1. PENGERTIAN ISLAM
Islam adalah Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama' berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah adalah :-
- Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada ALlah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan". [Ali Imran : 83]
Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada ALlah swt ialah redha menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s
- Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.
"Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi" [Ali-Imran : 85]
- Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan Allah swt kepada RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.
"Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintah itu) bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia"
- Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnay perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
**bersambung..
2 pandangan:
moga bermanfaat~
mgkn sesetengah dr kita dh arif bab2 asas mcm ni..
tp xsalah u kita gilap berulang-ulang kali..
terutama buat 'ahli usrah'..
take note eh..
"Mungkin",tapi tuhan menyebut kebanyakan manusia tidak mengetahui.
info lagi detail kat mana?
:)
Post a Comment