1- “Bertaqwalah kerana ia merupakan asas dan tunjang segala perkara.”
2- “Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca al-Quran dan berzikrullah,kerana membaca al-Quran menjadi nur di dunia ini dan bekalan untuk akhirat.”
3- “Elakkanlah diri daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah akan hilang seri.”
4- “Teruskan jihad kerana jihad adalah ‘rohbaniah’ umatku.”(rohbaniah-memutuskan hubungan keduniaan dan hidup hanya untuk Allah)
5- “Bergaullah dengan orang miskin dan fakir,jadikanlah mereka sahabatmu dan duduklah bersama-sama mereka.”
6- “Lihatlah orang yang rendah daripada kamu(supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu),dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu,jika tidak mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.”
7- “Hendakalh melihat kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu daripada mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri terlibat dengan perkara itu.Untuk sabitkan kamu bersalah sudah memadai dengan kamu mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan keaiban itu terdapat pada dirimu sendiri,walaupun kamu tidak menyedari keaiban itu.Kamu akan bersalah juga jika kamu menunding jari kearah keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri melakukan keaiban itu.”
Setelah itu Rasulullah saw menepuk dada Hazrat Abu Zar dengan tangannya lalu bersabda, “Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang menyamai perancangan yang baik dan tidak ada takwa yang menyamai meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan tidak ada kemuliaan yang dapat menandingi akhlak yang mulia.”
Hazrat Abu Zar bertanya: “Apakah yang terkandung dalam suhuf-suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a.s? “
Rasulullah saw menjawab, “Suhuf-suhuf itu mengandungi peribahasa(nasihat), misalnya. ‘Wahai raja yang berkuasa dan bongkak, Aku tidak mengutuskan kamu hanya untuk mengumpulkn harta.Aku mengutuskan kamu untuk menghalang aduan orang yang teraniaya daripada sampai kepadaKu.kamu hendaklah menyelesaiakn aduan itu terlebih dahulu kerana Aku tidak menolak aduan orang yang dizalimi,walaupun dia seorang yang kafir.
‘Awasilah doa orang yang dizalimi kerana antara doa itu dengan Allah tidak ada tabir.’
‘Juga disebutkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang waras untuk membahagiakn masanya kepada 3 bahagian.
1-Sebahagian untuk beribadat kepada Allah.
2-sebahagian untuk bermuhasabah dengan merenungkan sebanyak mana amalan baik yang telah dilakukannya dan sebanyak mana amalan buruk yang telah dilakukannya.
3-Sebahagian lagi adalah untuk mencari nafkah yang halal.
Mustahak juga untuk orang yang berakal untuk menjaga masanya, sentiasa berfikir untuk memperbaiki keadaannya dan menjaga lidahnya daripada percakapan yang sia-sia serta tidak berfaedah. Sesiapa yang sentiasa bermuhasabah terhadap percakapannya, nescaya lidahnya akan kurang mengeluarkan perkataan yang tidak berfaedah.Seseorang yang berakal janganlah bersafar melainkan untuk 3 tujuan, iaitu
1-untuk mencari bekalan bagi kehidupannya di akhirat.
2- untuk mencari nafkah.
3-untuk mencari kerehatan yang diharuskan.
0 pandangan:
Post a Comment