Monday, August 23, 2010
Lawatan ke Rumah Orang Tua
Bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Asslamualaikum...
Ucaptama :
Asifah sbb lama tak update blog ni. Makin tak terurus. Almaklumlah..bizi sangat (konon je..)..buat sahabah2 gen9..apakah kekhabaran antunna semua??tak kire lah kat mane pon korang berada..insyaallah fi ri'ayatillah..=)
So..as stated above..saje nak mencari publisiti je ni sbnanye..haha..belakangn ni saye suke je post pasal bnda peribadi..haha..korang marah tak? klu xboleh len kali saye xbuat dah..(boleh la..boleh la..hehe)
2 minggu ke 3 minggu lepas tah..alhamdulillah saye (munirah) dan wirdah pergi melawat ke rumah orang2 tua Al-Ikhlas kat Cyberjaya. Ktorang pegi wif my cousin yang works as an editor kat RTM (dh kawen tp kuota lagi 3..haha).
Mule2 smpy kat situ memang cuak gaban la..nampak sangat kata perak wal jakun xbese dengan orang tua ni..nak buat ape pun tak reti. Time kitorang sampai tu..ada lagi 2 buah institusi yang jugak tengah buat charity hari tu. SMK tah ape name ntah and Lim Kok Wing College (tesentak jgk ak dgn bebudak LKW ni).
Kitorang pon bermusyawarah sejenak. memang amat teserlah yang kitorang ni lack of sense of bergaul dengan orang luar. tak pandai pon. majoriti kita mcm ni. bila mix je dengan masyaralat jadi ala2 kambing masok bandar. ckp je banyak.sheesh..
Hampir dalam pkul 12 macam tu..semua pakcik pakcik makcik makcik tokwan nenek dibawa ke ruang tamu. Sek2 LKW nak buat pesembehan. Main gitar woo..tabik spring la..haha..Tapi sebnanye kesian pon ade jugak bila tengok situasi macam tu.
Time tu jugak lah aku pon berangan (hobi yang termaktub dalam biodata perwakilan IQRaC..aha..bengong tul.sian pengerusi)..seandainya lah yang pergi buat charity tu golongan hafiz hafizah Quran..sudah pastilah lain yang akan terjadi..alangkah indahnya jika hafiz/hafizah mendendangkan alunan suci ayatul quran buat nenda2 yang berada di sini..sedikit tazkirah buat peringatan sebelum ajal menjelang tiba yang tidak tahu entah bilanya..(tah2 aku yg mati dulu spa tau..hny Allahu'alam).
Pastu aku pon tersedaq balik bila hingaq sangat dengan bunyi muzik. Then ktorang cuba membuang kejakunan ktorang dengan pegi dudok salah dua buah katil tokwan yang tak turut serta join ala2 konsert mini tu (nyanyi lagu 1 malaysia..oh indahnya).
Sedih hati kecilku bila tokwan yang aku dok kat birai katilnya berbisik kepadaku, "org2 tua bukan nak denga dah muzik2 mcm ni.org2 tua mcm kami nak kan ketenangan". Aku hanya mampu tersenyum padanya. Tokwan tu banyak gak bagi nasihat. Rasa macam tokwan sendiri dok bagi nasihat kat cucu dia plak dah..isk33..T_T..
Katanya, "iman bukan pada jubah dan pakaian..tapi dalam hati..sentiasalah mohon maghfirah Allah..Allah itu Maha Penyayang. bagus anak2 datang melawat macam ni. boleh bagi kesederan bagaimanakah kedaannya bila kita tua nanti. sekarang masih muda dan sehat. tak terasa. mati tu bila2"..huuuuuuu......
Wirdah kat sebelah pon macam maken mesra ja.hehe..tokwan tu mintak wirdah urutkan kepalanya dengan minyak kapak. haha..nak tegelak lak rasa bila tengok muka wirdah yang dah ala2 siput sedut tue. takpa..setiap benda diganjarkan pahala insyaallah..
Ya, sungguh..we got something valuable there. Orang tua ni kesunyian. mereka nak kan perhatian. mereka manjadi manja yang terkadang kita pon tak terjangkau akal fikiran. tapi kita kena ingat..kita tak boleh nak mencaci mahupon membenci. sebab lani kita masih lagi dalam fasa remaja dan mereka yang tua. Akan tiba jugak nanti bila kita pulak yang berada pada fasa tua dan tak mustahil kita jadi lebih teruk dari yang teruk..na'uzubillah..Allah permudahkanlah..ameen..
So, IQRA..tanak buat charity ke pegi rumah tu ke??hehe..bes2..
Then, dats the end.
Friday, August 13, 2010
Ramadhanku...
Bismillah walhamdulillah...
