Thursday, April 22, 2010

Menggeletar....

(van ini bukanlah van yang dimaksudkan)

Sedang asyik menghayati keindahan taman perumahan kesayanganku ni, terlihat sebijik van yang pernah berjasa pada aku.5 tahun dulu,tiap-tiap hari,siap solat Subuh je,van tu dah pun parking kat depan rumah.Semata-mata nak hantar aku dan kakak aku ke sekolah.Van tu,sangat syahdu rupenya.Tidaklah cantik mana.Tapi,pemandu van tu laaaaaagi syahdu.Pak cik tu sungguh determined untuk bawak kami semua ke sekolah,walaupun dia seorang penghidap PARKINSON!Bayangkan seorang Parkinson bawak van.Nak tukar gear dengan tangan terketar-ketar.Nak tekan brek dengan kaki terketar-ketar.Banyak kali juga nyawa kami hampir terancam,tapi dengan coolnye pak cik tu menyelamatkan keadaan.

Dulu aku ingat penyakit Parkinson penyakit yang boleh membawa maut(hakikatnya,yang tak sakit pun boleh maut).Dengan keadaa fizikal pesakit yang kebanyakannye menggeletar,dalam fikiran aku,'Tak lame dah ni'.Tapi, silap rupanya.

Jom review sedikit sebanyak mengenai Parkinson ni.

(Muhammad Ali dan Michael J Fox,antara penghidap penyakit Parkinson)

Em,kite wat dalam English ek.Semua dalam mood MUET sekarang kan?=)

What Is Parkinson Disease(PD)?
Parkinson is a type of neurological disorder that affects your movement, due to problems with certain nerve cells in the brain.Under normal circumstances, these nerve cells produce a chemical called dopamine which sends signals to parts of the brain that control movement.This natural process allows smooth, controlled movements according to what you want them to do.

In a person with PD, these nerve cells break down, resulting in insufficient dopamine and problems in communicating the desired movements to the brain.As the result, a person with PD has trouble moving.

What Are The Factors That Cause PD?
Scientists largely believe that most of PD cases are not caused by genes alone, but rather by one or more genetic factors combined with exposure to one or more environmental neurotoxins such as pesticides.These factors include:
  • Increasing Age - 1 out of 100 people over 60 years develop PD, but it can also affected people as young as 20 years.Statitiscally, men are more likely to develop the disease than women.
  • Family History of PD - genetic mutation is a possible cause for PD but researchers are still trying to determine if a single gene or group of genes is responsible.
  • Exposure To Toxins In The Environment - This has not been conclusively proven but many suspect that chemicals or toxins play a role in causing the brain damage that leads to PD.
Treatment And Management
There are several suggested treatment for PD.However, each aptient experiences the disease differently, some may find certain types or combination more effective than others.Patients have to consult with their doctors to find out which treatment is suitable for them.
  • Dopamine Replacement Therapies (Levodopa) - most effective treatment for motor symptom.This form of therapy is converted by enzymes in the brain to produce dopamine.Dopamine replacement therapy significantly improves mobility and allows patient to function relatively normally.
  • Dopamine Agonists(Pramipexole)
  • COMT-inhibitors - This form of therapy is used together with Levodopa to allow a larger amount of treatment to reach the brain, thus raising dopamine levels there.
  • MAO-inhibitors - used alone or in conjuction with Levodopa
  • Surgery
  • Non-pharmacological Approaches - exercise, speech therapy, physiotherapy, counselling.

Monday, April 19, 2010

Ubuntu...ada apa dengannya..?


Sebelum kita masuk..apa yang anda tahu dengan UBUNTU..??

adakah awak buntu? ataupun saya yang buntu?

Bagi kome2 y msk CFS iium tu y sememangnya wajib ambik computer tu..rasanya mesti tau kan..pasal ubuntu ni..operating system..macam windows XP..windows 7..windows vista..

