Wednesday, October 28, 2009

tolong jangan baca boleh??

"eheh!!adek,apesal kamu basuh telur2 tu??nk rebus??byknya..nk buat apa??kenduri??sape nak kahwin??haha..."

"taklah!mana ada nak rebus..saja nak basuh..mak suruh basuh.."

"erk..basuh kulit telur??buat apa??mana ada orang nak makan kulit telur kan??"

"kulit dia busuk..ada tahi ayam melekat sikit2..lagipun mak yang suruh..siapa lebih tahu..mak ke abang???dah!!!pergi jauh2..menyibuk je..."

malam itu malam sabtu,jumaat malam sabtu..

"adik,nanti tolong basuh telur2 ni semua,lepas tu toskan(dibiarkan kering)..dah kering nanti susun dalam peti ais"

"ritio sir!!!baek mak!adek menurut perintah"

sambil membasuh telur,dia terfikir,mengapa perlu basuh kulit telur??bukannya orang makan kulit telur pon...mmm...entah..selama ni mak suruh..buat aja lah..banyak soal plak...

teringat dulu....

"teruk sangat aku ni?tak tutup aurat ke aku ni?walaupun aku tak pakai tudung labuh tapi aku bukanlah jahat sangat pun..memang aku bodoh,aku jahil..tapi aku nak jadi baik,tolong aku nak jadi baik boleh?baik macam kau..."

mutiara jernih meleleh membasahi hujung tudung bawalnya...
entah..aku tak tahu nak buat apa...aku bukannya jenis yang pandai pujuk orang...
heartless...

"siapa kata kamu teruk?kamu pakai seluar longgar,baju labuh bawah lutut,tudung tutup dada...kira ok lah tu...cuma bila pakai tudung labuh tutup siku,itu lebih baik..adanya tahsin..ihsan"

"aku bukan tak nak pakai tudung labuh,pakai jubah,tapi apa yang aku nampak,ada orang pakai jubah kat dalam uia..tapi bila keluar uia..jubah dah terbang..yang tinggal baju balut nangka..teruk ..hipokrit...aku tak nak hipokrit...baik aku pakai macam ni ja..lagipun aku takut nak pakai tudung labuh..nanti nampak macam baik..aku takut ria'..aku ni senang ria'.."

"masyaALLAH..ada ke patut kamu fikir macam tu?kita tutup aurat ni sebab nak orang nampak kita ni baik ke?supaya orang nampak kita ni 'alim??atau ikhlas kerana Allah??"

"aku tahu..semua perkara kita kena buat dengan ikhlas kerana Allah..tapi susah..aku ni cepat ria'.."

"memang susah...ikhlas tu memang senang nak di sebut..susah nak buat,susah nak dapat..sebab tu wujudnya istilah istikhlas..awalan sebelum mendapat ikhlas..kita kene cuba untuk ikhlas..lama2..ikhlas itu sebati dalam diri kita..orang yang ikhlas ni hebat..hebat betul..sampai SYAITAN pon tak berani nak kacau..apetah lagi dibuat kawan..."

itu janji syaitan pada Allah,dia akan hasut dan sesatkan seluruh anak adam jauh dari jalan ke syurga Allah melainkan mukhlisin...orang2 yang ikhlas..
satu perkara yang aku,dia dan kamu sedia maklum..syaitan ini sangat berpegang pada janjinya...bila dia kata dia akan menyesatkan,maka dia akan menyesatkan semampu habis boleh,hingga dia berasa tanggungjawabnya untuk menyesatkan telah dijalankan dengan penuh amanah..
jadi..KITA PERLU BERASA MALU JIKA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM ORANG YANG MENEPATI JANJINYA KERANA SUDAH BERSULUH DENGAN LAMPU KALIMANTANG,KITA LEBIH TERUK DARIPADA SYAITAN..

*berbalik pada scene asal,di dapur membasuh telur...

berkata pada diri...

"ouh,sebab tu mak suruh basuh kulit telur ni,sebab sebelum orang makan isinya,orang akan tengok kulitnya dahulu...bersih kulitnya,baru ada selera nak makan isinya...kan?

eyh!don't judge a book by it's cover okay...

ye la..memanglah xboleh nak suka suki je judge satu2 buku tu melalui,covernya sahaja..tapi kalau kamu pergi MPH atau mana2 kedai buku..kamu akan lihat covernya dulu kan..tertarik pada cover yang kamu suka,ada nama author yang kamu suka,tajuk yang otak kamu suka baca..kan?kan?kan?

*angguk

jadi,kamu setujulah kan..cover buku itu tak kurang penting dengan isinya,kulit telur itu perlu sama bersih dengan isinya,pakaian itu perlu sama baik dengan hatinya,baik mengikut pandangan Allah,pandangan Islam dan alim ulama' Islam...

aku yakin kamu akan anggukkan kepala tanda setuju jika kamu mengaku.."YEAH!!AKULAH PENYAMBUNG GENERASI ULUL ALBAB..."



di akhir pembacaan ini,pasti kamu dan dia terifikir,apa kaitannya entry ini dengan tajuknya???
ya...jika kamu tidak ikhlas membaca kerana Allah..maka..TOLONG JANGAN BACA BOLEH???

regards,

Saturday, October 24, 2009

Meneladani Salahudin Al-Ayubi..