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
- Surah Al Baqarah: 183 -
Alhamdulillah.. Jasad dan Roh ini masih lagi berpeluang menikmati madrasah Ramadhan pada kali ini.. Syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul ‘Izzati atas kurniaan ini.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Rasa sebak, sedih dan pilu tiba2 menyelubungi diri apabila terkenangkan sahabat2 seperjuangan yang telah menemui Ilahi.. Sudah tidak berpeluang beribadah di sepanjang Ramadhan pada kali ini.. Subhanallah.. Bagaimanakah aku akan menghadap-Mu nanti? Sudah cukupkah amal ibadatku yang akan kubawa di hadapan-Mu nanti?
Bukankah Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran bahawa tidak akan dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat pun waktu kematian itu.. Kalau dah tiba saatnya, saat itu jualah nyawa kita akan ditarik.. Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosaku.. Berikanlah peluang kepadaku untuk menebus segala kesilapan & kemaksiatan yang telah aku lakukan..
Ramadhan.. Menghadapi 3 fasa dalam bulan ini - Rahmat, Maghfirah, Itqumminannaar... Inginlah berkongsi bersama ikhwah wa akhowat sekalian mengenai 4 amalan utama yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu :
1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah (Laa Ilaaha Illallah)
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki Jannah
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam.
Namun, banyak lagi amalan2 yang boleh dilakukan terutamanya bagi golongan yang macam entum(huffaz), waktu nilah nak iadah Quran betul2, Qiam, tadarus Quran, zikir, bersedeqah, senyum, etc...
Justeru, mengambil peluang dalam bulan yang penuh barokah ini, berkejar2lah kita dalam melakukan amal ibadat kepada Allah SWT.. Manfaatkanlah sepenuhnya jika kita seorang hamba yang tahu menilai dan menghargai fadhilat bulan Ramadhan ini.. Sesungguhnya bulan ini bulan kita.. amatlah rugi jika disia2kan.. Malah, Allah SWT tak rugi sedikit pun jika kita buat sedikit amalan..
Dambakanlah cinta Allah SWT, mohonlah keampunan dari-Nya, mintalah kasih-sayang dari-Nya.. Tawaran Allah SWT pada bulan ini amat besar ganjarannya.. Tidak dapat dicari ganti.. Sesungguhnya janji2 Allah SWT bagi sesiapa yang banyak melakukan ibadat pada bulan Ramadhan ini itu pasti.. Namun, segalanya berbalik kepada diri kita.. kitalah yang menggerakkan momentum ‘nak’ dalam diri kita..
“Menuruti nafsu & panjang angan-angan”, itulah yang paling ditakuti oleh Rasulullah SAW.. Malah, Abu Bakar al-Tamastani berkata, “Nikmat terbesar adalah apabila kita dapat keluar daripada genggaman hawa nafsu”..
Haa.. Iblis dan syaitan telah dirantai.. Pada waktu inilah kita dapat menafsir diri kita sebenarnya macam mana.. Kata orang, iblis dan syaitan dah buat perjanjian kontrak dengan nafsu.. nafsu tak boleh dibuang tapi boleh dikawal.. So, kita tengok.. berjaya tak kita lawan nafsu?? Kalau kalah, maknanya.....hmmm... Kita dah jadi budak kepada nafsu..
IHYA’ RAMADHAN!!! Boleh jadi Ihya’ Syahr Al-Quran, Ihya’ Syahr At-Tazkiah etc... Sehebat mana pun kita, yang pasti kita ada title ‘hamba’, ‘Muslim’, punya ‘AllahSWT & Rasul’, banyak ‘dosa & noda’, etc... Rebutlah peluang dalam bulan mulia ini memohon keampunan daripada-Nya, memperbaiki hubungan dengan Allah SWT, manusia dan juga alam...
Allahumma innaka ‘afuwwun kareem... tuhibbul ‘afwaa fa’fu anna...
SALAM RAMADHAN 1431H
KHUSUSNYA BUAT WARGA GEN 9..&
FOLLOWERS banatiqrac9.blogspot.com ini....
SELAMAT BERIBADAT!!!
Monday, August 2, 2010
6 WASIAT SAIDINA UMAR R.A
JIKA ENGKAU.....
• Menemui cela pada seseorang dan ingin mencacinya, CACILAH DIRIMU DAHULU. Sesungguhnya kecelaan pada dirimu lebih banyak daripadanya.
• Ingin memusuhi seseorang, MUSUHILAH DAHULU PERUTMU, kerana tiada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
• Ingin memuji seseorang, PUJILAH ALLAH SWT, kerana tiada seorang manusia pun yang lebih banyak memberi padamu dan lemah-lembut terhadapmu selain Allah SWT.
• Ingin meninggalkan sesuatu, TINGGALKANLAH KESENANGAN DUNIA. Andaikata engkau meninggalkannya, beerti engkau terpuji.
• Ingin bersiap-siap untuk sesuatu, BERSIAPLAH UNTUK MATI. Jika engkau tidak bersiap-sedia untuk mati, engkau akan menderita mati dalam penyesalan.