Ni kire angkatan2 dia la..cumanya..Ubuntu ni free..

Oke, so jom kita tengok apa kelebihan guna Ubuntu nih..?

1)Eye Candy
atau maksud bahasa kita kegha lawa la...sekarang ni kalau tgk y paling lawa pn..vista..sbb ada banyak n macam2 trick dia..so..ubuntu double triple lagi lawa...siap boleh lentur2 lagi windows..grafik nye mmg power la katakan..phewitt...

2)Laju
ubuntu ni mmg payah la nak 'hang'...n lebih memuaskan..so tuka2 lah..

3)Selamat
ha..ni lagi 1 y bes gile..free from virus, trojan, malware dan semua bala tenteranya..tp kalau ada jugak saye xsalah ea..

4)Senang Belajar Programming
bagi yang berkenaan, menggunakan linux lebih mendekatkan anda dengan programming tetapi tidak perlu untuk pandai programming barulah boleh menggunakan sistem linux

5)Desktop Theme dan Icon y snang d tuka2
senang je..ala2 cam nak tuka theme enfon...lawa2 lagi...

So, apa lagi..jom pakat2 TRY...

Tuesday, April 13, 2010

PENGUMUMAN

Assalamualaikum..salam mahabbah..salam sejahtera..salam 1 ummah..

Ana (lebih mesranya Aniq) nak buat satu pengumuman separa penting buat semua.
Aniq bercadang nak menukar layout baru untuk blog ni memandangkan sudah hampir 2 tahun lebih kita menggunakan layout yang ini.

Jadi, sebarang ketakpuasan hati anda bolehla tembak terang-terangan di sini. Cadangnya nak upgrade kan lagi supaya nampak lebih matang dan profesional (chewahhh).

Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 7, 2010

Mimpi Pelajar UIA

salam...
sekadar perkongsian.....
walaupun cte ni dh agak lame berlaku,
mgkn ad segelintir kite yg belum prnh tahu...
mudah-mudahan kte peroleh byk manfaat & iktibar dr cte ni~


Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..


Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.



Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."



Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!



Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.



Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..



Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."



Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:



"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."



Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."



Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."



Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...



Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."



Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)



sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

p/s: sejauh mane kesahihannye, hanya Allah yg maha mengetahui...
moga-moga kite sume tergolong dalam golongan org yg mendapat syafaat baginda kelak..
insyaAllah, ameen..........

dipetik dr : http://usharewecare.blogspot.com/2010/04/mimpi-pelajar-uia-berjumpa-nabi.html
>misznurul....

Tuesday, April 6, 2010

award..

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah..

Akhirnya tegerak gak hati n tangan ni nak amek award ni..huh..(nak ngamok dh pe adik aishah n gen9..)
Tapi memang jutaan trima kasih la..sbb bagi award ni..(tu pon mst sbb cm dh xtw nk bg sape..huahua)..So..

Syarat-syarat nak terima award ini :

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.

The tasks..


1) Thank and link the person who gave you the award.

Terima kasih buat Ukht Aishah Jauhara Surtahman dan jugak buat Gen9 yang telah menganugerahi Banat Gen9 dengan award ni...(serius ker nih)


2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

So,ini lah calon2 nya..kalau buleh nk letak je semua banat..ngeh2..(diskriminasi x?)
-ukht adawiyah ahmad
-ukht afiqah IMY
-ukht dalila ghazali
-ukht fathy nabila najla MF
-ukht intan suriani
-ukht fazlinda che rani
-ukht nurfaezza mohamad
-ukht siti khadijah abbas
-ukht zainab 'aqilah
-ukht nurul aimi shamsudin
-ukht aishah idris (g8)
-ukht shuhada sulong (g8)
-ukht jalilah (g8)
-ukht qayyimah (g8)
-ukht madihah (ITQAN)

3) Contact said blogs and let them know they've won the award.