Salam alaik..kepada sume sahabat,


Taniah diucapkan kepada yg cemerlang. yg kurang bernasib baik macm saya harap dapat terima dengan redha..he2

pape pun, apa yg kita dapat tu adalah rezeki..try to appreciate it..

sem 2 dah semakin hampir..jadi harapnya kita semua dapat buat yg lebih baik pada sem ni dan memberi sepenuh tumpuan pada target masing-masing k..

walaupun ada yg agak kecewa mcm saya, =p. namun jangan putus asa lah..you had try your best..jdi lepas ni, cube lagi.. Tak dek istilah kalah dalam perjuangan..ingat tu! saya juga anda!

cayok2 lah..masih ada masa ok..(">)


Oleh itu, disini izinkan saya berkongsi dengan anda semua 1 kisah pahlawan islam yg x asing lagi..

iaitu Salahudin Al-Ayubi..

saya bukan nak cerita sejarah semata-mata dan bagi anda baca supaya mengantok.kemudian tido...

Tetapi saya mahu anda juga saya untuk mengambil semangat dan meneladani kehebatan beliau dalam usahanya meninggikan islam..mungkin ia juga boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat diri untuk menuju ke gerbang buku sedikit masa lagi..juga gerbang Smac..hehe.(bkn gerbg perkhwinan ye,jgn slah paham.=p)


Bismillah..Selamat membaca..(",)


Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit(Iraq) pada tahun 543H atau 1138M..Ayahnya,Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan.Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera bernama Najmuddin Ayyub(ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera.


Sejak kecil Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya,Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama.Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak lain kerana tiada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur suatu hari nanti.


Salahudin dibesarkan seperti pemuda Kurdis yang lain. Apabila meningkat dewasa,beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo. Kemudian beliau diarahkan berpindah ke Mesir walaupun pada mulanya beliau menerima perintah itu dengan hati yang berat kerana hatinya kebih mencintai Kota Aleppo. Walau bagaimanapun, selepas berada di Mesir, bintangnya bersinar terang.


Menurut Shaddad, seorang ahli sejarah Arab, “Sebaik sahaja Salahudin berpindah ke Mesir, dunia keseronokan telah luput dari hatinya. Dia berpaling dari keseronokan dunia lalu memilih hidup dengan penuh pengabdian kepada Allah.”

Menurut Lane-poole pula, “Selepas berpindah ke mesir, Salahudin mula menyusun hidupnya dengan lebih ketat. Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada hidup bersenang-lenang kepada hidup yang serba sederhana, serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada suatu tujuan yang besar, iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis.”


Salahudin Ayubi berubah menjadi seorang yang sangat cintakan agama islam. Beliau bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian. Demi tujuan itu, beliau bercita-cita memperkuatkan angkatan tentera islam.

Impian itu tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat lalu Salahudin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir.Bintangnya terus bersinar. Beberapa tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir. Bagi menguatkan pemerintahannya, beliau menyatukan Mesir, Syria, hijaz dan Yaman di bawah satu pemerintahan.


Ibnu Shaddad, seorang ahli sejarah islam menulis, “ Kerana terbakar dengan semangat memerangi tentera Salib, jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad, beliau meninggalkan rumah kediaman dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera.”


Seterusnya Ibnu Shaddad menulis, “Di medan perang, salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka.”

Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb Julai1187.Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 rejab 583 Hijrah.


Selepas berjaya menawan kota Jurusalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera Salib, Salahudin Ayubi kembali ke Damsyik. Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari Mesir hingga ke Yaman dan namanya masyhur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis daripada tentera Salib namun dia tetap memilih hidup yang sederhana.

Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit. Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar, 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.


Sekian..

Ok dah habis..terima kasih kerana membaca..Oleh itu,jadilah seperti beliau..same-same lah kita..

Thursday, October 22, 2009

WHO ARE WE?

Siapa kita??

Dunia ibarat air laut..
Diminum hanya menambah haus..
Nafsu bagaikan fatamorgana..
Indah dimata namun tiada..
Panas yang membahang disangka air..
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang..
Dilihat ada ditangkap hilang..
Tuhan leraikanlah dunia..
Yang mendiam dalam hatiku..
Kerana disitu tidak ku mampu..
Mengumpul dua cinta..
Hanya cintaMu ku harapkan..

Ha,inila sedikit sedutan lagu Raihan yang saya pun xingat tajuknya apa.
Saya tertarik dengan liriknya yang amat bermakna.
Ok,meh kita muhasabah diri sikit.

Seperti yang tertera dalam lirik diatas.
dunia ni xpernah habis..
sentiasa mengalir..
Bak kata seseorang, nafsu adalah perasaan..
byk cntoh yg kita boleh tengok..
lagi2 nafsu kebendaan..
kalau kita tengok benda best2 sikit,
automatically perasaan nak memiliki tu pasti ada.even sedikit..
‘wah beznye kereta 2..klo aku ade kan syok..’.
(anda sume mungkin tidak begini.).

Oleh itu belajarlah mengawal nafsu.
i.allah bahagia hidup.
kerana kita akan berpegang dengan
‘cukuplah Allah bagiku.’.
maka kita tahu dimana had kita.
tak semua yang kita nak kita akan dapat..
kat sini konsep Syukur perlu diaplikasikan.
kerana,selaku orang2 agama,kita kadang2 tahu bercakap,
faham konsep tapi x reti nak guna dalam kehidupan..

sebab tu kita dapat lihat diluar sana berapa ramai orang-orang
yang mengaku tahu dan faham agama,
tapi hampir dirosakkan oleh ilmunya itu..
kerana hukum itu x selari dengan kehendak dirinya..
kehendak nafsu..begitukah kita? Peringatan ini lebih untuk diri yang menulis..

Perkara kedua,
Berkenaan tulisan saya sebelum ini iaitu tabiat vs perubahan.
kalau tengok dalam blog,
pernah suatu ketika hangatnya isu hati diperkatakn..
(cinta,muamalat,dll).

