Salam maal hijrah 1431H.
Seandainya kita mahu jalan kebaikan, maka kita perlu ikut jalan orang-orang terdahulu.
Kita perlu belajar dari sejarah, terutamanya sejarah islam.
Betapa ramai orang yang sudah nampak jalan kebaikan itu tetapi masih tidak mahu mengikutinya.
Jalan yang terbaik adalah jalan yang dilalui oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya.
Dalam hijrah nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah, nabi diuji dengan pelbagai penderitaan.
Abu Bakar merupakan antara golongan siddiqin yang sentiasa bersama nabi dalam memperjuangkan agama suci ini.
Begitu tinggi pengorbanan sahabat buat kekasih Allah..Kita bagaimana?
Golongan yang dijanjikan Syurga oleh Allah inilah yang sepatutnya kita jadikan suri tauladan dalam kehidupan kita. Berakhlaklah seperti akhlak nabi.
Seruan jihad bukanlah datang dengan sia-sia.. Umat islam ketika itu diperintahkan untuk berjihad demi menyelamatkan akidah mereka.
Mereka sanggup meninggalkan keluarga tercinta, sahabat handai, serta harta dunia demi agama.
Oleh itu, sempena dengan tahun baru islam ini, bawalah diri kita kearah perubahan yang lebih baik. Hijrah itu merupakan agen perubahan.
Aplikasi konsep. Kita perlu baiki diri dan hati dari akarnya.
Betulkan amalan-amalan basic dalam agama.
Perkara sunat itu mengiringi perkara wajib.
Solatlah yang akan mencetak siapakah diri kita diluar.
Solat itu dikatakan sempurna apabila kita memelihara wudhu', memelihara syarat, melakukan ibadah sebaiknya serta memahami ibadah yang dilakukan.
Maka keindahan solat itu akan terzahir di luar..melalui sifat dan peribadi..
Walaupin manusia itu dikatakan dapat hidup dengan aman di atas muka bumi ini, namun tidak dapat dinafikan, bekas-bekas dosa itu pasti ada.
Maka Allah telah menjanjikan bahawa bekas-bekas dosa itu dapat dikeluarkan melalui aplikasi solat yang sempurna..(maaf, x ingat ayat mana dalam Quran)
Yakinlah dengan janji Tuhan..
Perlu diingat juga bahawa ujian itu adalah tarbiyah dari Allah..
Setiap mausia itu pasti akan diuji. Cuma, ianya berbeza dari segi tempat dan masa.
Pastinya ujian itu membawa kita supaya mampu untuk melangkah menjadi yang lebih baik walaupun ianya perit dan sakit.
Menjadi manusia 'kamil' itu bukanlah tujuan, tetapi berusaha menjadi manusia 'kamil' itulah yang dituntut. -harap bole faham-
Batu-batu dan duri-duri yang menghalang perjalanan itu merupakan pahala percuma yang Allah mahu berikan kepada kita. Disinilah tahap keimanan kita diuji.
Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuan masing-masing..(find quote by yourself)
Mungkin dalam masa-masa susah kita, selaku manusia kerdil, amat payah untuk kita mencerna minda serta memahamkan diri tentang apa yang kita memang sedia tahu dalam hal-hal agama seperti takdir dan sebagainya.
Namun, ayat mudahnya, cukuplah jika kita redha dengan ujian itu disamping memperbanyakka istighfar memohon keampunan atas dosa-dosa yang mungkin tidak kita sedari.
Manusia adalah makhluk yang lemah sedangkan zaman sudah semakin susah dan payah. Urusan agama mundur, kesempatan kurang, manusia disibukkan dengan urusan dunia serta umur yang pendek.
Sedangkan kematian semakin hampir dan perjalanan itu sangat panjang.
Maka. satu-satunya bekal adalah taat kepada Rabb.
Oleh itu perlu diketahui disini bahawa, barangsiapa yang hendak bertaqwa kepada Allah, ia haruslah mampu menjaga 5 anggota tubuhnya iaitu,
mata, telinga, lidah, hati dan perut.
