Tabiat vs Perubahan.
“Maka mereka itulah yang kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..” (al-Furqan; 70)
Tentang pengertian ayat yang disebutkan diatas para musafir mempunyai beberapa pendapat iaitu:
1- Kejahatan akan diampunkan dan kebajikan akan kekal.Kejahatan diampunkan,boleh juga dikatakan sebagai satu penggantian bahawa kejahatan mereka tidak tertinggal sedikitpun.
2- Daripada keadaan seseorang yang melakukan kejahatan,Allah swt memberi taufiq kepadanya untuk melakukan amalan yang baik.Sebagaimana orang berkata, ‘Daripada panas bertukar menjadi sejuk.’
3- Perangai mereka yang ada hubungan dengan kejahatan diubah kepada kebajikan.Iaitu perangai manusia adalah tabiie yang tidak akan berubah seperti kata perumpamaan, “Bukit mungkin berubah tetapi tabiat semulajadi manusia tidak mungkin berubah.”
Perumpamaan yang sama juga disebutkan dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah saw bersabda, “Jika kamu dengar bahawa sebuah gunung telah berubah ketempat yang lain maka bolehlah kamu membenarkan perkara itu,tetapi sebaliknya jika kamu mendengar bahawa tabiat seseorang itu berubah maka janganlah kamu mempercayai perkara itu.”
Hadith ini menunjukkan bahawa perubahan tabiat manusia lebih sukar daripada perubahan kedudukan sebuah bukit.
Disini timbul satu kemusykilan iaitu,jika begitu apakah yang dimaksudkan dengan mengislah tabiat manusia yang dilakukan oleh para ulama tasawuf dan ahli sufi? Jawapan kemusykilan diatas ialah..
tabiat manusia tetap tidak berubah tetapi yang berubah ialah hubungannya dengan sesuatu.
Misalnya seorang yang bertabiat pemarah maka sangat susah tabiat pemarah itu untuk lenyap sama sekali dari jiwanya melalui pengislahan dan mujahadah ulama tasawuf.Tetapi hubungan kemarahannya dengan sesuatu perkara boleh berubah misalnya dahulu kemarahannya membawa dirinya kepada kesombongan,melakukan kezaliman dan lain-lainnya.
Kini sebaliknya,kemarahannya mulai terhadap penderhakaan kepada Allah,perlakuan maksiat dan lain-lain.Hazrat Umar bin Khattab yang dahulunya sentiasa menyusahkan orang islam.Setelah beliau beriman dan kesan bergaul bersama Rasulullah saw, penentangan mulai beralih pula terhadap orang kafir dan orang jahat.Demikian juga dengan keadaan tabiat dan perangai yang lain.
Keterangan tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa Allah swt mengubah hubungan tabiat dan akhlak seseorang daripada melakukan kemaksiatan kepada membuat kebajikan.
4- Allah akan memberi taufik kepada mereka untuk bertaubat daripada setiap kejahatan.Apabila teringat kembali dosa yang lalu menyebabkan seorang itu akan menyesal dan bertaubat.Ganti bagi setiap satu dosa adalah pahala yang diperoleh melalui taubat yang merupakan ibadat yang diganjari dengan pahala.
5- Jika sesuatu amalan seseorang disukai oleh Allah maka adalah tidak mustahil sekiranya Allah mengurniakan(kepadanya) kebajikan sebanyak kejahatannya itu. Adakah sesiapa yang berhak mempertikaikan keputusan Allah itu? Dialah yang memiliki segala-galanya.Dialah Raja Yang Maha Kuasa,rahmatNya Maha Luas.Siapakah yang dapat menutup pintu keampunan Allah swt? Siapakah yang dapat menahan kurnianNYa? Apa-apa jua yang dikurniakan adalah dikurniakan daripada hak milikNya.Dia juga ingin menunjukkan kekuasaanNya.Dia juga ingin menunjukkan keampunanNya yang menakjubkan pada hari itu yakni Hari Hisab.
ZOOM IN..