‘usaha memperbaiki diri bukan suatu suratan (destiny), tetapi suatu perjalanan(journey). Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long breath war). Kita akan sentiasa berubah.sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Setiap hari proses perubahan sentiasa berlaku. Jika tidak menaik, kita pasti menurun..’

Bile dikatakan perubahan itu adalah satu perjalanan atau proses,
maka itu lah dia..

maksudnya..
kita x bolehla mengharapkan perubahan yg jatuh dari langit..
'hari ni jugak.ak xkire!' .(ni adalah contoh,jgn ikot)..
dan proses itu memerlukan sokongan ramai..
Oleh itu, apabila anda melihat atau mengetahui rakan-rakan
anda yg bermasalah,
maka bantulah!
supaya mereka tidak merasa keseorangan dan tidak disisihkan..
disinilah letaknya..
'ikram muslimin' anda..-tunaikan hak saudara semuslim tanpa tuntun hak-
x perlu untuk condem secaara melampau atau memandang serong.
Cukuplah jika anda dapat menerima dan memberi kepercayaan supaya dia dapat berubah..
Setuju?
Kalau x setuju, sila utarakan..

Sebab ape,
Kadangkala saya terdengar kata2 beberapa sahabat:
‘La,dia mcm ni ke..baru aku taw..dulu kat dq nampak macam baik je..xsangka pulak..’
Nampak?
Sekarang..
setiap orang cuba untuk menilai seterusnya menghukum mungkin..
Pada pandangan peribadi saya,
‘the problem is not what he has done,but why?’
kenapa itu merupakan alasan..
mungkin dia ada sebab tersendiri untuk berbuat begitu..
ada masalah dan hal tersendiri..
ada opinion sendiri..
kita x berhak sama sekali untuk menaruh ape2 sangkaan pada orang lain.
Tapi bukan bermakna kita membiarkan tabiat-tabiat x baik ini berleluasa..
tapi sekurang-kurangnya kita koreksi diri sendiri dulu.

Lihat dimana silap kita..
konfem setiap orang ade buat dosa kan.
Sape yang boleh jamin dia maksum?
Sila angkat tangan. Xdek..
Everyone make mistake..
Jadi apesalahnya kita tutup mulut daripada menceritakan keburukan orang lain ataupun perbuatan lama dia yang dia dah x buat.?
Kalau kita seronok bercerita dan boleh selesaikan,
then go on..
but if not..
bermakna kita mengumpat..
Apa pertolongan yang kita boleh bagi dengan ungkit cerita seseorang?

Apa faedahnya?
Bawa kemaslahatan ke?
Sebab..manusia boleh berubah..
bila-bila aje..
with the will of Allah..
So kenapa kita mesti sentiasa menghukum?
Who we are?

Pintu keampunan sentiasa terbuka..
sometimes we talk about other’s action,
but we are also doing that..
kitapun buat perkara yang sama..
mungkin dengan cara yang berlainan..
secara sedar ataupun tidak..

Jadi tengok balik hati masing-masing.
Perbaikilah diri sendiri dahulu..
No need to see about other’s mistake..
betolkan diri sendiri..

Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al Hujarat, ayat 12 :
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa..”

Kata bijak pandai,
“Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik dari semalam.Orang yang terpedaya, orang yang hari ininya sama seperti semalam.Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk dari semalam.”

Kita di golongan mana?
Berjaya, Terpedaya atau Celaka?
Terpulang pada kita untuk memilih..

Pintu kepada perubahan diri ialah kesedaran..
kesedaran(awareness) yang dimaksudkan ialah bila seseorang itu nampak dengan mata hati.
-pandangan hidup(worldwide) yang sebenar.
Celik mata hati inilah yang dinyatakan oleh Allah swt melalui firmannya

“Sesungguhnya penglihatan(mata kasar) itu tidaklah buta.tetapi yang buta ialah hati yang ada didalam dada(mata hati)”. (al-hajj 22:46)

Kesedaran adalah gerbang awal kearah perubahan diri.
Manusia umpama orang yang sedang tidur,
tidak mungkin kita boleh terus mengajaknya bertindak tanpa mengejutkannya terlebih dahulu.

Kata Saidina Ali
“manusia kebanyakannya tidur,apabila mati barulah dia terjaga(sedar)”.

Justeru,
kita perlu balik ke pangkal.-back to basic.
Bermulalah dengan diri sendiri.
Mari kita selami dan kenali siapa kita yang sebenarnya?
Kita hayati kata2 hukama ini.
“ untuk membaiki dunia, baiki manusianya.Dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya.”

Sabda baginda saw:

“Sesungguhnya kekejian dan berbuat keji sedikitpun bukan dari islam. Sesungguhnya manusia yang terbaik islamnya adalah mereka yang terbaik akhlaknya..”
(riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Abi Dunya) –sanad sahih-

benkoknya perempuan...

“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut, cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat hal kali ni ?” “

Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.” “ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah –olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “ kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu
kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adlaah satu “ penyempurnaan .”
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘ pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di
dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba
buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada
iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah -marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘ daripada semua orang lain.

ok,siapa setuju dengan artikel ni angkat tangan!!!


bagus....

-Kisah ini dipetik dari 'risalah Menyingkap Rahsia Insan'-

Wednesday, October 21, 2009

Meniti Hari



Sedang dok hepi2 sidai kain kul 2 pagi...

Tiba-tiba je enset tergetar...


"Ish, sape la plak ni pepagi buta nieyh.."


So, aku pun dengan sedikit bangga sebab ada jugak orang ingat kat aku pepagi cam ni bukaklah mesej tu...