Agar kita tidak melakukan sesuatu yang membawa mudharat kepada agama, yakni menghindari yang haram serta berlebih-lebihan terhadap yang dihalalkan.
1. Mata.
- Mata seringkali menjadi pangkal fitnah dan penyakit.Maka, mata itu harus dipelihara dan dikendalikan.
- (24:30)
2. Telinga.
- Perkataan kotor, hina dan tidak bermanfaat harus dihindari.Jika ucapan itu buruk, maka akan menimbulkan aib yang terus menerus dan buat hati merasa was-was.Sehingga untuk berpaling dari perasaan itu harus dengan usaha dan memohon pertolongan Allah.
3. Mulut.
- Wajib dipelihara kerana mulutlah yang paling banyak menimbulkan kerosakan.
- (50:19)
4. Hati.
- Juga diwajibkan menjaga hati dan menjadikannya baik kerana pengaruhnya paling kuat, masalahnya paling sukar, paling halus, dan sulit untuk diperbaiki.
- Sabda nabi s.a.w “Jika hatinya lurus, akan luruslah seluruh anggotanya.”
- Sesungguhnya dalam hati tersimpan permata yang sangat bernilai.Iaitu akal dan makrifat. Peliharalah ia dari kotoran.
- Sabda Nabi s.a.w “Sesungguhnya Allah tidak hanya melihat rupa dan kulitmu, melainkan juga melihat hatimu.”
5. Perut.
- Bagi orang-orang yang hendak melaksanakan ibadah, wajib menjaga perut kerana ia ibarat mata air dan merupakan sumber tenaga bagi seluruh tubuh.
- Riwayat Ibnu Abbas:
“Allah tidak akan menerima solat seseorang yang didalam perutnya penuh dengan makanan haram.”
- Sedangkan memakan makanan halal secara berlebihan adalah penyakit bagi ahli ibadah dan bala’ bagi ahli ijtihad..
- Orang-orang soleh memberikan 1 perumpamaan,
‘Perut diibaratkan kuali, terletak di bahagian bawah hati. Apabila ia mendidih, asapnya akan mengenai hati, dan kerana banyaknya asap, hati menjadi kotor dan hitam.’
- Hadis nabi,
“pangkal segala penyakit adalah rakus, dan pangkal segala ubat adalah pantang.”
Hijrah itu bermula dalam diri..
Lakukanlah dengan ikhlas dan penuh kesabaran.
Insyaallah usaha itu tidak sia-sia serta pasti diganjari tuhan..(^^)
Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati
-
Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah
Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin
berdamping dan didampingi oleh orang lain. An...
9 years ago
1 pandangan:
Salam.
Ya, ana setuju!!
Apa yang paling penting sekali??
KERJASAMA!!
Err..Ya, yang tu betul juga, (hehe..),
tapi segala apa yang kita lakukan, berbalik kepada niat kita.
"Innamal a'malu binniyat.."
Dalam Surah Ibrahim, ayat 24-25, Allah Taala telah memberi perumpamaan tentang kebenaran dan kebatilan, di mana Allah Taala berfirman,
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, AKARNYA TEGUH, dan CABANGNYA MENJULANG KE LANGIT, pohon itu memberikan BUAHNYA pada setiap musim dengan seizin TuhanNya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu supaya mereka selalu beringat."
Secara dasarnya, bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah? Sejauh mana cinta yang kita berikan kepada Dia dan RasulNya? Sejujur mana kita melaksanakan segala perintah dan menjauhi laranganNya?
Moga-moga dengan terbukanya lembaran yang baru, menjadikan kita hamba yang semakin dekat denganNya, semakin merindui syurgaNya, dan semakin kasih akan KalamNya.
Selingan sebentar, secebis cuma khusus untuk diriku dan sahabat2 seperjuangan sekalian.
Kullu 'aam wa antum bikhair.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Taqabbal ya kareem.
~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~
Salam juang!
Post a Comment