• Ingin menuntut sesuatu, TUNTUTLAH AKHIRAT. Engkau tidak akan menemuinya melainkan engkau mencarinya.
P/S : Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita sebagai hamba Allah yang sentiasa dipenuhi dengan dosa & noda sama ada secara sedar @ tidak.. Moga2 muhasabah dan taubat serta penyesalan kita diterima Tuhan..Amin..
Hawa......
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ada Empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim ( Isteri Firaun ), Maryam binti Imran ( Bonda Isa Al-Masih ), Khadijah binti Khuwailid ( isteri Rasulullah ), dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri Kesayangan Rasulullah ).
( Riwayat Bukhari ).
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun, yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah symbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menaggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan dibahu Rasulullah.
Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita misali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.
"Dimana pula tempat kita di sisi Allah?"
--------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin kita tidak seperti wanita-wanita hebat ini dan juga wanita-wanita terdahulu.. namun kita boleh berusaha ke arah itu.. dengan apa?? Ilmu & Amal.. Tidak dapat dipisahkan lagi 2 elemen ini, diserikan lagi dengan elemen taqwa, sabar, tabah, syukur..
Menjadi sebaik-baik wanita kata seorang ustaz amat mudah.. senang masuk syurga.. KUNCINYA???? TAAT SUAMI & MENJAGA KEBAJIKANNYA SUNGGUH2..
“Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.” -hadith
Namun, sejarah wanita terdahulu banyak dikaitkan dengan isu jihad.. sebagai contoh Nusaibah, Kabsyah bintu Rafi’, Aisyah Abu Bakar, Zinnirah dan banyak lagi..tidak ketinggalan juga dengan wanita hebat dan sufi seperti Rabiatul Adawiyah.
Oleh itu, di samping kita berusaha mensolehahkan diri kita (InshaAllah), marilah sama-sama kita menghebatkan diri kita dengan menjadi sayap kiri kepada kaum muslimin di medan perjuangan. Siapa sangka tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia!!! Amatlah tidak rugi andai kita dapat berbakti sedikit untuk Islam walaupun.. Tidakkah ANDA WANITA SEKALIAN ingin menjadi ISTERI PERKASA???yang sentiasa berada di sisi lelaki/suami dalam meniupkan ruh jihad untuk ISLAM..
“Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).”-hadith
Teringat dengan satu pesanan ringkas yang diterima :
“Jadilah kamu seorang wanita/isteri yang sentiasa membantu lelaki/suami dalam perjuangan, akan tetapi janganlah kamu menjadi seorang wanita/isteri yang membantutkan perjuangan lelaki/suamimu.”
Perjuangan kita masih belum selesai!!!!!!!!!!!!
::Ikhwan GEN9::
-
Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati - Assalamualaikum Bismillah wal Hamdulillah Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin berdamping dan didampingi oleh orang lain. An...9 years ago
-
Uniknya Roti Bagel Dan Sandwich Di Daratan Indochina - Di Laos, marak dijumpai pedagang sandwich dengan cabai merah atau rawit. Sandwich jenis ini biasanya dijumpai di penjuru sudut di kota Laos. Tetapi yang p...11 years ago
-
10 Tips to Study Better and Remember Easily - *Building an Understanding* Learning is a process similar to building a house. You aren’t fed the complete picture. Limitations on communication prevent t...11 years ago
-
Bedah Tokoh- Uwais Al-Qarni - BISMILLAHI 'ALA BARAKAATILLAH... *Uwais al-qarni* Yaman, bumi bertuah tempat kau berpijak, Mengharung suka dan duka dunia, Walaupun kau sering dihina, Ak...11 years ago
-
Projek Kristianisasi Malaysia - This is a sensational topic as of lately. My responses to it might be disliked by some. But these are just my opinion when I was asked about this issue. Yo...12 years ago
-
Terima Kasih Al-Azhar ! - Dalam kederasan air sungai yang mengalir,kelihatan beberapa sosok tubuh kecil sedang berhempas pulas melawan arus deras tersebut.Perlawanan mereka seolah-o...12 years ago
-
Talian penghubung - *Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.(7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya k...12 years ago
-
-
Pengumuman Berpindah... - Assalamualaykum..Blog ini sudah lagi tidak aktif....sila klik alamat baru di bawah...http://drfahmiaa.blogspot.com13 years ago
-
TAHUN PENUH CABARAN - Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberi kesempatan dan ruang waktu untuk meng"update" blog yg sudah lama bersawang ini.Agak kecewa apabila melihat bl...13 years ago
-
Permulaan... - Salam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Emm, rasenye da hampir enam bulan saye x mengepostkan sesuatu ke blog. Bukan ape, ba...14 years ago
-
assignment - ARTIST : JANSEN CHOW Jansen was born in Kuantan, Pahang, Malaysia in 1970 and his talent was already evident when he won first prize in the ‘Beautiful Mal...14 years ago
-
-
-
-
-