hidup ini adalah perjuangan,
tiada masa tuk berpangku tangan.

la..la..la..."

Alhamdulillah, dah siap pun keje aku..
em,bersih jugak ea...=)

korang sume faham x??
tu maksudnya aku dah update blog ni....huhu...
syukran kathiran atas kerjasama kalian sume..
sayang korang!!!
HIDUP BANAT GEN9....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::