Simfoni siang...
Bismillah.
Apabila para-para jadual peperiksaan itu mula menerjah,
maka segala urat nadi dan lmph-lmph yang terpasang siap di dalam badan menjadi begitu 'baik'.
ketakutan yang dirasai bukanlah satu pilihan.
atom-atom yang diluar bumi mahupun didalamnya kelihatan seperti bakal bakal merembeskan fluid-fluid yang dirasakan perlu disaat segala taburan statistik itu mula memunculkan ketinggiannya.
Dikala graf-graf polynomial serta verb-verb tense yang menganggu mengganggu perjalanan itu telah dikemaskini dengan baik, maka asymptote-asymptote serta logarithma-logarithma yang mengganggu fikiran itu telah diselesaikan melalui aplikasi konsep condition of equilibrium di atas centre of graviti.
Apabila work done itu tidak sama dengan force yang diberikan, maka kinetic energy itu harus ditheoremkan.
Kegelisahan itu bukan jalan penyelesaian.
Tetapi, konsep velocity with constant acceleration harus juga diambil kira supaya scalar dan vectornya kelihatan sama walaupun significant figuresnya jauh berbeza.
Maka mukmin itu jiwanya tenang serta ketenangan itu datangnya dari Ilahi.
هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (48:4)
48:4 Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
Sebagaimana educated islam terdahulu berjuang demi mengkaji kebesaran Tuhan,
maka, seharusnya anak-anak dizaman serba serbi teknologi ini lebih mampu untuk menggunakan segala momentum dan impulse walau terkadang collision itu mengganggu fikiran.
Tetapi, oleh kerana anak-anak ini punyai gravititional energy ditambah dengan power daripada pelbagai principle, maka seharusnya work done itu serta lain-lain aplikasi mencapai objektifnya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (3:200)
3:200 Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Salam perjuangan.
Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati
-
Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah
Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin
berdamping dan didampingi oleh orang lain. An...
9 years ago
0 pandangan:
Post a Comment