Tuesday, March 23, 2010

Aki mencari erti tamadun

Aki berjalan tanpa selipar. Dia berjengkit-jengkit menahan panas. Jalan tar dari kejauhan seperti berasap-asap. Aki terus berjalan tanpa mengendahkan pandangan orang sekeliling. Bagi dirinya, pandangan sebegitu sudah begitu lazim dengan dirinya.


Kata orang, dia seperti rusa masuk kampung. Aki tidak faham mengapa dia dilabel sebegitu rupa. Dia bukannya bertanduk cantik seperti rusa. Sedangkan berjalan ke pekan sudah dilabel bermacam-macam, apakan daya dia mahu ke bandar. Adakah dia kelihatan begitu pelik tanpa selipar buatan penjajah?


Aki benci Jepun. Sejak awal hidupnya dulu, masa dilahirkan lagi dia diterap supaya membenci Jepun. Kerana Jepun sejarah keluarganya berakhir di hutan, seperti sekarang. Kerana Jepun yang jahat dan suka menyerang orang kampung, atuknya dan orang kampung berlari ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri. Kesannya hari ini dia dipandang pelik oleh orang-orang bandar yang mengganggap diri mereka bertamadun. Kadang-kadang Aki mahu ketawa sendiri, bertamadunkah kalau pakaianpun seperti tidak cukup kain?


Aki pernah dengar ceramah dari ustaz di rumah Tok Batin tempoh hari. Itupun sempena program yang dianjurkan oleh kumpulan terpelajar yang menyedari betapa agama Islam itu indah dan perlu disebarkan. Mahasiswa dan mahasiswi kata mereka." Kami ada wawasan memartabatkan agama."


Aki teringat kata Ustaz yang memberi ceramah tempoh hari, " Sebagai orang Islam, kita perlu menutup aurat. Islam agama yang mulia, memartabatkan maruah hambanya terutama wanita. Wanita adalah fitnah dunia, kerana itu wanita dijaga dengan lebih rapi supaya terlepas dari segala fitnah." kata ustaz itu dengan penuh kesungguhan.


Kata ustaz lagi, sejak zaman nabi Adam dan Hawa lagi, Islam telahpun menunjukkan kepada manusia tentang menjaga maruah dan memuliakan diri sendiri. Islam sedari awal telahpun mengajarkan manusia tentang tamadun. Aki terlupa dari ayat mana dan surah apa, tetapi Ustaz ada menyatakan bahawa di dalam al-Quran tertulis dengan jelas sewaktu kedua-dua nabi Adam dan Hawa memakan buah Khuldi, maka sejurus itu Allah menurunkan perintah agar kedua-duanya turun ke Bumi. Pada ketika itu, Adam dan Hawa hanya tinggal sehelai sepinggang tanpa seurat benangpun dibadan dan kerana itu keduanya menutup aurat masing-masing menggunakan daun. Bukankah itulah yang dinamakan tamadun? Penciptaan ke arah sesuatu yang lebih baik. Menutup aurat itu, kata ustaz samalah mencipta pakaian.


Bukankah perbuatan mencipta itu adalah tamadun? Tapi zaman sekarang Aki lihat definisi tamadun sudahpun berubah. Asal sahaja tamadun semua orang memandang Barat, sedangkan kata Ustaz asalnya dari Islam. Aki yakin dan masih jelas lagi diingatannya ceramah dari ustaz tersebut. Ini kerana, Ustaz tersebut sangat pandai bercerita. Aki suka sebab kadang-kadang Ustaz berlawak sehingga jemaah yang mendengarpun turut ketawa. Malah kata Ustaz, Rasullullah sendiri suka bergurau, namun sebagai umat Islam, setiap tingkah dan perlakuan perlulah di lakukan secara bersederhana.


"Hoi, jalan berkaki ayam ingat ini hutan ke?" sergahan dari seseorang membuatkan Aki terkejut. Aki memandang datangnya suara itu. Lelaki berbaju kemeja sedang memandangnya dengan wajah yang tidak senang. Aki cuma tersenyum, dalam hati dia cuba bawa bersabar. Dia tahu, sabar itu sebahagian daripada Iman. Sebagai umat Islam, Aki mahu merasai nikmat Iman itu walaupun berjalanannya sebagai Muallaf masih baru.


"Itulah masalahnya kalau hidup duduk dalam hutan. Setiap benda nak ikut perangai haiwan! Tak bertamadun langsung." Lelaki itu menyambung kata. Entah apa yang dia tidak puas hatipun, Aki tidak tahu.