4) State 7 things about yourself.
Ha..ni la part y bes nih..tyme tu mencapub..hee~

1) saya dihasilkan atas tujuan untuk berukhwah sesama banat gen9 la especially nya..tp tebukak je sesape pon yang nak bace..

2) saye ni ade pelbagai emosi..erm..maksudnya..kadang2 datang mode senda gurau..mode sedih..mode insaf..tp yang pling penting saya harap dapat memberi mnfaat dan pngjaran kat orang lain.

3) saya beharap saya dpt mnjadi medan pghubung banat2 terutamanya gen9 smpy lah ke tua bangka pon..

4) saya ada byk author..jadi..trimas lah kpd y lain2 nye ye..

5) saya diasaskan stat sem 2 DQ..huhu..(dh xde modal nih)

6) saya sukakan kelainan..so saya hrp sgt2..sapa2 ja y nk post..bg je bahan anda kat mana2 author y anda bekenan..huu..

7) n lastly..saya harap kerja y dbuat ni diredhai Allah..lil islam insyaAllah..

Monday, April 5, 2010

Multaqa'


Assalamualaikum..
seperti yang munirah mintak,
maka saya dengan bangganya nak ceritakan serba sedikit benda yang berlaku masa multaqa banat ahad malam baru-baru ni.

Aktiviti start lepas solat isyak berjemaah yang di imami oleh Syakirah.
Mc terhormat, husna kamarudin.(hobi die bercakap dengan penuh semangat)
Pentazkirah upahan, Khadijah abbas..
Semoga kita semua berjaya menjadi 'Pian2' yang berguna kepada sahabat yang lain.
~seronok dengar cite pian dalam slank utara.pekat sungguh.

Kata-kata azimat daripada mantan Timbalan Iqra', kak Aflah tentang ukhwah
n sikit penerangan Iqra' harapnya dapat kita ambil point2 nya..
paham dan tahu..objektif tercapai.
tahniah banat.kehadiran full kecuali 3orang, atas sebab yang kukuh.

Agenda diteruskan dengan Swot..
x sempat pulak nak bincang n baca time tu, so juz tulis dalam kertas n hantar,
n isyaallah, mereka-mereka di barisan iqra' akan menganalisanya sedikit masa lagi.~

Keterujaan saya nak conduct slot game boleh dikatakan berjaya.
kecuali bila seekor harimau terlepas dari kandang, Liyana arsani yang suka makan.
spoil..nasib baik dia diam.kalau x, death! hehe..~

Maka dengan penuh muka tipu daya, saya bagi arahan palsu kat 8 ekor harimau supaya diorang ni duduk kat luar surau diam2 sambil hidu udara segar waktu malam sebab berkebetulan masa tu ada bau sisa buangan kucing yang sangat harum..hehe..minta maaf ye..x sengaja.
arahan palsu daripada saya, : nanti bila da masuk cakap taw, 1,2,3..-kira da bole stat main!

Yeah.bajet nak buat gimik..game fake..hehe.
(sebab x de idea nak buat game ape..haha.bocor rahsia.)

Arahan untuk mereka dalam surau ni contradict sikit.
: nanti bila diorang cakap 1,2,3,..korang nyanyi ramai2 taw.
duduk diam2 dalam ni jangan buat ape2..haha..tutup lampu jangan lupe.

Kemudian..masuklah 8 ekor harimau tadi konon2 nak tangkap la ayam2 kat dalam surau tu.
hehe..
kata ketua harimau, : kita buat suara harimau taw!
(eyti yang semangat) ok, saatuuu, dduuaa, ttiiiiigaaa!

~agak2 masa tu diorang macam dah sedia nak kejar orang ke??

On time! " Allah selamatkan kamu...3x. Allah selamatkan kamu semua.."
lampu dinyalakan.heh. ni nyanyian untuk bezday girls..
hepi bezday semua! belated2 lah belaka kan.
sambutan untuk mereka yang lahir Jan-Mac sahaja.
(untuk bulan-bulan lain, i.allah ada rezeki kita buat ye nanti.don wori be hepi.) (^^)
Bezday2 girl dapat la hadiah Coklat Tango 3 ketul sorang..
sedap kan..coklat + mint..(sikit je dapat, kesian..alhamdulillah..rezeki jugak kan.hehe.)