'belumkah datang waktunya bagi orang2 yang beriman untuk mereka tunduk hati mereka mengingati Allah' [al-hadid : 16]


salam ingatan. moga membawa ingatan pada Allah..


.:checklist harian:.

-brape kali kte beselawat n berzikir?

-sejauh mana kte istiqamah dengan al-mulk dan ma'thurat

-apa dah jadi dengan quran kte?

-jaga pandangan? jaga hati? khusyuk?


~peringatan buat diri ini juga~ salam sayang


-------------------------------------------------------------------------------------


huh, aku terkesima. Kain di tanganku tidak bergerak (sebetulnya kain benda mati memang tak bergerak).

tekakku terasa kering (tak minum air kot)


fikiranku mengimbas kembali. segala apa yang telah aku lakukan. terasa seperti FAIL!!! lebih teruk dari fail exam (hiperbola)


fikiranku merawang. ya, aku sering terlupa. syukur ya Allah, Kau masih lagi sayangkan hambaMu ini. dikurniakan sahabat yang masih tidak jemu memberi nasihat.

Monday, October 19, 2009

::TASAWWUR ISLAM:: (bhg 1)

http://tarbiyahdppnk.blogspot.com/

1. PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama' berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah adalah :-

  • Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada ALlah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
Firman Allah swt :

"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan". [Ali Imran : 83]

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada ALlah swt ialah redha menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s

  • Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.
Firman Allah swt :

"Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi" [Ali-Imran : 85]

  • Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan Allah swt kepada RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.
Firman ALlah swt :

"Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintah itu) bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia"

  • Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnay perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
Firman Allah swt : "Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita" [Al-Baqarah : 112]

**bersambung..

Tuesday, October 13, 2009

Aku ke Korang??

Bismillahirrahmanirrahim..
So..whassup girlz?!!

Habis2 je exam, ape ye yang korang buat?

'Ape lagi...MERDEKA aaa!!!'

Jom tinjau galeri-galeri berikut :

Kenal x gambar2 ni? TIPU eh xkanl..sebab aku pon kenal. Hahahaha..

Petang habis je exam bio tu memang tak tipu semua orang besuka ria tahap gaban ah.

Bilik2 dah jadi cam arcade dah. Laptop tah brape bijik ntah. Sorang bukak game. Sorang layan movie. Sorang layan perasaan. Fuh, memang enjoy tahap cipan la.

Bukak2 je pintu terus terpampang. Bukan satu pintu je. Pintu2 lain pun syok dok ikot sama.


Hm..baru aku nampak bintik2 sebenar. Aku terkesima. Aku mengharapkan bukak2 nampak grup dok iadah. Tapi lain pulak jadinya. Hancur luluh segala urat jantung. Alangkah bagusnya kalau masa terluang berkumpul ramai2 iadah bersama.


Ye, tak salah untuk menonton, layan novel ke mende..tapi patut padanlah. Kalau diselang-seli dengan benda yang bermafaat lain xpe jugak. Ni MOVIE-MARATHON kata mereka.


Kalau tak sebelum xm kata xsempat nak iadah sebab banyak kerja. Sibuk study. Ni, bila dah habis exam..aku pon tak tau sebab pa plak.. Banyak kerja gak kot. Sebok movie-marathon, novel-running. Hmm..hampeh sungguh.


Aku sedih. Andai kita tak menunjukkan qudwah hasanah dakwah bilhal..so jangan mimpi la nak orang lain ikot ape kita cakap. RETORIK laa... Time ada program iye-iye je cakap. Tapi..


Mungkin kadang kita terlalai..aku pon same je..salah jugak sebab xmampu nak tego korang n aku pon buat jugak same je cam korang. So, sama teruk je. So, aku tak tuju kat sesape melainkan diri aku. Cumanya sape yang makan cili dia la yang terasa pedasnya.

So, LET'S GO FOR A CHANGE!!

Tabiat vs Perubahan.

Tabiat vs Perubahan.

“Maka mereka itulah yang kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..” (al-Furqan; 70)

Tentang pengertian ayat yang disebutkan diatas para musafir mempunyai beberapa pendapat iaitu:

1- Kejahatan akan diampunkan dan kebajikan akan kekal.Kejahatan diampunkan,boleh juga dikatakan sebagai satu penggantian bahawa kejahatan mereka tidak tertinggal sedikitpun.

2- Daripada keadaan seseorang yang melakukan kejahatan,Allah swt memberi taufiq kepadanya untuk melakukan amalan yang baik.Sebagaimana orang berkata, ‘Daripada panas bertukar menjadi sejuk.’

3- Perangai mereka yang ada hubungan dengan kejahatan diubah kepada kebajikan.Iaitu perangai manusia adalah tabiie yang tidak akan berubah seperti kata perumpamaan, “Bukit mungkin berubah tetapi tabiat semulajadi manusia tidak mungkin berubah.”

Perumpamaan yang sama juga disebutkan dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah saw bersabda, “Jika kamu dengar bahawa sebuah gunung telah berubah ketempat yang lain maka bolehlah kamu membenarkan perkara itu,tetapi sebaliknya jika kamu mendengar bahawa tabiat seseorang itu berubah maka janganlah kamu mempercayai perkara itu.”

Hadith ini menunjukkan bahawa perubahan tabiat manusia lebih sukar daripada perubahan kedudukan sebuah bukit.
Disini timbul satu kemusykilan iaitu,jika begitu apakah yang dimaksudkan dengan mengislah tabiat manusia yang dilakukan oleh para ulama tasawuf dan ahli sufi?
Jawapan kemusykilan diatas ialah..
tabiat manusia tetap tidak berubah tetapi yang berubah ialah hubungannya dengan sesuatu.