Aki masih tersenyum sambil memandang perempuan yang sedang berkepit dengan lelaki itu. Lelaki itu merangkul mesra pinggang wanita itu. Sesekali tangan nakal itu menjalar ke bahagian yang tidak sepatutnya. Dalam hati, Aki tertanya-tanya sendiri, bukankah menghampiri zina itu berdosa besar? Bukankah perbuatan zina itu haram kerana lagaknya seperti haiwan yang tidak mengenal adik-abang, ayah-anak, saudara-mara, sepapat dan sesusu.


Islam agama syumul, agama yang mengajarkan tentang ketulenan keturunan. Bertamadunkah begitu? Berpelukan dan bergaul mesra tanpa ikatan, menghampiri selangkah lagi ke arah dosa besar. Aki beristighfar sendiri.


Aki masuk ke dalam sebuah kedai. Aki membelek-belek barang-barang yang perlu dibelinya. Tiba-tiba seorang lelaki separuh baya mendekati peti ais. Tin beer di ambil lalu tanpa malu menghampiri kaunter dan membayarnya. Si penjual memberi tin tersebut dengan senyum gembira.


Aki terpana seketika, kedua-dua mereka berbangsa Melayu dan kemungkinan bangsa Melayu di Negara ini beragama Islam adalah melebihi sembilan puluh peratus. Bukankah selain peminum arak, ada tujuh lagi golongan yang tidak akan mencium bau-bauan syurga? Jika tidak silap salah satu dari tujuh golongan tersebut adalah penjual dan penghidang arak. Lalu mengapakah kedua-duanya masih lagi tersenyum? Tambah menyedihkan, perempuan yang berdiri di kaunter pembayaran itu siap memakai tudung, manis menutup aurat. Jahilkah dia seperti dirinya yang tinggal di hutan?


Lagi satu, Aki asyik juga tertanya-tanya, tidak takutkah lelaki itu disebat dikhalayak? Sementara fikirannya mencari jawapan, Aki melangkah ke kaunter pembayaran sambil memeluk semua barang-barang yang telah dipilihnya tadi.

“Assalamualaikum Kak, nak tanya boleh?” soal Aki.

“Apa dia?” kata wanita itu, kali ini tidak ada senyum juga tanpa jawapan salam. Aki tersenyum kelat. Bukankah yang member isalam itu sunat manakala yang menjawab salam itu wajib?


“Abang tadi tu beli air apa ye?” soal Aki sekali lagi bernada ingin tahu sedangkan dia sebenarnya Cuma mahukan kepastian.


Perempuan itu tergelak. “Dia beli beer, ada kat sana. Kalau nak ambillah! Jawabnya tanpa sebarang rasa tidak senang atau luar biasa.


“Tak naklah, Arak bukanke haram?” soal Aki lagi.


“ Zaman moden dan bertamadun macam sekarang, apa yang nak hairan sangat? Biasalah macam tu. Minum jangan sampai ketagih, apa salahnya. Jangan sampai hilang pertimbangan. Arak tu asalnya haram sebab memabukkan. Selagi minum tak mendatangkan mabuk, apa salahnya?” jawab perempuan itu secara bersahaja. Aki mengangguk tapi dalam hati dia sangat tidak bersetuju.


Dia teringat kisah pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Pada ketika itu, arak adalah minuman ruji bagi mereka tetapi setelah Allah menurunkan wahyu mengatakan meminum arak hukumnya haram, maka dengan serta merta mereka berhenti minum. Bukankah panggilan Allah itu punya musabab yang besar? Walau bagaimanapun, pada golongan yang tidak mampu menahan hawa nafsu dari meminum arak, mereka ini dikurung di dalam penjara bagi tujuan mengubati ketagihan.


Kalau tidak silap, Aki pernah terbaca kisah tentang seorang sahabat yang sangat kuat meminum arak dikurung di penjara. Satu hari berlakunya panggilan jihad yang mengajak untuk berperang. Lelaki ini memohon kepada Khalifah Umar Al-Khatab untuk turut serta berperang. Pada ketika itu, ada penjaga penjara adalah seorang wanita. Dalam nada berseloroh, wanita ini bergurau dengan mengatakan bahawa si sahabat ini mahu keluar meminum arak. Lelaki ini bersumpah dengan nama Allah bahawa niatnya sekadar ingin turut serta berperang. Akhirnya dia dibenarkan ikut serta. Bila berakhirnya perang, lelaki itu pulang semula ke penjara seperti yang dijanjikan dengan kerelaannya.