Kemudian, pastinya aktiviti makan.
sape x suka makan kan? hidangan menarik dan tertarik,
Kek Coklat 1 kg yang dibeli di Jaya One dengan harga setengah juta.(nampak sangat menipu)
Fully sponsored by comitte iqra' banat..(tanpa menggunakan duit iqra')
serta muffin kak noni yang lazat..(yang ni memang pakai duit iqra'.ho..perlu ke sebut?)
juga air sirap yang ditempah khas oleh fathy..
(amek perhatian, air tawar..kena tambah gula.erk..jangan marah achik.saje nak komen.">)

Tahniah buat 10 sahabat yang terawal kerana mendapat gift yang paling best di alaf ini.
pelu ke canang nama? x payah la kan..keychain iqra' tu pun da cukup lebar..(">)

Akhirnya, tepat jam 10.30 mlm,
maka berakhir lah sebuah multaqa makan-makan dan bersuka-suka.
oh.bukanlah itu tujuan multaqa..(marah muna nanti cakap cam ni)
diharap semua banat dapat membuat resolusi sendiri..(ek? ape ke...)
sebenarnya x taw nak cakap ape dah..ye.
moga ukhuwah kita berkekalan hingga ke Syurga.
amin..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah atas setiap nikmat.
Moga Allah berkati usaha yang dilakukan dengan ikhlas.
only for the sake of Him.

X lupa jugak nak ucap gudluck untuk semua kawan2 yang bakal exam mid-sem.
moga Allah mudahkan urusan kita semua.(^^)






~ sori le mun kalau ayat x cukup otai lagi bagi mu ek.huhu.
++. cukup dah kot. rasa cam memang tahpape. buat dono jela.
baca je ye. ok..da...~

Sunday, April 4, 2010

Tengok2 ape..


Suatu hari....(ini adalah penceritaan yg dicedok dari mulut org..so,klu ada y krg menepati crta sbnr hrp dimaafi..asal point bleh ambik..)

seorang ustaz sedang memberi ceramah kat sebuah program untuk pak cik mak cik felda..alkisahnya sampai la satu slot ni..

si ustaz memegang pen di tangannya smbil berkata..

ustaz : macam mana nk jatuhkan pen ni?
pak man : ala, buang je la..
ustaz : yela..mcm mana?
mak bedah : ish..xpaham2 ke..buang je ke bawah..
ustaz : yela.nak buang cmne?
pak lem : ish..ustat nie..ambik..tauk ke lantai..ha..
mak kiah : eh,aku geram aih..(smbil bejalan ke arah ustaz lalu mengambil pen tersebut dan menjatuhkannya ke lantai..)..ha..puas hati aku..

Lalu ustaz tersenyum. Akhirnya tercapai juga objektif yang ingin dibawanya.

Oke..jadi, apa yang nak dibawakan di sini ialah.. action kita.. kalau kita hanya bercakap tapi tak buat so, no point lah..sama ja macam xbuat apa2 (n memang xbuat apa2 pon)..

Apa yang penting n nak ditegaskan ialah..biarlah benda sekecik-kecik perkara pun, tapi kalau takde tindakan..useless..tapi even kalau benda tu kecik, tapi disertai dengan action sepenuh hati..lagi memberi manfaat kepada orang ramai..
Lagi telah berfirman Allah dalam qalamnya maksudnya : wahai org2 y briman,knapa kmu suka kata ap y kamu xbuat?besarlah kemurkaan Allah bg mereka y hny kata tp buat (as-saff :2,3)

~berusaha ke arah y lbh baik ~carilah kekuatan ~mohonlah kekuatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::