Misalnya seorang yang bertabiat pemarah maka sangat susah tabiat pemarah itu untuk lenyap sama sekali dari jiwanya melalui pengislahan dan mujahadah ulama tasawuf.Tetapi hubungan kemarahannya dengan sesuatu perkara boleh berubah misalnya dahulu kemarahannya membawa dirinya kepada kesombongan,melakukan kezaliman dan lain-lainnya.
Kini sebaliknya,kemarahannya mulai terhadap penderhakaan kepada Allah,perlakuan maksiat dan lain-lain.Hazrat Umar bin Khattab yang dahulunya sentiasa menyusahkan orang islam.Setelah beliau beriman dan kesan bergaul bersama Rasulullah saw, penentangan mulai beralih pula terhadap orang kafir dan orang jahat.Demikian juga dengan keadaan tabiat dan perangai yang lain.
Keterangan tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa Allah swt mengubah hubungan tabiat dan akhlak seseorang daripada melakukan kemaksiatan kepada membuat kebajikan.

4- Allah akan memberi taufik kepada mereka untuk bertaubat daripada setiap kejahatan.Apabila teringat kembali dosa yang lalu menyebabkan seorang itu akan menyesal dan bertaubat.Ganti bagi setiap satu dosa adalah pahala yang diperoleh melalui taubat yang merupakan ibadat yang diganjari dengan pahala.

5- Jika sesuatu amalan seseorang disukai oleh Allah maka adalah tidak mustahil sekiranya Allah mengurniakan(kepadanya) kebajikan sebanyak kejahatannya itu. Adakah sesiapa yang berhak mempertikaikan keputusan Allah itu? Dialah yang memiliki segala-galanya.Dialah Raja Yang Maha Kuasa,rahmatNya Maha Luas.Siapakah yang dapat menutup pintu keampunan Allah swt? Siapakah yang dapat menahan kurnianNYa? Apa-apa jua yang dikurniakan adalah dikurniakan daripada hak milikNya.Dia juga ingin menunjukkan kekuasaanNya.Dia juga ingin menunjukkan keampunanNya yang menakjubkan pada hari itu yakni Hari Hisab.

ZOOM IN..

1.Dari Abi Hafsah rah meriwayatkan, Ubadah Bin Samit menasihati anaknya: Wahai anakku,sesungguhnya engkau tidak akan merasai nikmat iman(yakin) sehingga kamu mempercayai (dengan yakin) bahawa apa saja yang menimpa kamu tidak terlepas daripadamu dan apa saja yang belum menimpamu memang tidak ditakdirkan perkara itu akan berlaku.Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya (perkara) pertama yang Allah swt ciptakan adalah Kalam, kemudian Dia berfirman kepadanya, tulislah! Maka Kalam itu bertanya: Wahai Tuhanku,apakah yang mesti aku tulis? Allah berfirman : Tulislah tentang takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat. Wahai anakku, sesungguhnya aku mendengar Rasululllah saw bersabda : Barangsiapa yang mati dengan keyakinan yang selain daripada ini, maka dia bukanlah dari golonganku. (Hr: Abu Daud)

2.Dari Anas r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung kepada besarnya ujian atau penderitaan.Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum,Dia akan menguji mereka(dengan penderitaan).Oleh sebab itu,barangsiapa yang redhai ujian Allah,Allah juga akan meredhainya.Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya. (Hr:Tarmizi)

3.Dari Abu Dzar r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :Allah berfirman; Wahai hambaKu,Aku telah mengharamkan kezaliman keatas diriKu dan Aku juga telah mengharamkannya diantara kamu, maka janganlah kamu berlaku zalim.Wahai hambaKu,kamu semua sesat, kecuali mereka yang Aku berikan petunjuk, maka pohonlah petunjukKu, Aku akan berikan petunjuk kepada kamu.Wahai hambaKu,kamu semua lapar,kecuali mereka yang Aku berikan makan, mohonlah makan kepadaKu, nescaya Aku berikan makan kepada kamu.Wahai hambaKU,kamu semua telanjang, kecuali orang yang Aku berikan pakaian,oleh itu mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu.Wahai hambaKu,sesungguhnya kamu melakukan dosa siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa-dosa, mohonlah pengampunanKu, nescaya Aku ampuni kamu.

4.Dari Abdullah Ibnu Masud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Syaitan dan Malaikat membisikkan kedalam hati setiap manusia.Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran.Maka barangsiapa mendapati sedemikian ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah.Dan bersyukurlah kepada Allah.Barangsiapa terdorong kepada kejahatan hendaklah dia berlindung kepada Allah,daripada Syaitan yang direjam.Kemudian baginda membacakan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Syaitan sentiasa menakut-nakutkan kamu kepada kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan.’(baqarah:268) (Hr:Tarmizi)

5.Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sekiranya orang-orang mukmin mengetahui bagaimana keadaan azab bagi orang-orang yang engkar disisi Allah ,nescaya tidak ada seorang pun diantaranya yang mengharap untuk memasuki Syurga.Dan sekiranya orang kafir mengetahui betapa rahmatnya Allah,nescaya tidak ada seorang pun yang akan putus asa daripada memasuki Syurga.(Hr:Muslim)