1.Dari Abi Hafsah rah meriwayatkan, Ubadah Bin Samit menasihati anaknya: Wahai anakku,sesungguhnya engkau tidak akan merasai nikmat iman(yakin) sehingga kamu mempercayai (dengan yakin) bahawa apa saja yang menimpa kamu tidak terlepas daripadamu dan apa saja yang belum menimpamu memang tidak ditakdirkan perkara itu akan berlaku.Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya (perkara) pertama yang Allah swt ciptakan adalah Kalam, kemudian Dia berfirman kepadanya, tulislah! Maka Kalam itu bertanya: Wahai Tuhanku,apakah yang mesti aku tulis? Allah berfirman : Tulislah tentang takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat. Wahai anakku, sesungguhnya aku mendengar Rasululllah saw bersabda : Barangsiapa yang mati dengan keyakinan yang selain daripada ini, maka dia bukanlah dari golonganku. (Hr: Abu Daud)
2.Dari Anas r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung kepada besarnya ujian atau penderitaan.Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum,Dia akan menguji mereka(dengan penderitaan).Oleh sebab itu,barangsiapa yang redhai ujian Allah,Allah juga akan meredhainya.Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya. (Hr:Tarmizi)
3.Dari Abu Dzar r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :Allah berfirman; Wahai hambaKu,Aku telah mengharamkan kezaliman keatas diriKu dan Aku juga telah mengharamkannya diantara kamu, maka janganlah kamu berlaku zalim.Wahai hambaKu,kamu semua sesat, kecuali mereka yang Aku berikan petunjuk, maka pohonlah petunjukKu, Aku akan berikan petunjuk kepada kamu.Wahai hambaKu,kamu semua lapar,kecuali mereka yang Aku berikan makan, mohonlah makan kepadaKu, nescaya Aku berikan makan kepada kamu.Wahai hambaKU,kamu semua telanjang, kecuali orang yang Aku berikan pakaian,oleh itu mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu.Wahai hambaKu,sesungguhnya kamu melakukan dosa siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa-dosa, mohonlah pengampunanKu, nescaya Aku ampuni kamu.
4.Dari Abdullah Ibnu Masud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Syaitan dan Malaikat membisikkan kedalam hati setiap manusia.Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran.Maka barangsiapa mendapati sedemikian ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah.Dan bersyukurlah kepada Allah.Barangsiapa terdorong kepada kejahatan hendaklah dia berlindung kepada Allah,daripada Syaitan yang direjam.Kemudian baginda membacakan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Syaitan sentiasa menakut-nakutkan kamu kepada kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan.’(baqarah:268) (Hr:Tarmizi)
5.Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: Sekiranya orang-orang mukmin mengetahui bagaimana keadaan azab bagi orang-orang yang engkar disisi Allah ,nescaya tidak ada seorang pun diantaranya yang mengharap untuk memasuki Syurga.Dan sekiranya orang kafir mengetahui betapa rahmatnya Allah,nescaya tidak ada seorang pun yang akan putus asa daripada memasuki Syurga.(Hr:Muslim)
6.Dari ‘Irbadh ibn Sariah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pada satu hari selepas sembahyang subuh baginda menasihati kami dengan sebuah nasihat yang sangat menyayat hati, sehingga menyebabkan air mata kami mengalir dan hati-hati kami gementar.Sehingga seorang berkata: Sesungghnya nasihat ini seperti ucapan selamat tinggal, kerana itu kepada apa engkau mengajak kami wahai Rasulullah? Rasulullah saw menjawab: Aku menasihati kamu dengan bertakwa kepada Allah, mendengar serta taat (kepada mereka ynag menjadi ketua) walaupun dia seorang hamba Habsyi,kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup diantara kamu akan melihat banyak perselisihan. Jauhilah diri kamu dari perkara-perkara ynag baru, kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu sesat. Oleh itu barangsiapa diantara kamu yang menjumpai masa itu maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafaur-Rashidin.(Hr:Tarmizi)
7.Dari Anas ibn Malik r.a berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku:Wahai anakku, sekiranya kamu dapat menghilangkan dari hati kamu rasa sangka buruk kepada seseorang dari pagi hingga ke petang maka lakukanlah.Kemudian Rasulullah saw bersabda lagi kepadaku: wahai anakku itulah sunnahku,barangsiapa yang menghidupkan sunnahku,sesungguhnya dia cinta kepadaku,barangsiapa mencintaiku akan bersama denganku dalam syurga.(Hr:Tarmizi)
8.Allah berfirman:
-‘Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ngaib; tiada yang mengetahui kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang didaratan dan apa yang dilautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (lauh mahfuz).
Dan Dialah yang menidurkan kamu dimalam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan disiang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah kamu kembali,lalu Dia memberitahukan kepada kamu apa yang dahulu kamu kerjakan.’ (Al-An’am :59,60)
-‘Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkan melainkan dengan ukuran yang tertentu.’(Al-Hijr:21)
-‘katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami.Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakkal.’(At-Taubah:51)
Nasihat Untuk Orang-orang Yang Menasihati
-
Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah
Setiap daripada kita dicipta oleh Allah dengan perasaan ingin
berdamping dan didampingi oleh orang lain. An...
9 years ago
0 pandangan:
Post a Comment