Aki tidak bermaksud menyuruh lelaki yang membeli beer itu supaya terus meminum arak. Tidak, ia haram di sisi agama Islam. Namun jika sudah sampai tahap ketagihan yang luar biasa, Aki rasa tidak salah jika lelaki itu cuba berjihad menjauhi diri dari membeli arak. Sekurang-kurangnya bukan dari tempat terbuka seperti ini. Namun, diam-diam Aki terpaksa bersetuju, kalau tidak ada pembekal maka tidak akan adalah membeli. Perlukah dia menyalahkan pihak pembekal yang menyediakan stok minuman keras? Aki terdiam, tidak berani mahu bersuara. Dia takut silap-silap hari bulan pendapatnya di salah anggap sebagai menentang Negara. Diam-diam dia takut diseret ke ISA.


Setelah selesai urusannya membeli barang-barang dari senarai yang dibawanya bersama tadi, Aki sudah mahu pulang. Beg-beg plastik yang banyak itu dijinjitnya dalam keadaan kepenatan. Aki terpaksa menunggu bas kena bas adalah satu-satunya medium untuk dia pulang ke kawasan terpencil seperti tempat tinggalnya. Namun setelah sejam menanti, bas yang dinanti masih belum tiba. Dalam hati Aki berasa sangat geram. Wajah Pak Mat pemandu bus terbayang-bayang di matanya.


Aki geram, tidak tahukah mereka betapa berharganya masa? Bukankah dalam Islam sendiri meminta umatnya menghargai masa dengan menyuruh solat awal waktu? Islam sangat indah, mengajarkan setiap dari umatnya segala kebaikan. Tapi mengapa tidak diikuti? Setengah jam selepas itu baru Pak Mat sampai, itupun sambil menghisap cerut.


Aki menutup hidung. Dia tidak mahu menghidu asap dari cerut itu. Dia tidak mahu mati kerana menjadi mangsa perokok kelas kedua. Sekali lagi, Aki berasa tidak puas hati. Islam melarang umatnya membunuh diri kerana nyawa itu adalah milik Allah. Lalu mengapakah masih ada yang berani secara terang menjadi pembunuh? Bukankah porokok berpotensi menjadi pembunuh kepada diri sendiri dan orang lain? Aki buntu. Dia hilang mencari nilai kemanusiaan dalam norma masyarakat.


Aki melepas lelah. Seharian berada di pekan buat hatinya tidak tenteram. Beginikah masyarakat bertamadun yang selalu di dengarnya? Jika benar dia lebih rela terperuk dalam hutan, kawasan terpencil yang aman walaupun tanpa sebarang pembangunan.


Segala janji mahu membangunkan kawasan perkampungannya sememangnya acapkali manis dibibir sahaja, namun bagi Aki lebih baik begitu. Dia lebih senang mendengar cakap-cakap kosong ahli politik yang memancing undi dari menjadi mangsa pembangunan tamadun. Jika inilah yang digelar tamadun, Aki rela hidup dalam kegelapan tanpa sebarang pembangunan dan teknologi. Biarkan dia dan orang-orang kampungnya sahaja yang berjihad dan berjuang mengekalkan tradisi.


Di simpang menghala ke kampungnya, Aki turun dari bas berjalan kaki ayam sambil menjinjit barang-barang yang dibeli di pekan tadi. Aki serik, dia seboleh mungkin tidak mahu ke Bandar lagi!


Sekian..

.aina.

~guna id izzati untuk mengepost.


Ps : Cerita ini dipetik...harap x kena saman..kalo x,,sadaqallah.


: jgn lupa dapatkan buku Hlovate >Versus..memang bez! sold out.

x tipu..Worth..ada mesej yang ingin penulis sampaikan.(^_^)

(mesej dakwah yang x begitu direct semestinya..)

Cara penyampaian yang kreatif..tapi mungkin minat tiap orang berbeza.

Saya juz recommend kan..anda berhak menilai..


2 pandangan:

munirah.zulkifli said...

weh..ape ketan buku hlovate ngn artkel tuh?

ak pnjm buku ko je la Na..=)
rncgn jmat blanja..

moral value(s) : kta lani jgn dok kata merdeka dh..tp sbnqnya pkran msh djajah..pdgn kta sll ja berqiblatkan barat..takot u mngkkn y bnar..

aina said...

He2..saya mna ade bku tu..pinjm musyi punye.zati ade.pinjm lah kat die.bez...hari 1st tghari dah sold out.saya kate:kaya hlovate.wlaupon identiti xdiketahui.hu2.

btol..minda terjajah..buat hukum agama ikut selera..ape da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::