6.Dari ‘Irbadh ibn Sariah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pada satu hari selepas sembahyang subuh baginda menasihati kami dengan sebuah nasihat yang sangat menyayat hati, sehingga menyebabkan air mata kami mengalir dan hati-hati kami gementar.Sehingga seorang berkata: Sesungghnya nasihat ini seperti ucapan selamat tinggal, kerana itu kepada apa engkau mengajak kami wahai Rasulullah? Rasulullah saw menjawab: Aku menasihati kamu dengan bertakwa kepada Allah, mendengar serta taat (kepada mereka ynag menjadi ketua) walaupun dia seorang hamba Habsyi,kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup diantara kamu akan melihat banyak perselisihan. Jauhilah diri kamu dari perkara-perkara ynag baru, kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu sesat. Oleh itu barangsiapa diantara kamu yang menjumpai masa itu maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafaur-Rashidin.(Hr:Tarmizi)

7.Dari Anas ibn Malik r.a berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku:Wahai anakku, sekiranya kamu dapat menghilangkan dari hati kamu rasa sangka buruk kepada seseorang dari pagi hingga ke petang maka lakukanlah.Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi kepadaku: wahai anakku itulah sunnahku,barangsiapa yang menghidupkan sunnahku,sesungguhnya dia cinta kepadaku,barangsiapa mencintaiku akan bersama denganku dalam syurga.(Hr:Tarmizi)

8.Allah berfirman:
-‘Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ngaib; tiada yang mengetahui kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang didaratan dan apa yang dilautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (lauh mahfuz).
Dan Dialah yang menidurkan kamu dimalam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan disiang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah kamu kembali,lalu Dia memberitahukan kepada kamu apa yang dahulu kamu kerjakan.’ (Al-An’am :59,60)
-‘Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkan melainkan dengan ukuran yang tertentu.’(Al-Hijr:21)
-‘katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami.Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakkal.’(At-Taubah:51)

Monday, October 12, 2009

Nasihat Rasulullah saw kepada Hazrat Abu Zar r.a.

1- “Bertaqwalah kerana ia merupakan asas dan tunjang segala perkara.”

2- “Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca al-Quran dan berzikrullah,kerana membaca al-Quran menjadi nur di dunia ini dan bekalan untuk akhirat.”

3- “Elakkanlah diri daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah akan hilang seri.”

4- “Teruskan jihad kerana jihad adalah ‘rohbaniah’ umatku.”(rohbaniah-memutuskan hubungan keduniaan dan hidup hanya untuk Allah)

5- “Bergaullah dengan orang miskin dan fakir,jadikanlah mereka sahabatmu dan duduklah bersama-sama mereka.”

6- “Lihatlah orang yang rendah daripada kamu(supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu),dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu,jika tidak mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.”

7- “Hendakalh melihat kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu daripada mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri terlibat dengan perkara itu.Untuk sabitkan kamu bersalah sudah memadai dengan kamu mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan keaiban itu terdapat pada dirimu sendiri,walaupun kamu tidak menyedari keaiban itu.Kamu akan bersalah juga jika kamu menunding jari kearah keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri melakukan keaiban itu.”

Setelah itu Rasulullah saw menepuk dada Hazrat Abu Zar dengan tangannya lalu bersabda, “Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang menyamai perancangan yang baik dan tidak ada takwa yang menyamai meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan tidak ada kemuliaan yang dapat menandingi akhlak yang mulia.

Hazrat Abu Zar bertanya: “Apakah yang terkandung dalam suhuf-suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a.s? “

Rasulullah saw menjawab, “Suhuf-suhuf itu mengandungi peribahasa(nasihat), misalnya. ‘Wahai raja yang berkuasa dan bongkak, Aku tidak mengutuskan kamu hanya untuk mengumpulkn harta.Aku mengutuskan kamu untuk menghalang aduan orang yang teraniaya daripada sampai kepadaKu.kamu hendaklah menyelesaiakn aduan itu terlebih dahulu kerana Aku tidak menolak aduan orang yang dizalimi,walaupun dia seorang yang kafir.

‘Awasilah doa orang yang dizalimi kerana antara doa itu dengan Allah tidak ada tabir.’

‘Juga disebutkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang waras untuk membahagiakn masanya kepada 3 bahagian.

1-Sebahagian untuk beribadat kepada Allah.

2-sebahagian untuk bermuhasabah dengan merenungkan sebanyak mana amalan baik yang telah dilakukannya dan sebanyak mana amalan buruk yang telah dilakukannya.

3-Sebahagian lagi adalah untuk mencari nafkah yang halal.

Mustahak juga untuk orang yang berakal untuk menjaga masanya, sentiasa berfikir untuk memperbaiki keadaannya dan menjaga lidahnya daripada percakapan yang sia-sia serta tidak berfaedah. Sesiapa yang sentiasa bermuhasabah terhadap percakapannya, nescaya lidahnya akan kurang mengeluarkan perkataan yang tidak berfaedah.Seseorang yang berakal janganlah bersafar melainkan untuk 3 tujuan, iaitu

1-untuk mencari bekalan bagi kehidupannya di akhirat.

2- untuk mencari nafkah.

3-untuk mencari kerehatan yang diharuskan.

Sunday, October 11, 2009

comelnya ular ni.......



bismillah...walhamdulillah...astaghfirullah....

bila kamu dengar atau terlihat perkataan ULAARRR....
apa yang kamu rasa???
geli??
takut??
iiieeeyyyeekkk??
meremang bulu roma??

haha.

"ular itu comel sangaaatt...."
"manja...jelir lidah...."
"belit badan orang..."

hari tu..

ada empat orang banat pergi ke KL central bermain dengan ular...

