JIKA ENGKAU.....
• Menemui cela pada seseorang dan ingin mencacinya, CACILAH DIRIMU DAHULU. Sesungguhnya kecelaan pada dirimu lebih banyak daripadanya.
• Ingin memusuhi seseorang, MUSUHILAH DAHULU PERUTMU, kerana tiada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
• Ingin memuji seseorang, PUJILAH ALLAH SWT, kerana tiada seorang manusia pun yang lebih banyak memberi padamu dan lemah-lembut terhadapmu selain Allah SWT.
• Ingin meninggalkan sesuatu, TINGGALKANLAH KESENANGAN DUNIA. Andaikata engkau meninggalkannya, beerti engkau terpuji.
• Ingin bersiap-siap untuk sesuatu, BERSIAPLAH UNTUK MATI. Jika engkau tidak bersiap-sedia untuk mati, engkau akan menderita mati dalam penyesalan.
• Ingin menuntut sesuatu, TUNTUTLAH AKHIRAT. Engkau tidak akan menemuinya melainkan engkau mencarinya.
P/S : Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita sebagai hamba Allah yang sentiasa dipenuhi dengan dosa & noda sama ada secara sedar @ tidak.. Moga2 muhasabah dan taubat serta penyesalan kita diterima Tuhan..Amin..
1 pandangan:
takde source ke?
camne nak tau kesahihan bnde ni?
Post a Comment