Friday, June 19, 2009

Semarak Perjuangan...



Saudara! Kau merdeka di balik alam baru
Saudara! Kau merdeka dari belenggu itu
Kalau betul kau berpegang pada Tuhanmu
Apa helah makhluk tidak berbekas padamu

Saudara! Kan musuh tentera zalim tak menentu
Akan muncul di alam ini satu fajar baru
Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu
Lihat, nun fajar baru menari-nari menujumu
Saudara! Darah badanku membeku mati
Tidak mengalir kerana ikatan abadi
Dia kan membawa sembahan ke lelangit tinggi
Bertakhta medali di syurga nan abadi.

Saudara! Kau tangisi atas pemergianku
Tersiram khusyuk di kuburanku
Mereka nyalakan lilin dari mayatku
Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya
Saudara!Jika kutidur, jumpa kekasih
Raudhah Tuhanku telah tersedia dan isi
Burung-burungnya berkepak silih
Berada di Taman Firdaus

Saudara! Ikutilah kalian jejakku ini
Puak demi puak, angkatan baru susuli
Meskipun aku mati, tapi mati suci
Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi
Ku membela nama Tuhan dan agama
Dengan yakin atas sunnah, ku jalan selamanya
Entah demi kemenangan di merata dunia
Entah untuk mendapat balasan dari anbiya'.

Petikan : Sajak Assyahid Syed Qutb sebelum dihukum gantung


Berderau darah mengalir dalam tubuh apabila membaca apa yang tersirat dalam sajak tersebut. Terfikir diminda adakah hati kita bergetar seperti ini saat membaca kalimah Quran yang suci???

Rupa-rupanya, diam tak diam, kita semua dah khatam 30 juzuk al-Quran.
Apa yang kita dapat ea, selepas setahun setengah kita berjuang???

Of coursela banyak yang kita dapat. Kita belajar tentang ukhuwah. Dakwah. Perjuangan. Banyak lagilaa. Tapi persoalannya, sebanyak mana kita amalkan semua tu???

Semua persoalan ini bergantung kepada diri kita sendiri.
Lebih-lebih lagi, bila kita masuk alam baru. Di bumi barokah CFS (insya-Allah).


Rasanya, tak terlambat untuk mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' buat Banat Gen 9
ke dunia realiti yang sudah semestinya penuh mehnah dan tribulasi yang menanti di hadapan.
Dunia yang memerlukan kita untuk merealisasikan ayat-ayat suci yang kita sudah hafal di Bumi Darul Quran.

Firman Allah SWT :
"Kamu umat Islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh kepada makruf, dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman tentulah lebih baik bagi mereka. di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkannya adalah orang-orang yang fasik"
(Surah Al-Imran:3:110)

Perbincangan utama adakah kite mahu menyahut seruan ALLAH untuk menjadi umat Islam yang terbaik???? Jawapannya : tepuk dada tanya iman.......=)

Apapun, ana cukup yakin dan optimis, sahabiah-sahabiah ana mampu menggalas amanah dakwah dan membawa imej yang baik sebagai 'hamalatul Quran'.

TAKBIR!!

ikhlas daripada kami : nailah al-farafishah & zinnirah..

0 pandangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::