"aik??ape kes pulak gi Kl central semata-mata nak tengok ular??"
"KL central bukan ada bas je ke??bila masa pulak jadi pusat pemeliharaan ular ni??"

tak.tak.
bukan pusat pemeliharaan ular,tapi hari tu entah kenapa,tiba2 ada pihak dari zoo negara(mungkin..)mereka buat show ular untuk kutip donation alam hijau dari para pengunjung KL central....

p/s:-ada byk lg gambar dgn burung kakak tua and ular sawa(tak besar pon...7 kg jer...),tapi xleh nk letak kat tempat awam mcm ni...model CINTAI ALAM FAUNA banat2 4 orang tu..pemalu semuanya..taknak tunjuk muka..yang kat atas tu je la satu2nya gambar xnampak muka...

Friday, October 9, 2009

~Jom RENOVATE Hati~



ehem2..assalam qoblal kalam..assalamu'alaikum..

Ini sebuah cerita hati..hanya boleh dimengerti jika dibaca dgn mata hati..

Aku menulis tatkala merasakan kepala aku berat memikirkan semua perkara,seolah-olah semua bnda diletakkan ke dlm blender,terus ditekan butang on tnpa meminta keizinanku,dan mesin terus b'putar..dan b'putar..

Seakan-akan sedang b'muhasabah,aku menilai semua p'kara tntang diriku satu persatu...

Perihal hatiku..

Aku seorang yg suka imagine sumtg..kadang2 aku bayangkn,andaikata aku mmpu keluarkan hatiku dan letak atas 1 dulang,agak2nya apakah warnanya?..merah pekat,kelabu asap,hitam macam malam?..x t'bayang aku..dan sesungguhnya aku x sanggup nk tengok..xdak kekuatan nk tengok hasil seni yg telah aku coretkan dan lakarkan di atas hatiku sehingga menyebabkn rupanya kelihatan hodoh sekali..

Hati adalah raja kpd diri..aku tahu tentang ini..aku juga tahu,kalau hati baik,baiklah segala anggota..n check2 blik,kelakuan anggotaku xdelah baik sngat;mulut dgn dosa mengumpatnya,mata dgn dosa bukan mahramnya,telinga dgn dosa bnda lagho...etc

... kesimpulannya,hati aku rosak...AKU ADA MASALAH HATI


Terlalu bnyk bnyak dosa2ku yg telah menggelapkan hatiku jika aku ingin mencatakn segala2nya disini..biarlah aku ambik yg core dulu..Maksudnya penyumbg t'besar masalah hatiku...AKU JATUH CINTA KEPADA YG X HALAL BAGIKU..inilah puncanya..

Bagaimana aku boleh terjebak,aku pun x ada jwpannya..mgkin syaitan ada kot jwpan tu(ayat cover bila buat dosa)..


Hatiku suka,respon kat sana biasa2 ja,dan usikan teman2 teman2 turut m'jdi catalyst...Astaghfirullahal'azim...istighfar wahai diri,jgn sampai waktu kau menulis ni pun,kau t'bayangkan dy..sesunnguhya dia x halal bagimu..

Untuk menyedarkan kau wahai diri,ada beberapa persoalan di sini..


1)Pernahkah kau dengar dari mulut dia sendiri apa2 statement yg menyatakan dia ingin menjadikan kau suri hidupnya?..sedarlah wahai diri,prempuan ni cepat sngt perasan ..banin baru puji cket,kita dah anggap lain..sesungguhya diri,kau t'golong dlm golongn yg perasan @pun t'lebih perasaan..huhu..mengaku x yg aku ni perasan


2)Kau cakap kau sukakan dia kerana agamanya,perjuangnnya,kepimpinannya,akhlak budi pekertinya,keturunannya...tapi betulkah hanya sebab itu? faktor rupa?...andaikata kau hanya t'tarik kpda agmanya,x perlu kenal muka pun boleh berkenan....so,salah sapa ni ek?sure syaitan nih..huh


3)Kalau masing2 ,mndoakan kbhgiaan dunia akhirat,so jgn la buat sumtg yg bleh tmbh dosa..mslhnya.......kau ada jwpannya wahai diri

x perlulah nk tulis semua..sbb aku dah mula sedar..n b'diri di alam realiti..

..ingatlah!!..hati kau hanya satu..ya benar.hati aku hanya 1..dan yg satu ni selayaknya aku serahkan hnya pada yg layak n halal untukku..siapa yg layak untukku?..hanya Yang Maha Mengetahui ada jwpnnya..


hpon aku b'bunyi ,isyarat ada mesej masuk..mcm biasa..kwn aku(shbt seperjuangn di dq),mx pndpat aku,nk layan ke x banin yg asyik kacau dy tu..

perkara ni la yg mkin mmberatkan kepalaku..

mcm2 kes cinta dah aku dgr yg mlibatkan huffazul quran..Allahuakbar..Allah sedang uji orang hebat..

  • budak2 dq ni,kat dq kena jaga pndngn,tkut susah nk hafal quran..tpi kat cfs ni dah lain cerita..semua kita hentam tngok.sbb tu jd mslah hati..dari mata turun ke hati..mata ckp cun..hati pun mlakukan gerak kerja yg seterusnya..dipendekkan cerita,dah sama2 suka..klo dh betul2 suka2,msing2 jga la pasangn msing2 untuk kbhgiaan dunia dan AKHIRAT..nk ikut bhgia dunia ja,mmg la kita tersangat la bebas nk buat apa pon..kalau betul la syg,jgn biarkan diri korang t'libat dgn p'hubungn ustaz dan ustazah....
  • kat dq dulu snggup putuskan hubungn cinta dgn kekasih tyme sekolah..alasannya,sebab nk hafal quran..alhmdlillah,Allah bukakkn hati...tp mslahnya,msuk cfs smbung blik hubungn cinta yg t'bengkalai tu...(ni dah tlebih practice konsep waqi'iyah ni)..common guys..'Huffazul quran..pmbawa arus ataupun pengikut arus?'
  • attension plzzZz..we r not couple!!because...kmi x keluar mkn smeja kat cafe ukc or cafe jjantas..kmi x penah keluar date..kami pasangn couple yg islamic sebab...kmi still guna pnggilan nta nti..km juz fwd2 msg jiwang ja(mksdnya x ckp direct i luv u..klo ada pon..ana uhibbuki/ka fillah)..km callseminggu skali ja...km caring bnda yg basic2 ja,yg dirasakan perlu,cthnya,ustzh/ustz ana ni demam ka,exam boleh jwb x,study mcm mn,carry mark bape,mak ayah sihat...hmm.
  • kmi taqdim ja!!ye la korag taqdim..tapi sapa yg bgi lesen nk contc direct..sapa yg bg keizinan nk borak benda2 yg xde kpentingn(cth bnda yg x pnting;bnyk ke wt kueh ry,bju ry wrna apa,bpe duit ry ,pndai balut ketupat x)..mcm korg dh ada ikatan...tu dah gaye kapel dah tu..even klo dah btunang pon,batasannya strict...so,salah sape ni?..salah aku la sbb x tlong tegur...

Astaghfirullahal'azm..apabila syaitan jd kamceng dgn kita,nafsu jdi bos,sgla yg buruk2 pun dh jdi cntik..sbb setan tolong modified hok hudoh jd cun.


Aku ni xde la baik sngt..bnyk ja dosa..x layak nk tegur korg..tp msing2 ingt la status kita semua..kita org yg hafal quran..kalau makcik2 kampung tnya,adik ni hafiz/hafizah ke?..kita pun t'senyum2 malu mcm tapir..malu nk mngaku..takut riak..tp dlm hati.."yeah..its me!!"...


disebabkan korg dah mngaku dlm hati yg korg ni hafal quran,so apa yg korg tau bab2 hukum tu,amalkn la..jgn time tazkirah or g tamrin ja nk bedegar-degar keluar dalil quran..

aku bg cntoh mudah la..sume masyi kan ayt 32 surah isra'..ayat bab zina...sapa boleh tlong gtaw aku sebab apa ada word 'menghampiri' dlm ayat ni ?...aku rasa smua bley jwb soaln aku ni..


Nabi kita

pun ada b'sabda..'b'kasih-syglah kalian,nescaya kalian akan dikasihi,mohon ampunlah kalian,nescaya akn diampuni..celakalah orang yg mendengar perkataan,namun x mengamalknnya..celakalah orang2 yg terus-menerus b'buat dosa,padahal mereka mengetahuinya'.(HR AHMAD, d sahihkan AL BANI)..


So.....bwk2 le insaf..


kita x tau sape jodoh kita..sebab sume ni keje Allah..tpi still kena usaha..tpi jgn smpai salah cara...nk taqdim boleh..tp cari la org tengah...dah siap tqdim pun xpe,tapi jg la batasan...msing2 doa la ek..mohon Allah jaga hati kita...(p/s: x bes lngsung weh tgok muka setan time dy seronok bila kita buat dosa..)

.

aku sendiri pun hanya mmpu b'doa..agar dikurniakan kpaku yg mmpu mmbimbingku dunia dan akhirat,yg akan mmimpin tngnku menyusuri jln ke syurga..


Kurniakn kpadaku ya Allah,seorang suami yg akn m'jd penguat untuk perjuangnku,menahan aku drpd rebah,mmbantu aku b'diri ketika aku jatuh,mmnjamkan bahunya untuk aku mlepaskan tangisku,mndudukkan aku d saat aku lemah untuk b'diri..Siapakah dia Ya Tuhan?..hanya Kau yg ada jwpan....

Terlalu bnyk ciri2 yg aku tetapkan yaAllah..sedangkan diriku t'sangatlah lemah dan bnyk kekurangn..masakan aku dpt yg sempurna jika diriku x sempurna..

B'janjilah wahai diri,kau akn menyiapkan diri untuk untuk mnjadi muslimah sejati..mmbekalkan diri dgn ilmu sbagai isteri..b'sedia untuk b'khidmat untuk yg b'gelar suami


Untuk bakal yg memiliki diriku..aku memohon maaf darimu..kerana sblum kau,aku telah jatuh cinta kpda yg bukan untukku..


Aku mohon maaf kerana pernah b';kongsi mslah dgn bukan yg selayaknya untukku


Aku memohon maaf di atas segala kesilapanku dlm b'muamalah dgn banin,walaupun dirimu x pernah tahu..


Aku x tahu siapakah dirimu,namun aku hnya mmpu b'doa agar dp'mudahkan jodohku,agar kita sama2 dpt b'juang menegakkn kalimah tauhid..


Siapa kamu aku x tahu..yg aku tahu,aku akn menunggu,kerana aku yakin dgn janji Yang Maha Satu...Janji Rabbi..Janji yg pasti..(An-Nur:26)


Ya Allah..ampunilah aku..bnyak dosaku..bantulah aku mencapai cintaMu..

cinta itu adalah ibadah hati..tpi ia juga boleh mnjadikn kta syirik kpd Allah apabila kita mncintai sseorg mlbihi dri cnta Allah..,lalu mmbelakangkan hukum agama kerananya..


Hati aku WAJIB neutral...jika virus tersebut mnyerang,terus makan antibiotik(istighfar,ingat mati,lawan setan)

insyaAllah,mx p'tolongn Allah..BUKAN SENANG NK NEUTRAL..DAN BUKAN MUSTAHIL NK NEUTRAL..

peringatan buat bersama..

-awan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Ikhwan GEN9::